Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

040904-07-0594

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘pelancongan’ berasal daripada perkataan


lancong atau melancong yang membawa maksud melawat sambil melihat-lihat.
Dalam bahasa Inggeris Pelancongan diertikan sebagai tourism manakala melancong
pula diertikan sebagai “travel” atau “journey”. Pelancongan turut didefinisikan
sebagai satu kegiatan multidimensi dan pelbagai yang menyentuh dalam aspek
kehidupan dan aktiviti ekonomi. Pelancongan tidak semuanya bertujuan untuk
keseronokan atau berhibur malah ianya juga merangkumi pelancongan perniagaan,
pelancongan kesihatan, pelancongan sukan dan lain-lain. Pelancongan boleh jadi
domestik atau antarabangsa, dan pelancongan antarabangsa mempunyai implikasi
masuk dan keluar pada imbangan pembayaran sesebuah negara. Sehubungan dengan
tema kerja kursus pengajian am iaitu Tema 1- Ekonomi: Pelancongan, kajian pengkaji
merupakan mengenal pasti jenis-jenis aktiviti pelancongan pantai dan impak
pelancongan pantai di Batu Feringhi terhadap ekonomi komuniti setempat di Batu
Feringhi, Pulau Pinang.

Batu Feringhi adalah kawasan pantai utara Pulau Pinang yang masyhur sebagai
tempat pelancongan. Batu Feringhi telah menjadi pesat antara tahun 1970-an hingga
1990-an. Batu Feringhi terletak di sepanjang jalan pesisiran barat laut bandar raya
Georgetown dan dipenuhi dengan resort bertaraf antarabangsa, merupakan pantai
paling terkenal di Pulau Pinang dan Malaysia serupa dengan Teluk Bahang. Batu
Feringhi juga dikenali sebagai ‘Foreigner’s Rock’ dalam bahasa inggeris dan sebuah
kawasan peranginan utama sekali di negeri Pulau Pinang. Feringhi dikatakan merujuk
kepada segerombolan kaki lepak bangsa Portugis yang gemar melepak-lepak di atas
batu sambil menghisap rokok Marlboro. Batu Feringhi merupakan tempat yang
mempunyai banyak hotel di Pulau Pinang. Semua hotel terletak di hadapan pantai
sahaja. Kebanyakan pelancong dari luar negara akan berkunjung di sini menikmati
pemandangan setiap bulan. Pantai Batu Feringhi juga telah dilanda ombak besar
tsunami sewaktu berlakunya tragedi gempa bumi pada 26 Disember 2004 serupa juga
dengan Teluk Bahang. Terdapat juga batu yang memberi namanya kepada Batu
Feringhi, dan batu itu dipercayai longgokan pulau kecil yang hari ini digelar sebagai
‘Lover Island’ atau ‘Pulau Kekasih’.

12
040904-07-0594

Foto 1: Gambar Menunjukkan berita Pantai Batu Feringhi, menjadi tumpuan


pelancong (17 Oktober 2021)

Sumber: Astro AWANI

Sehubungan dengan kajian pengkaji yang bertajuk Impak Pelancongan Pantai di


Batu Feringhi terhadap Ekonomi Komuniti Setempat di Batu Feringhi, Pulau Pinang.
Tinjauan di dua lokasi itu yang sebelum ini sepi berikutan pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19, kini kembali meriah dengan
kehadiran pelancong terutamanya dari luar Pulau Pinang. Menurut Mohd Edari Darus,
kehadiran pelancong terutamanya dari luar Pulau Pinang membantu melonjakkan
semula ekonomi para pengusaha sukan air sepertinya. “Dalam tempoh PKP kami
berhenti berniaga, buka semula 1 Oktober lalu sampai sekarang sudah dua minggu
lebih telah meningkat 50 hingga 60 peratus. Tinjauan Astro AWANI mendapati,
pelancong mengambil peluang mengisi masa dengan aktiviti sukan air seperti jet ski
dan banana boat di kawasan pantai berkenaan. Pulau Pinang dijangkakan menerima
kira-kira 50,000 pengunjung untuk bercuti di negeri itu pada hujung minggu selepas
kebenaran merentas negeri diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

Menurut sekumpulan pengkaji, Farah Husna Anwar, Mohammad Mujaheed


Hassan, Azlina Mohd Khir dari Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan,

