Essay Sejarah KK

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SEJARAH PERKEMBANGAN KAMPUNG JELEBU NEGERI SEMBILAN DARI

TAHUN 1987-2020

PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang dianggotai oleh 14 buah negeri dan

berbilang bangsa.Malaysia adalah sebuah negara yang sangat harmoni, aman dan tenteram

berbanding dengan beberapa buah negara yang lain.Bukan itu sahaja, walaupun setiap negeri

di Malaysia ini mempunyai pelbagai jenis adat, budaya dan dialek mereka tersendiri, namun

penduduk di Malaysia sentiasa menghormati peraturan pelbagai jenis negeri.Antaranya negeri

yang terdapat di Malaysia ialah Negeri Sembilan.i

Setiap kampung di Negeri Sembilan ini mempunyai kampung-kampung tradisional

diselangi dengan loghat pertuturan yang berbeza mengikut tempat. Dari segi kehidupan dan

kebudayaan disetiap kampung adalah sama tetapi masih ada perbezaan tertentu yang

menjadikan identiti sesebuah kampung bagi setiap daerah di Negeri Sembilan. Kampung

Jelebu yang terletak di Negeri Sembilan merupakan salah satu kampung yang mempunyai

sejarah perkembangan tersendiri dan mempunyai latar penubuhan dan sejarah perkembangan

yang tersendiri dari pelbagai aspek.

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Jelebu ialah seramai

46,053 orang dengan kepadatan penduduk 34 orang perkilometer persegi yang dikategorikan

sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera,

membentuk 71 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India.

Sebanyak enam peratus penduduk merupakan bukan warganegara. Nisbah penduduk lelaki

kepada penduduk wanita ialah 119:100. Terdapat 13,349 tempat kediaman dengan sebanyak

11,129 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah
rumah. Lebih 28 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 13 ribu dalam golongan muda

dan selebihnya

Majoriti penduduk di daerah Jelebu beragama Islam yang terdiri daripada penduduk

berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha

yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan

agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Penduduk

berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut

Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.

Kuala Kelawang ialah bandar terbesar bagi daerah Jelebu, Negeri Sembilan Sungai

Klawang tidak begitu lebar , cuma 2 meter lebar dan kadang-kala airnya kering. Hulu sungai

ini dipercayai dari Bukit Hantu. Kira-kira 36 kilometer dari Seremban, bandar ini dihuni oleh

masyarakat majmuk majoritinya Melayu diikuti keturunan Cina dan India. Orang Melayu

tinggal di kampung-kampung sementara kaum Cina tinggal di bandar Kuala

Klawang menjalankan perniagaan dan perdagangan. Oleh kerana Jelebu adalah sebuah daerah

pertanian, kebanyakan ekonomi Kuala Kelawang adalah berkaitan dengan industri asas tani.

Tanaman utama di sini ialah  Kelapa Sawit dan getah serta buah-buahan seperti durian dan

buah naga. Durian Jelebu terkenal hingga ke bandar Seremban, Kajang,Semenyih dan Kuala

Lumpur kerana saiznya yang besar dan baunya menyengat , tidak seperti Durian Siam.
SEJARAH ASAL USUL NAMA KAMPUNG JELEBU

Jelebu ialah sebuah daerah di bahagian utara Negeri Sembilan dalam Malaysia, ia

mempunyai keluasan 136,751.49 hektar iaitu 20.4% daripada keluasan keseluruhan negeri.

Jelebu juga merupakan daerah kedua terbesar di Negeri Sembilan selepas daerah Jempol.

Dalam pentadbiran Adat Pepatih di Negeri Sembilan, Jelebu merupakan sebuah Luak. Jumlah

penduduk ialah 40,000 orang. Sumber ekonomi utama ialah pertanian dengan keluasan

30,743.103 iaitu 22.481 hektar. Pekan Kuala Klawang merupakan pusat pentadbiran bagi

Daerah Jelebu yang menempatkan pejabat-pejabat penting seperti Ibu Pejabat Polis Daerah

Jelebu, Majlis Daerah Jelebu, Muzium Budaya Jelebu dan Perpustakaan daerah. Pekan-pekan

utama yang turut menjadi nadi penting Daerah Jelebu adalah Titi, Simpang Durian, Simpang

