Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 40

PEMBELIAN BARANGAN SECARA ATAS TALIAN OLEH PENDUDUK TAMAN JAYA

PADANG TEMU, MELAKA.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pembelian barangan dalam talian oleh
penduduk Taman Jaya Padang Temu, Melaka. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti
jenis-jenis produk yang dibeli secara atas talian oleh penduduk Taman Jaya Padang Temu,
kesan pembelian barangan secara dalam talian oleh penduduk Taman Jaya Padang Temu dan
mengkaji tahap kepuasan yang mendorong penduduk membeli secara atas talian di Taman
Jaya Padang Temu, Melaka. Lokasi kajian ialah di Taman Jaya Padang Temu, Melaka.
Kaedah penyelidikan yang digunakan termasuklah soal selidik, pemerhatian dan rujukan.
Data sekunder turut diperoleh melalui pembacaan dan internet. Seramai 30 orang responden
telah dipilih secara rawak bagi mendapatkan data yang diperlukan dengan menjawab soalan
yang disediakan di dalam borang soal selidik. Temu bual dilakukan dengan 2 orang informan.
Hasil kajian mendapati barangan seperti pakaian merupakan antara barangan yang banyak
dibeli oleh penduduk Taman Jaya Padang Temu kerana pakaian yang dijual di dalam talian
lebih murah dan mengikut fesyen semasa. Selain itu, kesan yang paling banyak dinyatakan
oleh penduduk Taman Jaya Padang Temu apabila membeli secara dalam talian ialah
maklumat pembeli mudah disalah guna kerana pembeli belum tentu tahu peniaga yang
menjual adalah sah yang mempunyai lesen atau tidak. Tambahan pula kesemua kesan
pembelian secara dalam talian oleh penduduk Taman Jaya Padang Temu berada pada tahap
yang memuaskan.

1
2.0 ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka surat

1 Abstrak 1

2 Isi kandungan 2

3 Penghargaan 3

4 Pengenalan 4-5

5 Objektif kajian 6

6 Lokasi kajian 7-9

7 Metodologi kajian 10-12

8 Dapatan kajian 13-31

9 Rumusan 32

10 Rujukan

11 Lampiran

2
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim,
Terlebih dahulu bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya
dapatlah saya menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada kedua ibu bapa
saya iaitu Ma’erat bin Bachik dan Ruhani binti Jalil yang tidak jemu membakar semangat
saya untuk terus menyiapkan kerja kursus ini dan membantu dari segi kewangan serta
moral yang tinggi. Segala dorongan dan semangat mereka amatlah dihargai.
Penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepada guru Pengajian Am iaitu Puan
Zalinah binti Md Sarif kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada
saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar dan dorongan beliau, sudah
pasti wujud kepincangan dan dalam proses penyediaan kerja kursus ini. Saya juga ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Tinggi Melaka iaitu Dr. Ramnan bin Saidun dan Penolong Kanan Tingkatan 6 iaitu Tn. Hj
Azmi bin Hj Sakmis kerana telah memberi kebenaran kepada saya ketika menjalankan
kajian ini.
Seterusnya, ucapan terima kasih kepada 30 orang responden yang telah berbesar hati
memberi kerjasama dan membenarkan saya membuat kajian dengan mengisi borang soal
selidik yang telah saya sediakan.
Akhir sekali, sekalung penghargaan diucapkan kepada rakan-rakan saya iaitu Muhammad
Aidil Idham bin Baharom , Nuaim Nukman bin Mohd Zan dan Muhammad Adil Fikri bin
Hamizi kerana telah banyak membantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja
kursus ini. Begitu juga dengan individu-individu yang telah terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung. Jasa anda akan sentiasa dikenang dan dihargai.

3
4.0 PENGENALAN

Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, kaedah pembelian dalam talian
kini semakin mendapat tempat di hati pengguna. Pembelian secara atas talian dipilih sebagai
langkah mudah untuk berbelanja bagi mendapatkan barang keperluan tanpa perlu beratur
panjang di kaunter. Hal ini demikian kerana, pembelian secara atas talian memberi faedah
yang banyak.

Menurut laman sesawang Ensklopedia, pembelian memberi definasi suatu peristiwa atau
tindakan yang dilakukan oleh dua belah pihak dengan tujuan menukar barang atau
perkhidmatan dengan menggunakan alat transaksi yang sah dan sama-sama memperoleh
kesepakatan dan transaksinya. Dalam pembelian juga, proses tawar menawar juga akan
berlaku antara pembeli dan penjual sehingga mendapatkan kesepakatan harga dan melakukan
transaksi penukaran barang atau pembayaran dengan alat tukar yang sah.

Menurut laman sesawang Wikipedia, dalam talian memberi maksud tersendiri berkaitan
dengan teknologi komputer dan telekomunikasi. Secara umum, dalam talian ialah keadaan
kesinambungan.

Kajian yang dilakukan adalah berdasarkan kepada jenis-jenis barang yang dibeli secara dalam
talian. Pengkaji telah memilih Taman Jaya Padang Temu sebagai tempat kajian untuk
menjalankan penyelidikan. Hal ini demikian kerana pengkaji merasakan tempat kajian yang
dipilih merangkumi umur-umur yang berlainan. Hal ini menyebabkan pengkaji ingin tahu
apakah jenis barangan yang dibeli oleh penduduk mengikut umur.

Rasional kajian mengkaji pembelian barang secara dalam talian oleh penduduk Taman Jaya
Padang Temu, Melaka adalah kerana pengkaji merasakan pada zaman sains dan teknologi ini,
hampir semua lapisan masyarakat menggunakan khidmat secara atas talian untuk
menguruskan kehidupan seharian khususnya golongan remaja dan dewasa. Keadaan berlaku
terhadap penduduk Taman Jaya Padang Temu. Pengkaji ingin tahu barang-barang yang
sering dibeli oleh penduduk Taman Jaya Padang Temu.

Bukan itu sahaja, pengkaji juga ingin mengkaji kesan pembelian barangan secara dalam
talian oleh penduduk Taman Jaya Padang Temu. Hal ini demikian kerana, barangan yang

4
dibeli secara dalam talian tidak dapat dilihat. Pembelian secara dalam talian memberikan
kesan baik dan juga kesan buruk kepada pembeli-pembeli. Hal ini mendorong pengkaji untuk
mengkaji kesan-kesan pembelian secara dalam talian oleh penduduk Taman Jaya Padang
Temu.

