Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

tanggal 21 OGOS 1961 merupakan detik kelahiran permata yang dinanti nantikan oleh pasangan

TUAN HAJI BABA B AAKEH DAN PUAN HAJJAH ROSBI BT HASHIM . Dilahirkan di daerah
tebrau johor, puan zubaidah bt baba merupakan anak bongsu daripada lapan orang adik
beradik.sudah pastilah sebagai anak yang paling kecil beliau diberi layanan dan kasih syang yang
sepenuhnya daripada keluarga tercinta

beliau telah Mendapat pendidikan awal di :


- SK BACHANG MELAKA bermula dari  tahun 1968 sehinggalah tahun 1972
-
- Ketika berada dibangku sekolah rendah lagi puan zubaidah telah menunjukkan
kecemerlangan dalam bidang akedemik dan ko kurikulum
- ,memiliki kelebihan inilah menyebabkan beliau sering dipilih mewakili sekolah dalam sukan
olahraga,bola jaring, pidato dan perbahasan pada ketika itu.

- Seterusnya bermula dari tahun 1973 sehingga tahun 1978 beliau telah menyambung pelajaran
dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 DI SEKOLAH MENENGAH TUN TIJAH MELAKA.
Ketika berada disekolah menengah inilah bakat kebijaksanaan beliau dapat dikesan yang
mana beliau pernah dinobatkan sebagai pembahas terbaik dalam pertandingan perbahasan,
dan juga Terpilih sebagai Pelajar Terbaik Sekolah Menengah Tun Tijah Melaka pada masa
itu

Sebaik sahaja menamatkan alam persekolahan puan zubaidah telah mendapat tawaran bagi
melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan.

Pada tahun 1980 hingga tahun 1981Beliau telah mengikuti kursus Latihan Asas Perguruan di Maktab
Perguruan PASIR PANJANG KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

Pemilik sijil perguruan ini bertekad dan berazam untuk mendidik anak bangsa agar dapat menguasai
ilmu pengetahuan dengan cemerlang.

Siapa sangka dalam diam diam, rupanya gadis manis berkulit puteh ini mempunyai peminat rahsia
yang akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin

Oleh itu tanggal 12 april1989 termeterailah ikatan perkahwinan antara puan zubaidah dan sang
jejaka yang bertuah iaitu encik ZAILUDIN bin TALIB.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan 6 orang cahaya mata iaitu 4 orang putera dan 2
orang putri.

Didikan dan amalan untuk meraih kecemerlangan disekolah dipraktikkan dalam mendidik anak
anak.

Kini anak anak beliau telahpun berkerja dan ada yang telah mendirikan rumah tangga.

Kebahagiaan dalam keluarga puan zubaidah semakin bertambah dan berseri dengan kehadiran 6
orang cucunda tersayang.

Wanita yang mempunyai hobi suka menjahit,menanam pokok bunga dan membuat kerja kerja kraf
gubahan bunga hantaran ini memulakan karier sebagai seorang guru
Di SK BUKIT LINTANG KOTA TINGGI mulai .1 januari 1982 sehingga 31 disember 1982.

Seterusnya beliau telah ditukarkan KE SK Jenderak Selatan, Kuala Krau, Mentakab mulai tahun
1983 sehingga tahun1987.
Seterusnya pada tahun 1988 hingga disember 1988 beliau telah ditukarkan ke SK KUALA MAI
BAHRU,MENTAKAB,Pahang.

Seterusnya pada tahun 1989 hingga tahun 1990 – Beliau telah ditukarkan ke SK Klebang Besar ,
Melaka.

Seterusnya pada tahun1991hingga tahun2012 – BELIAU telah ditukarkan ke SK Bukit Beruang ,


Melaka.
Kecemerlangan beliau dalam menjalankan tugasan tugasan disekolah telah membawa kepada
penganugerahan sijil khidmat cemerlang yang diterima sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2001 dan
2012.

Kemudian beliau dipindahkan ke jabatan pendidikan negeri Melaka pada 16 disember 2012 bagi
menyandang jawatan pegawai penyelia disana.

Setelah 6 tahun 5 bulan berada dijabatan tersebut beliau akhirnya ditukarkan ke sk (p) Methodist 1
bagi menyandang jawatan guru penolong kanan disekolah tersebut mulai 1 jun 2019 sehingga tempoh
persaraan beliau pada hari ini 20 ogos 2021.

Kini genaplah selama 39 tahun beliau berkhidmat sebagai seorang guru.

Sepanjang beliau bertugas menjadi guru biasa dan pemimpin sekolah beliau banyak melibatkan diri
dalam pelbagai aktiviti peringkat daerah mahupun negeri yang mana beliau sering dilantik menjadi
jurulatih utama bagi mata pelajaran sivik dan Bahasa melayu,menjadi pengadil bola
jarring,penasihat persatuan tadika swasta negeri Melaka dan lain lain.

Puan zubaidah sememangnya seorang guru yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang
pendidikan.bermula dari saat menjadi guru biasa sehinggalah menjadi guru penolong kanan pelbagai
asam garam yang telah beliau tempuhi, namun segala cabaran dan kepayahan bukanlah penghalang
untuk beliau terus berkhidmat menjadi guru yang berdedikasi Dan disegani oleh rakan sajawat serta
anak anak didik di sekolah.

Beliau juga tidak lokek dengan ilmu yang beliau ada. Beliau sering memberikan nasihat dan tunjuk
ajar kepada anak anak buah beliau agar menjalankan tugas dengan penuh rasa bertanggung jawab.

Sepanjang perkhidmatannya beliau merupakan seorang yang tegas dan berdedikasi, beliau juga
seorang yang lemah lembut, namun dalam kelembutan ada ketegasan terutamanya ketika menangani
kerenah guru guru dan anak didiknya.

Gaya penampilan beliau sebagai guru penolong kanan yang anggun dan bergaya sering menjadi idola
kepada guru guru lain      
   
Kini, setelah sekian lama memerah keringat mencurah bakti, maka pada hari ini,tamatlah sebuah
perjalanan yang panjang dalam dunia pendidikan.

Selamat tinggal suara-suara ceria,


Padang perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik guru dan timbunan buku.

Selamat tinggal anak-anak didik semua


Jadilah anak bangsa yang berguna
Agar ilmu yang diberi bukan sia-sia
Sesungguhnya telah banyak jasa dan bakti yang beliau tinggalkan. Tak tumbuh tak melata,tak
sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, tapi takkan sama
dengan yang pergi.

Sama-samalah kita berdoa semoga beliau terus berbahagia dalam menjalani kehidupan baru selepas
ini iaitu alam persaraan beliau.
 

Terima kasih puan zubaidah

You might also like