Pertang, Pertang dan Sungai Lui.ii

Menurut cerita orang-orang tua yang diceritakan secara lisan dari satu generasi ke satu

generasi dalam masyarakat Jakun, kisah mengenai seorang Tok Batin Asli yang telah

membuka sebuah ladang ditanam Labu yang cukup subur sehingga akar

labunya menjalar ke Ulu Klawang. Kerana kesuburan labu-labu Tok Batin itu, maka ramai

orang datang ke ladang labu Tok Batin tersebut.Mereka menamakan tempat itu sebagai ‘Jalar

Labu' sehingga lama-kelamaan bertukar menjadi Jelebu. iii

Ketika itu kawasan Jelebu dikenali sebagai Sungai Lumut dan kemunculan nama

Jelebu tidak dapat dipastikan. Ada cerita mengatakan Jelebu adalah nama seorang pemuda

yang mati lemas di Sungai Teriang di kawasan itu. Dalam catatan Persatuan Sejarah Jelebu

mengatakan ceritanya begini; nama Jelebu berasal dari dua kisah yang diceritakan secara

lisan sejak dari dahulu hingga ke hari ini. Kisah pertama, pada suatu hari, Tok Batin Jelebu
iaitu ketua suku kaum Asli yang mendiami kawasan sekitar Sungai Lumut, sedang berkerja di

ladangnya. Setelah berasa penat dia mengajak isterinya berehat sambil melihat pokok labu

yang mereka tanam tumbuh dengan suburnya. Apabila hari menjelang petang isterinya

mengajak Tok Jelebu pulang ke rumah. Tetapi kata Tok Jelebu dia hendak mandi dahulu di

Sungai Lumut.

Maka Tok Batin Jelebu pun turun ke dalam Sungai Lumut untuk mandi dan

membersihkan dirinya. Sedang dia asyik mandi tiba-tiba hujan turun dengan lebat diikuti

dengan kilat sabung menyambung. Dan dengan tiba-tiba sahaja maka air Sungai Lumut itu

pun pasang. Tok Batin Jelebu tidak sempat naik ke darat dan beliau dihanyutkan oleh air

sungai yang deras itu. Isteri Tok Batin Jelebu berasa risau kerana suaminya masih belum

pulang ke rumah. Tambahan pula ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Sebaik sahaja hujan

reda maka isteri Tok Batin Jelebu segera pergi ke Sungai Lumut untuk mencari suaminya.

Namun setelah puas dicari dan dipanggil namanya, Tok Batin Jelebu seolah telah hilang

ghaib secara tiba-tiba.

Berita hilangnya Tok Batin Jelebu cepat merebak di kalangan orang-orang asli di

kawasan tersebut dan mereka keluar beramai-ramai untuk mencari namun tidak berjaya

ditemui. Akhirnya mereka yakin bahawa Tok Batin Jelebu mati lemas di Sungai Lumut dan

mayatnya dibawa arus. Sebagai mengenang nama Tok Batin Jelebu maka tempat itu

dinamakan Jelebu.

Kisah kedua pula ada kaitan dengan nama buah labu. Setelah Tok Batin Jelebu mati

maka pokok labu yang ditanam di ladangnya tumbuh subur dan banyak mengeluarkan buah.

Maka ramailah orang datang ke situ memungut buah labu tersebut. Mereka namakan tempat

itu ‘Jalar Labu’ tetapi akhirnya bertukar menjadi Jelebu.


Semasa pemerintahan Jelebu pada peringkat awal, selepas kematian Batin Maha

Galang, tampuk kuasa Jelebu berpindah kepada Dato’ Niko Menteri Syah Mangku Alam

Raja Sari dan To’ Jerang Singa Raja. Apabila Dato’ Niko Menteri Syah Mangku Alam Raja

Sari meninggal dunia, Jelebu diperintah oleh anaknya yang bernama Kempai dan dibantu

oleh To’ Jerang. Pemimpin baru itu mewarisi gelaran Dato’ Niko Menteri Syah Mangku

Alam Raja Sari.

Semasa pemerintahan Raja Seli Kempai ramai orang Minangkabau datang ke Jelebu.