Kesimpulannya, bersesuaian dengan sasaran dan lokasi yang dipilih. Penduduk Taman Jaya
Padang Temu, Melaka mampu memberikan respon yang baik serta mempunyai pendapat
masing-masing mengenai pembelian barangan secara atas talian

5
5.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti jenis-jenis barangan yang dibeli secara dalam talian oleh penduduk Taman
Jaya Padang Temu, Melaka

2. Mengenal pasti kesan pembelian barang secara dalam talian oleh penduduk Taman Jaya
Padang Temu , Melaka.

3. Menyelidik tahap kepuasan penduduk Taman Jaya Padang Temu, Melaka terhadap
pembelian secara atas talian.

6
6.0 LOKASI KAJIAN

PETA NEGERI

PETA 1 : PETA NEGERI MELAKA

SUMBER : LAMAN WEB

GOOGLE

Melaka Bandaraya Bersejarah merupakan sebuah negeri yang terletak di dalam Semenanjung
Malaysia. Melaka merupakan antara empat negeri yang terkecil di Malaysia dengan keluasan
1,658 km persegi. Mengikut bilangan anggaran penduduk di Melaka pada tahun 2010,
Melaka mempunyai penduduk seramai 821100 dan mungkin telah meningkat kepada
anggaran yang lebih besar pada tahun ini. Kegiatan pelancongan merupakan sektor ekonomi
yang utama kepada kerajaan negeri. Hal ini demikian kerana Melaka merupakan sebuah
negeri yang mempuyai banyak peninggalan bekas penjajah.
7
PETA DAERAH

PETA 2 : DAERAH MELAKA

TENGAH SUMBER : LAMAN WEB

GOOGLE

Daerah Melaka Tengah merupakan daerah di mana kajian dijalankan. Daerah ini merupakan
daerah yang terbesar yang berada di negeri Melaka. Di Melaka terdapat beberapa daerah
utama iaitu Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah. Daerah Melaka Tengah merupakan daerah
yang menjadi tumpuan penduduk serta para pelancong yang dating ke Melaka. Hal ini
demikian kerana di daerah ini terletaknya Bandaraya Melaka. Justeru, tumpuan para
pelancong ke daerah ini amat memberangsangkan. Populasi di daerah ini lebih tinggi
berbanding di daerah-daerah yang lain. Kegiatan ekonomi yang dijalankan di daerah ini
kebiasaannya adalah perindustrian, perniagaan dan pelancongan.

8
PETA LOKASI

PETA 3 : LOKASI KAJIAN

SUMBER : LAMAN WEB

GOOGLE

Dalam membuat kajian, lokasi kajian adalah merupakan elemen yang amat penting. Kawasan
kajian ini adalah berfokus di Taman Jaya Padang Temu, Melaka. Taman Jaya Padang Temu
merupakan pekan yang terletak di daerah Melaka Tengah. Jarak perjalanannya ke Bandaraya
Melaka adalah 15 kilometer atau mengambil masa 15 minit.

9
7.0 METODOLOGI

PENGENALAN

Menurut Wikipedia Bahasa, metodologi adalah satu perkataan Indonesia yang membawa
maksud ilmu-ilmu yang digunakan untuk memperoleh kebenaran menggunakan penelusuran
dengan tata cara tertentu dalam menemukan kebenaran, tergantung dari realiti dikaji. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi
kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud lain
metodologi ialah kaedah jalan, gaya, ragam, rentak corak dan sistem. Metodologi juga
bermaksud ilmu tentang method atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian
tertentu untuk mencapai maklumat tertentu. Antara perkara penting yang dibincangkan dalam
bahagian ini ialah cara mendapatkan responden, cara mendapatkan maklumat dan data
responden serta teknik memproses dan mempersembahkan data.

CARA MENDAPATKAN RESPONDEN

Sampel kajian ialah pemilihan suatu kumpulan iaitu orang institusi, tempat atau fenomena
yang ingin diselidik oleh pengkaji. Tujuan persampelan adalah untuk memperoleh maklumat
tentang sesuatu populasi yang dikaji. Sampel kajian ini adalah sampel bertujuan. Kaedah
persampelan bertujuan ialah prosedur persampelan iaitu sekumpulan subjek yang mempunyai
ciri-ciri tertentu sahaja dipilih sebagai responden kajian berdasarkan pengetahuan dan tujuan
khusus penyelidikan pengkaji. Ini bermakna tidak semua kajian lain dalam populasinya
dipilih oleh pengkaji sebagai responden. Bagi kajian ini, seramai 30 orang penduduk Taman
Jaya Padang Temu, Melaka akan menjawab borang soal selidik dan 2 orang informan akan di
temu bual. Mereka dipilih berdasarkan ciri yang pernah membeli barang secara dalam talian.
Pengkaji telah memilih 30 orang responden penduduk Taman Jaya Padang Temu, Melaka
untuk menjawab borang soal selidik. Pengkaji menggunakan konsep rawak khusus dan
tertumpu pada penduduk yang membeli sahaja. Pengkaji akan bertanyakan kepada penduduk
yang pernah membuat pembelian secara atas talian dan kemudian memberi borang soal
selidik kepada mereka untuk menjawab. Pengkaji memilih 30 orang responden kerana ada

10
kajian lepas mengatakan bahawa 30 responden mencukupi untuk mewakili seluruh penduduk
Taman Jaya Padang Temu, Melaka.

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian ialah alat-alat atau cara yang digunakan untuk mengumpul data atau soalan-
soalan yang dibentuk untuk memperoleh maklumat dari penduduk. Instrument kajian yang
digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan temu bual untuk melihat pembelian
barangan melalui perniagaan dalam talian oleh penduduk Taman Jaya Padang Temu, Melaka.
Data diperoleh melalui dua sumber iaitu sumper primer dan sumber sekunder.

Data primer merupakan sumber data yang diperoleh secara langsung dari sumber asli atau
pihak pertama. Data primer secara khusus dikumpulkan oleh pengkaji untuk menjawab
pertanyaan. Data primer dapat berupa pendapat subjek, baik secara individu mahupun
kelompok. Antara data primer yang digunakan dalam kajian ini ialah borang selidik dan
temubual. Borang soal selidik telah direka dan diedarkan kepada 30 orang penduduk Taman
Jaya Padang Temu, Melaka.

SOAL SELIDIK

Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan. Ia merupakan satu alat
yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis yang dapat
menjawab persoalan kajian. Borang soal selidik ini mengandungi 4 bahagian utama iaitu
Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. terdapat 8 soalan keseluruhan iaitu 6
soalan di Bahagian A manakala 1 soalan di setiap Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D
yang membincangkan objektif-objektif kajian ini. Borang soal selidik akan diedarkan kepada
30 orang penduduk Taman Jaya Padang Temu, Melaka.

