Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

================================================================

PUSAT AKADEMIK MUNSYI


KELAS SIFU BM (SIRI 66) TINGKATAN 1, 2 & 3
PANDUAN PENULISAN KARANGAN JENIS FAKTA
Cikgu Azhar Salleh, Munsyi Dewan DBP
================================================================
KARANGAN FAKTA
UPSA & UASA F123
KARANGAN 30 MARKAH
PKSK ARTIKULAS PENULISAN

3 SOALAN = PILIH 1 SOALAN


TEMA YANG SAMA

TEMA: PELANCONGAN
S1 = CERITA PENGALAMAN BERCUTI
S2 = LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
S3 = FAKTA = KEPENTINGAN SEKTOR PELANCONGAN KEPADA NEGARA

FAKTA
 SYARAHAN
 UCAPAN
 DIALOG
 PERBINCANGAN
 FAKTA

KATA KUNCI
Cara-cara @ Usaha-usaha @ Langkah-langkah
Punca-punca @ Sebab-sebab @ Faktor-faktor
Kebaikan @ Kepentingan @ Faedah = KESAN = KEBAIKAN @ KEBURUKAN

10 Tip Penulisan

1 Karangan jenis fakta merupakan karangan tidak berformat.

FORMAT UMUM
1 perenggan pendahuluan
4 perenggan isi penting & huraian
1 perenggan penutup

Perenggan pendahuluan

Sejak akhir-akhir ini, ............................ (/)

Sejak akhir-akhir ini, ............................ (X)

Sejak akhir-akhir ini, isu kemerosotan disiplin dalam kalangan murid begitu
membimbangkan. Hal ini berlaku demikian kerana........................
Salah satu puncanya ialah ................
2 Karangan jenis fakta merupakan karangan yang paling popular. Karangan ini
memerlukan murid-murid memiliki pengetahuan yang luas dalam pelbagai
aspek. Lazimnya, soalan yang dikemukakan berkaitan dengan kontekstual
murid, iaitu hal atau perkara yang berlaku di sekeliling murid. Karangan fakta
lebih mudah kerana tidak ada format khusus yang perlu dipatuhi.

3 Terdapat tiga bahagian dalam penulisan fakta, iaitu bahagian pendahuluan,


bahagian isi penting dan bahagian penutup. Sebaik-baiknya terdapat satu
perenggan pada bahagian pendahuluan, empat perenggan pada bahagian isi
penting, dan satu perenggan pada bahagian penutup.

6 Perenggan

4 Lazimnya, soalan bagi karangan jenis fakta tertumpu kepada beberapa aspek.
Antara aspek atau kata kunci yang sering dikemukakan ialah “cara-cara”,
“faedah”, dan “punca”. Sebagai contoh, perhatikan kata kunci yang pernah
dikemukakan dalam UPSR.

UPSR 2006 - cara-cara menjaga kesihatan diri


UPSR 2008 - perlunya kita menuntut ilmu (kepentingan)
UPSR 2010 - faedah menyertai Kem Kecemerlangan UPSR
UPSR 2011 - kebaikan membawa bekalan makanan ke sekolah
UPSR 2013 - cara-cara menjaga kebersihan dan keceriaan bilik darjah

Cara-cara
Punca-punca
Kesan = kebaikan @ keburukan

5 Pada bahagian pendahuluan karangan jenis fakta, murid-murid seharusnya


menulis dua jenis ayat, iaitu ayat rangsangan dan ayat arahan. Ayat
rangsangan ialah ayat yang berkaitan dengan tema karangan. Perhatikan
contoh ayat rangsangan bagi tajuk karangan “Kepentingan Perpustakaan”.

Perpustakaan ada di semua sekolah. Perpustakaan turut dikenal sebagai


gedung ilmu pengetahuan.

Contoh Lain:
Punca penderaan kanak-kanak AYAT RANGSANGAN
Tema: Penderaan kanak-kanak

Penderaan kanak-kanak merupakan suatu perlakuan jenayah yang sehingga


kini masih tiada kesudahan. Penderaan kanak-kanak tidak seharusnya berlaku
kerana kanak-kanak perlu disayangi, bukannya didera.

6 Ayat arahan pula ialah ayat yang berkaitan dengan kehendak soalan. Kata
kunci bagi ayat arahan bergantung pada kehendak soalan. Perhatikan contoh
di bawah. Ayat terakhir ialah ayat arahan.
Perpustakaan ada di semua sekolah. Perpustakaan turut dikenal sebagai
gedung ilmu pengetahuan. Banyak kepentingan perpustakaan kepada
murid sekolah.