Orang pertama tiba di sini ialah dua orang ulama istana yang bertanggungjawab

mengislamkan penduduk daerah ini, iaitu Tok Kadi Padang Genting dan Khatib Mudim

Sunat. Terdapat juga cerita lain yang mengatakan orang yang mula-mula datang ke Jelebu

kononnya datang melalui segenting jalan bernama Langkap. Mereka menghilir kedua tempat

bernama Kemin dan Sarin. Di sana mereka bersemenda dengan orang Biduanda waris

Menteri dan waris Umbi, iaitu penduduk asal di kedua-dua tempat itu.

Dalam daftar nama undang atau penghulu Jelebu, orang yang dicatat sebagai

penghulu pertama ialah Tok Gombak yang berasal dari Pagar Ruyung, kemudian disusuli

oleh Tok Mentunggang dan Tok Moyang Salleh (undang Jelebu yang pertama memakai

gelaran Datuk Mandulika Menteri Akhir Zaman, Sultan Jelebu). Dalam daftar tersebut, dua

tokoh yang teratas ialah Tok Gombak dan Tok Metunggang telah pun memakai gelaran

Penghulu Jelebu.iv

Sejarah pembukaan Jelebu selalu dikaitkan dengan kedatangan orang Minangkabau.

Pada asalnya Jelebu didiami oleh kaum orang asli keturunan Temuan dari suku Biduanda.

Kisah bermula apabila Batin Terjali anak kepada Maharaja Alif yang memerintah

kerajaan Pagar Ruyung, Minangkabau, pergi mengembara untuk mencari pengalaman dan

meluaskan lagi pemerintahan ayah baginda. Setelah jauh mengembara Batin Terjali dan
pengikut-pengikutnya sampai di Bukit Kundik di Jelebu. Kedatangan mereka disambut baik

oleh orang-orang asli di kawasan tersebut.

Semasa di Jelebu, isteri Batin Terjali iaitu Puteri Embong Sari melahirkan seorang

anak lelaki dan diberi nama Datok Niko Menteri Mangku Alam Raja Sehari. Sebelum

meninggalkan Jelebu untuk meneruskan pengembarannya, Batin Terjali telah mewariskan

putera baginda kepada ketua suku orang asli supaya menjaga puteranya dan apabila besar

kelak hendaklah dijadikan penghulu Jelebu. Ketua orang asli itu bersetuju dan berjanji akan

patuh dengan apa yang telah diperintahkan.

Ketua orang asli telah menepati janjinya dan Datok Niko Menteri Shah Maku Alam

Raja Sehari dilantik menjadi penghulu Jelebu. Maka wujudlah pemerintahan putera Batin

Terjali dan hubungan antara orang Minangkabau dan orang asli pun terjalin dan sejak itulah

orang Minangkabau mula berhijrah ke Jelebu. Dalam senarai daftar nama penghulu di Jelebu,

orang pertama dicatat namanya sebagai penghulu Jelebu ialah Datok Gombak, kemudian

Datok Metunggang dan diikuti oleh Datok Moyang Salleh.

Jelebu juga terkenal sebagai kawasan lindungan hujan kerana letaknya di dataran

tinggi dan jarang menerima hujan berbanding kawasan lain di Negeri Sembilan.Kerana itu

tanahnya subur dan terkenal dengan pengeluaran buah-buah tempatan dan penanaman

tumbuhan di Jelebu adalah sangat subur.

Pada zaman dahulu Jelebu mempunyai yamtuannya sendiri. Yamtuan pertama Jelebu

ialah Raja Adil, adik Raja Melewar. Walau bagaimanapun sejarah menafikan cerita ini. Tokoh

sebenarnya ialah Tengku Ahmad Syah yang memerintah sekitar 1820. Pada masa Yamtuan

Abdullah, baginda telah melampaui adat dan kuasa yang telah ditentukan. Pada tahun 26

April 1877, Raja Abdullah bertindak sendirian untuk menandatangani satu perjanjian dengan

Gabenor Negeri-negeri Selat. Baginda tidak memberitahu datuk-datuk dan orang besar Jelebu
berkenaan sebelum membuat perjanjian tersebut. Menurut undang-undang adat, Yamtuan

Muda tidak boleh mencampuri urusan negeri atau memungut cukai. Pembesar-pembesar juga

tidak berpuas hati dengan syarat perjanjian yang antaranya menetapkan Maharaja Johor

sebagai penimbang tara dalam perselisihan yang tercetus.

