Tutorial 5 - Serapan, Marginal & CVP - Q

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TUTORIAL

PENGEKOSAN SERAPAN & MARGINAL DAN ANALISIS KVU

SOALAN 1

KayuAntik Sdn. Bhd. mengeluar dan menjual produk berasaskan kayu. Berikut adalah
maklumat pengeluaran untuk tahun 2020:

Kos berubah seunit: RM


Bahan langsung 44
Buruh langsung 24
Overhed perkilangan 12
Jualan & Pentadbiran 20

Jumlah kos tetap tahunan:


Overhed perkilangan 720,000
Jualan & Pentadbiran 420,000

UNIT
Inventori awal -0-
Pengeluaran tahun semasa 40,000
Jualan 32,000
Inventori akhir 8,000

Produk Syarikat dijual pada harga RM200 seunit.

Dikehendaki :
a) Kirakan kos produk seunit menggunakan kaedah berikut:
i. Pengekosan serapan
ii. Pengekosan marginal

b) Menggunakan kos seunit di atas a) sediakan penyata pendapatan menggunakan


kaedah-kaedah berikut:
i. Pengekosan serapan
ii. Pengekosan marginal

c) Jelaskan perbezaan angka keuntungan di antara kedua-dua kaedah di atas c).


SOALAN 2

Syalala Scarves merupakan pengeluar tudung di Malaysia. Walau bagaimanapun,


kebelakangan ini Syalala Scarves mengalami masalah kerana tidak mencapai sasaran
keuntungan yang dibelanjawankan. Berikut adalah penyata pendapatan Syarikat bagi tahun
2017 yang disediakan menggunakan pengekosan serapan:

Jualan (98,000 unit @RM26.00) RM2,548,000


Kos barang dijual (98,000 unit @ RM20.00) RM1,960,000
Untung kasar RM 588,000
Belanja jualan dan pentadbiran RM 198,000
Pendapatan operasi RM 390,000

Pengurus syarikat telah meminta akauntan untuk menyemak corak tingkah laku kos dengan
tujuan memperbaiki keuntungan syarikat. Beliau mendapati pada tahap pengeluaran semasa,
kos-kos berubah adalah seperti berikut:

Kos pengeluaran RM15.00 seunit


Belanja jualan dan pentadbiran RM 1.00 seunit

Dikehendaki:

1) Menurut kaedah pengekosan serapan:

i) Adakah mungkin untuk meningkatkan pendapatan bersih walaupun tanpa


meningkatkan jualan? Jika boleh, nyatakan bagaimana.

ii)Adakah kos overhed tetap dianggap sebagai kos produk atau kos period? Jelaskan

2) Menurut kaedah pengekosan marginal (berubah):

i) Kirakan kos sehelai tudung = kos produk


ii) Sediakan penyata pendapatan baru.

3) Berdasarkan jawapan yang diperoleh dalam b) di atas, dan menggunakan analisis kos-
volum-untung:

i) Tentukan titik pulang modal (dalam unit dan ringgit)

ii) Kirakan margin keselamatan (dalam unit)

iii) Kirakan unit jualan, sekiranya Syarikat mensasarkan pendapatan operasi sebanyak
RM500,000.

2
SOALAN 3
Beauty Inc., menghasilkan peralatan pengilat kuku. Setiap botol pengilat kuku dijual pada
harga RM2.50. Kos-kos berubag seunit adalah seperti berikut:

Asas akrilik RM 0.15


Pewarna 0.08
Lain-lain bahan 0.20
Bahan pembungkus, botol 0.76
Komisyen jualan 0.25

Kos-kos overhed perkilangan tetap berjumlah RM10,000 setahun. Kos-kos tetap jualan dan
pentadbiran ialah RM4,310 setahun. Pada tahun lepas, Beauty Inc. menjual sejumlah 25,000
botol.

Dikehendaki:

a) Berapakah margin sumbangan seunit untuk sebotol pengilat kuku?

b) Berapakah nisbah margin sumbangan?

c) Berapakah botol yang mesti dijual untuk mencapai titik pulang modal?

d) Berapakah jumlah jumlah hasil yang perlu dijana untuk titik pulang modal?

e) Dengan menggunakan format penyata pendapatan kaedah sumbangan, kirakan jumlah


pendapatan operasi Beauty Inc. bagi tahun lalu.

f) Berapakan margin keselamatan dalam ringgit?

g) Andaikan Beauty Inc. meningkatkan harga kepada RM3.00 sebotol, dan menjangkakan
jualan akan menurun kepada 23,400 botol. Berapakan titik pulang modal baru dalam unit?
Patutkah Beauty meningkatkan harga jualannya? Jelaskan.

