Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

International Journal of Social Science Research

eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 355-370, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

International Journal of Social Science Research (IJSSR)


eISSN: 2710-6276 | Vol. 3 No. 4 [December 2021]
Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

KAJIAN PROFIL PELAJAR YANG MELIBATKAN DIRI


DALAM BIDANG PERNIAGAAN DI UNIVERSITI UTARA
MALAYSIA

Sharifah Sofiah Syed Ibrahim1* dan Al-Najibah Abdul Rashid2


12
Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Sintok,
MALAYSIA

*Pengarang penghubung: atiqah@uum.edu.my

Abstrak: Kajian ini merupakan penyelidikan


Article Information: preliminari bagi mengenalpasti profil pelajar yang
Article history: melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan maklumat
perniagaan pelajar di Universiti Utara Malaysia,
Received date : 11 December 2021 universiti di mana mereka sedang meneruskan
Revised date : 26 December 2021 pengajian tertiari. Penglibatan pelajar dalam
Accepted date : 27 December 2021
Published date : 30 December 2021 perniagaan semasa proses pembelajaran mereka adalah
disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup di
To cite this document: universiti. Pelajar yang dipilih ialah mereka yang
mendaftar perniagaan mereka di Jabatan Hal Ehwal
Syed Ibrahim, S. S., & Abdul Rashid, A.
(2021). KAJIAN PROFIL PELAJAR
Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia. Seramai
YANG MELIBATKAN DIRI DALAM 180 responden dipilih dari pelajar seramai 500 orang
BIDANG PERNIAGAAN DI yang mendaftar. Pendaftaran perniagaan dibuka untuk
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA. pelajar semua semester dari semester 1 hingga semester
International Journal of Social Science 8. Kajian adalah bentuk kuantitatif dengan mengunakan
Research, 3(4), 355-370.
ukuran frekuensi dan min. Hasil kajian antaranya
menunjukkan pelajar sangat berminat menjalankan
perniagaan berskil kecil walaupun pada masa yang
sama mereka sibuk menjalankan tugasan sebagai
pelajar. Di cadangkan agar program keusahawanan
dan perniagaan digalakkan untuk pelajar sebagai salah
satu usaha universiti menyiapkan diri pelajar menyertai
bidang keusahawana sebagai salah pilihan karir mereka
selepas tamat pengajian.

Kata kunci: pelajar, perniagaan, university.

355

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 355-370, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

1. Pengenalan
Perniagaan merupakan suatu aktiviti yang amat dianjurkan dalam Islam lebih-lebih lagi ianya
dapat menjanjikan pulanan yang besar jika peniaga dapat berusaha bersungguh-sungguh
berbekalkan pengetahuan dan kemahiran perniagaan. Apalagi jika perniagaan yang halal yang
dijalankan. Al Quran, Surah Al Baqarah menyebut

“Tidak ada dosa bagimu untuk mencari kurniaan


(rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu”
(Surah Al-Baqarah 2:198)

Perniagaan merupakan bidang yang membolehkan peniaga mendapat keuntungan yang tinggi
jika terdapat galakan dan dorongan serta peluang dan bantuan dari pihak keluarga, masyarakat,
pemimpin serta negara amnya. Perniagaan juga merupakan pekerjaan yang membolehkan
peniaga mendapat pendapatan untuk keperluan hidupnya dan keluarga. Lebih lebih lagi diera
dimana terdapat lambakan graduan lepasan university dan lepasan sekolah menyebabkan
mereka terpaksa bersaing dan bertungkus-lumus mencari perniagaan. Maka belia dapat
mendapatkan pekerjaan dari para perniaga atau memulakan perniagaan sendiri.

Dasar Ekonomi Baru yang dirangka pada tahun 1970 juga menyatakan rancangan kerajaan
untuk merungkai semula sektor ekonomi dan idenfikasi etnik dan membasmi kemiskinan.
Penglibatan belia bukan sahaja dapat menurunkan jumlah pengangguran neagara malahan
penglibatan belia tanpa mengira kaum dapat menambah peratus belia Melayu dan India untuk
bersama sama terjun dalam bidang perniagaan. Program yang dijalankan oleh kerajaan dapat
membuka peluang belia dalam bidang perniagaan dan merupakan usaha kerajaan bagi
mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan belia.

Usahawan belia bumiputera digalakkn untuk menyertai bidanga keusahawanan kerana ianya
menjanjikan msa depan yang cerah, contohnya program Tunas Usahawan Belia Bumiputra
yang telah diadakan dan dianjurkan oleh kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
telah melalhlirkan 5,643 usahawan dari 6,268 peserta. Programini telah dilancarkan sejak 2014
dan turut diadakan kerjasama dengan university university tempatan di malasia. Kerjasama
antara kementerian pembangunan usahawan dan koperasi dan kementerian pengajian tinggi
bertujuan melahirkan usahawan graduan dan memberi pendedahan awal kepada graduan
mengenai bidangn keusahawanan. (Berita Harian, 30 September 2021).

