Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

TAJUK: PERPADUAN NADI KECEMERLANGAN BANGSA

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang adil lagi bijaksana,warga pendidik,
seterusnya hadirin yang dikasihi. Salam sejahtera buat semua. Tajuk syarahan saya pada
hari ini ialah “Perpaduan Nadi Kecemerlangan Bangsa”.

Hadirin yang dihormati,

Perkataan perpaduan sering kita dengar dan sering kita ucapkan,namun pernahkah kita
terfikir apakah sebenarnya erti perpaduan? Definisi perpaduan membawa maksud bergabung
menjadi satu atau sepakat tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Manakala nadi
kecemerlangan bangsa bermakna penggerak kepada kegemilangan bangsa yang merujuk
kepada bangsa Malaysia.

Warga dewan sekalian,

Asas perpaduan yang kental dalam masyarakat Malaysia mampu melahirkan rakyat
Malaysia yang cemerlang dari aspek ekonomi, sosial dan Pendidikan. Pendidikan merupakan
elemen penting dalam membangunkan bangsa yang maju kerana tanpa pendidikan mustahil
kita dapat melahirkan bangsa yang cemerlang dan berilmu. Kita diasuh dengan semangat
cintakan negara menerusi bidang Pendidikan yang menitikberatkan semangat muhibah
antara kaum. Penubuhan sekolah wawasan yang menempatkan pelbagai kaum dalam satu
lokasi merupakan satu langkah kerajaan bagi merealisasikan cita-cita ini. Harus kita ingat di
bahu kita tergalas hasrat yang perlu kita tunaikan iaitu merealisasikan hasrat Malaysia
menjadi negara maju dengan acuannya sendiri.

Sidang dewan yang dihormati,

Kita tidak boleh alpa dengan keharmonian dan keamanan yang kita kecapai sekarang.
Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat -
menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum .Kita seharusnya
berdiri,berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia yang menuntut rakyat daripada
perlbagai kaum dan agam berfikir dan bertindak melepasi tembok kepentingan kaum masing-
masing.Oleh itu ,marilah kita membina,memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan
yang dulunya rapuh sehingga membawa kepada perlumpahan darah kini berdiri teguh dengan
perpaduan jitu rakyatnya.

Warga dewan sekalian,

Perpaduan merupakan nadi kecemerlangan bangsa. Perpaduan bangsa adalah


prasyarat bagi pembangunan negara.Hari ini Malaysia menjadi negara indrustri yang moden
yang mampu mengeluarkam pelbagai barangan yang dieksport ke seluruh
dunia.Pertumbuhan indusrti dan ekonomi yang pesat membawa perubahan fizikal kepada
landskap negara.Bangunan pencakar langit berdiri megah seperti Menara Berkembar
Petronas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kita menjadi tumpuan dunia
dalam industri.I.T apabila terbinananya Koridor Raya Multimedia. Apakah factor yang
membawa kepada kejayaan ini? Ya,sudah tentulah perpaduan yang terbentuk hasil sikap
toleransi sesama kita. Tanpa perpaduan rakyat segala yang dirancang oleh pemimpin negara
akan menjadi angan-angan Mat Jenin semata-mata.

Oleh yang demikian warga dewan, marilah kita bersam-sama mengeratkan perpaduan
agar negara kita terus gemilang, bangsa Malaysia terus cemerlang.

Sekian,terima kasih.

You might also like