Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Jurnal Praktikum

Minggu Praktikum : 2
Tarikh: 23.06.2023
Tajuk Jurnal: murid mula bising sewaktu kerja kumpulan dijalankan di kelas 2 valluvar.

1. Isu yang difokuskan:


Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas tahun 6 Arif bagi subjek
pendidikan islam. Ia merupakan kelas ketiga daripada tiga kelas bagi tahun 6. Saya
mendapati bahawa murid mula bising sewaktu kerja kumpulan dijalankan.

2. Analisis isu yang difokuskan (Punca dan Kesan isu):

Antara punca utama murid mula bising apabila kerja kumpulan telah diberikan oleh guru
ialah tidak mempunyai organisasi dalam kumpulan. Iaitu ahli kumpulan tidak tahu
peranan mereka masing-masing dalam kumpulan. Seterusnya, mereka gaduh dalam
kumpulan iaitu semua ahli kumpulan mengejar untuk melakukan kerja tersebut sehingga
semua ahli kumpulan fokus kepada satu kerja sahaja. Kerja lain akan jadi ketinggalan.
Kesannya, kerja kumpulan tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan
hasilnya tidak begitu berkualiti. Seterusnya, terdapat murid yang cedera ringan akibat
pergaduhan kecil dalam kumpulan.

3.Kajian lampau (Literature Review) terhadap isu (Pengalaman atau kajian lepas):

Menurut Ngu Mee Kok (2009) dalam kajian yang bertajuk meningkatkan keberkesanan
kawalan kelas menggunakan kaedah ganjaran dan hukuman. Beliau menekankan
bahawa kawalan kelas amat penting supaya objektif pembelajaran dapat dicapai. Jika
murid hilang fokus atau bising maka sesi pdpc tidak dapat dijalankan dengan begitu
lancar. Seterusnya, tindakan iaitu memberi ganjaran dan pada masa yang sama memberi
hukuman sangat berkesan terutama dalam kerja kumpulan.

4. Cadangan dan idea penyelesaian masalah:

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang saya dapat
dikenal pasti, saya mencadangkan beberapa jalan alternatif penyelesaian masalah
tersebut, antaranya ialah:-

I. Membuat jadual peneguhan ‘reward chart’ mengikut kumpulan.


II. Menyedikan hadiah bagi kumpulan yang sangat berdisiplin.
III. Memberi kad peranan kepada setiap orang dalam kumpulan.

5.Tempoh masa penyelesaian:

1 minggu

6.Tindakan susulan:

Saya akan mengambil tindakan pembetulan melalui membuat jadual peneguhan ‘reward
chart’ mengikut kumpulan. Ia akan membantu guru dalam memberi peneguhan kepada
murid. Pada masa yang sama guru juga memberi hukuman seperti menarik balik bintang
yang diberi. Oleh itu, murid akan sentiasa menjaga disiplin dalam kumpulan.

7. Tarikh tindakan susulan dilaksanakan:

29 JUN 2023

8.Keberkesanan langkah yang dicadangkan:

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang


telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif dan mendapat maklum balas yang
baik. kenyataan ini dapat disokong melalui murid melaksanakan kerja kumpulan dalam
kaedaan harmoni dan sistematik.

9.Kesimpulan/Refleksi kesan tindakan (perlu) dan halangan (jika ada):

Saya berasa amat berpuas hati dengan tindakan yang saya dilaksanakan kerana murid
mula berdisiplin dan membuat kerja kumpulan secara bersistematik melalui kad peranan.

10. Rujukan:

Kok, N. M. (2009). Meningkatkan keberkesanan kawalan kelas menggunakan


kaedah dan ganjaran dan hukuman. Seminar penyelidikan tindakan IPGKBL,
1-15.

You might also like