Merenung bidang keusahawan dalam Islam sendiri, dapat dilihat kegigihan Abdur Rahman Auf
dan Siti Khadijah, isteri rasullullah dalam bidang keusahawanan. Sahabat Nabi, Abdur Rahman
mserupakan seorang hartawan dan bersifat zuhud. Beliau Berjaya mendominasi perniagaan unt
a yang pada ketika itu didominasi oleh kaum Yahudi. Strategi perniagaan beliau adalah dengan
menjual unta pada harga yang beliau beliau dan mengambil keuntungan dari tali pengikat unta
yang cantik dan pelbagai warna (majalahlabur.com). Begitu juga dengan isteri Rasullullah, Siti
Khadijah pada 621 M di mana telah berniaga sejak sebeluam beliau mengahwini Rasullullah.
Perniagaan beliau merentasi negeri dengan membeli barangan serta kain sutera di Syam
terletak di Utara semenanjung Arab dan menjualnya di Makkah. Barangan dan kain kain
tersebut sangat disukai oleh para elit Arab dan hasilnya diagihkan kepada umat Islam yang
memerlukan.

356

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 355-370, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Rasullullah juga merupakan seorang ushawan yang Berjaya dimana beliau merupakan
usahawan yang berakhlak mulia sepanjang mengendalikan perniagaan. Sifat amanah, jujur dan
adil Rasullullah semasa berurusan dengan orang ramai menyebabkan beliau dikenali oleh
penduduk Makkah sebagai usahawan yang memiliki sifat Al Amin dan sifat tersebut
menyebabkan beliau berjaya sebagai usahawan di Makkah.

Ramai usahawan bermula dari berniaga secara kecil-kecilan sehinggalah mencapai status
perniagaan yang besar seperti Tan Sri syed Mokhtar Albukhari, Irfan Khairi, dan Azman
Hashim di mana bakat, kesungguhan dan dorongan telah dicanai sejak awal lagi. Dengan
rasional sedemikian, belia yang ingin bergiat dalam bidang keusahawanan hendaklah bermula
sejak zaman persekolahan lagi. Ilmu, kemahiran dan nilai keusahawanan perlulah diasah
sehinggalah mereka benar-benar menjadi usahawan. Biarlah pelajar dapat memperoleh
pengalaman dalam pengendalian perniagaan sewaktu masih belajar lagi. Usaha mengasah
bakat, memberi dorongan, dan mencipta program untuk beliau menelan belanja yang besar,
tetapi cara itulah yang dapat menghasilkan generasi usahawan yang dapat bergiat untuk masa
depan negara.

2. Ulasan Karya
Menurut Aziz dan Zakaria (2004) seseorang itu boleh menjadi usahawan bila mereka melalui
sendiri pelbagai proses-proses yang ada dalam pembangunan keusahawanan. Faktor minat juga
dapat mempengaruhi penglibatan seseorang dalam perniagaan. Untuk menjadi usahawan,
seseorang itu memerlukan minat dan kemahiran dalam bidang yang hendak diceburi.
Mohammed Amin (2001) berpandangan bahawa, usah awan perlu mengamalkan dan
menghayati ciri-ciri keusahawanan. Ciri-ciri usahawan yang dimaksudkan di sini ialah kreatif,
inovatif, optimis, mempunyai budaya kerja yang baik, bermotivasi, berkeupayaan
mengorganisasi idea, bertanggungjawab, berorientasikan keuntungan, berkualiti dan sentiasa
bekerja kuat kearah mencapai kejayaan sebagai seorang usahawan.

Hussin (1995) mendapati bahawa usahawan dapat dibahagikan kepada dua kumpulan dimana
yang pertama adalah golongan yang dilahirkan dengan bakat semulajadi hasil pendedahan awal
dan juga latar belakang keluarga. Keduanya ialah golongan yang bukan dilahirkan sebagai
usahawan di mana mereka ini menjadi usahawan atas usaha dan daya inisiatif diri dengan
menjalani latihan, mengikuti kursus keusahawanan dan mendapat pendedahan serta galakan
yang banyak sehingga boleh mencetuskan minat yang mendalam.

Young et al. (1993) mendapati faktor yang mempengaruhi perkembangan keusahawanan


adalah motivasi usahawan dan galakan dari kumpulan sokongan. Faktor motivasi termasuk
sokongan keluarga, kedudukan kewangan dan keinginan untuk berkeluarga. Proses
pembangunan turut dipengaruhi oleh latar belakang, persekitaran, kemahiran atau ciri-ciri
personaliti individu tersebut. Manakala Azmi Abdul Manaf (2012) dalam kajianya mengatakan
faktor utama mempengaruhi penglibatan usahawan dalam perniagaan ialah keinginan
mencapai kebebasan dan kepuasan, disusuli pelbagai faktor lain seperti membantu menyara
keluarga, keinginan menjadi kaya, cita-cita, ingin berdikari dan tidak suka bekerja makan gaji.