Pada tahun 1880, baginda menjatuhkan hukuman bunuh terhadap seorang pegawai

istana penghulu Jelebu. Akibat daripada itu, timbullah perbalahan dalam pemerintahan

Jelebu. Datuk Penghulu Syed Ali Pertolongan Gabenor-gabenor Negeri-negeri Selat diminta

untuk menyelesaikan masalah itu. Pada 24 Ogos 1883, orang besar Jelebu telah membuat

perjanjian dengan Inggeris dan bermulalah campur tangan Inggeris dalam pentadbiran Jelebu.

Datuk Penghulu Syed Ali cuba menyingkirkan Yam Tuan Muda Tuanku Abdullah

tetapi gagal kerana tidak semua pembesar menyokongnya. Antara pembesar yang menyokong

Tuanku Abdullah termasuklah Datuk Raja Balang Long Ketua Waris Ulu Jelebu, Dato’

Menteri Ahat, Datuk Maharaja Inda Latif dan Datuk Lela Angsa Haji Othman Ketua Suku

Tiga Batu. Apabila perselisihan tidak dapat dicapai semua pihak bersetuju merujuk hal

tersebut kepada Inggeris. Satu perjanjian ditandatangani pada 24 Ogos 1883 di mana pihak

Inggeris diwakili oleh Sir Frederick Weld. Semua pihak yang bertelingkah bersetuju

menerima campur tangan Inggeris dan kedudukan Yam Tuan Muda Tuanku Abdullah kekal.

Residen Sungai Ujong dilantik untuk membantu mereka dalam hal-ehwal pentadbiran Jelebu.

Kemangkatan Tuanku Abdullah pada bulan Disember 1884 telah mengeruhkan lagi

keadaan. Berlaku persaingan merebut jawatan tersebut. Datuk Penghulu Syed Ali mahu

melantik Tuanku Idris tetapi ditentang oleh Tuanku Nambul (anakanda Tuanku Abdullah) dan

Tuanku Muda Cik (adinda Tuanku Abdullah). Pada bulan Jun 1885, E. P. Gueritz dihantar ke

Jelebu sebagai Pemungut Cukai oleh kerajaan lnggeris. Datuk Syed Ali mencadangkan

supaya jawatan Yam Tuan Muda dihapuskan sebagai jalan penyelesaian. Hal ini juga
disokong oleh Datuk Yang Berlapan. Semasa lawatan ke Jelebu pada bulan Mac 1886,

Gabenor Negeri-Negeri Selat telah bersetuju dengan cadangan tersebut. Seorang Residen

lnggeris telah ditempatkan di Jelebu mengikut perjanjian yang ditandatangani pada bulan

September 1886.v

MENGENALPASTI KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI

KAMPUNG JELEBU

Kampung Jelebu merupakan sebuah perkampungan tradisional di Negeri Sembilan.

Bermula dari sebuah perkampungan yang kecil, kampung ini melalui perubahan dari masa ke

semasa dari segi pelbagai aspek seperti infrastruktur, kegiatan ekonomi dan sosial. Hasil

daripada perkembangan dan perubahan ini, pelbagai kejayaan yang telah dicapai dari tahu

1970 sehingga 2020. Salah satunya dari segi perumahan yang semakin bertambah dikawasan

tersebut yang dimana perumahan tersebut telah dibanyakkan dengan perumahan yang lebih

moden dan lebih baik kerana perumahan tersebut menggunakan hasil pembuatan yang lebih

canggih iaitu pembinaan rumah daripada batu-batuan yang terlihat lebih moden daripada

pada waktu dulunya yang penduduk hanya mampu tinggal disebuah rumah kayu sahaja

sebagai tempat teduh mereka.Namun dengan pertambahan perumahan atau taman perumahan

di kawasan tersebut membantu memodenkan kampung tersebut serta menambahkan lagi

penduduk disana ,bukan sahaja tambah malah membantu penduduk kampung tersebut

memiliki rumah lebih baik daripada sebelumnya.

