Kertas Penerangan 1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(1/7) Muka surat : 1 drpd 20

INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
SLW03 SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI ELEKTRIK
KURSUS/COURSE
(PENDAWAIAN ELEKTRIK TIGA FASA– PW4)
CODE AND NAME

SEMESTER 4

KOD DAN NAMA SLW3413 PEPASANGAN DAN PENYELENGGARAAN


SUBJEK / SUBJECT’S PENDAWAIAN INDUSTRI TIGA FASA
CODE & NAME

1. PENGENALAN KABEL, KOD WARNA DAN


PENGGUNAAN
2. SUSUTAN VOLTAN DAN KEUPAYAAN MEMBAWA ARUS
3. FAKTOR KEPELBAGAIAN 3 FASA
BAB
4. PERLINDUNGAN DAN PEMBUMIAN
5. UJIAN PEMASANGAN
6. PENDAWAIAN KONDUIT DAN SESALUR PVC
7. PENDAWAIAN KONDUIT DAN SESALUR GI

MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA PELAJAR DALAM MENGENALI


JENIS-JENIS, FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KABEL DAN KOD-
OBJEKTIF /OBJECTIVE
KOD WARNA SERTA KEGUNAANNYA DI DALAM SISTEM
PEMASANGAN ELEKTRIK.

TAJUK/TITLE PENGENALAN KABEL, KOD WARNA DAN PENGGUNAAN

PELAJAR AKAN DAPAT MENGETAHUI DAN MENGENAL KABEL


TUJUAN/PURPOSE
SERTA KEGUNAANNYA DI DALAM SISTEM PEMASANGAN
ELEKTRIK.

SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(1/7) Mukasurat : 2 drpd 20

PENGENALAN KABEL

Pada umumnya kabel adalah suatu bahan yang membentuk sesuatu litar pada beban dalam
sistem pemasangan elektrik. Dengan ini kabel yang di gunakan mestilah mampu
mengalirkan arus, menghalang dari berlaku denyutan daya gerak elektrik apabila tersentuh
padanya dan mempunyai tempoh hayat yang lama. Bagi membentuk suatu binaan kabel 3
bahagian utama perlu ada, iatu pengalir, penebat dan pelindung mekanikal.

Faktor Pemilihan Kabel.

Kabel yang dipilih mestilah mampu membawa arus yang dikehendaki tanpa menaikkan
suhunya ketika digunakan. Susut voltan kabel mestilah tidak melebihi 4 % voltan yang
digunakan.
Perlindungan arus lebih kelas halus bekerja dengan pantas ( kurang daripada 4 jam ),
semasa berlaku beban lebih. Oleh kerana itu kabel yang dipilih tiadk perlu terlalu besar bagi
menampung pertambahan arus yang mendadak dan sekejap.
Jika suhu sekitaran normal, kabel khas tidak perlu digunakan. Sebaliknya jika suhu
terlalu sejuk, panas atau lembap, kabel khas perlu digunakan bagi mengatasi masalah yang
boleh merosakkan kabel.
Sekiranya kabel dipasang dengan pendawaian menunggal, pertambahan suhu kabel
amat kecil berbanding dengan kabel yang dipasang bersama dalam pembuluh atau tempat
tertutup.

Bahagian-Bahagian Kabel Dan Istilah Kabel

Sesuatu kabel itu dianggap sempurna apabila mempunyai 3 bahagian atau sekurang-
kurangnya dua bahagian. Bahagian-bahagian itu dikenali sebagai pengalir, penebat dan
perlindungan mekanik. Jika syarat minimum ini tidak dapat dipenuhi, ia tidak boleh disebut
sebagai kabel tetapi hanya sesuai disebut pengalir atau dawai sahaja.

Terdapat berbagai-bagai istilah yang digunakan bagi maksud menjelaskan dengan


lebih lanjut dan tepat mengenai kabel, antaranya termasuklah:

1. Teras

 Teras ialah pengalir yang dikelilingi oleh penebat (pengalir bertebat) tetapi bukan
bermaksud untuk perlindungan mekanik atau sebarang perlindungan lain. Bilangan
pengalir itu boleh jadi satu, dua, atau beberapa lembar pengalir seperti yang
ditunjukkan dalam rajah yang berikut:

SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(1/7) Mukasurat : 3 drpd 20

Rajah 1 Beberapa bentuk teras kabel

2. Sarung Kabel

 Sarung kabel ialah lapisan kedua pembalut pengalir atau lapisan sesudah penebat
pada sesuatu pengalir.
 Sarung kabel boleh jadi dibuat daripada penebat atau logam seperti plumbum,
kuprum, aluminium dan sebagainya.
 Fungsi utamanya sebagai pelindung mekanik dan pelindung kimia. Walaupun
perlindungan yang diberikannya tidak begitu kukuh tetapi sudah memadai untuk
melindungi kabel yang dipasang pada tempat yang tidak terlalu teruk bahaya
mekanik dan bahaya kimianya.
 Kadang kala sarung logam ini digunakan juga sebagai pengalir pelindung litar jika
pemasangan ini menggunakan kabel berkenaan.