Wallenstein dan Andrew (1993) menyatakan pertambahan bilangan pelajar yang memiliki
kelulusan dalam bidang pengurusan menunjukkan bidang keusahawanan semakin diminati.
Menurut Zafir & Fazilah (2007), latar belakang pendidikan menjadi salah satu faktor penting
bagi mempengaruhi penglibatan masyarakat dalam bidang keusahawanan. Oleh itu, institusi

357

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 355-370, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

pendidikan termasuk sekolah dan IPT hendaklah berperanan mendidik dan menerapkan nilai
keusahawanan pada diri pelajar supaya mereka mempunyai kecenderungan untuk menceburi
bidang keusahawanan.

Jeffrey Gitomer (2006) berpendapat bahawa terdapat beberapa faktor seseorang itu menjadi
usahawan adalah berdasarkan pendidikan yang diterima, contohnya mereka yang mendapat
pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan kursus hingga ke tahap Sarjana di
dalam bidang pengurusan dan perniagaan. Bristow (1990) turut berpendapat bahawa
kemahiran berniaga dan pengetahuan mengenainya adalah penting dalam menjalankan
perniagaan.

Dana telah dikeluarkan untuk siswazah berniaga oleh Pengarah Bahagian Pembangunan
Perniagaan KPDNKK, Norison Ramli yang bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan dari
kalangan siswazah. Menurutnya, kementerian memperkenalkan dana perniagaan francais
kepada siswazah yang berminat termasuk menyediakan program latihan bagi membangunkan
perniagaan. (Sinar Harian, 8 September 2013). Mohd Khalid (2007) menyatakan bahawa
pentingnya bidang keusahawanan kerana ianya selaras dengan matlamat kerajaan yang
berhasrat menyusun semula masyarakat ekonomi terutama ekonomi dalam industri
perdagangan dan perindustrian bumiputera.

Meyer (1992) menyarankan adalah sesuatu yang bijak dan profesional untuk melatih atau
menyediakan pelajar sekolah untuk proses keusahawanan kerana apabila mereka tamat
persekolahan nanti, minat untuk memulakan perniagaan akan wujud.Program PROSPER
siswazah adalah untuk menggalakkan siswazah menceburi bidang keusahawanan dimana
sebagai permulaan seramai 200 graduan akan dibantu untuk memulakan perniagaan dengan
pembiayaan. (Ucapan Bajet, 2006. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengorak
selangkah ke hadapan apabila memperkenalkan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi
Pengajian Tinggi pada 13 April 2010 sebagai langkah menggalakkan pembangunan modal
insan dalam melahirkan siswazah usahawan yang sentiasa bersedia menghadapi cabaran
pembangunan ekonomi.

2.1 Teori-Teori dan Model Keusahawanan berasaskan ekonomi, sosiologi dan psikologi
Rosli Mahmood et.al (2010) menerangkan berkenaan teori berasaskan ekonomi dipelopori oleh
Joseph A. Schumpeter, Alfred Marshall dan Israel Kirzner. Josep A. telah membawa satu
model keusahawanan dalam tahuan 1939. Model yang diutarakan oleh A. Schumpeter ialah
“inovation”. Menurut perspektif Joseph A. Schumpeter, beliau meletakkan inovasi sebagai ciri
keusahawanan iaitu merangkumi semua aktiviti atau usaha yang membawa kepada suatu
pembaharuan. Manakala Alfred Marshall mengatakan keusahawanan sebagai proses
“evolution” iaitu evolusi hayat sesebuah perniagaan dari peringkat awal hingga terus luput dari
pasaran.

Marshall ada menyebut tentang ahli perniagaan dimana bermula sesebuah perniagaan kecil
sehingga menjadi sebuah perniagaan yang besar. Ketiadaan pengasas menyebabkan timbul
permasalahan berkenaan penggantinya dan akan menjadi lebih rumit lagi apabila berlaku
perebutan harta diantara warisnya. Israel Kirzner mengaitkan keusahawanan dengan soal
ketidaktentuan atau “uncertainty” dimana melibatkan kegiatan ekonomi dan orang tengah.
Beliau cuba menerangkan elemen keuntungan yang terdapat dalam kegiatan ekonomi
perniagaan.

358

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 355-370, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Max Weber merupakan seorang ahli sosiologi berbangsa Jerman mengetengah keagamaan
sebagai teorinya dan mengemukakan satu model keusahawanan pada tahun 1958 dengan
memasukkan elemen keagamaan sebagai asas untuk mencapai kejayaan dalam bidang
perniagaan. Weber menyatakan bahawa kejayaan seorang usahawan dalam perniagaan adalah
disebabkan oleh etika agama protestant.