TEMU BUAL

Temu bual ialah pertemuan dengan seseorang untuk bersoal jawab atau menyoal untuk
mendapatkan berita dan sebagainya. Temu bual terbahagi kepada 3jenis iaitu temu bual
formal, temu bual tidak formal dan temu bual terbuka. Bagi kajian ini, pengkaji memili untuk
melakukan temu bual formal bersama 2 orang penduduk Taman Jaya Padang Temu, Melaka.

11
Pengkaji telah menyediakan soalan untuk dinyatkan dalam sesi temu bual. Temu bual ini
dilakukan di Taman Jaya Padang Temu, Melaka.

DATA SEKUNDER

Data sekunder merupakan sumber data yang dipeoleh pengkaji secara tidak langsung melalui
media perantara seperti dokumenasi. Dokumentasi merupakan satu cara untuk menyediakan
dokumen dengan merujuk bukti-bukti yang sahih daripada buku, majalah, artikel atau
undang-undang. Pengkaji telah menggunakan cara ini untuk memperoleh data bagi kajian ini.
Antara bahan bertulis yang dirujuk ialah Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kamus Dewan Edisi
Keempat dan Kamus pelajar Edisi Kedua. Pengkaji juga melayari beberapa laman web rasmi
kerajaan bagi memperoleh maklumat mengenai lokasi kajian bagi kerja kursus ini.

PERSEMBAHAN DATA

Definisi analisis data ialah satu proses pencarian dan penyusunan data yang sistematik
melalui transkrip wawancara, cacatan lapangan atau dokumentasi yang telah diperoleh untuk
menambah pemahaman pengkaji terhadap data yang ditemukan. Borang soal selidik dan sesi
temu bual akan dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf atau carta pai.
Borang soal selidik akan dianalisis menggunakan bilangan, partus dan min. dalam skala likert
5 mata, setiap mata diberi skor; 1 mewakili sangat tidak setuju; 2 mewakili tidak setuju;
mewakili tidak pasti; 4 mewakili setuju dan 5 mewakili sangat setuju. Skala likert ini akan
dianalisis menggunakan min untuk menunjukkan dapatan ini.

12
8.0 DAPATAN KAJIAN

Jadual 1 : Umur

Umur Kekerapan (orang) Peratus %


16-20 tahun 19 63.33
21-30 tahun 5 16.67
31-40 tahun 5 16.67
41-50 tahun - -
50 tahun dan ke atas 1 3.33
Sumber : Kajian lapangan

Umur

16.73% 3.34%

16.73%
63.21%

16-20 tahun 21-30 tahun 31-40 tahun


41-50 tahun 50 tahun dan ke atas

Rajah 1 : Umur

Sumber : Kajian Lapangan

Carta 1 di atas menunjukkan graf bilangan responden mengikut umur. Berdasarkan carta 1,
responden yang berumur 16-20 tahun adalah seramai 19 orang bersamaan 63.33%. Pengkaji
mendapati bahawa tiada responden yang berumur 41-50 tahun. Pengkaji mendapatkan
maklumat daripada responden berumur 15 tahun ke atas hingga 50 tahun ke atas kerana di

13
Malaysia, terdapat ramai responden dalam kalangan ini melakukan pembelian secara dalam
talian. Bilangan responden yang berumur 16-20 tahun melebihi bilangan responden yang
berumur 41-50 tahun kerana pengkaji mendapati bahawa lingkungan umur 16-20 tahun
merupakan golongan remaja dan lebih gemar membeli barangan secara dalam talian. Selain
itu, peniaga secara dalam talian lebih mudah berurusan dengan golongan remaja yang
berumur 16-20 tahun.

14
Jadual 2 : Jantina

Jantina Kekerapan (orang) Peratus%


Lelaki 12 40
Perempuan 18 60
Sumber : Kajian lapangan

Jantina

40

60

LelakiPerempuan

Rajah 2 : Jantina

Sumber : Kajian Lapangan

Carta 2 di atas menunjukkan graf bilangan responden mengikut jantina. Berdasarkan carta 2,
responden yang terdiri daripada jantina lelaki adalah seramai 12 orang bersamaan 40%.
Responden yang terdiri daripada jantina perempuan adalah seramai 18 orang bersamaan 60%.
Pengkaji mendapatkan maklumat daripada responden lelaki dan perempuan bagi
mengelakkan pandangan yang menyebabkan kepada satu gender sahaja. Bilangan perempuan
melebihi bilangan lelaki kerana pengkaji mendapati bahawa lelaki tidak gemar membeli
barangan secara dalam talian berbanding perempuan. Selain itu, peniaga secara dalam talian
lebih mudah berurusan dengan golongan perempuan kerana kaum wanita mampu memberi
respon yang baik berbanding kaum lelaki.

15
Jadual 3 : Pendapatan

Pendapatan Kekerapan (orang) Peratus %


< RM1000 15 50
RM1001 hingga RM2000 4 13.33
RM2001 hingga RM5000 8 26.67
RM5000 > 3 10
Sumber : Kajian Lapangan

PENDAPATAN BULANAN
10

26.67
50

13.33

Bawah RM1000RM1001-RM2000RM2001-RM5000RM5000 dan ke atas

Rajah 3 : Pendapatan Bulanan

Sumber : Kajian Lapangan

Berdasarkan kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik, seramai 15 orang
bersamaan 50% adalah terdiri daripada yang mempunyai pendapatan bulanan bawah
RM1000. Manakala responden yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM1001 hingga
RM2000 adalah terdiri daripada 4 orang bersamaan 13.33%. Diikuti dengan responden yang
mempunyai pendapatan bulanan antara RM2001 hingga RM5000 iaitu seramai 8 orang
bersamaan 26.67%. selebihnya adalah responden yang mempunyai pendapatan bulanan
RM5000 dan ke atas iaitu 3 orang bersamaan 10% seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3

16
dan Rajah 3 di atas. Berdasarkan graf di atas, pengkaji mendapati responden yang
mempunyai pendapatan bulanan bawah RM1000 lebih ramai berbanding dengan responden
yang mempunyai pendapatan bulanan RM5000 dan ke atas untuk membuat pembelian secara
dalam talian. Hal ini demikian kerana, pembelian secara dalam talian majoritinya barang-
barang adalah murah. Jadi, responden yang mempunyai pendapatan bulanan bawah RM1000
mampu membuat pembelian. Namun begitu, responden yang mempunyai pendapatan bulanan
RM5000 dan ke atas juga membeli barangan secara dalam talian tetapi bilangannya sedikit
kerana responden begini lebih kerap membeli barang di kedai-kedai atau butik-butik
berdasarkan pendapatannya.