Penebat

Pengalir

Sarung
Rajah 2 Sarung kabel

3. Lembar

 Lembar ialah bilangan pengalir pada sesuatu teras kabel. Kabel-kabel dibuat
berlembar pupaya mudah dilentur dan mengurangkan kesan kekulitan di samping
dapat menambah daya kekuatan (keteguhan) kabel tersebut.
 Mengikut peraturan IEE 524-01, luas keratan rentas lembar pengalir yang kurang
daripada 10 mm² hendaklah dibuat daripada kuprum.

 Untuk kabel boleh lentur, bilangan lembar yang biasa digunakan ialah seperti yang
berikut: 1, 3, 7, 19, 161, 127 dan 16, 56, 84 dan 2257.

SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(1/7) Mukasurat : 4 drpd 20

4. Luas Keratan Rentas Pengalir

 Luas keratan rentas pengalir ialah jumlah keratan rentas setiap pengalir.

Luas keratan rentas


pengalir
Rajah 3 menunjukkan luas keratan rentas dan lembar pengalir

6.00 mm² - menunjukkan luas keratan rentas keseluruhan pengalir.

Dimana formula luas keratan rentas ( area) ialah = лj² x 7

Bilangan
Contoh soalan. lembar Garis pusat setiap
lembar
Sekiranya saiz kabel diberi 7/1.04 mm dan tukarkan saiz tersebut dalam bentuk luas keratan
rentas.

Luas keratan rentas (a) = лj²


= 3.14 x ( 1.04)²
2
= 3.14 x 0.52²
= 0.84 mm²

7 lembar = 7 x 0.84

= 5.94 mm²
5. Kabel

 Kabel ialah satu bahan yang membentuk sesuatu litar pada beban dalam sistem
pemasangan elektrik.
 Dengan ini kabel yang digunakan mestilah mampu mengalir arus elektrik,
menghalang dari berlaku denyutan daya gerak elektrik apabila disentuh padanya dan
mempunyai tempoh hayat yang lama.
 Bagi membentuk sesuatu binaan kabel, 3 bahagian utama perlu ada iaitu pengalir,
penebat dan pelindung mekanikal.

SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(1/7) Mukasurat : 5 drpd 20

penebat

pengalir

pelindung mekanilkal

Rajah 4 menunjukkan bahagian kabel

6. Penebat

 Penebat ialah bahan yang mengelilingi pengalir untuk mencegah arus daripada
terbocor keluar daripada pengalir itu. Sesuatu pengalir tanpa penebat jika bersentuh
dengan sesuatu jasad boleh menyebabkan renjatan elektrik atau litar pintas.
 Penebat dibuat daripada pelbagai jenis bahan dan terdapat dalam beberapa
keadaan: ada yang cair, pejal, liat (kental), atau berupa cat; kesemuanya
mempunyai peranan yang tersendiri. Oleh yang demikian kadar kemampuan penebat
menahan arus tidak sama.
 Oleh itu pemilihan yang teliti perlu dilakukan agar pilihan tersebut tidak
membahayakan pengguna. Biasanya perkara ini telah ditetapkan oleh pihak pembuat
sesuatu alat atau kabel itu.

7. Kadaran Voltan

 Kadaran voltan bagi kabel bermakna kadar ketahanan kabel dari segi penebatannya
apabila sesuatu voltan diberikan. Ketahanan kabel dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu;

a) Ketahanan voltan antara pengalir atau lebih dikenali dengan simbol E.


b) Ketahanan voltan antara pengalir dengan bumi atau lebih dikenali dengan simbol
Eo.

 Biasanya kabel mempunyai nilai ketahanan voltan yang berbeza antaranya E dan Eo,
tetapi ada juga kabel yang serupa ketahanan voltannya misalnya kabel bertebat
bahan galian. Sebagai contoh, jika sesuatu kabel itu diberikan nilai 600/1000 V,
maknanya 600 ialah Eo dan 1000 ialah E.

