Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT

PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2020


SEKOLAH KEBANGSAAN PARIS KINABATANGAN

1) PENDAHULUAN

Antara saranan dan kehendak yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri
Malaysia selain daripada boleh membaca dan khatam Al-Quran di peringkat sekolah
rendah, beliau juga menyebut supaya murid-muird di sekolah rendah boleh menunaikan
sembahyang lima waktu sehari semalam dengan sempurna dari segi perbuatan dan bacaan.

Maka dengan ini terwujudlah idea untuk mengadakan Kem Bestari Solat di
peringkat sekolah rendah. Kem ini akan diadakan sebanyak 2 kali dalam masa satu tahun
dan ianya dikhususkan kepada semua murid Islam tahun satu hingga eanam yang bertujuan
untuk memberi penjelasan mengenai Model Bestari Solat dan cara perlaksanaannya. Di
dalam kem ini akan menitik beratkan teori dan amali yang betul bagi melaksanakan solat
harian. Ini termasuklah dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan.
Kem Bestari Solat ini akan dilaksanakan di suatu tempat yang khas mengikut kesesuaian
sesebuah sekolah.

2) OBJEKTIF KEM BESTARI SOLAT.

2.1 - Murid boleh berwuduk dengan betul dan sempurna


2.2 - Murid boleh mengetahui bilangan rakaat dalam setiap solat
2.3 - Murid boleh melakukan semua perbuatan dan bacaan dalam
solat dengan betul dan lancar
2.4 - Murid boleh melakukan solat dengan sempurna samada secara
jemaah atau bersendirian.

3) KUMPULAN SASAR
Semua murid yang beragama Islam.

4) MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh : 27 Ogos 2020 (Khamis)
Masa : 8.00 - 11.00 Pagi
Tempat : SK Paris, Kinabatangan

5) JAWATANKUASA KEM BESTARI SOLAT

Pengerusi : En. Rodzi Bin Awang Damit (Guru Besar SK Paris)


Naib Pengerusi 1 : Pn. Baile Bt Perman (GPK Kurikulum)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Sabturiah Bt Ali (GPK HEM)
: En. Abdul Sanih Bin Nasri (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Ustazah Siti Aisyah Binti Saleh
Setiausaha : Ustazah Nur Su’aidah Binti Mohd Amin
Bendahari : Ustaz Ag Mohd Syamsul Bin Rosli

6) JAWATANKUASA PELAKSANA
i. Urusetia : Ustz Ahirunnasrah Bin Ahmad
: Ustazah Nur Su’aidah Binti Mohd Amin
ii. Makanan dan Minuman : Pn. Rosziah Bt Sayak
: Pn. Jalinang Bt Abdul Kadir
: Pn Norsiah Bt Abdillah
: Pn Rohana Bt Jukarna
iii. Keselamatan, Kebajikan dan : En Roslan Bin Padu
Disiplin : En Mohd Izhaar Bin Salahuddin
: En Muhammad Yusuf Bin Talibe
v. Dokumentasi : Ustazah Siti Zulaiha Binti Ismail
: En Che Wan Abd Quddus Bin Zabidi
vi. Fasilitator : Ustaz Abd Quddus Bin Zabidi
: Ustaz Ag Mohd Syamsul Bin Rosli
: Ustazah Siti Aisyah Bt Saleh
: Ustazah Zaidah Bt Zaid

7) TENTATIF PROGRAM

8.00 - 9.30 pagi : Amali Wudhuk


: Rukun Solat dan Bacaan dalam solat
9.30 – 10.00 pagi : Rehat
10.00 -11.00 pagi : Amali Solat
: Bersurai

8) ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERIHAL BARANG KUANTITI HARGA ANGGARAN HARGA


SEUNIT

1. Buku Modul Kem Bestari 352 buah RM7.00 RM2464.00


Solat

2. Banting Bacaan Solat 12 keping RM18 RM216.00

JUMLAH KESELURUHAN RM2680.00

Sumber Kewangan :
1. Peruntukan Kem Bestari Solat

8) PENUTUP

Diharapkan pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada para pelajar dalam
meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan
fardhu ain yang diperintahkan oleh Allah. Pihak Jawatankuasa Kem Bestari Solat Tahun
2020 amat berharap agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna
seterusnya mencapai tujuan pelaksanaannya. Semoga setiap individu yang terlibat
mendapat ganjaran setimpal dari Allah S.W.T. Sokongan dan pandangan semua pihak amat
dialu-alukan bagi meningkatkan prestasi dan perkembangan murid Islam khasnya di SK
Paris melalui program dan aktiviti keagamaan yang dianjurkan.
Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

……………………………….. ………………………………..

NUR SU’AIDAH BINTI MOHD AMIN PN. BAILE BT PERMAN


Setiausaha Kem Bestari Solat 2020 Penolong Kanan Kokurikulum
SK Paris, Kinabatangan SK Paris, Kinabatangan

Disahkan Oleh,

……………………………………..
EN. RODZI BIN AWANG DAMIT
Guru Besar
SK Paris, Kinabatangan
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIS,
W.D.T 72, 90200 KINABATANGAN,
SABAH

KERTAS KERJA
KEM BESTARI SOLAT
TAHUN 2020

TARIKH : 27 OGOS 2020 (KHAMIS)


TEMPAT : SK PARIS, KINABATANGAN
ANJURAN : PANITIA AGAMA ISLAM
SK PARIS

You might also like