17
Jadual 4 : Jumlah Pembelian Dalam Tempoh Setahun

Jumlah Pembelian Kekerapan (orang) Peratus (%)


1-2 kali 11 36.67
3-5 kali 11 36.67
6 kali dan ke atas 8 26.67
Sumber: Kajian Lapangan

JUMLAH PEMBELIAN DALAM TEMPOH SETAHUN

26.67

36.67

36.67

1-2 kali3-5 kali6 kali dan ke atas

Rajah 4 : Jumlah Pembelian Dalam Tempoh

Setahun Sumber : Kajian Lapangan

Carta 4 menunjukan jumlah pembelian secara dalam talian dalam tempoh setahun.
Berdasarkan carta 4, responden yang membuat pembelian 1-2 kali dan 3-5 kali dalam setahun
mempunyai bilangan yang sama iaitu seramai 11 orang bersamaan 36.67%. Namun begitu,
pengkaji mendapati responden yang membuat pembelian secara dalam talian 6 kali dan ke
atas seramai 8 orang bersamaan 26.67%. Majoriti pembelian 1-5 kali seramai 11 orang
bersamaan 36.67% dalam tempoh setahun. Merujuk kepada hasil kajian pendapatan yang
diperoleh, pengkaji mendapati responden yang memperoleh pendapatan kurang RM1000
seramai 15 orang bersamaan 50%. Wang bulanan yang dipeoleh digunakan untuk membeli
keperluan harian dan bil-bil seperti bil elektrik, bil telefon dan sebagainya. Responden yang

18
berpendapatan seperti ini jarang membeli barangan dalam talian berkali-kali. Oleh itu, hal ini
boleh disimpulkan bahawa pendapatan seseorang berhubung kait dengan jumlah pembelian.

Jadual 5 : Kaedah Pembayaran

Kaedah Pembayaran Kekerapan (orang) Peratus%


Transaksi 11 36.67
Melalui kad kredit 9 30
Pembayaran tunai semasa 10 33.33
penghantaran
Sumber : Kajian Lapangan

Kaedah Pembayaran

33.33
36.67

30

TransaksiMelalui kad kredit


Pembayaran tunai semasa penghantaran4th Qtr

Rajah 5 : Kaedah Pembayaran

Sumber : Kajian Lapangan

Rajah 5 di atas menunjukkan carta pai mengenai peratusan kaedah pembayaran yang
dilakukan oleh responden ketika membeli barangan secara dalam talian. Berdasarkan rajah 5,
bilangan responden yang membayar barangan tersebut melalui transaksi seramai 11 orang
bersamaan 36.67%. Bilangan responden yang membayar barangan melalui kad kredit pula
seramai 9 orang bersamaan 30%. Pembayaran yang dibuat melalui pembayaran tunai semasa
penghantaran oleh responden pula seramai 10 bersamaan 33.33%. Pengkaji mendapati
banyak responden yang melakukan pembayaran melalui transaksi dengan peratusan 36.67%.

19
Hal ini demikian kerana, responden menyatakan sebab bahawa pengurusan dalam jual beli
lebih mudah menggunakan kaedah pembayaran secara transaksi.

Bahagian B

Mengenal pasti barangan yang sering dibeli secara dalam talian oleh penduduk Taman Jaya
Padang Temu.

Jadual 6 : Jenis Barangan

No. Jenis-jenis barangan Ya Tidak


(orang) (orang)
1. Produk kosmetik 15 15
2. Produk kesihatan 16 14
3. Peralatan sukan 13 17
4. Pakaian harian 18 12
5. Perkakas rumah 13 17
6. Gajet elektronik 17 13
7. Makanan 18 12
Sumber : Kajian Lapangan

Jenis Barangan
20
18
16
14
12
10
8
6
4
2
0

Ya Tidak

Rajah 6 : Jenis Barangan

Rajah 6 di atas menunjukkan jenis barangan dalam talian yang kerap dibeli oleh penduduk
Taman Jaya Padang Temu. Bilangan responden yang membeli dan tidak membeli produk
kosmetik adalah sama. Ini menunjukkan berlaku keseimbangan bilangan rsponden dalam
pembelian barangan tersebut. Hal ini demikian kerana, produk kosmetik pada masa kini

20
semakin popular dalam kalangan mayarakat Malaysia. Oleh itu, produk kosmetik bukan
hanya dijual di dalam talian malah terdapat juga di kedai-kedai atau butik. Responden yang
mempunyai masa terluang akan mengambil masa untuk membeli produk kosmetik di butik
pusat membeli-belah seperti Body Shop, Watson dan banyak lagi. Selain itu, responden juga
menyatakan membeli barangan tersebut di luar talian mempunyai pilihan yang banyak dan
meyakinkan mereka kerana mereka dapat membuat pemeriksaan sebelum membeli. Namun
begitu, responden ada juga yang terpaksa melakukan pembelian produk kosmetik secara
dalam talian disebabkan masa yang tidak mengizinkan. Di samping masa yang singkat,
responden ada juga menyatakan bahawa melakukan pembelian secara dalam talian dapat
mengelakkan masalah kesesakan jalan raya.

Bilangan responden yang membeli barangan produk kesihatan seramai 16 orang bersamaan
53.33% manakala yang tidak membeli seramai 14 orang bersamaan 46.67%. Mengikut graf
peringkat umur, pengkaji mendapati responden di kalangan remaja banyak melakukan
pembelian secara dalam talian. Menurut responden 1, beliau menyatakan bahawa ramai
pemuda-pemuda termasuk beliau telah mengambil inisiatif untuk membeli produk kesihatan
yang berada dalam talian. Beliau berkata bahawa produk kesihatan yang dinyatakan bukanlah
sekadar ubat-ubatan untuk penyakit sahaja. Beliau memberi contoh produk kesihatan yang
dibeli oleh pemuda sekarang seperti protein. Di luar bukan tidak menjual produk kesihatan
berbentuk protein tetapi harga yang murah serta berpatutan membuatkan responden muda ini
melakukan pembelian secara atas talian. Namun begitu, menurut responden2, beliau berasa
wass-was dengan produk kesihatan yang dipamerkan di dalam talian. Beliau lebih yakin
apabila membuat pemeriksaan oleh doktor terlebih dahulu dan membeli produk kesihatan
dari klinik, hospital dan farmasi.