13
040904-07-0594

Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), isu Persepsi Impak
Industri Pelancongan terhadap Kualiti Hidup Komuniti Setempat di Batu Ferringhi,
Pulau Pinang. Secara holistiknya, industri pelancong boleh memberi implikasi positif
dan negatif kepada perkembangan dan pembangunan komuniti setempat si sesebuah
kawasan pelancongan sebagai impak yang positif. Oleh itu, pembangunan industri
pelancongan haruslah menitikberatkan aspek kehidupan komuniti setempat dalam
memastikan setiap individu mendapat manfaat dari pembangunan yang dijalankan.
Selain itu, kajian yang dilaksanakan oleh Habibah Ahmad, Nurul Fadhiah Mohidin,
dan Mohd Fuad Mat Jali dari Pusat Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Universiti
Kebangsaan Malaysia yang telah menalankan kajian tentang pantai pelancongan
mesra keluarga dan tuntutan persekitaran fizikal semulajadi daripada lensa pelancong
tempatan. Kajian tersebut telah mencatatkan bahawa, pihak berkepentingan dapat
merancang program kesedaran awam tentang persekitaran fizikal semulajadi dijaga
dan dipulihara agar pengunjungnya dapat menikmati kelebihan ini apabila bercuti di
pantai ini. Kesimpulannya, persekitaran fizikal semulajadi berperanan penting dalam
menarik minat pengunjung atau pelancong keluarga untuk melancong ke pantai
peranginan khususnya di Pantai Batu Ferringhi.

Foto 2: Gambar menunjukkan Pantai di Batu Feringhi, Pulau Pinang

Sumber: Kajian Lapangan 2023

14
040904-07-0594

Pantai merupakan tumpuan pelancong yang terdiri daripada pelbagai latar dan
corak penggunaannya. Berdasarkan penilaian pelancong terhadap persekitaran fizikal
semula jadi sebagai asas pembangunan pantai pelancongan didapati keistimewaan
pantai menjadi keutamaan mereka. Persekitaran fizikal semulajadi ternyata
merupakan dimensi yang dititkberatkan oleh pelancongan kerana ia berkait dengan
aktiviti rekreasi lasak dan senggang yang dapat mereka lakukan. Pantai yang landai
dan ombak yang tidak terlalu kuat membolehkan ahli keluarga bebas melakukan
aktiviti riadah. Merupakan tarikan utama Batu Ferringi. Keindahan pantai memang
tiada tolok bandingnya. Sesuai untuk semua aktiviti pantai seperti mandi manda,
berkelah dan menaiki banana boat. Anda juga boleh bersantai di gerai berhampiran,
menunggang kuda, bermain layang layang, atau menaiki ATV.

Rasionalnya kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti jenis-jenis aktiviti
pelancongan pantai dan mengetahui impak pelancongan terhadap kualiti hidup
penduduk telah dilakukan bagi mengenal pasti penerimaan penduduk terhadap
pembangunan pelancongan di sesebuah destinasi dan juga menganal pasti jenis-jenis
aktiviti pelancongan pantai yang terdapat di Batu Feringhi, Pulau Pinang. Ini bagi
memastikan industri dan aktiviti pelancongan dapat terus berkembang ataupun
sebaliknya. pembangunan pelancongan telah membuat masyarakat sedar bahawa
mereka harus terlibat dan mengambil bahagian dalam pengurusan pelancongan untuk
menjana pendapatan. Daripada kajian lepas jelas dapat dilihat bahawa pembangunan
pelancongan di suatu tempat dapat memberi impak kepada komuniti setempat.

15
040904-07-0594

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui Impak Pelancongan Pantai di Batu
Feringhi terhadap Ekonomi Komuniti Setempat di Batu Feringhi, Pulau Pinang. Oleh
itu, pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan kepada dua objektif iaitu:

1.1 Mengenal pasti jenis-jenis aktiviti pelancongan pantai yang terdapat di


Batu Feringhi, Pulau Pinang.

1.2 Mengkaji kesan ekonomi aktiviti pelancongan pantai di Batu Feringhi


Kepada masyarakat setempat di Batu Feringhi, Pulau Pinang.