Manakala Everett Hagen mengemukakan satu teori yang berkaitan dengan usaha di mana
proses melahirkan usahawan dikalangan kumpulan bawahan yang tidak berpuas hati di dalam
sesebuah masayarkat. Everett menerangkan rasa tidak puas hati ini samada terhadap layanan
atau tekanan yang diterima akan menyebabkan lahirnya usaha untuk mengatasi kepincangan
ini. Menurunya lagi usaha ini akan mengambil kira bentuk kegiatan-kegiatan ekonomi dan
penerokaan di dalam bidang perniagaan yang baru. Teori keusahawanan yang dibawa oleh
Hagen ini adalah berdasarkan kajian kes sejarah di Jepun, Columbia, United Kingdom dan
Rusia.

Rosli Mahmood et.al, 2010 mnyebut terdapat model baka dalam psikologi yang mengatakan
usahawan adalah seseorang yang mempunyai identiti tersendiri tanpa meniru identiti yang ada
pada yang lain iaitu dapat membezakan diantara usahawan dan bukan usahawan. Mclelland
(1961), Teori Kehendak Pada Pencapaian berpandangan bahawa individu-individu yang
mempunyai kehendak pencapaian yang tinggi merupakan golongan yang lebih suka
mengambil tanggungjawab kearah mencapai sesuatu matlamat dengan usaha sendiri. Manakala
Model pembangunan keusahawanan di Malaysia ini telah diubahsuai daripada model yang
dicadangkan oleh Humam Haji Mohamed (1995). Menurut model ini individu yang bakal
menjadi usahawan dipengaruhi oleh faktor latar belakang dan budaya yang dipelajari.

3. Metodologi
Populasi adalah seramai 500 orang terdiri daripada pelajar sepenuh masa semester 1, 2, 3, 4, 5
dan 6, melibatkan diri dengan pelbagai perniagaan dari pelbagai bidang pengajian yang
berdaftar dengan Hal Ehwal Pelajar Bahagian Pendaftaran Perniagaan yang melibatkan diri
dalam perniagaan di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah Darul Aman yang dipilih
secara rawak mudah. Ujian ke atas hasil kajian bahagian profil pelajar yang terlibat dalam
keusahawan di university menggunkan kaedah deskriptif iaitu peratusan dan kekerapan.

Dari Jadual Krejcie dan Morgan (1970), 180 responden dipilih dari bilangan populasi seramai
500 orang. Instrumen kajian bagi profil dibahagikan kepada bahagian A dan B di mana
bahagian A terdapat 6 item umur, jantina, program pengajian, agama, faktor pendorong
perniagaan dan samada responden berasal daripada keluarga usahawan sementara bahagian B
mempunyai 4 item iaitu mengenai jenis perniagaan, pengalaman dalam perniagaan, anggaran
modal anda ketika memulakan perniagaan, sumber modal perniagaan. Soal selidik diubah suai
dari kajian-kajian keusahawanan pelajar terdahulu.

4. Hasil Kajian
Penglibatan 180 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Universiti
Utara Malaysia (UUM). Demografi tersebut akan dianalisis menggunakan kekerapan dan
peratusan. Berikut adalah keterangan bagi klasifikasi tersebut.

359

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 355-370, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Umur Pelajar
Kekerapan Responden Mengikut Umur.
Klasifikasi Kekerapan
18-19 13
20-21 41
22-23 91
24-25 26
26-27 9
Jumlah 180

Jadual di atas menunjukkan jumlah bilangan dan peratusan mengikut lingkungan umur.
Responden yang berumur diantara 22 hingga 23 tahun mencatat peratusan yang paling tinggi
iaitu sebanyak 91 orang atau 50.5%. Diikuti dengan responden yang berumur diantara
lingkungan 20 hingga 21 tahun iaitu seramai 41 orang atau 22.62%. Responden yang berumur
diantara 18 hingga 19 tahun mencatat seramai 13 orang atau sebanyak 7.3 %. Manakala
responden yang berumur diantara 24 hingga 25 tahun mencatat seramai 26 orang atau 14.4%
dan responden yang berumur 26 hingga 27 tahun mencatat angka yang sangat sedikit iaitu
seramai 9 orang atau 5%.