Bilangan responden yang membeli peralatan sukan dan tidak membeli adalah 13 dan 17
orang bersamaan 43.33% dan 56.67%. Pengkaji mendapati responden lebih kerap membeli
peralatan sukan di kedai. Hal ini demikian kerana, di Malaysia, negeri Melaka misalnya,
terdapat banyak butik-butik sukan telah dibuka seperti Metaforce, kedai Sukan Antarabangsa
dan banyak lagi. Tambahan lagi apabila kedai-kedai sukan ini membuat pemotongan harga
yang mengejutkan, para pembeli akan berpusu-pusu pergi ke kedai untuk membeli. Di
samping itu, jika barangan yang dibeli rosak, responden dapat terus pergi ke kedai dan
membuat pertukaran tanpa mengambil masa yang lama. Walaupun telah banyak kedai sukan
dibuka di Malaysia tapi masih ada responden yang melakukan pembelian peralatan sukan
secara dalam talian. Hal ini demikian kerana, mereka merasakan harga barangan di kedai-

21
kedai yang sedia ada adalah mahal. Lebih merumitkan apabila mereka tidak dapat khabar
tentang pemotongan harga yang sedang dilakukan. Kemudian, mereka merasakan membeli
peralatan sukan secara dalam talian lebih mudah kerana tidak mengambil masa yang lama
untuk memilih dan kemudian membuat pembayaran. Dalam sistem talian, peniaga sering
meletakkan harga runtuh kepada pembeli untuk menarik perhatian pembeli terutama
responden remaja. Tanpa melakukan penyelidikan yang lebih rapi, mereka terus membeli. Ini
menyebabkan kadang-kala terdapat berita yang menyatakan membeli barangan secara dalam
talian menimbulkan satu penipuan.

Bilangan responden yang membeli pakaian harian seramai 18 orang bersamaan 60%
manakala yang tidak membeli seramai 12 orang bersamaan 40%. Ini boleh dibuktikan
melalui responden 2 iaitu ramai masyarakat sekarang dari pelbagai umur mengambil langkah
mudah untuk membeli pakaian harian dalam talian. Hal ini demikian kerana, beliau
mengatakn bahawa fesyen pada masa kini menjadi kegilaan ramai masyarakat tidak kira
muda atau yang berumur. Fesyen yang sedia ada dan baharu serta yang digayakan oleh para
model fesyen menarik minat masyrakat untuk menggayakan fesyen tersebut dengan
membelinya. Antara pakaian yang popular di dalam talian ialah tudung berjenama Ariana,
pakaian Levis, pakaian Polo dan sebagainya. Terdapat juga responden menyatakan sebab
mengapa mereka tidak membuat pembelian pakaian secara dalam talian. Menurut responden
1, beliau tidak membeli pakaian harian secara dalam talian kerana beliau tidak boleh melihat
keadaan baju dan tidak dapat mencubanya sebelum membeli tersebut serta pakaian tersebut
tidak dikembalikan sekiranya pakaian yang dibeli tidak sesuai dari segi saiz.

Bilangan responden yang membeli perkakas rumah dalam talian seramai 13 orang bersamaan
43.33% manakala bilangan responden yang tidak membeli seramai 17 orang bersamaan
56.67%. Pengkaji telah membuat penyelidikan bahawa bilangan responden yang tidak
membeli lebih ramai daripada yang membeli. Hal ini demikian kerana, perkakas rumah
terlalu banyak telah dijual di luar talian. Antaranya, Seng Heng yang menjual alatan elektrik
seperti televisyen, peti ais, penghawa dingin dan banyak lagi. Malah, ada yang memberi
sebab bahawa membeli secara luar talian lebih memudahkan kerana penghantaran boleh
dibuat kadang kala serta merta dan paling lewat sebelum hari keesokannya. Namun begitu,
tidak ketinggalan kepada responden yang membeli. Mereka memberi sebab dengan
menyatakan mereka tidak perlu pergi ke kedai untuk memilih. Mereka hanya perlu memilih
di dalam telefon pintar dan membuat pesanan lalu membayarnya. Lebih cepat pembayaran
yang dibuat, lebih cepat proses penghantran dapat dilakukan.

22
Seterusnya, pembelian makanan dalam talian oleh responden. Dalam kategori ini, pengkaji
mendapati responden yang membeli makanan secara dalam talian lebih ramai daripada yang
tidak membeli berjumlah 18 orang dan 12 orang bersamaan 60% dan 40%. Ini bermakna
mempunyai jurang yang agak besar antara yang membeli dengan tidak membeli. Hal ini
demikian kerana, makanan yang semakin popular di Malaysia semakin menjadi rebutan
masyarakat. Antaranya McDonald, Pizza Hut, Dominos Pizza dan banyak lagi. Perniagaan
besar seperti ini sekarang telah melancarkan pembelian secara dalam talian untuk
memudahkan masyarakat untuk membuat pembelian. Menurut responden 1, pada zaman
teknologi yang kurang berpesat, pembelian secara dalam talian perlu menelefon tetapi pada
masa kini, mereka hanya perlu memuat turun aplikasi yang berkaitan makanan dan membuat
pesanan. Oleh itu, masyarakat dapat menjimatkan masa daripada terpaksa beratur di premis
untuk membeli terutama pada cuti sekolah. Terdapat juga responden yang tidak membuat
pembelian secara dalam talian. Hal ini demikian kerana, mereka mengatakan harga yang
sebenar di premis berbeza dengan harga yang dibeli dalam talian. Menurut responden 2,
beliau memberi contoh penghantaran McDonald ke rumah perlu dicaj RM4.25 setiap kali
dihantar. Di samping itu, beliau juga menyatakan bahawa kualiti yang di pesan dengan
membeli di premis sendiri berbeza.

23
Bahagian C

Mengkaji kesan pembelian barangan secara dalam talian oleh penduduk Taman Jaya Padang
Temu.

Jadual 7 : Kesan pembelian barangan secara dalam talian oleh penduduk Taman Jaya Padang
Temu.