8. Suhu Ambien

 Suhu ambien bagi kabel ialah suhu ketahanan kabel itu berbanding dengan suhu
tempat kabel itu hendak ditempatkan dan kemampuannya membawa arus dengan
selamat tanpa memanaskan kabel tersebut.
 Suhu ini lebih merujuk kepada ketahanan penebat kabel kerana bahan penebat yang
berlainan mampu menahan suhu ambien yang berbeza.

SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(1/7) Mukasurat : 6 drpd 20

9. Kadaran arus

 Kadaran arus kabel ialah kadaran arus maksimum yang mampu dibawa oleh kabel
dengan selamat tanpa memanaskan pengalirnya atau merosakkan penebatnya.
Kemampuan ini bergantung sepenuhnya pada jenis pengalir dan luas keratan rentas
pengalir itu.
 Faktor kadaran, yang merangkumi jenis sarung, kelas pelindung arus lebih, suhu
ambien dan sebagainya, juga boleh mempengaruhi nilai kadaran arus sesuatu kabel.
Perkara ini dijelaskan dengan mendalam pada Lampiran 9 buku Peraturan IEE.

10. Perlindungan Mekanik

 Perlindungan mekanik bagi kabel ialah satu kaedah bagi melindungi kabel itu
daripada kerosakan mekanik seperti terpijak, terhimpit, terpenyek, terluka atau
sebagainya.
 Bagi melindungi kabel itu, berbagai-bagai cara digunakan. Antaranya termasuklah
membalut kabel itu dengan dawai, menyarung kabel dengan paip ataupun disalut
dengan bahan yang keras misalnya penebat atau sebagainya.
 Sarung kabel dan perisai kabel adalah contoh bahagian kabel yang berperanan
sebagai pelindung mekanik.

11. Pengalir

 Pengalir ialah bahagian kabel yang terdiri daripada dawai atau kumpulan dawai yang
bersentuh antara satu sama lain.
 Bagi kabel bumi sepusat, istilah pengalir adalah merangkumi sarung logam luar
kabel itu.
 Bahan yang menjadi pengalir hendaklah terdiri daripada bahan yang membenarkan
arus elektrik melaluinya seperti kuprum, perak, aluminium dan sebagainya.

12. Kod Warna

 Kod warna digunakan bagi menunjukkan tugas sesuatu kabel atau kord. Kabel atau
kord itu mungkin dicatkan atau diwarnakan pada keseluruhan terasnya, atau
mungkin juga penghujung kabel itu disarung dengan penyarung biasa ataupun
menggunakan cakera berwarna.
 Kod warna ini amat mustahak untuk memudahkan kerja-kerja penyambungan bagi
mengelakkan kekeliruan semasa menjalankan ujian. Warna-warna ini ada dinyatakan
dalam jadual 51A dan 51B buku Peraturan IEE edisi ke 16 (ms65).

13. Kord

 Kord ialah sebutan bagi kabel yang mempunyai saiz luas keratan rentas pengalir di
antara 0.5 mm² hingga 4 mm².
 Perkataan kord biasanya digunakan untuk menyebut kabel-kabel boleh lentur.

14. Kabel Boleh Lentur

 Kabel boleh lentur bermaksud kabel itu mudah dilentur-lenturkan kepada bentuk
yang dikehendaki tanpa menggunakan sebarang alat khas atau menggunakan
tenaga yang banyak.
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(1/7) Mukasurat : 7 drpd 20

 Kabel boleh lentur ini biasa digunakan untuk pemasangan alat-alat mudah alih
seperti seterika, kipas meja, lampu tergantung atau pendawaian alat pegun seperti
peti sejuk, alat pendingin dan sebagainya ke pendawaian tetap.

PENGALIR

Pengalir ialah suatu bahan yang membenarkan pengaliran elektron bebas atau arus secara
bebas. Jenis jenis bahan pengalir yang biasa digunakan dalam pepasangan penguna ialah:

-perak
-kuprum
-aluminium
-timah
-plumbum

(i) Perak – adalah suatu pengalir yang terbaik tetapi mahal untuk kegunaan pengalir
biasa, oleh itu ia digunakan untuk menyalut sesentuh pada suis dan pengalir pada
dalam komponen komponen elektronik.
(ii) Kuprum – adalah tersenarai pengalir yang baik dan mudah lentur sesuai digunakan
dalam pepasangan
(iii) Aluminium – adalah suatu pengalir yang ringan jika dibandingkan pengalir pengalir
lain. Oleh kerana ia ringan dan kerintangannya juga rendah sesuai digunakan
sebagai kabel talian atas atau kabel bukan boleh lentur bagi voltan rendah
(iv) Timah – adalah suatu pengalir yang digunakan sebagai bahan sadur untuk
cantuman pengalir kabel semasa pematerian. Pengalir timah mudah cair apabila
dipanaskan.
(v) Plumbum – adalah suatu pengalir dari jenis yang keras dan digunakan sebagai
pengalir bumi dan pelapik/pesalut untuk kabel bawah tanah.

SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(1/7) Mukasurat : 8 drpd 20

Berikut ialah jadual 1: Pelbagai jenis pengalir yang biasa digunakan:-

Bahan Sifat - Sifat Kegunaannya


1. Aluminium Ringan dan harganya Kabel kuasa
murah
2. Loyang ( brass ) Senang dibuat dalam Punca, pin-pin pada palam
sebarang bentuk dan
menahan kakisan
3. Karbon Lebih keras dan geserannya Berus-berus pada mesin
lebih kecil motor
4. Kromium Keras dan menahan kakisan Elemen pemanasan bila
dicampurkan dengan nikel
5. Kuprum Pengalir yang baik dan Semua kabel dan juga bus-
lembut senang dibuat bar
dalam bentuk dawai dan
boleh dikeraskan
6. Emas Mahal tetapi menahan Menyadur salut pada
kakisan sesentuh
7. Besi dan keluli Logam yang biasa Saluran, konduit, pengalir
bumi, kotak fius agihan dan
lain-lain
8. Plumbum Senang dilentur dan Sarung kabel, pengalir bumi
menahan kakisan
9. Raksa Cecair pada suhu biasa dan Sesentuh tertentu, lampu
senang menyejat nyahcas
10. Nikel Keras dan menahan kakisan Elemen pemanas bila
dicampur dengan kromium,
elektrod-elektrod dalam
injap
11. Perak Mahal tetapi merupakan Dawai alat-alat menyadur
pengalir yang paling baik salut pada sesentuh
12. Natrium Senang menyejat Lampu nyahcas
13. Timah Menahan ancaman Menyalut pada kabel
daripada belerang kuprum yang ditebatkan
dengan getah vulkan
14. Tungsten Senang dibuat, liat Filamen, lampu tiub vakum

Pengalir kabel biasanya diperbuat daripada kuprum dan aluminium. Peraturan IEE telah
menyatakan bahawa luas keratan rentas pengalir 10mm atau kurang mestilah daripada jenis
kuprum. Pengalir aluminium tidak di benarkan bagi luas keratan rentas tersebut ini adalah
kerana ia mudah patah semasa kerja pendawaian dijalankan.

Pemilihan kuprum sebagai pengalir kabel adalah kerana ia mempunyai ciri ciri
berikut:
(i) kerintangan yang rendah
(ii) mudah dibentuk menjadi pengalir
(iii) mudah disadur untuk tujuan pematerian

SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(1/7) Mukasurat : 9 drpd 20

Berikut merupakan jadual 2 : perbezaan antara kuprum dan aluminium.

Perbezaan antara kuprum dan aluminium


Perbezaan Kuprum (cu) Aluminium (Ai)

1.Kerintangan lebih rendah iaitu 17.24 µΏ lebih tinggi iaitu 28.2µΏ


mm ( Cu disepuhlindapkan) mm pada 20º C.
dan 17.8 µΏ mm ( Cu dikeraskan)
pada suhu 20º C.

2. Luas keratan rentas lebih kecil pada keupayaan lebih besar pada
yang sama dengan aluminium. keupayaan yang sama
dengan kuprum.

3. Kealiran lebih tinggi (baik) lebih rendah.

4. Kekuatan ketegasan tinggi rendah

5. Luas keratan rentas lebih kecil lebih besar

6. Berat lebih berat 3 kali ganda ringan & murah

Kebanyakan pengalir kabel dilembarkan sebanyak 3,7,19,24,37,91 atau 197 dan


sebagainya. Tujuan pelembaran dibuat keatas pengalir adalah supaya ia mudah dilentur
semasa membuat kerja kerja pendawaian.
Terdapat dua cara untuk menyatakan ukuran saiz kabel iatu dengan menyatakan
secara bilangan lembar dan garis pusat setiap lembar ( contoh, 7/1.04 mm ) atau dengan
menyatakan secara luas keratan rentas keseluruhan pengalir kabel (contoh, 6mm 2)

7/1.04 mm ialah:

7 = bermaksud mempunyai 7 lembar


1.04 = bermaksud garis pusat setiap lembar pengalir
@ 6mm2 bermaksud luas keratan rentas keseluruhan pengalir

Bagi menentukan ukuran sesuatu saiz kabel atau bagi menukar salah satu bentuk ukuran
kabel boleh digunakan formula berikut:

Luas keratan rentas = J2 X 7

SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(1/7) Mukasurat : 10 drpd 20

Contoh soalan

Sekiranya saiz kabel diberi 7/1.04 mm dan tukarkan saiz tersebut dalam bentuk luas keratan
rentas.