Jantina
Kekerapan Responden Mengikut Jantina

Klasifikasi Jantina Kekerapan


Lelaki 97
Perempuan 83
Jumlah 180

Berdasarkan jadual di atas, ia menunjukkan maklum balas borang soal selidik bagi kekerapan
dan peratusan jantina lelaki dan perempuan. Responden lelaki menunjukkan bilangan majoriti
seramai 97 orang dan mencatat peratusan sebanyak 53.89%. Manakala perempuan
menunjukkan seramai 83 orang iaitu peratusan sebanyak 46.11%. Keputusan menunjukkan
daripada 180 orang responden, penyertaan lelaki lebih ramai daripada penyertaan perempuan
dalam bidang perniagaan. Oleh itu, dapat disimpulakan bahawa tenaga buruh lelaki dalam
aktiviti perniagaan ini lebih bergiat aktif berbanding perempuan. Namun begitu, perbezaan
antara kedua-keduanya tidaklah begitu ketara iaitu perbezaan hanya 7.78% atau 8% sahaja.

Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Agama

Islam 99
Kristian 54
Budha 15
Hindu 12
Jumlah 180

360

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 355-370, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Peratusan Responden Mengikut Agama


0%

7%
8%
Islam
Kristian
30% 55% Budha
Hindu
Lain-lain

Peratusan responden mengikut agama.

Berdasarkan rajah keputusan menunjukkan agama Islam mewakili majoriti iaitu bilangan dan
peratusan yang tinggi seramai 99 orang atau 55%. Bagi klasifikasi agama kristian pula ianya
menunjukkan bilangan dan peratusan kedua tertinggi iaitu seramai 54 orang atau 30%.
Manakala agama Budha pula adalah seramai 15 orang iaitu sebanyak 8.3% dan agama Hindu
mewakili minoriti seramai 12 orang iaitu sebanyak 6.67%. Bagi agama lain-lain ianya mencatat
angka sifar. Secara keseluruhanya keputusan menujukkan penglibatan antara pelajar muslim
dan non-muslim dalam dunia perniagaan tiada perbezaan yang ketara. keputusan
menunujukkan perbezaan hanya 10% sahaja. Gambaran peratusan menyeluruh boleh dilihat
Rajah 4.3 di bawah.

Program Pengajian
Jadual 4.4 Kekerapan Responden Mengikut Program Pengajian.
Klasifikasi Kekerapan
COLGIS 66
COB 94
CAS 20
Jumlah 180

Jadual menunjukkan klasifikasi kekerapan dan peratusan bagi program pengajian di bawah
Jabatan COLGIS, COB dan CAS. Berdasarkan Jadual 4.4 program pengajian di bawah Jabatan
COB mencatat bilangan dan peratusan yang tertinggi iaitu seramai 94 orang atau 52.2%.
Manakala, COLGIS dan CAS masing-masing mencatat angka seramai 66 orang atau 36.7%
dan 20 orang atau 11.1%. Keputusan menunjukkkan penglibatan pelajar di bawah Jabatan
COLGIS adalah yang tertinggi kerana di bawah jabatan ini mengandungi kursus Pengurusan
Keusahawanan. Oleh hal yang demikian tidak hairanlah jika penglibatan pelajar kursus
keusahawanan lebih ramai penglibatanya. Di bawah menunjukkan Rajah 4.4 peratusan
responden mengikut program pengajian.

361

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 355-370, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Peratusan responden mengikut Program Pengajian

11%

37%

COLGIS
COB
CAS

52%

Rajah 4.4 Peratusan Responden Mengikut Program Pengajian.

4.3.5 Asal Keluarga


Kekerapan Responden Mengikut Asal Keluarga.

Klasifikasi Kekerapan

Asal Dari Keluarga Usahawan 54


Bukan Berasal Dari Keluarga Usahawan 126
Jumlah 180

Peratusan Responden mengikut Asal Keluarga

30%
Ya

Tidak
70%

Peratusan responden mengikut asal keluarga

Jadual menunjukkan majoriti responden bukan berasal dari keluarga usahawan iaitu mencatat
bilangan dan peratusan yang tertinggi seramai 126 orang iaitu sebanyak 70%. Manakala, yang
bukan berasal dari keluarga usahawan adalah seramai 54 orang iaitu sebanyak 30%. Perbezaan
kedua-duanya adalah sangat ketara iaitu sebanyak 40%. Oleh itu dapat disimpulkan di sini
bahawa pelajar yang menyertai perniagaan adalah bukan disebabkan oleh dilahirkan

362

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 355-370, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

semulajadi dari keluarga usahawan sebaliknya faktor lain seperti minat menjadi alasan untuk
mneceburkan diri dalm perniagaan. Rajah 4.5 menunjukkan secara jelas peratusan yang
diperolehi.