No Kesan-kesan 1 2 3 4 5 MIN
.
1 Menjimatkan kos 1 2 2 20 5 3.87
perbelanjaan1
2 Menjimatkan masa 1 2 3 16 8 3.93
pembelian
3 Memudahkan - 2 3 18 7 4.0
proses pembelian
4 Bebas dalam - 1 7 14 8 3.97
membuat pilihan
5 Tiada interaksi 2 3 11 8 6 3.43
secara langsung
antara peniaga
dengan pembeli
6 Tidak dapat - - 9 14 7 2.53
mengetahui kualiti
produk
7 Maklumat pembeli - - 5 17 8 4.10
mudah disalah
guna
8 Tidak boleh 1 3 4 15 7 3.80
membuat pulangan
balik arangan yang
rosak
9 Pembeli mudah - 3 6 11 10 3.93
diperdaya
Sumber : Kajian lapangan

24
KESAN-KESAN
4.5 4
3.5
3
2.5
2
1.5
1
0.5
0

Series 1

Rajah 7 : Kesan Pembelian

Sumber : Kajian Lapangan

25
Rajah 7 menunjukkan kesan pembelian barangan secara dalam talian terhadap penduduk
Taman Jaya Padang Temu. Pengkaji mendapati bahawa bilangan responden yang bersetuju
dengan membeli barangan dengan cara ini menjimatkan kos perbelanjaan ialah seramai 20
orang manakala bilangan responden yang tidak pasti seramai 2 orang dan bilangan responden
yang sangat tidak setuju ialah seorang sahaja . Jika dilihat dari segi min, kesan ini berjumlah
3.87. Majoriti responden bersetuju apabila membeli barangan secara dalam talian dapat
menjimatkan kos perbelanjaan. Hal ini berkemungkinan kos perbelanjaan dapat dikurangkan
kerana barangan dalam talian tidak mempunyai nilai cukai yang tinggi berbanding barangan
yang dijual di pasar raya besar, pusat beli-belah dan sebagainya.

Bilangan responden yang bersetuju dengan kesan seterusnya iaitu menjimatkan masa
pembelian seramai 16 orang manakala bilangan responden yang tidak pasti seramai 2 orang
dan bilangan responden yang sangat tidak setuju ialah seorang sahaja. Jika dilihat dari segi
min, kesan ini berjumlah 3.93. Jelaslah bahawa secara majoritinya responden bersetuju
apabila membuat pembelian secara dalam talian dapat menjimatkan masa. Pernyataan ini di
persetujui oleh kedua-dua informen yang berpendapat bahawa pembelian secara dalam talian
menjimatkan masa. Hal ini demikian kerana, mereka tidak perlu membuang masa untuk
mencari barangan yang dikehendaki di merata-rata tempat. Oleh itu, dengan membeli secara
dalam talian memudahkan mereka untuk mencari barangan yang diingini.

Bilangan responden yang bersetuju dengan kesan selanjutnya iaitu memudahkan proses
pembelian seramai 18 orang manakala yang tidak pasti seramai 3 orang dan bilangan
responden yang tidak setuju seramai 2 orang. Jika dilihat dari segi min, kesan ini berjumlah
4.0. Majoriti responden bersetuju dengan membeli barangan secara dalam talian
memudahkan proses pembelian. Menurut responden 1, beliau menyatkan bahawa beliau tidak
perlu menghadapi suasana yang sibuk di tempat pembelian seperti di pasar raya untuk
mendapatkan barangan yang diingini. Malah, memudahkan beliau untuk memilih dan
membayar dengan cepat tanpa mengambil masa yang lama.

Selain itu, kesan bebas dalam membuat pilihan. Responden yang bersetuju dengan kesan ini
seramai 14 orang manakala tidak pasti seramai 7 orang dan tidak setuju dengan kesan ini
hanya seorang. Jika dilihat dari segi min, kesan ini berjumlah 3.97. Secara majoritinya,
responden bersetuju bahawa apabila mereka membeli barangan secara dalam talian, banyak
pilihan yang boleh dilihat. Kesan ini lebih terbukti apabila kedua-dua informen yang di temu
bual iaitu informen 1 dan 2 menyatakan pembelian barangan secara dalam talian mempunyai

26
banyak pilihan berbanding di pasar raya atau kedai-kedai lain. Namun begitu, pengkaji juga
mendapati bahawa hanya seorang sahaja responden yang tidak bersetuju dengan kesan
tersebut. Hal ini berkemungkinan responden tersebut berpendapat bahawa di kedai-kedai atau
pasaraya juga mempunyai banyak pilihan seperti dalam talian.

Di samping itu, bilangan responden yang tidak pasti dengan kesan tiada interaksi secara
langsung antara peniaga dengan pembeli seramai 11 orang manakala responden yang
bersetuju seramai 8 orang dan tidak bersetuju seramai 2 orang. Jika dilihat daripada min,
kesan ini berjumlah 3.43. secara majoritinya responden tidak pasti dengan kesan tersebut. Hal
ini berkemungkinan terdapat responden yang melakukan interaksi melalui telefon atau laman
sosial untuk mengenal pasti barang yang hendak dibeli.

Bilangan responden yang setuju dengan kesan seterusnya iaitu tidak dapat mengetahui kualiti
produk seramai 14 orang manakala yang tidak pasti seramai 9 orang dan tiada responden
yang tidak bersetuju dengan kesan tersebut. Jika dilihat dari segi min, kesan ini berjumlah
2.53. Secara majoritinya, responden bersetuju dengan kesan yang menyatakan tidak dapat
mengetahui kualiti produk. Hal ini demikian kerana, barang-barang yang hendak dibeli hanya
boleh dilihat dari luaran sahaja. Tambahan, barang-barang yang hendak dibeli tidak boleh
diuji serta tidak boleh dikembalikan sekiranya barang yang hendak dibeli mengalami
kerosakan.

Selanjutnya, kesan maklumat pembeli mudah disalah guna. Bilangan responden yang
bersetuju seramai 17 orang manakala tidak pasti seramai 5 orang dan tiada responden yang
bersetuju. Jika dilihat dari segi min, kesan ini berjumlah 4.10. Hal ini berkemungkinan
responden yang hendak dibeli barangan secara dalam talian perlu memberi nombor akaun
bank. Dengan ini, peniaga yang kurang jujur akan mengambil tindakan yang bertentangan.

Bilangan responden yang bersetuju dengan kesan seterusnya iaitu tidak boleh membuat
pulangan balik barangan yang rosak seramai 15 orang manakala tidak pasti seramai 4 orang
dan sangat tidak bersetuju seramai seorang. Jika dilihat dari segi min, kesan ini sebanyak
3.80. Secara majoritinya, responden bersetuju dengan kesan ini. Hal ini demikian kerana
barangan yang dibeli selalunya jauh. Jadi, proses pemulangan semula tidak dapat dibuat
kerana mengambil masa yang agak lama.