Luas keratan = J2


rentas (a) = 3.14 x ( 1.04 ) 2
2
= 3.14 x 0.522

= 0.84 mm2

= 7x 0.84
7 lembar
= 5.94 mm2

Faktor rintangan pengalir.

Sesuatu pengalir akan berubah nilai rintangannya disebabkan oleh jenis bahan,
panjang pengalir, luas muka keratan dan suhu. Faktor ini juga menentukan nilai sesuatu
pengalir.

a) Kerintangan bahan

Kadar aliran arus bergantung pada jenis bahan. Jika bahan itu mudah mengalirkan arus
elektrik bererti bahan itu mempunyai kerintangan bahan yang rendah berbanding dengan
bahan yang sukar mengalirkan arus elektrik.
Ini bererti rintangan pengalir adalah berkurangan, oleh itu semakin mudah arus mengalir
dalam sesuatu bahan pengalir. Sebaliknya rintangan yang tinggi menyukarkan aliran arus
melaluinya disebabkan kerintangan bahan pengalir itu tinggi.

Contohnya, aliminium mempunyai kerintangan bahan 2.9 ohm-meter berbanding dengan


kuprum sebanyak 1.7 ohm-meter. Jadual 3.1 menunjukkan sebahagian bahan yang lazim
digunakan sebagai pengalir kabel.

Jadual 3 : kerintangan bahan pengalir.

Bahan Kerintangan pada 200 C – ohm – meter ( x 10-8 )


Kuprum 1.72
Perak 1.62
Aluminium 2.69
Tungsten 5.5
Loyang 6 hingga 8
Nikrom 108.5
Karbon 7000

SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(1/7) Mukasurat : 11 drpd 20

b) Panjang pengalir

Semakin panjang bererti perjalanan arus semakin jauh. Pertambahan ini menebabkan
rintangan bertambah pada kadar berterusan. Faktor ini diambil kira sewaktu menghantar
tenaga elektrik dari satu tempat ke satu tempat melalui kabel agar tidak menyebabkan
tenaga itu susut dalam kabel penghantaran.
Faktor ini tidak dapat dihapuskan tetapi boleh dirancang agar panjang pemasangan itu tidak
menyebabkan kerugian.

c) Luas muka keratan


Semakin besar luas muka keratan sesuatu pengalir bererti perjalanan arus yang mengalir
menerusinya menjadi semakin mudah.
Kesimpulanya nilai rintangan berkadar songsang dengan luas muka keratan. Fenomena ini
dapat dianalogi sama seperti paip air, jika paip itu kecil bererti sedikit sahaja air yang dapat
mengalir menerusinya, sebaliknya jika paip itu besar, banyak air boleh mengalir dan
rintangannya rendah.

d) Suhu

Sungguhpun pada amalannya suhu tidak berkaitan secara langsung dengan pengalir,
peranannya amat berkesan dalam mengikat atau menggerakkan elektron sesuatu bahan.
Elektron mudah digerakkan keluar dari orbitnya apabila bahan itu dipanaskan. Oleh sebab
itu sesuatu kabel hanya sesuai digunakan untuk sesuatu kadaran suhu tertentu.

Contoh pengiraan rintangan bahan / pengalir.

Berdasarkan faktor-faktor yang dibincangakan terdahulu, satu rumus boleh dibentuk


bagi menetukan rintangan sesuatu bahan. Rumus itu adalah seperti yang berikut:

R = ρl
A
Dengan,
ρ = Kerintangan bahan
l = Panjang pengalir
A = Luas muka keratan
Contoh

Seutas dawai kabel kuprum mempunyai luas muka keratan 1.5 mm 2. Tentukan
panjang maksimum yang dibenarkan juka kabel ini hendak digunakan bagi membawa arus
sebanyak 12 A pmkd, 240 V pmkd.

Penyelesaian

Mengikut Peraturan IEE susut voltan maksimim yang dibenarkan bagi sesuatu kabel ialah 4
% daripada voltan bekalan, dalam kes ini 4 % x 240 = 9.6 Volt.