Faktor Menceburkan Diri Dalam Perniagaan


Kekerapan Responden Mengikut Faktor Menceburkan diri Dalam Perniagaan

Klasifikasi Kekerapan
Minat 87
Dorongan Keluarga 8
Dorongan Rakan 16
Dorongan Fakulti 10
Sebagai Punca Pendapatan 27
Kerja Sampingan 31
Lain-lain 1
Jumlah 180

Jadual menunjukkan bahawa keputusan responden mengikut faktor menceburkan diri dalam
perniagaan. Daripada jumlah 180 orang responden didapati bahawa faktor minat
mempengaruhi responden untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Di mana ianya
mencatat bilangan dan peratusan yang tertinggi iaitu seramai 87 orang atau 48.3%. Faktor
sebagai kerja sampingan mencatat angka kedua tertinggi iaitu 31 orang atau sebanyak 17.2%
dalam mempengaruhi responden untuk melibatkan diri dalam perniagaan, diikuti dengan faktor
sebagai punca pendapatan iaitu seramai 27 orang atau peratusan sebanyak 15%. Faktor
keluarga, rakan dan fakulti masing-masing mencatat angka seramai 8 orang atau 4%, 16 orang
atau 8.9% dan 10 orang atau peratusan sebanyak 5.6%. Oleh itu, keputusan menujukkan
bahawa faktor minat mempengaruhi penglibatan pelajar UUM dalam bidang perniagaan. Di
bawah merupakan Rajah 4.6 yang menunjukkan peratusan secara jelas berkenaan faktor
responden menceburkan diri dalam perniagaan.

Peratusan Responden Mengikut Faktor Menceburkan Diri


Dalam Perniagaan
Peratusan (%)

Lain-lain 0.6
Kerja sampingan 17.2
Sebagai punca pendapatan 15
Dorongan Fakulti 5.6
Dorongan rakan 8.9
Dorongan keluarga 4.4
Minat 48.3

Peratusan Responden Mengikut Faktor Menceburkan Diri Dalam Perniagaan

363

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 355-370, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Maklumat Perniagaan
Analisis maklumat perniagaan ini adalah di bawah soalan bahagian B di dalam borang soal
selidik. Maklumat perniagaan ini dianalisis mengikut kategori jenis perniagaan, status
perniagaan yang dijalankan, pengalaman dalam bidang perniagaan, anggaran modal
perniagaan, sumber modal perniagaan dan prestasi perniagaan.

Jenis Perniagaan
Kekerapan Responden Mengikut Jenis Perniagaan.
Klasifikasi Jenis Perniagaan Kekerapan
Pakaian 24
Barangan/Kraftangan 32

Makanan 47

Fotostat 20
Kecantikan/Kesihatan 27
Lain-lain 30
Jumlah 180

Berdasarkan Jadual dan Rajah 4.7 menunjukkan bahawa majoriti perniagaan yang dijalankan
oleh pelajar adalah jenis perniagaan makanan iaitu seramai 47 orang atau 26.1%. Manakala
jenis perniagaan barangan/kraftangan mencatat angka kedua tertinggi iaitu seramai 32 orang
atau 17.8%. Seterusnya jenis perniagaan lain-lain mencatat angka seramai 30 orang atau
16.7%. Jenis perniagaan barangan dan lain-lain yang dijalankan olen responden ini
menunjukkan perbezaan yang tidak begitu ketara iaitu hanya sebanyak 1.1% sahaja. Seterusnya
jenis perniagaan pakaian mencatat bilangan seramai 24 orang atau 13.3%. Manakala
perniagaan jenis fotostat dan kecantikan/kesihatan masing-masing mencatat bilangan seramai
20 atau 11.1% dan 27 atau 15%. Semua jenis perniagaan yang dijalankan oleh responden
adalah disekitar kampus termasuk di foyer DKG, the mall, DPP dan termasuk perniagaan
secara online kepada pelajar-pelajar yang lain. Rajah 4.7 di bawah menunjukkan peratusan
mengikut jenis perniagaan.

364

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 355-370, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Rajah 4.7 Peratusan Responden Mengikut Jenis Perniagaan.

Peratusan Responden Mengikut Jenis Perniagaan

30
26.11
25

20 17.78
16.67
15
13.33
15
11.11
10 Peratusan (%)

Pengalaman Perniagaan
Jadual 4.8 Kekerapan Responden Mengikut Pengalaman Perniagaan.
Klasifikasi Kekerapan
Ya, Mempunyai Pengalaman 41
Tidak Mempunyai Pengalaman 139
Jumlah 180

Jadual di atas menunjukkan bahawa kebanyakan responden tidak mempunyai pengalaman


dalam bidang perniagaan untuk menceburi perniagaan. Keputusan menunjukkan klasifikasi
tidak mempunyai pengalaman adalah bilangan yang tertinggi iaitu seramai 139 orang atau
77.2%. Manakala klasifikasi yang mempunyai pengalaman adalah seramai 41 orang atau
22.8%. Oleh hal yang demikian responden yang menceburkan diri dalam dunia perniagaan
adalah dalam kalangan yang tidak mempunyai pengalaman. Di sini dapat disimpulkan bahawa
pelajar yang berniaga lebih gemar mencuba sesuatu yang baru dan mempunyai sifat berani
mencuba. Peratusan yang lebih jelas ditunjukkan di dalam Rajah 4.8 di bawah.

