Kata Kerja

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KATA KERJA

Apa itu Kata Kerja (KK) ?


KK ialah perkataan yang menjadi inti dalam binaan frasa kerja. 
Mari kita lihat contoh ayat ini :-

Subjek Predikat

Ahmad sedang menjahit jala

Bagi binaan frasa kerja, iaitu sedang menjahit jala, perkataan menjahit (KK) adalah menjadi inti.

Frasa kerja pula wajib mempunyai KK yang boleh disertai unsur lain seperti
kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen (bahawa, untuk) dan keterangan.

Contohnya dalam ayat tadi, perkataan menjahit perlu diikuti dengan perkataan jala yang berfungsi sebagai objek.

Selain itu perkataan sedang juga boleh hadir sebagai kata bantu (aspek).

Penggolongan KK 

Secara mudah KK boleh dibahagikan mengikut carta di bawah:


Apa itu KK Transitif (KKT)?  

KKT ialah KK yang memerlukan objek untuk menyempurnakanmaksud ayat. Objek wajib terdiri daripada kata
nama. KKT terbahagi dua bahagian iaitu:

Untuk lebih memahami tentang KKT, mari kita lihat pernyataan di bawah ini:

 kata kerja yang berawalan men... (Cth : membaca, mencari)


 kata kerja yang berapitan men…..kan (Cth : menyanyikan, membesarkan)
 kata kerja yang berawalan meng…(Cth : membanjiri, menghadiahi)
 kata kerja yangberapitan memper….kan(Cth:memperhatikann mempergunakan)
 kata kerja yang berawalan rangkap memper …(Cth : memperdaya, memperoleh)

Sekarang, mari kita lihat pula jadual di bawah yang menunjukkan mengenai penggunaan KKT Aktif dan KKT Pasif:

sumber : tutor.com

Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan men-

Contoh:

Salah Betul

buang sampah membuang sampah

goreng ikan menggoreng ikan

Perlu cikgu ingatkan bahawa Kata Kerja Transitif yang berapitan men…kan dan men…imempunyai berbagai-bagai
maknanya. Oleh itu, ia mestilah digunakan dengan berhati-hati.

Sebagai pemahaman yang lebih jelas mengenai penggunaan KKT, lihat contoh ayat di bawah:
Salah Betul

Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga. Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga.

Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran. Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran.

Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara. Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara.

Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping. Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping.

Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar. Yatie menasihati saya agar rajin belajar.

sumber di sini

Apa itu KK Intransitif?

Setelah mengetahui mengenai KKT, mari kita mempelajari pula KK Intransitif. 

Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada:


 Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.
 Kata kerja yang berawalan ber- (Cth : beradu, beroda, belajar dsb.)
 Kata kerja yang berapitan ber…an (Cth :  berdekatan, berguguran )
 Kata kerja yang berapitan ber…kan (Cth : berpandukan, berlandaskan)
 Kata kerja yang berawalan men- (Cth : melompat, mendarat, membesar)
 Kata kerja yang berawalan ter- (Cth : tertidur, terjatuh, terjumpa)

6.  Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya. 
Contoh:

Salah Betul

tanya kepada Hamidah bertanya kepada Hamidah

jangan lompat jangan melompat


senyum kepada Kartina tersenyum kepada Kartina

Baiklah. Setakat ini dahulu buat kali ini. Harapan saya agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita
semua. Kepada murid-murid yang masih belum begitu memahami mengenai topik ini, jangan malu-malu untuk
bertanya kepada guru anda, atau boleh saja terus tanya pada Cikgu Odah di ruangan komen di bawah. 

Salam sayang buat semua.

You might also like