Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

[ TERKINI] MAKIN RAMAI JADI MISKIN DI MALAYSIA

Lebih membimbangkan apabila 20 peratus kumpulan isi rumah M40 yang mempunyai pendapatan antara
RM4,850 hingga RM10,959 telah beralih kepada B40, manakala 12.8 peratus golongan T20 yang
mempunyai pendapatan RM15,000 ke atas bertukar status kepada M40.

Berdasarkan laporan Anggaran Pendapatan Isi Rumah dan Kemiskinan 2020, bilangan B40 dan M40 di
negara ini masing-masing 2.91 juta dan T20 (1.46 juta) pada 2020.

Laporan itu juga menyebut, paras kemiskinan mula meningkat dengan jelas apabila terdapat seramai
639,800 bilangan isi rumah jatuh miskin pada 2020 berbanding 405,400 pada 2019.

Bertambah parah apabila majoriti isi rumah mengalami pengurangan pendapatan dengan hanya
memperoleh RM2,500 sebulan.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, secara umumnya, kemiskinan
boleh diukur dengan pelbagai kaedah antaranya pengukuran kemiskinan mutlak, kemiskinan relatif dan
kemiskinan pelbagai dimensi (MPI).

Katanya, peratusan penurunan pendapatan isi rumah B40 dan M40 lebih besar berbanding T20 iaitu
masing-masing 15.9 dan 36.9 peratus pada 2020 berbanding 16 dan 37.2 peratus pada 2019.

“Kumpulan T20 pula memiliki 47.2 peratus iaitu meningkat 0.4 peratus berbanding 2019. Secara
umumnya, kemiskinan boleh diukur dengan pelbagai kaedah seperti mutlak, relatif dan MPI.

“Kajian kita mendapati, kadar kemiskinan mutlak pula menunjukkan peningkatan bagi penduduk di Sabah,
Kelantan dan Terengganu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Mohd. Uzir, isi rumah dianggap miskin mutlak sekiranya pendapatan lebih rendah daripada nilai
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) serta tidak cukup untuk menampung pembelian keperluan asas
seperti makanan, pakaian dan perumahan.

Tambahnya, miskin tegar pula ialah pendapatan lebih rendah daripada PGK makanan, manakala relatif
ialah keadaan di mana gaji isi rumah berada di bawah separuh daripada pendapatan isi rumah penengah.

“Kemiskinan mutlak meningkat daripada 5.6 kepada 8.4 peratus pada 2020 dan begitu juga miskin tegar
yang naik kepada satu daripada 0.4 peratus melibatkan 78,000 isi rumah berbanding 27,200 pada 2019.
Ini menunjukkan semakin ramai berada di bawah paras PGK makanan,” katanya.

Ujar Mohd. Uzir, kemiskinan relatif turun daripada 16.9 kepada 16.2 peratus melibatkan 1.2 juta isi rumah
kerana disebabkan oleh penurunan sebahagian besar pendapatan isi rumah. Kesannya ialah nilai penegah
pada 2020 lebih rendah berbanding 2019.
Tambahnya, kemiskinan semakin meningkat di Sabah iaitu 25.3 peratus, Kelantan (21.2) dan Terengganu
(12) berbanding masing-masing 19.5, 12.4 dan 6.1 peratus pada 2019.

“Kami sedang giat menjalankan kerja lapangan memungut data bagi mengkaji pendapatan, perbelanjaan
isi rumah dan kemudahan asas yang bermula pada Januari hingga Disember tahun ini.

“Secara keseluruhan, pandemik Covid-19 telah memberi impak luar jangka kepada pendapatan isi rumah
dan menjejaskan struktur kumpulan. Bagaimanapun, ia akan berubah apabila sektor ekonomi dijangka
bertambah baik apabila penularan dapat diatasi,” katanya.– Sumber : KOnline

https://galaxy7express.com/2022/03/04/terkini-makin-ramai-jadi-miskin-di-malaysia/

You might also like