Selanjutnya ialah dari segi pekan iaitu pekan Kuala Klawang berdekatan dengan

kampung tersebut. Sebagai bandar utama di daerah Jelebu, beberapa kemudahan penting

disediakan oleh kerajaan. Antaranya ialah Muzium Adat Negeri Sembilan, Kompleks

Pentadbiran Daerah Jelebu,Balai Polis Kuala Kelawang, Stadium Kuala Kelawang , Sekolah
Menengah Teknik Kuala Klawang, MRSM Kuala Klawang, Hotel Kuala Kelawang dan jalan

raya besar dari Seremban ke Kuala Klawang. Terdapat tiga stesen minyak

iaitu Petronas, Shell dan BHP. Jelebu juga terkenal dengan hidangan sate tulang selain

masakan tradisi Negeri Sembilan iaitu Masak Lemak Cili Api.Ini memudahkan penduduk

kampung untuk membeli barang kerana dulu penduduk kampung tersebut menjalankan

aktiviti menjual beli barangan bagi mendapatkan kewangan bagi menyara hidup mereka

dikawasan tersebut .Oleh itu bagi memudahkan penduduk kampung membeli barang

keperluan serta berniaga di kawasan tersebut telah menyebabkan pembinaan bangunan kecil-

kecilan disana bagi memudah penduduk kampung untuk membeli barang makanan seperti

sayur-sayuran, ikan , kuih muih dan sebagainya yang dijual disana serta penduduk kampung

memanggilnya pekan sehari. Pekan ini mempunyai 6 gerai kecil yang dibina di kawasan ini

bagi penduduk kampung untuk membuka perniagaan disana antara gerai dibuka disana

adalah gerai makan , koperasi dan pusat internet yang dibuka disana vi. Ini menjadikan

penduduk kampung mempunyai kejayaan disana berbanding dahulu yang tiada apa-apa

kemudahan yang tidak dapat membantu mereka dalam memajukan kampung tersebut serta

menyukarkan mereka untuk mencari barangan keperluan seperti makanan ,sayur-sayuran,

penggunaan internet untuk berkomunikasi dan sebagainya. Kesannya, penduduk ketika itu

tidak maju menyebabkan kampung tersebut dianggap tidak moden.

Keadaan jalan raya juga berkembang yang dimana kampung tersebut mula

mempunyai jalan bertar sebagai laluan utama mereka untuk bergerak kerana kampung ini

dahulunya tiada jalan yang bertar tetapi hanya bertanah sahaja, ini menyebabkan penduduk

kampung untuk menggunakannya. Manakala saiz jalan jugak mempengaruhi kerana

kebiasaanya setiap kampung mempunyai jalan yangbertar serta saiz yang agak kecil tetapi di

kampung ini mempunyai saiz jalan yang agak sederhana yang membolehkan kenderaan

mudah masuk dan keluar. Berbanding dahulunya keadaan jalan yang bertar namun saiz jalan
yang kecil menyebabkan sukar untuk kenderaan memasukinya kecuali moto sahaja yang

mudah memasuki kampung tersebut.

Selain itu juga kemudahan kampung tersebut juga dapat dilihat dari segi tempat

permainan atau tempat riadah juga telah di wujudkan seperti futsal. Hal ini kerana pada

sekitar 2014 pembinaan tempat riadah ini telah diwujudkan bagi penduduk kampung tersebut

menjalankan aktiviti yang sihat dan memberi fokus kepada kesihatan penduduk .Oleh itu

kesannya penduduk kampung dapat melakukan aktiviti yang sihat bagi menjalankan aktiviti

harian mereka. Berbanding dengan sebelum wujudnya tempat riadah ini kerana ketiadaan

tempat riada ini telah menyebabkan aktiviti luar sukar untuk dilakukan oleh penduduk

kampung ketika itu serta aktiviti yang tidak berfeadah juga kerap berlaku sebelum pembinaan

futsal dibina.

EKONOMI, DAN SOSIAL DARI TAHUN 1973 HINGGA TAHUN 2020.