365

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 355-370, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Rajah 4.8 Peratusan Responden Berdasarkan Pengalaman

Peratusan Responden Mengikut


Pengalaman Perniagaan
Ya Tidak

23%

77%

Anggaran Modal Perniagaan


Kekerapan Responden Mengikut Anggaran Modal Perniagaan

Klasifikasi Kekerapan
RM500 dan Ke Bawah 175
RM500-RM1000 5
RM2000-RM3000 -
RM3000 dan Ke Atas -
Jumlah 180

Jadual menunjukkan anggaran modal responden ketika memulakan perniagaan. Keputusan


menunjukkan kebanyakan responden menggunakan modal RM500 dan ke bawah untuk
memulakan perniagaan. Jadual tersebut menunjukkan seramai 175 orang atau 97.2%.
Manakala responden yang memulakan perniagaan dengan modal RM500 hingga RM1000
adalah seramai 5 orang sahaja atau 2.8%. Seterusnya, bagi modal RM2000 dan ke atas mencatat
angka sifar. Di bawah ditunujukkan Rajah peratusan responden berdasarkan anggaran modal
ketika memulakan perniagaan.

366

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 355-370, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

RM2000-RM3000
0% Modal Anggaran Perniagaan
RM3000 dan Ke
atas
RM500-RM1000
0%
3%

RM500 dan Ke
bawah
97%

Peratusan Modal Ketika Memulakan Perniagaan.

Sumber Modal Perniagaan


Kekerapan bagi Sumber Modal Perniagaan Responden
Klasifikasi Kekerapan
Simpanan sendiri 137
Pinjaman daripada keluarga 10
Pinjaman daripada rakan-rakan 8
Pinjaman kewangan daripada pihak Universiti 25
Lain-lain -
Jumlah 180

Jadual menunjukkan sumber modal yang digunakan oleh responden untuk berniaga. Keputusan
menunjukkan sumber modal dari simpanan sendiri adalah tertinggi iatu seramai 137 orang atau
76.1%. Seterusnya, sumber modal dari pihak Universiti adalah kedua tertinggi iaitu seramai 25
orang atau 13.9%. Pinjaman modal daripada keluarga adalah seramai 10 orang atau 5.6% dan
sumber modal dari rakan seramai 8 orang atau 4.4%. Manakala sumber modal pinjaman lain-
lain adalah sifar. Rajah peratusan sumber modal kewangan responden boleh dirujuk di bawah.

367

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 355-370, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

76.1
Sumber Modal Perniagaan
80

60

40

13.9
20 5.6 4.4
0
0
Simpanan Pinjaman Pinjaman Pinjaman Lain-lain
Sendiri daripada daripada daripada
keluarga rakan-rakan pihak
Universiti

Peratusan (%)

Peratusan Mengikut Sumber Modal Responden

5. Cadangan dan Kesimpulan


Pelajar yang berniaga di university harus digalakkan untuk menjalankan perniagaan mereka
pada masa yang sama mereka tidak mengabaikan pengajian yang diikuti. Perniagaan ini dapat
menajamkan kefahaman dan kemahiran mereka tentang pengurusan perniagaan. Perniagaan
juga dapat mengajar mereka cara berhadapan dengan pengguna, membina keyakinan diri dan
pembahagian masa untuk menyelesaikan tugas sebagai pelajar dan peniaga dengan baik.

Pelajar yang melibatkan diri dengan perniagaan ini juga lebih memahami ekonomi pasaran
bebas di mana mereka perlu bersaing secara sihat. Persaingan dalam perniagaan akan lebih
difahami apabila mereka benar-benar menjalankan perniagaan. Situasi ini mengajar pelajar di
universiti untuk lebih bersedia dari segi ketahanan mental, jiwa dan fizikal apabila benar-benar
keluar sebagai graduan samada mereka memulai perniagaan sendiri atau tidak.

Pensyarah dan pihak pengurusan universiti harus menyokong dengan memberi semangat dan
menyediakan program keusahawanan kepada pelajar agar mereka lebih berketrampilan dan
cekap mengurus kehidupan dan keusahawanan. Kejayaan membina keusahawanan ini juga
dapat mengajar mereka membina kejayaan dalam kehidupan secara peribadi, kehidupan
berkeluarga dan kehidupan bermasyarakat.

