Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TEMA : SEJARAH TOKOH.

1.0 TAJUK :

Peranan Haji Mohd Azmi bin Kassim dalam bidang pendidikan di Sik, Kedah

1962-1995.

2.0 PENGENALAN.

Tokoh pendidikan merupakan orang yang telah berjasa kepada negara dalam

bidang pendidikan yang boleh dijadikan contoh kepada generasi pada masa kini dan

akan datang. Kejayaan yang dicapai dan sumbangan yang dicurahkan dijadikan

aspirasi dan motivasi kepada semua lapisan masyarakat. Pengorbanan dan penat lelah

mereka dalam mencurahkan bakti membangunkan negara terutamanya selepas negara

mencapai kemerdekaan wajar dijadikan iktibar. Antara tokoh-tokoh yang boleh

dijadikan contoh adalah Tan Sri Aminuddin Baki, Tan Sri Dr. Ungku Omar, Profesor

Diraja Ungku Aziz Prof. Khoo Kay Kim, dan lain-lain. Masyarakat setempat harus

mencontohi tokoh-tokoh berkenaan dalam menyumbang tenaga untuk memajukan

pendidikan kepada masyarakat. Dalam konteks ini , di Daerah Sik,Kedah terdapat

seorang tokoh yang amat disegani. Beliau ialah Tn. Haji Mohd Azmi bin Kassim.

Beliau memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan di Daerah Sik, Kedah

sepanjang menjadi guru dari tahun 1962-1995.

Page 1 of 8
3.0 OBJEKTIF KAJIAN:

Tujuan kajian ini adalah untuk menjelaskan latar belakang Tuan Haji Mohd Azmi

Bin Kassim. Kajian ini juga meneliti peranan yang dimainkan oleh beliau dalam

bidang pendidikan sepanjang bertugas sebagai guru di daerah sik, Kedah pada tahun

1962-1995. Selain itu, kajian ini bertujuan mengkaji pencapaian tokoh sepanjang

berkhidmat sebagai pendidik

4.0 PERSOALAN KAJIAN.

Dalam kajian ini, pengkaji cuba untuk mengangkat beberapa persoalan berkaitan

tajuk. Persoalan kajian ini adalah untuk mengetahui Siapakah Tuan Haji Mohd Azmi

Bin Kassim dan latar belakang sejarah kehidupannya. Seterusnya pengkaji akan

meneroka bagaimanakah Tn Hj. Mohd Azmi memainkan peranannya meningkatkan

prestasi pendidikan sepanjang perkhidmatan beliau . Akhirnya, Kajian ini juga adalah

untuk menjelaskan sejauhmanakah pencapaian yang diperolehi oleh Tn. Hj. Mohd

Azmi Sebagai pendidik menjadi inspirasi kepada orang lain.

5.0 SKOP KAJIAN.

Skop kajian ini ialah mengenai Tn. Haji Mohd Azmi bin Kassim dan penglibatannya

dalam bidang pendidikan . Kajian yang dijalankan ini turut membataskan ruang kajian

iaitu hanya di Daerah Sik yang merupakan sebuah daerah terpencil di Negeri Kedah

yang jaraknya 70 kilometer dari Alor Setar. Di daerah ini tokoh ini, telah dilahirkan

dan dibesarkan. Di sinilah juga beliau mencurahkan khidmat bakti sebagai pendidik.
Page 2 of 8
Dari segi tempoh kajian, kajian ini bermula dari tahun 1962-1995. Tempoh kajian ini

di pilih kerana tokoh ini berkhidmat sebagai pendidik dan berperanan besar

memajukan pendidikan di Daerah Sik, Kedah..

