Skema Jawapan Kertas 1 PPT Tingkatan 5 Terkini

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

SKEMA JAWAPAN KERTAS 1 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

TINGKATAN 5 TAHUN 2023

SOALAN BAHAGIAN A [30 markah]

1. Format penulisan komen:

T – menepati tugasan
I – relevan, huraian jelas
B – gramatis dari segi kata dan ayat, kosa kata luas
P – sangat menarik dan berkesan

Skema Jawapan Bahagian A


Kehendak soalan/tugasan soalan:

1. Calon perlu menghuraikan langkah membendung gejala rasuah.


2. Calon mesti menggunakan semua bahan yang diberikan sama ada menjadi idea
utama, idea sampingan atau contoh.
3. Sekiranya calon menggunakan idea sendiri tanpa menggunakan bahan yang diberikan
tetapi masih menggunakan kata kunci langkah-langkah - peringkat memuaskan.
4. Calon yang menulis melebihi 210 patah perkataan atau hingga ayat itu berakhir -
maksimum peringkat kepujian.
5. Sekiranya calon menulis kurang daripada 140 patah perkataan - maksimum
peringkat memuaskan.
Kemungkinan jawapan

1. Guru memupuk budaya benci rasuah sejak dibangku sekolah lagi. ( Bahan 1)
2. Sekolah memupuk budaya benci rasuah sejak dibangku sekolah. ( Bahan 1 )
3. Kerajaan melalui agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
mengenakan hukuman yang berat kepada pesalah rasuah. ( Bahan 2)
4. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang pencegahan rasuah ( Bahan 2)
5. Penjawat awam tidak menerima sebarang bentuk suapan/ rasuah daripada
mana-mana pihak. ( Bahan 3).
6. Setiap individu perlu membudayakan integriti dan menolak amalan rasuah dalam
kehidupan. ( Bahan 3)

1
BAHAGIAN B [70 markah]

Soalan 1

Calon perlu menggunakan isi yang terdapat dalam stimulus.

Pendahuluan

-Definisi buli sebagai perlakuan ganas

-Masalah buli ini membimbangkan semua pihak

ISI

1. Ibu bapa perlu didik anak dengan asas agama

2. Pihak sekolah menjalankan program kesedaran buli

3. Pihak kerajaan memperkasakan tindakan undang-undang dan mengenalpasti kes buli di


sekolah

4. Rakan-rakan perlu melaporkan kes buli kepada pihak yang berwajib

Jika calon menggunakan isi yang lain ( peringkat kepujian)

PENUTUP

-Gejala buli perlu ditangani dengan segera supaya tidak menjadi parah

-Semua pihak perlulah bekerjasama dalam membanteras gejala buli

Soalan 2

FORMAT RENCANA

PENDAHULUAN

- Malaysia perlu memastikan semangat muhibah, tolak ansur dan perpaduan sentiasa tertanam
dalam jiwa setiap rakyat

- Sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk menerapkan semangat muhibah dan
perpaduan

2
ISI

1. Murid daripada tadika hingga universiti merupakan kelompok masyarakat yang besar.

2. Pemupukan semangat perpaduan dilakukan awal di peringkat sekolah rendah

3. Pengenalan sekolah mengikut kaum dikurangkan secara berperingkat.

4. Sekolah didirikan di kawasan perumahan yang terdiri daripada pelbagai kaum.

5. Penubuhan sekolah wawasan.

6. Sekolah mampu menanamkan semangat perpaduan melalui mata pelajaran yang diajar.

PENUTUP

Sekolah berperanan penting dalam menerapkan semangat muhibah dan perpaduan dalam
kalangan murid.

Soalan 3

PENDAHULUAN

-Banyak orang memperkatakan masalah dalam kalangan remaja.

-Peranan ibu bapa penting dalam menangani masalah ini

ISI

1. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberikan didikan agama kepada anak-anak
dan memberi tunjuk ajar nilai-nilai moral yang baik.

2. Ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak contohnya makan bersama

3. Ibu bapa menunjukkan teladan terbaik kepada anak-anak

4. Ibu bapa memberitahu akibat sekiranya mereka terjebak dalam gejala sosial

Calon perlu menggunakan sekurang-kurangnya 2 isi yang diberikan dalam stimulus.

Penutup

-Banyak langkah yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa untuk menangani gejala sosial.

3
-Remaja merupakan tonggak masa hadapan negara.

-Setiap tindakan yang memastikan kebajikan anak-anak terjamin wajar disokong dan diberikan
perhatian oleh semua pihak.

Soalan 4

FORMAT SYARAHAN

PENDAHULUAN

-Kata alu-aluan mengikut kedudukan dan menyatakan tajuk syarahan yang akan disampaikan

-Nyatakan definisi “Pendidikan Alam Sekitar”

-Pendidikan yang berkaitan alam sekitar iaitu sungai,perhutanan dan sebagainya

ISI

1. Pendidikan Alam Sekitar patut diajar di sekolah untuk memberi pendedahan kepada
murid supaya lebih menghargai alam

2. Pendidikan Alam Sekitar akan membincangkan faktor-faktor berlakunya pencemaran


alam sekitar akibat daripada perbuatan manusia

3. Pendidikan Alam Sekitar perlu diajar di sekolah kerana dapat mengetahui dengan lebih
jelas tentang kesan-kesan terhadap pencemaran alam sekitar

4. Perbincangan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi pencemaran


alam sekitar daripada terus berlaku

PENUTUP

-Menjelaskan bahawa Pendidikan Alam Sekitar perlu diajar di sekolah yang mampu meningkat
kesedaran

-Membuat kesimpulan tentang langkah-langkah yang bakal diambil bagi memastikan Pendidikan
Alam Sekitar akan dilaksanakan di sekolah.

4
5
6

You might also like