Perkembangan Kampung Jelebu ini juga dapat dilihat dari segi ekonomi kerana pada

zaman dahulu sekitar tahun 1970an, kegiatan ekonomi di Kampung Jelebu adalah bergantung

kepada kegiatan pertanian secara menjual hasil-hasil pertanian seperti sayur-sayuran, buah-

buahan dan sebagainya lagi. Selain itu, kegiatan ekonomi di kampung tersebut terdiri

daripada aktiviti jual beli dan ada juga aktiviti perdagangan secara kecil-kecilan. Pada ketika

itu penggunaan pengangkutan air juga dilakukan untuk membantu penduduk kampung untuk

bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh itu dengan penggunaan pengangkutan air

jugalah aktiviti pedagangan dapat dilaksanakan pada ketika itu. Aktiviti mengutip hasil hutan

juga turut dilakukan pada ketika itu bagi membantu menyara kehidupan penduduk pada

waktu itu. Buktinya pada waktu itu penduduk kampung juga melakukan aktiviti menoreh dan

mengutip getah bagi mendapatkan wang untuk menyara hidup mereka namun sekitar tahun
1980an keadaan telah mula berubah menjadikan ekonomi kampung tersebut mula berubah, di

mana majoriti penduduk kampung kini melaksanankan ekonomi yang lebih moden dan pada

masa kini majoriti penduduk kampung telah keluar bekerja ke bandar kerana kawasan bandar

mempunyai peluang pekerjaan yang lebih luas, pendapatan yang tinggi dan menjadikan

ekonomi penduduk di kampung telah meningkat namun masih terdapat juga penduduk

kampung yang mengamalkan aktiviti ekonomi tradisional, contohnya penduduk kampung

masih lagi melakukan pekerjaan menoreh getah dan penanaman sawit. Terdapat juga kebun-

kebun yang ditanam secara meluas terutamanya oleh penduduk kampung yang berbangsa

Melayu. Selain itu terdapat juga penduduk yang mengusahakan kebun nenas dan cili untuk

pasaran setempat. Perkembangan ini telah meningkatkan pendapatan penduduk-penduduk

yang tinggal di kampung ini.

Seterusnya dari segi sosial pembinaan pusat internet 1 malaysia juga telah dibina

sekitar tahun 2013 secara rasminya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Tujuan pembinaan tersebut adalah untuk memberikan kemudahan kepada penduduk

kampung tersebut untuk mendapatkan pencapaian internet yang lebih baik dan memudahkan

mereka untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja. Bukan itu sahaja iainya membantu

penduduk kampung tersebut dalam mendapat ilmu pengetahuan sama ada dalam akademik

dan kemahiran dan seiring dengan mengikut isu semasa ketika itu. Pembinaan pusat internet

ini juga dapat memberi peluang kepada belia kampung tersebut dan kanak-kanak untuk

melayari internet. Pelbagai kemudahan seperti mencari maklumat untuk pembelajaran dan

perkhidmatan online dapat dilaksanakan selaras dengan keadaan perkembangan semasa.

Pada sekitar tahun 1990an juga berlaku perubahan dari segi pembinaan gerai-gerai

untuk menjana ekonomi masyarakat setempat. Kewujudan gerai-gerai ini dapat membantu

masyarakat setempat untuk menjalankan perniagaan dengan membuka kedai-kedai makan


dan kedai runcit. Perkembangan ini telah memberikan peluang kepada penduduk-penduduk

kampung untuk menjana ekonomi setempat.

Selain itu juga perkembang Kampung Jelebu ini juga dapat dilihat dari segi ekonomi

kerana pada zaman dahulu sekitar tahun 1970an, kegiatan ekonomi di Kampung Jelebu

adalah bergantung kepada kegiatan pertanian secara menjual hasil-hasil pertanian seperti

sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya lagi. Selain itu, kegiatan ekonomi di kampung

tersebut terdiri daripada aktiviti jual beli dan ada juga aktiviti perdagangan secara kecil-

kecilan. Pada ketika itu penggunaan pengangkutan air juga dilakukan untuk membantu

penduduk kampung untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh itu dengan

penggunaan pengangkutan air jugalah aktiviti pedagangan dapat dilaksanakan pada ketika itu.