3
SOALAN OBJEKTIF

1) Perbezaan utama antara pengekosan serapan dan pengekosan marginal berpusat kepada:
A)samada kos pengeluaran berubah perlu dimasukkan sebagai kos produk.
B)samada kos pengeluaran tetap perlu dimasukkan sebagai kos produk.
C)samada kos pengeluaran tetap pdan kos jualan dan pentadbiran tetap perlu dimasukkan
sebagai kos produk.
D)tiada di atas.

2) Dalam tahun pertama beroperasi, Syarikat Badang mengeluarkan 800,000 unit produk
dan menjual 780,000 units produk. Apa akan berlaku kepada pendapatan operasi bersih
dalam tahun pertama mengikut kadaeh-kaedah pengekosan berikut jika Badang
mengeluarakan kurang 20,000 unit produk. (Andaikan Badang mempunyai kedua-dua kos
pengeluaran berubah dan tetap).
Pengekosan Marginal Pengekosan Serapan
A) Meningkat Meningkat
B) Menurun Meningkat
C) Menurun Menurun
D) Tiada kesan Menurun

3) Syarikat Mawar mengeluarkan produk tunggal dan mempunyai struktur kos berikut:

Bilangan unit pengeluaran setiap tahun ................ 7,000


Kos berubah seunit:
Bahan langsung................................................... $51
Buruh langsung .................................................. $12
Overhed perkilangan berubah ............................ $2
Belanja jualan & pentadbiran berubah ............... $5
Kos tetap setahun:
Overhed perkilangan tetap ................................. RM441,000
Belanja jualan & pentadbiran tetap .................... RM 112,000

Kos produk seunit dibawah pengekosan serapan adalah


A) RM149
B) RM65
C) RM63
D) RM128

4) Syarikat Simba mengeluarkan pelbagai produk. Pada tahun lepas, pendapatan operasi
bersih Syarikat mengikut pengekosan marginal ialah RM90,900. Kos overhed
perkilangan tetap yang dilepaskan daripada inventori di bawah pengekosan serapan
berjumlah RM21,900. Berapakah pendapatan operasi bersih pengekosan serapan pada
tahun lepas?
A) RM69,000

4
B) RM90,900
C) RM21,900
D) RM112,800

5) Margin sumbangan didefinisikan sebagai


A) amaun hasil jualan yang diperlukan untuk menampung belanja berubah.
B) hasil jualan tolak belanja tetap.
C) amuan hasil jualan yang diperlukan untuk menampung belanja tetap dan berubah.
D) hasil jualan tolak belanja berubah.

6) Syarikat Mari menjual produk tunggal dengan harga jualan dan struktur kos berikut untuk
tahun hadapan

Harga jualan seunit ................................... RM1.80


Nisbah margin sumbangan ........................ 40%
Jumlah kos tetap setahun .......................... RM218,700

Berapakah unit yang Mari perlu jual untuk dapatkan titik pulang modal pada tahun hadapan:
A) 121,500
B) 202,500
C) 303,750
D) 546,750

7) Margin keselamatan dikirakan dengan :


A) Jualan – ( Belanja tetap/Nisbah margin sumbangan)
B) Jualan – (Belanja tetap/Belanja berubah seunit)
C) Jualan – (Belanja tetap + Belanja berubah)
D) Jualan - Pendapatan operasi bersih

8) Jika sesebuah syarikat beroperasi pada titik pulang modal


A) margin sumbangannya bersamaan dengan belanja berubah.
B) margin keselamatannya bersamaan dengan sifar.
C) belanja tetapnya bersamaa dengan belanja berubah.
D) harga jualannya bersamaa dengan belanja berubah seunit.

9) Jika darjah operasi leveraj ialah 4, oleh itu satu peratus perubahan dalam kuantiti dijual
akan menghasilkan perubahan empat peratus dalam:
A) margin sumbangan seunit.
B) hasil.
C) belanja berubah.
D) pendapatan operasi bersih.

5
10) Syarikat Didi mengeluarkan produk tunggal yang dijual pada harga RM100 seunit.
Jumlah belanja tetap adalah RM12,000 sebulan dan belanja berubah adalah RM60 seunit.
Jualan purata Syarikat adalah 500 units sebulan. Manakah maklumat berikut adalah
BENAR?
A) Titik pulang modal Syarikat adalah RM12,000 sebulan.
B) Belanja tetap kekal pada RM24 seunit untuk mana-mana tahap aktiviti dalam julat
relevan.
C) Nisbah sumbangan margin syarikat ialah 40%.
D) Kesemua penyataan A, B dan C adalah benar.

You might also like