PENGENALAN

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

0 PENGENALAN

Dalam tugasan ini , saya akan menghuraikan dan membincangkan tentang


maksud al- ahliyyah dari segi Bahasa dan istilah dalam usul fiqh . Tugasan ini juga akan
membincangkan tentang pembahagian al-ahliyyah kepada ahliyyah al-wujub dan
ahliyyah al-ada’ . Al-ahliyyah ialah kelayakkan untuk diwajibkan sesuatu ke atas individu
atau kelayakkan unyuk menunaikan sesuatu. Al-ahliyyah menjadi sesuatu perkara yang
penting dalam kebanyakkan aspek perbuatan manusia seperti jual beli , perkahwinan dan
sebagainya malah ia juga merupakan salah satu syarat yang menjadikan sesuatu
perbuatan itu sah disisi Islam . Al- ahliyyah didefinasikan dari segi bahasa ialah sebagai
kesesuaian seseorang individu untuk melakukan sesuatu perkara atau dituntut untuk
melakukan sesuatu . Dari segi istilah pula , al-ahliyyah merujuk kepada kesesuaian
individu untuk berhadapan dengan kewajipan atau hak yang boleh menjadi miliknya atau
berhak dituntut daripadanya .
Dalam perbincangan ini , para ulama telah membahagikan al-ahliyyah kepada dua
jenis iaitu ahliyyaah al-wujub dan ahliyyah al-ada’. Menurut Ali Hasbullah ( 1964 : 356 )
Ahliyyah al-wujub ialah kelayakan manusia untuk menerima hak dan tanggungjawab
padanya dari segi syarak . Menurut Abdul Karim Zaidan (2009 : 72 ) Ahliyyah al-wujub
merupakan kelayakan seseorang manusia untuk diwajibkan hak – hak yang disyariatkan
baginya . Kelayakkan yang ditetapkan baginya hak-hak dan mewajibkan ke atasnya untuk
memikul tanggungjawab tersebut. Keahlian ini sabit dengan zimmah iaitu kelayakan yang
dikenakan kepada manusia yang berasaskan pensabitan zimmah . Zimmah dari segi
Bahasa ialah perjanjian sebagaimana Firman Allah SWT :
ٰۤ ُ ً
‫ن‬8َ ْ‫ك هُ ُم ْال ُم ْعتَ ُدو‬
َ ‫ول ِٕى‬ ‫اَل يَرْ قُبُوْ نَ فِ ْي ُمْؤ ِم ٍن اِاًّل َّواَل ِذ َّمة ۗ َوا‬
Maksudnya : Mereka tidak memelihara ( hubungan ) kerabat terhadap orang-orang
mukmin dan tidak pula ( mengendahkan ) perjanjian .( Surah At-taubah 9 : 10 ) .
Berdasarkan ayat al quran di atas , zimmah dari segi istilah satu sifat yang ada nilai
syarak yang menjadikan seseorang itu berkelayakan dari segi hak dan tanggungjawab .
Makna istilah ini terpakai kepada setiap manusia sekiranya dia dilahirkan dalam keadaan
bernyawa .
Oleh hal yang demikian , asas-asas ahliyyah al-wujub bagi manusia ialah nyawa .
Sekiranya manusia bernyawa maka dia berhak memperolehi zimmah dan mempunyai
ahliyyah al-wujub . Dengan itu , ahliyyah sabit kepada janin sekalipun kejadiannya tidak
sempurna . Oleh itu nyawa merupakan satu asas penetapan ahliyyah al-wujub dan
kelayakkan ini akan kekal sepanjang hidupnya dan tidak terpisah sehingga dia meninggal
dunia .
Menurut Ali Hasbullah (1964: 357) Ahliyyah al-ada’ merupakan kelayakan
seseorang melakukan perbuatan yang diterima syarak.Menurut Hailani Mujir Tahir (1998:
48) ahliyyah al-ada’ bermaksud juga keahlian bertindak dan kelayakan seseorang
mengeluarkan tindakan percakapan yang diakui oleh syarak.Menurut Abdul Karim Zaidan
(2009: 73), ahliyyah al-ada’ ialah kelayakan seseorang manusia untuk dituntut
bertanggungjawab. Oleh itu, setiap percakapan dan perbuatannya diambil kira dan
mempunyai kesan di sisi syarak. Kelayakan ini bermaksud kewajipan dan tanggungjawab
untuk ditunaikan seperti solat. (Hassan Ayob 2008:69).
Bagi memahami kedua – dua konsep al-ahliliyyah ini dan pengaruhnya kepada
penentuan hukum syarak , perbincangan mengenainya akan dikaitkan dengan adwar al-
ahliyyah ( peringkat al-ahliyyah ) iaitu peringkat kehidupan manusia yang berhubung dengan
konsep ahliyyah. Peringkat perkembangan ini terbahagi terbahagi kepada empat iaitu
1 . Peringkat Janin
2 . Peringkat dilahirkan sehingga mumayyiz
3 . Peringkat mumayyiz sehingga baligh
4 . Peringkat selepas baligh

