Professional Documents
Culture Documents
MSSD Catur Notation
MSSD Catur Notation
MSSD Catur Notation
Sedikit pengenalan tentang Notation (Notasi) atau rekod pergerakan catur telah disentuh di tajuk
sebelum ini - Lima Langkah Asas Bermain Catur - sebagai pendahuluan. Pengunjung perlu
membaca tajuk tersebut sebelum membaca tulisan ini bagi memudahkan pemahaman.
Pada masa kini, notasi catur menggunakan sistem moden yang dikenali sebagai Algebraic Chess
Notation (ACN) yang telah diterima sebagai standard dan meluas digunakan. Untuk mengetahui
tentang sejarah notasi catur, pembaca boleh membuat bacaan lanjut di sini [KLIK].
Tulisan ini menyentuh lebih lanjut pengenalan tentang notasi dan bagaimana ia dilakukan (menulis
notasi). Amatlah digalakkan sambil membaca tulisan ini, set catur yang ada koordinat digunakan.
A. PENGENALAN
Setiap buah catur (material/pieces) diwakili oleh suatu huruf kecuali Pawn. Huruf yang mewakili
itu ialah huruf pertama nama buah tersebut dalam Bahasa Inggeris dan hendaklah ditulis dalam
huruf besar.
King > K
Queen > Q
Rook > R
Bishop > B
Knight > N (tidak K kerana ianya telah dikhaskan untuk King)
2. Koordinat
Sebagaimana buah catur, setiap petak di papan catur juga mempunyai 'nama'nya sendiri. Ini
perlu kerana buah catur yang bergerak dari satu petak ke petak yang lain perlu diketahui - dari
mana ke mana - bagi mengelak kekeliruan atau 'kehilangan punca'.
Perhatikan, setiap petak mempunyai dua benda iaitu Huruf dan Nombor. Huruf ditulis dalam huruf
kecil dan sebelum nombor (huruf dulu baru nombor). Keseluruhan huruf tersebut ialah File (a-file,
b-file dll) manakala yang melintang (nombor) ialah Rank (1st Rank, 2nd Rank, 8th Rank dll).
Gambar 4 8th Rank dan h-File. Boleh namakan File dan Rank yang lain?
3. Aktiviti
Setelah mengetahui huruf buah dan nama petak, aspek seterusnya ialah bagaimana
menulis/merekod aktiviti buah. Aktiviti ini diwakili oleh simbol tertentu.
Aktiviti > Simbol/Tanda
Check > +
Checkmate > # atau ++
en passant > e.p. (optional*)
*Ianya amat digalakkan ditulis di dalam notasi
Promotion > =
B. MENULIS NOTASI
Setelah mengetahui ketiga-tiga aspek di atas, maka memahami cara menulis notasi menjadi lebih
mudah. Penulisan notasi yang lengkap sebenarnya menggabungkan kesemua aspek
tersebut (minima dua bagi Pawn dan jika tiada Aktiviti seperti Capture, Check, Checkmate dan
Promotion).
Penulis bahagikan cara menulis notasi ini kepada LIMA contoh bahagian bagi memudahkan
pemahaman pembaca.
1. e4 d5
2. exd5 Qxd5
-Putih gerak pawn di e tangkap pawn di d5. Ianya ditulis exd5 . Pawn di e tadi kini sudah di d.
-Hitam menggerakkan Queen tangkap pawn di d5. Ianya ditulis Qxd5. Queen Hitam kini berada
di petak d5.
3. d4 Qa5+
1. e4 d5
2. exd5 Qxd5
3. d4 Qa5+
4. ..dan seterusnya..
Gambar 6 4...Qxf2#
1. e4 e5
2. Nc3 Bc5
3. a3 Qf6
4. b4 Qxf2# (Checkmated)
2. Castle
Gambar 7 7...Be7
1. e4 c5
2. Nf3 d6
3. d4 cxd4
4. Nxd4 Nf6
5. Nc3 a6
6. Be3 e6
7. Qd2 Be7
8.
