Professional Documents
Culture Documents
Minit Mesyuarat RBT Pertama 2023
Minit Mesyuarat RBT Pertama 2023
KEHADIRAN:
BIL NAMA JAWATAN
1. Razmi Bin Che Rose Penolong Kanan 1
(Pengerusi)
2. Nur Habibah Binti Abd Ghani Ketua Panitia
3. Muhammad Edzhar Bin Mustapha Ahli Jawatankuasa
4. Mohd Sukree Bin Razak@Ali Ahli Jawatankuasa
5. Zul Aizzi Bin Mohamed Ahli Jawatankuasa
6. Adiputera Bin Ab Rahman Ahli Jawatankuasa
7. Mohd Hafiz bin Harun Ahli Jawatankuasa
AGENDA MESYUARAT
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 .Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru bagi mata pelajaran Reka Bentuk
dan Teknologi (RBT) Tahun 4, 5 dan 6 bagi Tahun 2023/2024.
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah dilantik untuk
mengajar mata pelajaran RBT bagi tahun 2023/2024.
4.1.2 Perancangan aktiviti Panitia Reka Bentuk Dan Teknologi tahun 2022/2023
Namun begitu, semua program yang dirancang adalah tertakluk kepada perubahan
dan keadaan semasa.
4.2.2 Semua peruntukan kewangan yang telah diperolehi untuk tahun ini hendak
digunakan bagi tujuan panitia mata pelajaran RBT sahaja. Semua
permohonan peruntukan untuk membeli sebarang peralatan, bahan dan
hadiah mesti menggunakan nota minta yang hanya boleh diisi oleh Ketua
Panitia dan mendapat kelulusan Guru Besar.
4.4.1 Perancangan Strategik Panitia disediakan oleh Ketua Panitia bagi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Gelombang 3 2021-2025 (Rujuk
lampiran).4.4.2Pengerusi menerangkan tentang penghasilan Pelan Strategik
yang baik untuk setiap panitia bagi perancangan bermula Tahun 2021 hingga
2025. 4.4.3Pelan Strategik perlu menyatakan masalah atau isu yang
dihadapi oleh guru semasa PdPc di dalam kelas untuk mengenal pasti
permasalahan yang dihadapi oleh murid yang gagal atau kurang menguasai
tajuk. 4.4.4Guru perlu membuat perancangan bagi meningkatkan prestasi
dan pencapaian murid dengan membuat unjuran sepanjang tempoh 5 tahun
tersebut.
4.5 PENGGUBALAN RPT
4.5.1 RPT perlu disediakan mengikut DSKP terkini bagi setiap tahun.
4.5.2 RPT yang dihasilkan mestilah mengikut bilangan minggu akademik yang
telah ditetapkan dan selaras dengan takwim persekolahan yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak sekolah.
4.6.2 BRM perlu dihantar setiap minggu pada hari Jumaat untuk semakan Guru
Besar dan Penolong Kanan. Jika BRM tidak dapat dihantar pada Jumaat,
guru perlu menghantar BRM terus kepada Guru Besar pada hari Isnin untuk
semakan.
4.9.1 Tugasan bagi setiap guru adalah mengikut kesesuaian dan tahap
penguasaan murid bagi kelas masing-masing. Guru boleh memberikan
latihan secara bertulis atau secara cetakan latihan untuk ditampal dalam
buku tulis. Guru boleh memberikan latihan dalam buku aktiviti RBT
terbitan Ilmu Bakti.
4.10.1 Semakan buku latihan murid perlu dihantar selepas selesai PdPc dan
murid melengkapkan latihan seperti yang diminta oleh guru.
4.11.1 Pentaksiran Bilik Darjah perlu dibuat 2 kali setahun iaitu bagi Penggal 1
dan Penggal 2 oleh guru mata pelajaran masing-masing dan mesti
direkodkan dalam Rekod Perkembangan Murid dengan Tahap
Penguasaan yang sesuai dengan pencapaian murid.
4.12 PENCERAPAN
4.12.1 Pencerapan akan dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun oleh Pentadbir dan
guru-guru perlu bersedia setiap masa untuk dicerap dengan memastikan
FRM dikemaskini dengan RPH terkini.
4.13.1 Takwim pelaksaaan Pentaksiran Pertengahan Tahun dan Ujian Akhir Sesi
Akademik (UASA).
PENTAKSIRANTARIKHPent
aksiran Pertengahan Tahun12 Jun
2023 – 16 Jun 2023Ujian Akhir Sesi
Akademik (UASA)8 Jan 2024 – 12
Jan 2024
6. HAL-HAL LAIN
Tiada
7. PENANGGUHAN MESYUARAT
7.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli Panitia
Reka Bentuk Dan Teknologi yang menghadiri mesyuarat kali ini. Beliau
berharap agar ahli Panitia Reka Bentuk Dan Teknologi pada tahun ini dapat
melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang.
PENCAPAIAN
(ANALISIS UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2022/2023)