1 . Peringkat Janin
Menurut Hassan Ayob (2008: 69) dan Abdul Karim Zaidan (2009: 74), janin mempunyai
ahliyyah wujub naqisah apabila dia dianggap sebagai manusia yang tersendiri dan terpisah
daripada ibunya maka janin tersebut mempunyai zimmah. Maka dia hanya memperolehi
sebahagian daripada hak kerana pensabitan zimmah padanya adalah tidak sempurna.
Oleh itu, Janin tersebut memperolehi hak tetapi tidak dipertanggungjawabkan seperti sabitlah
hak-hak yang tidak memerlukan kepada qabul seperti:
a) Harta pusaka
b) Wasiat
c) Hak daripada wakaf
2 . Peringkat dilahirkan sehingga mumayyiz
Peringkat ini merujuk kepada waktu janin yang selamat dilahirkan dan membesar sebagai
kanak-kanak sehingga sebelum mumayyiz . Jika ditinjau dari sudut ahliyyah al-wujub ia
sememangnya wujud pada setiap diri kanak- kanak secara sempurna kerana dia telah
bernyawa dan mampu hidup seperti insan normal . Oleh itu , dia berhak mendapatkan hak
yang dia peruntukkan baginya serta melunaskan sebahagian tanggungjawab yang dikenakan
ke atas dirinya .
3 . Peringkat mumayyiz sehingga baligh
Peringkat ini bermula ketika kanak-kanak berumur tujuh tahun sehingga dia baligh. Pada
peringkat ini, sabit kepada seseorang itu ahliyyah wujub kamilah serta pensabitannya adalah
lebih baik daripada peringkat sebelum mumayyiz dan ditetapkan ahliyyah al-ada’ padanya.
Manakala ahliyyah al-ada’ adalah naqisah kerana akalnya tidak sempurna. Maka, ibadah
yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah sah tetapi tidak dituntut. Manakala tindakan mereka
yang berkaitan dengan urusan kewangan adalah seperti berikut:
a) Tindakan yang mendatangkan manfaat penuh kepada kanak-kanak seperti
penerimaan hibah, sedekah dan wasiat. Bentuk transaksi seperti ini sah bagi kanak-
kanak itu tanpa tertakluk kepada kebenaran wali atau pemegang wasiat. Ini kerana
membenarkan transaksi yang dilakukan kanak-kanak itu hukumnya harus kerana ia
membawa maslahah kepada kanak-kanak itu.
b) Tindakan yang mendatangkan mudarat kepada kanak-kanak seperti terkeluar sesuatu
daripada hak miliknya tanpa sebarang pulangan seperti hibah dan wakaf. Transaksi
seperti ini tidak sah dan wali tidak berhak untuk mengesahkan transaksi itu. Ini
kerana wali itu tidak layak melakukannya bagi pihak kanak-kanak disebabkan asas
perwalian itu ialah menjaga kemaslahatan kanak-kanak dan tidak dinamakan
menjaga sekiranya mendatangkan kemudaratan kepada kanak-kanak.
4 . Peringkat selepas baligh
Pada peringkat ini , individu yang terlibat dikenali sebagai mukalaf . Oleh itu , dia dianggap
sebagai memiliki ahliyyah al-wujub dan ahliyah al-ada’ yang sempurna . Alasannya seorang
mukalaf adalah insan bernyawa dan memiliki kemampuan yang sempurna . dari sudut ahliyah
al-wujub , dia berhak mendapat kesemua hak yang menjadi miliknya dan wajib melunaskan
tanggungjawab yang dikenakan terhadap dirinya . Sebagai rumusannya, peringkat kehidupan
dan peringkat kelayakan adalah seperti berikut:
1) Peringkat janin terdiri daripada ahliyyah al-wujub naqisah.
2) Peringkat dilahirkan sehingga mumayyiz terdiri daripada ahliyyah al-wujub al-kamilah.
3) Peringkat mumayyiz sehingga baligh terdiri daripada ahliyyah al-wujub al-kamilah dan
ahliyyah al-ada’ al-naqisah.
4) Peringkat selepas baligh terdiri daripada ahliyyah al-wujub al-kamilah dan ahliyyah al-
ada’ al-kamilah.

You might also like