Perhatikan posisi dalam Gambar 7, kedua-duanya telah bersedia untuk melakukan Castle... Putih
sudah boleh castle di Queenside manakala Hitam pula sudah boleh castle di Kingside. Perhatikan
anak panah merah dalam Gambar 8 dan Gambar 9 di bawah:-
Gambar 8 Perhatikan, King sentiasa bergerak dalam dua langkah/petak bila castle sama ada di Kingside atau
Queenside.
Gambar 9 Posisi selepas kedua-duanya castle..
1. e4 c5
2. Nf3 d6
3. d4 cxd4
4. Nxd4 Nf6
5. Nc3 a6
6. Be3 e6
7. Qd2 Be7
8. O-O-O O-O
3. en passant
Gambar 10 2...e5
Gambar 11 3. dxe6 e.p.
Notasi:
1. e4 d5
2. exd5 e5
3. dxe6 e.p.
4. Promotion
Gambar 12 Giliran Putih gerak. Katakan, Putih ingin lakukan Promotion..
Gambar 13 a8=Q+
-Maksud keseluruhan a8=Q+ ialah, pawn di promote di a8, menjadi Queen dan dalam masa yang
sama Check.
-Dalam posisi di atas, jika Putih ingin memilih buah yang lain (Tidak boleh menjadi King dan
kekal menjadi Pawn) buah tersebut ialah:
Rook > a8=R+
Knight > a8=N
dan Bishop > a8=B (Bishop petak putih atau light-squared bishop)
a. Apabila dua buah yang sama, boleh gerak ke petak yang sama
Gambar 14 Contoh Situasi Rook
Katakan;
R7a5 bermaksud, Rook di 7th Rank yang bergerak ke a5. Apakah notasi jika Rook di a1 yang
gerak ke a5?
Gambar 17 Contoh Situasi Knight. 1. Bd5.
1. dxe7
Bagaimana jika ada capture? Jawapannya, 1...N8xe7
Perhatikan;
Ne7 - Knight gerak ke e7 (sekali gus bermaksud, hanya satu Knight sahaja yang boleh ke petak itu
pada masa itu)
N8e7 - Knight di 8th rank yang gerak ke e7
N8xe7 - Knight di 8th rank yang tangkap buah di e7
N8xe7+ - Knight di 8th rank tangkap buah di e7 dan Check
N8xe7# - Knight di 8th rank tangkap buah di e7 dan Checkmate
N8e7+ - Knight di 8th rank yang gerak ke e7 dan Check
Gambar 19 Apakah notasi bagi gerakan Putih di atas?
Kredit:
Latihan 1 - By Winston365 - Automatically generated from pgn file with wikipedia chess
templates, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=9745253
KESIMPULAN
Menulis notasi merupakan kemahiran asas bagi seorang pencatur. Ini akan meluaskan lagi
pengetahuan dan kefahaman seseorang tentang suatu permainan catur (chess game) tersebut.
Dengan melihat notasi ini sahaja, 'jalan cerita' apa yang berlaku antara kedua pemain di atas
papan dapat 'dilihat' dan segera diketahui dengan mudah.
Melalui notasi ini juga, kita boleh 'membaca', menganalisis dan merujuk games yang terdahulu
khususnya ketika kita bermain di suatu pertandingan. Kita boleh menyemak (analisis) kenapa kita
kalah, bagaimana kita boleh menang, apakah bad/strong moves, inaccuracy,
mistake atau blunder yang terhasil dalam game tersebut. Malah, kita juga boleh mendapatkan
notasi dari pemain lain seperti Profesional dan Master.
Ini penting untuk meningkatkan lagi daya analisis, memahami dengan lebih mendalam, sebagai
peringatan untuk mengelak melakukan kesilapan yang sama di masa akan datang dan banyak lagi.
Dengan itu, barulah kemahiran-kemahiran dalam bermain catur kita akan bertambah baik,
mantap dan tidak melakukan kesilapan-kesilapan mudah.
Gambar 20 Contoh notasi di Scoresheet (salinan pendua/carbonized). Klik pada imej untuk zoom.