Kesan terakhir, pembeli mudah terpedaya. Bilangan responden yang bersetuju seramai 11
orang manakala tidak psti seramai 6 orang dan tidak bersetuju seramai 3 orang. Jika dilihat
dari segi min, kesan ini berjumlah 3.93. Secara majoriti, responden bersetuju dengan kesan

27
tersebut. Hal ini berkemungkinan, terdapat responden menyatakan bahawa mereka pernah
ditipu dengan kualiti barang. Tambahan pula, barangan yang di dalam gambar tidak sama
dengan barang yang dapat. Hal ini demikian kerana, terdapat segelintir peniaga hanya
inginkan keuntungan.

28
Bahagian D

Menyelidik tahap kepuasan penduduk Taman Jaya Padang Temu terhadap pembelian secara
atas talian.

Jadual 8 : Tahap kepuasan terhadap pembelian

No. Butiran 1 2 3 4 5 MIN


1 Kualiti produk 1 - 4 18 7 4.0
2 Harga produk - - 4 12 7 3.17
3 Tempoh masa 1 1 2 11 17 4.6
penghantaran
4 Perkhidmatan 3 1 5 12 9 3.77
selepas jualan
5 Interaksi antara 1 1 7 14 7 3.83
pembeli dengan
peniaga
6 Pengiklanan - 2 3 9 16 4.30
produk
Sumber : Lapangan Kajian

Rajah 8 : Tahap Kepuasan

Sumber : Lapangan Kajian

29
Rajah 8 di atas menunjukkan tahap kepuasan penduduk Tamaan Jaya Padang Temu ketika
membeli secara dalam talian. Pengkaji mendapati responden yang berada pada tahap
memuaskan dengan tahap ini seramai 18 orang manakala tidak pasti seramai 4 orang dan
tiada responden yang berada pada tahap tidak memuaskan dengan kesan ini. Jika dilihat dari
segi min kesan ini sebanyak 4.0. Secara majoriti, responden berada pada tahap memuaskan
dengan tahap kualiti produk.

Seterusnya berkaitan dengan harga produk. Pengkaji mendapati terdapat 12 orang responden
yang berada pada tahap memuaskan dengan tahap ini manakala 4 orang yang tidak pasti dan
tiada responden yang berada pada tahap tidak memuaskan dengan tahap ini. Jika dilihat dari
segi min, tahap ini berjumlah 3.17. Pengkaji mendapati bahawa tahap ini merupakan tahap
yang terendah antara tahap-tahap yang lain. Menurut responden 2, harga barang yang dijual
di dalam talian tinggi kerana mempunyai cukai dan gst serta bayaran penghantaran.

Tahap seterusnya tempoh masa penghantaran. Bilangan responden yang berada pada tahap
sangat memuaskan seramai 17 orang manakala pada tahap tidak memuaskan seramai seorang
dan tidak pasti seramai 5 orang. Jika dilihat dari segi min, tahap ini sebanyak 4.6. Secara
majoriti, responden berada pada tahap sangat memuaskan dengan tahap ni. Pengkaji
mendapati bahawa tahap ini merupakan yang tertinggi antara tahap-tahap yang lain.
Pernyataan ini di persetujui oleh kedua-dua informen. Hal ini demikian kerana, tempoh masa
penghantaran yang dibuat tidak mengambil masa yang lama. Oleh itu, mendorong responden
membuat pembelian secara dalam talian.

Di samping itu, bilangan responden yang berada pada tahap memuaskan dengan tahap
perkhidmatan selepas jualan seramai 12 orang manakala tidak pasti seramai 5 orang dan pada
tahap tidak memuaskan seramai seorang. Secara majoriti, responden berada pada tahap
memuaskan dengan tahap perkhidmata selepas jualan. Jika dilihat dari segi min, tahap ini
berjumlah 3.77.

Seterusnya, tahap interaksi antara pembeli dengan peniaga. Bilangan responden yang berada
pada tahap memuaskan dengan tahap ini seramai 14 orang manakala tidak pasti seramai 7
orang dan pada tahap tidak memuaskan seramai seorang sahaja. Secara majoriti, responden
berada pada tahap memuaskan dengan tahap ini mendorong responden membeli barangan
secara dalam talian. Jika dilihat dari segi min, tahap ni berjumlah 3.83.

Akhir sekali, tahap pengiklanan produk. Bilangan responden yang berada pada tahap sanhgat
memuaskan dengan tahap ini seramai 16 orang manakala tidak pasti seramai 3 orang dan

30
pada tahap sangat tidak memuskan tiada responden. Jika dilihat dari segi min, tahap ini
sebanyak 4.30. Hal ini merupakan pendorong dan juga menarik minat untuk responden
membeli barang secara dalam talian disebabkan cara pengiklanan yang berkesan.

31
9.0 RUMUSAN

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti kesan pembelian secara dalam talian
oleh penduduk Taman Jaya Padang Temu. Data yang diperoleh oleh pengkaji dapat
membantunya dalam mengetahui kesan pembelian secara atas talian oleh penduduk Taman
Jaya Padang Temu. Maklumat ini dapat membuktikan apabila responden membeli barangan
secara dalam talian pasti ada kesan yang akan timbul sama ada kesan baik atau buruk.

Seramai 30 orang responden telajh dipilih untuk tujuan soal selidik manakala hanya 2 orang
informen dipilih untuk ditemu bual. Taman Jaya Padang Temu dipilih oleh pengkaji untuk
menjalankan kajian ini. Objektif kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti jenis barangan yang
sering secara dalak talian, kesan pembelian dan menyelidik tahap kepuasan penduduk Taman
Jaya Padang Temu.

Dapatan kajian diperoleh apabila kesemua 30 borang soal selidik selesai diedarkan. Ianya
juga dipersembahkan secara graf, carta pai dan jadual.

Daripada kajian ini, pengkaji telah memperoleh maklumat seperti pakaian merupakan antara
barangan yang banyak dibeli oleh penduduk Taman Jaya Padang Temu kerana pakaian yang
dijual di dalam talian lebih murah dan mengikut fesyen semasa. Selain itu, kesan yang paling
banyak dinyatakan oleh penduduk Taman Jaya Padang Temu apabila membeli secara dalam
talian ialah maklumat pembeli mudah disalah guna kerana pembeli belum tentu tahu peniaga
yang menjual adalah sah yang mempunyai lesen atau tidak. Tambahan pula kesemua kesan
pembelian secara dalam talian oleh penduduk Taman Jaya Padang Temu berada pada tahap
yang memuaskan. Akhir sekali, kajian ini berjaya dijalankan dan objektifnya dicapai.