368

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 355-370, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Rujukan
Azmi Abdul Manaf, Nik Hairi Omar & Lee Kuan Yee. (2012). Faktor Kritikal Kejayaan
Usahawan Dalam Perniagaan. Vol. 7 No 1 (April), p. 035-045. UKM, Bangi.
Abdul Aziz Yusof dan Zakaria (2001). “Prinsip Keusahawanan: Satu Penilaian”. Edisi Kedua.
Pearson Prentice Hall.
Bird, B. (1989). Entrepreneurial Behavior. Glenview, IL: Scott, Foreman &CO.
Baharu bin Kemat (1994), Orientasi Sikap Keusahawanan Di Kalangan Pelajar Politeknik di
Malaysia. Tesis Sarjana Sains Pengurusan. Universiti Utara Malaysia.
Cates, W.M. (1990). “Panduan Amali Untuk Penyelidikan.” (Syaharom Abdullah). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Drucker, P.F. (1985) Innovation and Entrepreneurship, London: William Heinemann Ltd.
Gitomer, J. (2006). The Entrepreneur Next Door. New Jersey: Prentice Hall.
Jabatan Perangkaan Malaysia. 2009. Siaran khas Penyiasatan Tenaga Buruh (Usahawan di
Malaysia), Siri 4 Bil. 1/2009.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia. Bahagian Pengurusan Siswa Niaga
Kerajaan Malaysia. (1971). Rancangan Malaysia Pertama 1970-1990. Kuala Lumpur:
Percetakan nasional Berhad.
Kerajaan Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia ke-sembilan, (2006-2010). Economic
Planning Unit, Prime Minister’s Department, Malaysia. Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional Berhad.
Kuratko, D. F., & Hodgetts R.M., (2004). Entrepreneurship Theory, process, practice.
Melbourne: Australia South-Western.
Lambing, P.A. and Kuehl C.R. (2007). Entrepreneurship (4th ed.). New Jersey: Prentice Hall.
Lambing, P.A & Kueal, C.R (1997). Entrepreneurship. New Jersey: Prentice hall.
Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan.” Skudai: Penerbit
UniversitiTeknologi Malaysia.
McCelland, D.C. (1985). Characteristic of successfully entrepreneurs. Journal of Creative
Behavior, 219-213
Meredith, G.G et.al (1982). The Practice of Entrepreneurship. Geneva: ILO.
Norani Mohd. Noor & Norisham A. Rahim. (2011). Kecendurungan Pelajar-pelajar Institusi
Kemahiran Mara (IKM) Johor Bharu terhadap bidang keusahawanan.
Oneal & Micheal. (1993). Just What Is An Entrepreneur? Business Week, Special Enterprise
Issue, p. 104-112.
Pelan Tindakan Negara Pengajian Tinggi Negara (2007-2009). Percetakan Nasional Berhad.
Pusat Pembangunan Keusahawanan Malaysia (MEDEC) (1998). Keusahawanan Edisi ke-2.
Selangor.
Pusat Pembangunan Keusahawanan Malaysia (MEDEC) (1998). Keusahawanan Edisi ke-2.
Selangor.
Rusdi Mustafa (1991). Ke arah usahawan berjaya. Perpustakaan Sultanah Bahiyah Universiti
Utara Malaysia.
Rosli Mahmood et.al (2010). Prinsip-prinsip keusahawanan (Edisi Kedua). Singapura:
Cengage Learning Asia Pte Ltd.
Rohayu Roddin et.al (2010). Pendidikan Kemahiran Keusahawanan Dalam Kalangan Wanita
Ketua Isi Rumah Luar Bandar. Universtiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM).
Sudin Harun (1990). Ke arah menjadi usahawan berjaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sarebah Warman et.al (2010). Penerapan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar di
Politeknik. Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

369

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 355-370, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Schermerhon et.al (1992). Managing Organizational Behavior. Singapore.


Sabri Haji Hussin. (Jan 1995). Sifat Usahawan Bina Kejayaan. Usahawan Malaysia, hlm. 32.
Sekaran, Uma (1992). Research Methods for Business, A Skill Building Approach, Toronto,
John Willey & Sons.
Unit Perancang Ekonomi (2006). Rancangan Malaysia Ke-9, 2006-2010. Putrajaya: Percetakan
Nasional Ma aysia Berhad.
Wiley, J. et.al (1992). Managing organizational behavior. Singapore.
Wallenstein & Andrew. (1995). Can You Teach Entrepreneurship? Business Week, Special
Enterprising Culture, Vol. 3, No 2 (June), p. 211-227.
Yusof Bin Boon & Sapiah Bohari (2010). Kesediaan untuk menceburi bidang keusahawanan
di kalangan pelajar-pelajar bumiputera tingkatan empat di tiga buah sekolah sekitar
Skudai, Johor. Dikases pada 15 Ogos 20.
Young, Earl. C et.al (1993). Major Element In Entrepreneurial Development In Central
Mexico, Journal Of Business Management, Vol. 31, No 4, p 80-85.
Zafir Mohd Makhbul, Fazilah Mohamad Hasun (2003). Siri Pengurusan Menjadi Usahawan:
Panduan Menubuhkan &Menguruskan Perusahaan Secara Profesional. Kuala Lumpur:
PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

370

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.

You might also like