Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

LAPORAN PROSENIUM

2023

Pada 22 Jun 2023 yang lalu, saya telah menjejakkan kaki ke Panggung Seni,
Universiti Kebangsaan Malaysia bagi menyaksikan Prosenium Integriti Festival Teater UKM
yang berlangsung selama 6 hari iaitu dari 19 Jun 2023 sehingga 24 Jun 2023. Pementasan
teater yang disaksikan oleh saya bertajuk “Di Balik Kata” dari Kolej Burhanuddin Helmi
daripada Tekad Club Theatre. Selepas selesai menonton, saya ditugaskan untuk menulis
laporan mengenai teater tersebut dan menyenaraikan serta menerangkan 6 elemen Aristotle
yang terdapat dalam teater itu.

Elemen pertama Aristotle ialah tema/pemikiran. Idea pengarah, pada pendapat saya,
ingin menyampaikan kepada penonton adalah "pengorbanan." Saya mempunyai banyak
persoalan pada mulanya, namun pelakon watak-watak berjaya menggambarkan tingkah
laku dan perasaan pengorbanan, dan bagaimana pengorbanan yang akhirnya hanya
membawa kepada kebenaran. Dalam naratif ini, seorang lelaki bernama Dato Mansor
merupakan seorang jutawan dan mempunyai syarikatnya sendiri dan sering menderma
kepada rumah orang tua. Namun, beliau mempunyai seorang anak lelaki bernama Harraz
yang sering membelanjakan duit hasil titik peluh ayahnya bersama isterinya yang beranama
Mia. Mia merupakan menantu perempuan yang tidak berguna kerana perangainya yang
sama sahaja seperti suaminya dan sering keluar bersama dengan kawan – kawannya.
Pengorbanan dan perjuangan genre ini menarik perhatian saya kerana saya ingin tahu apa
yang berlaku setelah menonton persembahan.

Yang kedua ialah plot yang membawa tindak balas kepada pertanyaan "apa"?
Plot dibuka dengan Dato Mansor yang berjumpa dengan Puan Diba yang merupakan pengarah
Rumah Orang Tua Cahaya untuk menderma bagi mempromosikan syarikatnya di persada
Malaysia. Jumlah yang disumbangkan oleh Dato’ Mansor amatlah tinggi. Harraz pulang ke
rumah dan ditugaskan oleh bapanya untuk menjadi wakil bagi mendermakan wang kepada
Rumah Orang Tua Cahaya. Tetapi, Harraz telah mempergunakan duit itu untuk kepentingan
dirinya sendiri. Harraz sepatutnya mendermakan RM 50000 tapi telah mengambil RM 20000.
Akibat oleh perbuata Harraz, Dato Mansor telah naik angin sehingga membuat dia pengsan
dan akhirnya dia menjadi lumpuh. Pada pendapat saya, jalan cerita ini amat mudah untuk
difahami, disebabkan oleh watak yang dilakonkan dengan baik dan dialog yang jelas dan kuat.
Selepas kejadian itu, Harraz telah mengganti tempat bapanya sebagai pemilik syarikat.
Bahasa yang digunakan dalam pementasan teater ini ialah Bahasa Melayu Moden.
Selain itu, perkataan menghina seperti "bodoh" digunakan dalam pementasan ini.
Penggunaan bahasa kesat adalah relevan dan teramatlah sesuai dengan konsep persembahan
ini, yang merangkumi unsur dendam kesumat, kerana ia mencerminkan emosi marah dan
geram. Penggunaan bahasa Inggeris juga turut diselitkan seperti penggunaan perbincangan
diri "I" dan "you" antara suami isteri yang amat sesuai kerana begitulah cara pasangan moden
berkomunikasi.

Dari segi watak dan perwatakan, pementasan ini menampilkan pelbagai jenis watak
dengan ciri-ciri yang tersendiri. Sebagai contoh, Dato Mansur yang baik dan sering
menderma, dan Harraz yang mempergunakan duit bapanya dan seorang penerima rasuah.
Bukan itu sahaja, malah watak-watak lain seperti Puan Diba yang masih meminta wang
derma walaupun duit derma sebelum ini tidak pernah digunakan olehnya. Mia yang
seorang yang suka menghabiskan duit suaminya. Sofea yang merupakan penolong peribadi
Harraz yang taat akan perintah bosnya. Kepelbagaian watak dalam teater ini pada pendapat
saya membantu menjayakan jalan cerita kepada penonton termasuk diri saya sendiri.

Tambahan pula, unsur kekaguman teater ini melibatkan realisme dalam bentuk set
realistik yang dicipta untuk pementasan. Lokasi pementasan adalah seperti pejabat dan rumah
orang tua. Objek yang digunakan adalah sesuai dengan keadaan. Pejabat Dato Mansor yang
dilengkapi kerusi dan meja. Rumah orang tua yang mempunyai laman2.Penggunaan cahaya
dalam persembahan teater ini bersesuaian dengan emosi yang disampaikan oleh penceramah.
Akhir sekali, unsur bunyi yang sesuai digunakan dalam produksi teater ini untuk
mewujudkan persekitaran yang realistik. Apabila Dato Mansor jatuh tersungkur, contohnya,
saya boleh mendengar bunyi seakan akan terkejut apabila melihat Dato Mansor jatuh
tersungkur selepas pertelingkahan dengan anaknya.

Perasaan seusai pementasan teater itu ialah saya berasa amat terpegun dengan lakonan
mereka. Justeru membuatkan saya teringin untuk menjadi pelakon dalam pementasan teater
di Universiti Kebangsaan Malaysia. Oleh itu, saya berharap saya bakal keluar dari zon selesa
saya iaitu seorang yang janggal di khalayak ramai kepada seorang yang lebih banyak berkata-
kata.

You might also like