32
10. RUJUKAN

1. Internet

a) https://www.google.com/maps/place/Malacca,
+Malaysia/@2.2374067,102.1114169,11z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!
1s0x31d1ee278e8c65dd:0x32a7281769e016a!8m2!3d2.189594!4d102.2500868. Dicapai
pada 12 Mac 2017.

b) jurnalsem.blogspot.com/2012/05/definisi-perniagaan-internet.htm. Dicapai pada 13 Mac 2017.

2. Wawancara

a) Wawancara antara pengkaji denga dua orang responden iaitu Norhaniza binti Kamarudin
dan Nordin bin Simol selaku penduduk di Taman Jaya Padang Temu pada jam 2 petang, 12
Mac 2017.

3. Kamus

a) Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

33
11. LAMPIRAN

Sesi temu bual.

Responden 1 :

Pengkaji : Assalammualaikum abang. Nama saya Muhammad Zikri bin Ma’erat. Saya datang
ni nak buat satu kajian tentang pembelian secara atas talian. Abang pernah tak beli barang
secara atas talian?

Responden 1 : Waalaikumsalam dik. Ya, abang pernah beli barang secara dalam talian.

Pengkaji : Bilakah abang mula membeli barang secara dalam talian?

Responden 1 : Sejak pembelian secara dalam talian mula menjadi sambutan orang ramai.

Pengkaji : Abang pernah beli produk kesihatan dalam talian?

Responden 1 : Pernah.

Pengkaji : Apakah jenis produk kesihatan yang abang beli?

Responden 1 : Mengikut umur abang yang masih muda ini, abang beli produk kesihatan
seperti protein-protein untuk kegunaan gim.

Pengkaji : Selain produk keihatan, abang pernah beli pakaian dalam talian?

Responden 1 : Ye pernah tapi jarang-jarang.

Pengkaji : Kenapa abang membeli pakian dalam talian jarang-jarang?

Reponden 1 : Kerana abang tidak boleh melihat keadaan baju dan tidak dapat mencuba
sebelum membeli serta pakaian yang telah beli tidak boleh dikembalikan kalua baju itu tidak
sesuai dengan saiz badan abang.

Pengkaji : Abang pernah membeli makanan secara dalam talian?

Responden 1 : pernah juga tapi jarang-jarang.

Pengkaji : kenapa abang masih membeli makanan secara dalam talian?

Responden 1 : kerana dapat menjimatkan masa daripada beratur di kedai-kedai.

Pengkaji : baiklah bang, terima kasih.

34
Responden 2 :

Pengkaji : assalammualaikum kakak. Nama saya Muhammad Zikri bin Ma’erat. Saya datang
untuk membuat satu kajian tentang pembelian secara dalam talian.

Responden 2 : waalaikumsalam dik. Silakan dik

Pengkaji : kakak pernah beli barangan secara dalam talian tak dan boleh seratakan contoh
kalau pernah membelinya.?

Responden 2 : pernah. Contohnya, pakaian harian

Pengkaji : kenapa akan membeli pakaian harian dalam talian sedangkan di luar telah banyak
kedai dan butik?

Responden 2 : kerana fesyen yang sedia ada dan baharu menarik minat kakak untuk
membelinya.

Pengkaji : selain pakaian, kakak pernah beli barang lain tak ddalam talian?

Responden 2 : Tidak pernah adik

Pengkaji : produk kesihatan juga akak tidak pernah beli?

Responden 2 : tidak sebab akak berasa was-was. Jadi, akak membelinya di klinik atau
farmasi.

Pengkaji : baiklah kakak. Sampai di sini sahaja. terima kasih atas kerjsama akak.

35
BORANG SOAL SELIDIK

BAHAGIAN A : DEMOGRAFI RESPONDEN

Sila tandakan (/) pada kotak yang di sediakan.

1. Umur

16-20 tahun
21-30 tahun
31-40 tahun
41-50 tahun
50 tahun dan ke atas

2. JANTINA

LELAKI
PEREMPUAN

3. PENDAPATAN BULANAN

Bawah RM1000
RM 1001-RM 2000
RM 2001-RM 5000
RM 5000 dan ke atas

4. JUMLAH PEMBELIAN DALAM TEMPOH SETAHUN

36
1-2 kali
3-5 kali
6 kali dan ke atas

5. KAEDAH PEMBAYARAN

Transaksi
Melalui kad kredit
Pembayaran tunai semasa penghantaran

BAHAGIAN B

37
Bahagian ini adalah untuk mengenal pasti barangan yang sering dibeli secara dalam talian
oleh penduduk Taman Jaya Padang Temu.

Sila tandakan (/) pada ruang yang disediakan.

Jenis barang Ya Tidak

Produk kosmetik

Produk kesihatan

Peralatan sukan

Pakaian harian

Perkakas rumah

Gajet elektronik

Makanan

BAHAGIAN C

38
Bahagian ini ialah untuk mengkaji kesan pembelian barangan secara dalam talian oleh
penduduk Taman Jaya Padang Temu.

Sila tandakan (/) pada butiran yang disenaraikan di bawah.

1 2 3 4 5

Sangat Tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

No. Kesan pembelian secara dalam talian 1 2 3 4 5

1) Menjimatkan kos perbelanjaan


2) Menjimatkan masa pembelian

3) Memudahkan proses pembelian

4) Bebas dalam membuat pilihan

5) Tiada interaksi secara langsung antara peniaga


dengan pembeli

6) Tidak dapat mengetahui kualiti produk


7) Maklumat pembeli mudah disalah guna

8) Tidak boleh membuat pulangan balik barangan yang


rosak

9) Pembeli mudah diperdaya

BAHAGIAN D

39
Bahagian ini adalah untuk menyelidik tahap kepuasan penduduk Taman Jaya Padang Temu
terhadap pembelian secara atas talian.

Sila tandakan (/) pada ruang yang telah disediakan di bawah.

1 2 3 4 5
Sangat Tidak Tidak Memuaskan Tidak Pasti Memuaskan Sangat Memuaskan
Memuaskan

No. Butiran 1 2 3 4 5

1) Kualiti produk

2) Harga produk

3) Tempoh masa penghantaran

4) Perkhidmatan selepas jualan

5) Interaksi antara pembeli dengan peniaga

6) Pengiklanan produk

40

You might also like