Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Gas rumah hijau adalah gas atmosfera yang menyerap dan memancarkan radiasi dalam lingkungan

haba inframerah. Proses ini adalah penyebab utama kesan rumah hijau. Antara gas rumah hijau
utama yang terdapat dalam atmosfera Bumi adalah wap air, karbon dioksida, metana, nitro oksida
dan ozon. Tanpa gas rumah hijau, purata suhu permukaan Bumi barangkalinya boleh mencapai kira-
kira −18 °C (0 °F),[1] berbanding dengan purata suhu kini iaitu 15 °C (59 °F).[2][3][4] Dalam Sistem
Suria, atmosfera Zuhrah, Marikh dan Titan juga mengandungi gas yang menyebabkan kesan rumah
hijau.

Kegiatan manusia sejak bermulanya Revolusi Industri (dikira dari tahun 1750) telah meningkatkan
kepekatan atmosfera karbon dioksida sebanyak 40% dari 280 ppm di 1750 hingga 406 ppm pada
awal tahun 2017.[5] Peningkatan ini telah berlaku meskipun sebahagian besar daripada pelepasan ini
diserap oleh "penyimpan" semula jadi yang terlibat dalam kitaran karbon.[6][7] Pelepasan karbon
dioksida (CO2) antropogen (yakni pengeluaran yang dihasilkan oleh kegiatan manusia) datangnya
dari pembakaran bahan api fosil terutamanya arang batu, minyak dan gas asli bersama-sama juga
dengan penebangan hutan, hakisan tanah dan aktiviti penternakan haiwan.[8]

Perkiraan terperinci menjangkakan seandainya pelepasan gas rumah hijau berterusan pada kadar
yang tetap, suhu permukaan Bumi boleh melebihi nilai-nilai tertinggi sebelumnya dalam sejarah
perakaman seawal tahun 2047 dengan kesan berpotensi membahayakan ekosistem, biodiversiti dan
gaya hidup penduduk di seluruh dunia.[9] Anggaran terbaru mencadangkan bahawa trajektori
pelepasan semasa boleh membawa Bumi melepasi ambang pemanasan global sebanyak 2 °C yang
ditetapkan Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
sebagai had mengelakkan pemanasan global "berbahaya" sebelum tahun 2036.[10]

Gas rumah hijau menyerap dan memancarkan radiasi inframerah dalam lingkungan panjang
gelombang yang dipancarkan oleh Bumi. Gas rumah hijau paling banyak dalam atmosfera Bumi
mengikut urutan kuantiti adalah:

Wap air (H2O)

Karbon dioksida (CO2)

Metana (CH4)

Nitrus oksida (N2O)

Ozon (O3)

Klorofluorokarbon (CFC)

Hydrofluorokarbon (termasuk HCFC dan HFC)


Kesan Rumah Hijau
Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau
(karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida) di dalam sesuatu ruang tertutup
meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada
pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.

Proses Kesan Rumah Hijau


Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida,
karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila
komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan
memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.
.menyebabkan pencairan ais di kutub dan kawasan pergunungan
2. mengakibatkan kenaikan suhu dunia/ global
3. berlakunya kenaikan aras laut
4. daratan yang rendah ditenggelami air / pulau ditenggelami air
5. peluasan kawasan gurun
6. penurunan hasil pertanian/ penternakan kerana kurang fotosintesis
7. kandungan gas oksida dalam udara meningkat
8. menyebabkan berlakunya perubahan iklim dunia.

Kesan Rumah Hijau Kepada Dunia


Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki
ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah
hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang
mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi
daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan
mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut. 

a)    Banjir akibat pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan


(b)   Kemarau di kawasan tertentu dan kawasan gurun menjadi bertambah luas.

(c)    Menjejaskan pergerakan tenaga dan bahan-bahan dalam rantai makanan


kerana tumbuhan tertentu (pengeluar) mati.

Punca Kesan Rumah Hijau


Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia.
Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi
yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat
petir juga memberi kesan juga. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau
kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap
daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti
sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada
kesan pemanasan global ini.
. banyak berlaku pembakaran terbuka/ pembakaran hutan
2. banyak asap dari kereta atau kenderaan
3. banyak asap dari kilang
4. pembakaran bahan api fosil berlebihan
5. kurang pokok / tumbuhan hijau / penerokaan hutan berlebihan
6. penggunaan petrol berplumbum yang banyak
7. Pembebasan bahan CFC dari alat hawa dingin yang banyak.
8. Ujian senjata nuklear yang berlebihan.

Kaedah Mengurangkan Kesan Rumah Hijau


Antara langkah untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui penjimatan
tenaga. Jikalau manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak
menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan.

. menanam pokok / menambah kawasan hijau/ menghijaukan bumi.


2. mengenakan denda/ menguatkuasakan undang-undang kepada pihak mencemarkan alam
sekitar.
3. mengadakan kempen alam sekitar / pendidikan alam sekitar.
4. kenderaan menggunakan petrol tanpa plumbum
5. memasang alat penapis asap kilang
6. menjalankan pembakaran menggunakan incinerator
7. berkongsi kereta
8. menjalankan proses kitar semula bahan buangan/ terpakai
9. menjalankan R&D

You might also like