Aktiviti mengutip hasil hutan juga turut dilakukan pada ketika itu bagi membantu menyara

kehidupan penduduk pada waktu itu. Buktinya pada waktu itu penduduk kampung juga

melakukan aktiviti menoreh dan mengutip getah bagi mendapatkan wang untuk menyara

hidup mereka namun sekitar tahun 1980an keadaan telah mula berubah menjadikan ekonomi

kampung tersebut mula berubah, di mana majoriti penduduk kampung kini melaksanankan

ekonomi yang lebih moden dan pada masa kini majoriti penduduk kampung telah keluar

bekerja ke bandar kerana kawasan bandar mempunyai peluang pekerjaan yang lebih luas,

pendapatan yang tinggi dan menjadikan ekonomi penduduk di kampung telah meningkat

namun masih terdapat juga penduduk kampung yang mengamalkan aktiviti ekonomi

tradisional,. Selain itu terdapat juga penduduk yang mengusahakan kebun nenas dan cili

untuk pasaran setempat. Perkembangan ini telah meningkatkan pendapatan penduduk-

penduduk yang tinggal di kampung ini


KESIMPULAN

Kesimpulannya kesemua objektif yang telah yang telah di terangkan dan dihuraikan

menunjukkan Kampung Jelebu ini merupakan tempat yang mempunyai banyak sejarah

lampau yang boleh diperolehi dari segi asal-usul Kampung Jelebu dan sejarah penubuhan

Kampung Jelebu.Kemudian dari segi perkembangan pula dari infrastrutur kampung tersebut

telah mula ada jalan yang bertar berbanding dengan sebelum ini, menjadikan penduduk

kampung tersebut mudah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan lain-lain

lagi. Selain itu juga dari segi ekonomi pula pembinaan gerai diwujudkan kepada penduduk

kampung tersebut untuk membantu penduduk disana bagi menyara hidup mereka. Bukan itu

sahaja dari aspek yang lain pula seperti sosial pula dengan pembinaan pusat internet juga

mempengaruhi perkembangan kampung tersebut kerana iainya dapat membantu penduduk

mendapatkan sebarang pengetahuan tentang isu-isu semasa dan memudahkan aktiviti harian

mereka. Disamping itu dari sudut kejayaan pula dapat dilihat dimana kejayaan dari aspek

perumahan yang semakin bertambah dari semasa ke semasa dengan lebih moden kerana jika

dibezakan pembinaan rumah pada masa kini lebih moden dengan hasil pembuatannya

menggunakan batu sebagai bahan mentah untuk membina rumah berbanding dengan dahulu

yang mengunakan kayu sebagai bahan untuk membina rumah. Selanjutnya ialah kejayaan

kampung tersebut dapat dilihat adanya masjid yang menjadi bukti kepada kejayaan kampung

tersebut. Dengan adanya masjid ini iainya dapat memudahkan penduduk kampung penjom

untuk melakukan aktiviti beribadat seperti solat berjemaah, menyambut hari raya dan

melakukan aktiviti gotong royong.vii


i
Abdul Khalid Bin Abdul Karim ,ditemuramah oleh saya, Asal-usul Kampung Jelebu, (5 May 2023).
ii
Ooi Jin Bee, Land.People and Economy In Malaya, London:Longmans, 1967, hlm 426
iii
Naziran Binti Ibrahim, ditemuramah pada 5 Mei 2023 di Kampung Jelebu
iv
Adat Perpatih ialah satu sistem pentadbiran dan pemerintahan serta cara hidup berkeluarga, bermasyarakat dan
bernegara yang dikawal oleh peraturan-peraturan dalam kehidupan seharian. (Abdul Samad Idris, Kemurnian Dalam
Adat Perpatih, Seminar Pensejarahan dan Adat Perpatih, Seremban, 1974, hlm. 6.
v
Charles, A.Fisher, South FA.st Asia: A Social, Economic And Political Geography, London, 1952, hlm. 587.
vi
Ketua Kampung Kuala Klawang, Sarin Alias Bin Yaakob ditemuramah oleh saya (5 May 2023 )
vii
Abdul Khalid Bin Abdul Karim ,ditemuramah oleh saya, Asal-usul Kampung Jelebu, (5 May 2023).

You might also like