Rintangan pengalir = voltan / arus


= 240 / 12
= 20 ohm.

SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(1/7) Mukasurat : 12 drpd 20

Kerintangan bahan kuprum berdasarkan jadual:


= 1.72 x 10-8 ohm- meter
Luas muka keratan pengalir:
= 1.5 mm2
= 1,5 m2
(1000) 2

= 1.5 x 10-6 m2

Berdasarkan rumus asal rintangan :

R = ρl
A
Panjang yang diperolehi ialah:

l = AR
ρ
= 1.5 x 10-6 x 20
1.72 x 10-8
= 174418 m
= 1.744 km.
Susut voltan kabel yang dibenarkan:

Vd = RxI
= 20 x 12
= 240 V.

Rintangan yang sepatutnya hanya:

9.6 V = R x 12
R = 9.6 / 12
= 0.8 ohm.

Panjang kabel yang boleh digunakan:

l = 1.5 x 10-6 x 0.8


1.72 x 10-8
= 69.76 m

SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(1/7) Mukasurat : 13 drpd 20

PENEBAT

Penebat ialah suatu bahan yang menghalang atau tidak membenarkan arus mengalir
melaluinya dengan mudah.
Bahan bahan yang biasa digunakan bagi keselamatan penguna dari kejutan elektrik
dalam sistem pemasangan ialah:

-getah
-polivinil klorida
-kertas terisitepu
-penebatan miniral
-bakelit
-mika
-porslin

(i) Getah – adalah suatu bahan penebet yang mempunyai rintangan tinggi, oleh itu
kegunaannya sebagai bahan dalam sistem pemasangan adalah menyeluruh. Sebagai
contoh ia biasa digunakan untuk menyaluti pengalir kabel.

Terdapat 3 jenis penebat getah yang biasa digunakan pada kabel iatu:

(a) getah volkan (suhu pengendalian pengalir 600C)


(b) getah butil (suhu pengendalian pengalir 850)
(c) getah silikon (suhu pengendalian pengalir 1450C)

kebaikan

(a) getah yang baik


(b) tidak boleh dimasuki air
(c) mudah dilentur

kekurangan

(a) mudah terbakar


(b) mudah rosak apabila terkena sinaran matahari.

(ii) Polivinil klorid – adalah suatu jenis bahan penebat campuran di antara plastik dan
getah. Penebat pvk biasanya digunakan sebagai penebat kabel bagi negara yang
mempunyai suhu ambien normal dan biasa sepanjang tahun. Suhu pengendalian
pengalir ialah 700C.

Perbandingan kebaikan dan kekurangan penebat pvk dengan getah bagi sesuatu
kabel dalam sistem pemasangan.

Kebaikan

(a) mahal.
(b) Tidak mempunyai darjah perlindungan mekanikal yang sama.

SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(1/7) Mukasurat : 14 drpd 20

iii. kertas teristitepu – adalah suatu bahan yang boleh meresapi lembapan, oleh itu ia
biasa digunakan sebagai penebat kabel yang digunakan di kawasan lembab
contohnya sebagai kabel pengalir bawah tanah.
iv. penebat mineral - aedalah suatu bahan penebat daripada jenis mineral di mana ia
tahan suhu panas, minyak dan sebagainya. Bahan mineral jenis magnesium oksid
biasanya digunakan sebagai penebat kabel.
v. Bakelit – adalah suatu bahan penebat yang digunakan bagi membentuk aksesori
aksesori elektrik didalam sistem pemasangan. Rintangan penebatnya adalah tinggi
dan mampu menghalang arus mengalir melaluinya.

Penebat yang menyalut pengalir kabel mestilah mempunyai rintangan yang tinggi bagi
menghalang arus terkeluar dan disentuh oleh penguna.
Pemilihan sesuatu kabel bergantung kepada jenis penebatnya. Contohnya, bagi kabel
yang digunakan di dalam bangunan dengan kerosakan mekanikalnya kurang adalah
daripada jenis penebat getah atau polivinil klorid. Manakala kalau situasi kabel itu di luar
bangunan, penebat yang digunakan mestilah yang tahan daripada sinaran matahari, embun,
hujan dan sebagainya. Contohnya jenis polikloroprena (P.C.P) atau Heat, Oil, Flame,
Retardant (H.O.F.R.)

PERLINDUNGAN MEKANIKAL

Perlindungan mekanikal adalah suatu bahan yang disalutkan atau dilapikkan sekeliling
penebat kabel untuk mengelak berlaku kerosakan keatas kabel semasa pemasangan atau di
sepanjang perkhidmatannya seperti dihimpit, dilanggar, bergesel dan sebarang
kemungkinan yang boleh mencacatkan atau memecahkan kabel.
Perlindungan mekanik boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu jenis tidak
berperisai dan juga berperisai.