6.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa penulisan yang

berbentuk ilmiah mengenai tokoh pendidik di peringkat sekolah agak kurang di

bincangkan. Jasa dan sumbangan para pendidik di peringkat sekolah dalam melahirkan

golongan ilmuan tidak kurang pentingnnya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa

artikel yang boleh dijadikan rujukan dan panduan mengenai tokoh pendidik tentang

peranan dan kejayaan mereka dalam dunia Pendidikan. Berikut merupakan kajian yang

diperoleh daripada pengkaji-pengkaji terdahulu

Menurut Rabiah Sidin dalam buku yang berjudul Tokoh Pendidikan Melayu

(2007) mengulas tentang pengalaman, peranan, sumbangan dan identiti sebenar tokoh-

tokoh. Antara nama-nama tokoh yang disebut dalam buku tersebut ialah Tan Sri

Rashdan Haji Baba, Tan Sri Halimah Haji Muhammad, Tan Sri AinuddinBin Abdul

Wahid, Prof. Dr. H. Mahmud dan lain-lain. Pada pendapat pengkaji, buku tersebut

sesuai dijadikan panduan kajian ini kerana Haji Mohd Azmi bin Kassim juga telah

memainkan peranan dan memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat

sekelilingnya dalam bidang pendidikan.

Page 3 of 8
Dalam buku yang bertajuk Prof. Diraja Ungku Aziz, Tokoh Ekonomi Berjiwa

Masyarakat (2006) karya Rabiah Sidin, mengulas tentang Prof. Ungku Aziz yang

merupakan seorang pakar ekonomi tempatan. Beliau juga adalah seorang yang disegani

namanya dalam kalangan masyarakat kerana Prof. Ungku Aziz mempunyai

keperibadian yang dicontohi oleh setiap individu. Sebagai contoh, beiau merupakan

seorang yang telah menjadi penggerak dalam sistem pendidikan negara. Haji Mohd

Azmi bin Kassim juga merupakan salah seorang penggerak dalam sistem Pendidikan

negara . Pengkaji berpendapat , buku tersebut boleh dijadikan panduan kajian ini

kerana Haji Mohd Azmi bin Kassim telah menjadi pengasas bagi penubuhan Sekolah

Menengah Sik di Kedah Darul Aman.

Seterusnya, Syed Ismail bin Syed Mustapa dalam buku yang berjudul Guru dan

Cabaran Semasa menerangkan tentang peranan seorang guru dan dugaan atau cabaran

yang perlu dilalui semasa menjadi warga pendidik. Tujuan pengkaji mengambil buku

ini untuk dijadikan rujukan adalah kerana buku ini menyentuh beberapa isu yang telah

Haji Mohd Azmi bin Kasssim lakukan semasa berkerja sebagai guru di negeri Kedah.

Antara isu- isu yang diutarakan dalam buku tersebut ialah memperkasakan Bahasa

Kebangsaan, memantapkan Perpaduan dan Integrasi Nasional, kecintaan terhadap

warisan dan kebudayaan bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap

pendekatan Islam Hadhari. Dengan berpandukan buku ini, pengkaji juga mendapati

bahawa isu- isu yang tertulis dalam buku tersebut merupakan sesuatu perkara yang

menjadi garis panduan bagi setiap guru di negara ini untuk terus menjadikan anak

Page 4 of 8
didik mereka sebagai pelajar yang cemerlang dalam pelbagai aspek.

Justeru, berpandukan kajian-kajian ini, pengkaji mendapati bahawa Haji Mohd

Azmi bin Kassim juga merupakan salah seorang penggerak dalam bidang pendidikan

yang wajar ditengahkan. Semoga kajian menjadi garis panduan bagi setiap guru di

negara ini untuk terus menjadikan anak didik mereka sebagai pelajar yang cemerlang

dalam pelbagai aspek.