16
040904-07-0594

3.0 LOKASI KAJIAN

Peta 1: Peta yang menunjukkan Kawasan Pulau Pinang

Sumber: Laman Web (Peta Google)

Pulau Pinang (Peta 1) pada awalnya dikenali sebagai Pulau Ka Satu. Terletak
berhampiran dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Dari segi sejarahnya,
Pulau Pinang dan Seberang Perai pada asalnya adalah milik kesultanan Kedah. Pulau
Pinang terdiri daripada dua bahagian iaitu pulau dan juga tanah besar yang dikenali
sebagai Seberang Perai. Sebelum nama Pulau Pinang menjadi popular, penduduk di
Seberang Perai lebih mengenali Pulau Pinang dengan nama Tanjong Penaga sempena
nama pokok penaga yang tumbuh di sekitar tapak Fort Cornwallis. Keluasan kawasan
pulau adalah 285 km2 yang terpisah sepenuhnya daripada Seberang Perai. Pulau
Pinang mempunyai bilangan penduduk seramai 1.6 juta orang (berdasarkan anggaran
rambang). Kedua-kedua bahagian dihubungkan dengan perkhidmatan Feri, Jabatan
Pulau Pinang pertama iaitu Penang Bridge berpanjangan 135km dan Jabatan Pulau
Pinang kedua iaitu Jabatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah panjangnya 24km.

17
040904-07-0594

Peta 2: Peta yang menunjukkan Kawasan Georgetown

Sumber: Laman Web (Peta Google)

Francis Light yang dikatakan adalah pengasas Pulau Pinang menamakan semula
Tanjong sebagai 'Georgetown' sebagai simbol kehormatan ke atas Raja George III
yang memerintah British ketika itu. Tanjung atau lebih dikenali dengan nama George
Town adalah merupakan sebuah bandaraya metropolitan yang cukup terkenal di Pulau
Pinang. George Town juga boleh dikatakan antara bandar yang tertua selepas Bandar
Melaka. Pada asalnya, penduduk melayu menjadi penduduk awal yang tinggal di
George Town menggelarkan kawasan ini sebagai nama Tanjung Penaga. Hal ini
adalah kerana dipercayai bahawa nama Tanjung Penaga ini berasal daripada
tumbuhan penaga laut yang banyak tumbuh meliar di sana pada suatu ketika dahulu.
George Town mempunyai bilangan penduduk melebihi 500,000 orang,
menjadikannya bandar raya terbesar di utara Malaysia dan bandaraya wilayah utara.
Bandar-bandar satelit George Town termasuklah Air Itam, Bayan Lepas, Glugor,

18
040904-07-0594

Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah. Zon
Metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang.

Peta 3: Peta yang menunjukkan Kawasan Batu Feringhi

Sumber: Laman Web (Peta Google)

Peta 4: Peta yang menunjukkan pantai Batu Feringhi 11100 George Town, Pulau
Pinang

Sumber: Laman Web (Peta Google)

Peta 3 dan 4 menunjukkan pantai Batu Feringhi 11100 George Town, Pulau
Pinang yang merupakan tempat kajian yang hendak dikaji oleh pengkaji untuk

19
040904-07-0594

mengenai jenis-jenis aktiviti pelancongan pantai dan kesan ekonomi aktiviti


pelancongan pantai.

Foto 3: Gambar menunjukkan pengkaji bersama papan tanda Jalan Batu Feringhi

Sumber: Kajian Lapangan 2023

Pantai Batu Feringhi 11100 George Town, Pulau Pinang terletak di Jalan Batu
Ferringgi, Jalan Batu Ferringhi ialah jalan utama di pantai utara Pulau Pinang.
Melayani kawasan pelancongan Batu Ferringhi, ia menghubungkan Jalan Teluk
Bahang di barat dengan Jalan Tanjung Bungah di timur. Jalan itu adalah sebahagian
daripada Laluan Persekutuan 6 yang mengelilingi Pulau Pinang.

20
040904-07-0594

Foto 4: Gambar menunjukkan pengkaji di pantai Batu Feringhi 11100 George Town,
Pulau Pinang

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Pantai Batu Feringhi 11100 George Town, Pulau Pinang terletak selepas papan
tanda Jalan Batu Feringhi. Bagi sesiapa yang memilih untuk menggunakan
pengangkutan awam Bas Rapid, terdapat beberapa hub bas rapid awam terdekat
terletak di hadapan Hotel Golden Sands kira-kira 192m jauh, tiga minit dengan
berjalan kaki. Nombor bas rapid 101 dan 102 mempunyai transit yang melalui dengan
Batu Feringhi. Selain itu, terdapat banyak kemudahan seperti Mcdonald, KFC dan
Batu Feringhi Rural Klinik yang dapat memudahan kehidupan pelancongan.

21

You might also like