1. Jenis tidak berperisai


Kabel yang tidak berperisai bermakna kabel itu tidak mempunyai sebarang sarung
logam yang menjadi perisai untuk melindunginya daripada bahaya mekanik. Perlindungan
mekaniknya hanya bergantung pada sarung penebat kabel itu yang berupa balutan jut
majmuk atau benang pita hesian di atas sarung kabel asas. Sarung kabel asas yang biasa
digunakan untuk kabel tidak berperisai ialah plumbum, aluminium atau kuprum.

Rajah 5 Perlindungan mekanik jenis tidak berperisai

SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(1/7) Mukasurat : 15 drpd 20

2. Jenis berperisai

Kabel yang berperisai bermaksud kabel yang mempunyai sarung logam yang terdiri
daripada dawai-dawai atau pita logam bagi melindungi kabel itu daripada tercacat oleh
bahaya mekanik. Perisai ini dibuat selapis atau beberapa lapis pada sarung sesuatu kabel
mengikut keperluan ketahanan mekanik yang dikehendaki.
Logam yang lazim dijadikan perisai ialah besi galvani dan keluli. Perisai ini akan
dipasang dalam bentuk susunan dawai galvanic atau pita keluli yang membaluti sarung jut
majmuk atau pita hesian sesuatu kabel itu.

Rajah 6 Perlindungan mekanik jenis berperisai

Terdapat berbagai bagai cara atau bahan yang boleh digunakan sebagai perlindungan
mekanikal pada kabel. Di antara cara atau bahan yang digunakan ialah seperti berikut:
(i) Salutan polivinil klorid
(ii) Salutan getah
(iii) Dawai atau pita keluli dalam bentuk perisai
(iv) Salutan plumbum
(v) Salutan kuprum
(vi) Konduit atau sesalur atau sulur.

Kord Dan Kabel Boleh Lentur

Kord dan kabel mudah lentur ialah suatu jenis kabel yang mempunyai lembaran pengalir
yang banyak dan halus. Tujuannya ialah supaya ia lebih mudah dilenturkan. Perbezaan di
antara kord boleh lentur dan kabel boleh lentur ialah dari segi luas keratan rentas
keseluruhan pengalirnya. Bagi kord boleh lentur luas keratan rentas keseluruhan pengalir
ialah 4.0 mm2 atau kurang manakala bagi kabel boleh lentur luas keratan rentas
keseluruhan pengalir lebih daripada 4 mm 2.

Kegunaan kord boleh lentur ialah untuk sambungan di antara:

(i) siling ros dan pemegang lampu anting anting


(ii) plug atau palam dan alat mudah alih
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(1/7) Mukasurat : 16 drpd 20

Manakala kegunaan kabel boleh lentur adalah untuk kadar beban beban yang besar dan
disambung di antara palam iatu BS4343 dan alat alat tetap.

Jenis jenis kord dan kabel boleh lentur

1. penebat pvk kembar selari


2. penebat pvk kembar berpintal
3. penebat pvk beranyam

Peraturan-peraturan yang berkaitan Kabel Umum.

1. Bagi semua jenis kabel, jika luas keratan rentas pengalirnya 10 mm² atau kurang maka
pengalirnya hendaklah daripada kuprum.
2. Kadaran voltan bagi setiap kabel mestilah tidak kurang daripada voltan nominal
(bekalan) atau voltan yang ditetapkan.
3. Kapasiti membawa arus setiap kabel mestilah tidak kurang daripada arus maksimun
yang mengalir dalam kabel.
4. Susutan voltan bagi setiap kabel mestilah tidak melebihi 4 % daripada voltan nominal
atau bekalan ketika arus beban penuh.
5. Setiap pengalir kabel yang disambung secara selari dari satu litar akhir mestilah sama
dari segi jenisnya, luas keratan rentas, panjang dan kedudukan pendawaian.