7.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah atau metodologi memainkan peranan yang penting dalam sesuatu kajian

selain merupakan elemen utama bagi mendapatkan data dan fakta yang berkaitan secara

kolektif dan sistematik. Dalam menghasilkan kajian ini, pengkaji menggunakan tiga

kaedah untuk mendapatkan maklumat, iaitu:

Pengkaji menjalankan kajian kepustakaan. Pengkaji membuat bacaan dan melayari

internet dengan menggunakan kemudahan laman web Google Scholar dan Google

Advanced Search. Penyelidikan ini juga dijalankan di Sultan Sallehuddin Resources

Center (SSRC) dan Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Antara bahan-bahan rujukan

yang digunakan ialah: 50 Tokoh Abad Ke 20, hasil kajian Ibnu Mohamed Zain;

Professor Diraja Ungku Aziz, Tokoh Ekonomi Berjiwa Rakyat, oleh Rabiah Sidin;

Tokoh Pendidikan Melayu, oleh Rabiah Sidin; Guru dan Cabaran Semasa, tulisan

Syed Ismail bin Syed Mustafa; dan Pendidik atau Pendakwah, hasil tulisanMohd Azam

Mahat,

Page 5 of 8
Seterusnya, pengkaji juga menggunakan kaedah kajian lapangan iaitu pengkaji

akan pergi ke rumah tempat tokoh pernah berkhidmat sebagai guru tokoh untuk

mendapatkan data dan maklum balas berkaitan dengan tajuk kajian dalam bentuk

sumber primer.

Selain itu pengkaji juga mendapat maklumat melalui kaedah temu bual.

Kaedah ini dijalankan ke atas keluarga dan rakan-rakan yang mengenali Haji Mohd

Azmi bin Kasssim. Antara ahli keluarga Haji Mohd. Azmi yang ditemu bual ialah

Hajjah Maznah binti Kassim (kakak ketiga), Hajah Azizah (kakak sulung), Haji

Maarof (adik bongsu), Puan Rohana binti Ahmad (isteri), dan Encik Sufrizal (anak

sulung). Manakala, teman rapat ialah Haji Zakaria bin Dollah.

8.0 PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI.

Penulisan ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pengenalan, isi dan kesimpulan.

Dalam bahagian pengenalan pengkaji akan menjelaskan latar belakang dan sejarah

pendidikan tokoh. Bahagian isi pula pengkaji akan membincangkan peranan dan

pencapaian Tn. Hj. Azmi Bin Kassim dalam bidang pendidikan di Sik, Kedah iaitu

peranan dalam bidang memajukan akademik, ko kurikulum dan sahsiah pelajar.

Bahagian kesimpulan , pengkaji akan merumus hasil kajian ini.

9.0 KESIMPULAN:

Page 6 of 8
Diharap dengan kajian ini,pengkaji dapat mengkaji dan menyelidik perjalanan

hidup seorang warga pendidik iaitu Haji Mohd Azmi bin Kasim supaya dapat menjadi

bahan bacaan dan rujukan pada masa-masa akan datang. Diharapkan generasi kini dan

akan datang dapat menjadikan beliau sebagai contoh untuk menjadi seorang pendidik

yang berjaya.

10.0 BIBLIOGRAFI.

Sumber Primer :

Diari Peribadi Tn Hj. Mohd Azmi bin Kassim, Tahun 1980

Buku Cederamata Hari Guru Daerah Sik, Kedah, Tahun 1996

Akhbar Berita Harian, 20 April 1997

Sumber Sekunder :

Ibnu Mohamed Zain 50 Tokoh abad ke-20, Medium Publication, Kuala Lumpur 2009.

Rabiah Sidin, Buku Tokoh Pendidikan Melayu, Ampang Press Sdn. Bhd. Shah, Alam,

2007.

Siti Ezalaila bt. Mustafa, 20 Tokoh Pendidik, Medium Publication, Kuala Lumpur

2009.

Sumber Lisan :

Tn. Haji Mohd Azmi bin Kassim, Pesara Guru.

Hajjah Maznah binti Kassim (kakak ketiga).

Hajah Azizah (kakak sulung)

Page 7 of 8
Haji Maarof (adik bongsu)

Puan Rohana binti Ahmad (isteri)

Encik Sufrizal (anak sulung)

Page 8 of 8

You might also like