Peraturan-peraturan bagi kord dan kabel boleh lentur (pengunaan)

1. kord dan kabel boleh lentur boleh dipasang pada semua alat elektrik yang berkadaran
kurang daripada 3 kw.
2. Dawai perisai pada kord dan kabel boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai pengalir
perlindungan litar, oleh itu satu pengalir yang berasingan mesti diadakan.
3. Kord dan kabel boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai pendawaian tetap kecuali ia
sependek pendek yang boleh.
4. Pada keadaan yang terdedah kord dan kabel boleh lentur hendaklah seberapa pendek
yang boleh dan mesti dilindungi dari kerosakan mekanikal.
5. Kord boleh lentur yang disambung pada ros siling atau pemegang lampu mestilah
mempunyai cengkaman yang kuat atau sebarang cara pelepasan ketegangan.
6. Berat maksimum yang beloh ditanggung oleh kord boleh lentur adalah seperti berikut:

Lembaran dan garis pusat Luas keratan rentas Berat maksimum


16/0.2 0.5 mm2 2 kg
24/0.2 0.75 mm2 3 kg
32/0.2 1.0 mm2 5 kg

SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(1/7) Mukasurat : 17 drpd 20

CARA PEMASANGAN DAN SAIZ KONDUKTOR PENGALIR BAGI PENDAWAIAN


PERMUKAAN

Kabel yang digunakan bagi pendawaian permukaan satu fasa adalah jenis kabel bertebatkan
PVC:
 Teras tunggal tidak berperisai, dengan atau tanpa sarung
 Pelbagai teras tiada berperisai
 Teras tunggal berperisai (perisai bukan magnet)
 Pelbagai teras berperisai

Cara pemasangan ada ditunjukkan dalan Jadual 4A buku Peraturan IEE edisi ke 16.
Konduktor pengalir yang biasa digunakan bagi kabel bertebatkan PVC ini adalah jenis
kuprum BS 6004, BS 6231 dan BS 6346. Saiz-saiz konduktor pengalir ada di nyatakan dalam
jadual 4D1A buku Peraturan IEE pada kaedah 1(diklip terus) untuk 2 kabel a.u atau a.t fasa
tunggal telah menyenaraikan nilai ampere yang sesuai dengan saiz konduktor pengalir.
Misalnya nilai ampere sebanyak 15.5A menggunakan saiz kabel 1mm²,20A menggunakan
1.5mm² dan seterusnya.

Rajah 7 : Sarung Kabel diklip terus ke atau terletak di atas permukaan bukan logam.

SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(1/7) Mukasurat : 18 drpd 20

Jadual 4 : Kapasiti membawa arus

SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(1/7) Mukasurat : 19 drpd 20

KOD WARNA DAN PENGGUNAANNYA

Jadual 5 (Jadual 51A Peraturan IEE edisi ke 16 )

Pengenalan warna teras kabel tak boleh lentur dan konduktor dedah untuk pendawaian
tetap. Bagi kabel bertebatkan p.v.c berperisai dan kabel bertebatkan kertas, lihat
peraturan IEE 514-06-01 (ii) dan (iii) edisi 16.

FUNGSI PENGENALAN WARNA


Konduktor pelindung (termasuk
Hijau dan Kuning
pembumian)
Fasa litar fasa tunggal a.u Merah atau kuning atau biru
Neutral litar fasa tunggal- atau tiga
Hitam
fasa
Fasa R litar a.u tiga fasa Merah

Fasa Y litar a.u tiga fasa Kuning

Fasa B a.u tiga fasa Biru

Positif a.t litar dua dawai Merah

Negatif a.t litar dua dawai Hitam


Luar (positif dan Negatif) a.t litar 2
dawai diterbitkan daripada sistem 3 Merah
dawai
Positif litar a.t 3 dawai Merah

Dawai tengah litar a.t 3 dawai Hitam

Negatif litar a.t 3 dawai Biru

Bumi fungsional – telekomunikasi Krim (lihat BS 6701 Bahagian 1)

* sebagai alternatif kepada penggunaan Merah, jika dikehendaki, dalam pemasangan besar,
pada sebelah bekalan papan pengagihan akhir.

SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(1/7) Mukasurat : 20 drpd 20

Jadual 6 (Jadual 51B Peraturan IEE edisi ke 16 )

Pengenalan warna teras kabel boleh lentur dan kord boleh lentur.

Bilangan Teras Fungsi Teras Pengenalan warna

Fasa Perang
Neutral Biru
1
Pelindung Hijau dan Kuning

Perang
Fasa
2 Biru²
Neutral

Fasa Perang²
3 Neutral Biru²
Pelindung Hijau dan Kuning

Fasa Perang atau hitam4


Neutral Biru²
4 atau 5
Pelindung Hijau dan Kuning

SOALAN :

1. Nyatakan 3 bahagian utama kabel

2. Nyatakan maksud perlindungan mekanikal.

Rujukan : A Samad Hanif (2004), ”Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Edisi ke 2”


Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

You might also like