Contoh Lain:
Punca penderaan kanak-kanak
Tema: Penderaan kanak-kanak

Penderaan kanak-kanak merupakan suatu perlakuan jenayah yang sehingga


kini masih tiada kesudahan. Penderaan kanak-kanak tidak seharusnya berlaku
kerana kanak-kanak perlu disayangi, bukannya didera. Banyak punca yang
menyebabkan masalah ini terus berlaku.

PERENGGAN PENDAHULUAN YANG BAIK

CONTOH PENDAHULUAN YANG LAIN:


Langkah yang dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

Tema : Pencemaran alam sekitar = ayat rangsangan = 2 @ 3 ayat


Kehendak : Langkah untuk mengatasi = ayat arahan = 1 ayat terakhir

Pencemaran alam sekitar sering berlaku di negara ini atas pelbagai sebab.
Masalah pencemaran alam sering dilaporkan melalui media massa. Terdapat
pelbagai langkah yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

CONTOH PENDAHULUAN LAIN:


Kepentingan Kem Motivasi
Tema: Kem motivasi = ayat rangsangan = 2 ayat
Kehendak : Kepentingan = ayat arahan = 1 ayat

Kem motivasi merupakan suatu kegiatan yang sering dianjurkan oleh pihak
sekolah dan pihak luar. Kem motivasi ini selalunya diadakan pada musim cuti
persekolahan. Terdapat pelbagai kepentingan kem motivasi kepada murid.

RINGKASNYA:
2 & 3 ayat rangsangan = tema
1 ayat arahan = kehendak soalan

7 Pada bahagian isi penting, murid-murid hendaklah mengenal pasti arahan


atau kehendak soalan. Terdapat tiga jenis ayat yang lazim digunakan dalam
perenggan isi penting, iaitu ayat judul, ayat huraian, dan ayat contoh. (ayat
penegas) Perhatikan contoh di bawah.

AYAT JUDUL = ISI


AYAT HURAIAN = BEBERAPA AYAT
AYAT CONTOH = BUKTI
AYAT PENEGAS = TEGASKAN ISI SEMULA
Salah satu kepentingan perpustakaan ialah kita dapat menambahkan
pengetahuan melalui amalan membaca. (ayat judul) Membaca merupakan
kunci utama untuk memperoleh ilmu. (ayat huraian) Terdapat pelbagai jenis
bahan bacaan di perpustakaan seperti buku, majalah, akhbar, dan
ensiklopedia. (ayat contoh) Yang tidak dapat disangkal lagi bahawa
perpustakaan merupakan tempat yang penting untuk memperoleh
pengetahuan dalam pelbagai bidang. (ayat penegas)

PERENGGAN ISI
1 ayat judul = isi penting
2 – 5 ayat huraian
1 ayat contoh
1 ayat penegas

PERENGGAN ISI
1. ayat judul (isi)
2. ayat huraian
3. ayat contoh
4. ayat penegas
AYAT JUDUL (ISI)
CONTOH LAIN: AYAT HURAIAN
PUNCA PENDERAAN KANAK-KANAK AYAT CONTOH
AYAT PENEGAS
SATU PERENGGAN ISI
1. Salah satu punca penderaan kanak-kanak ialah ibu bapa yang kurang
pendidikan agama.
A 2. Mereka tidak berpegang pada ajaran agama yang sebaik-baiknya.
G 3. Apabila didikan dan pengetahuan agama yang tidak mencukupi, ibu bapa
A mudah melakukan tindakan yang melampaui batas.
M
A 4. Contohnya, mereka akan bertindak ganas terhadap anak mereka sendiri
kerana memiliki sikap yang kurang sabar.
5. Tegasnya, masalah ini berlaku kerana ibu bapa tidak menjadikan pegangan
agama sebagai panduan dalam kehidupan.

8 Karangan jenis fakta lazimnya mengemukakan kata kunci yang membolehkan


murid-murid mengenal pasti dan mengecam isi dengan lebih mudah. Sila rujuk
panduan ringkas di bawah sebagai suatu teknik penulisan karangan fakta.

Kehendak soalan - faedah/kepentingan/manfaat/kebaikan


Panduan - apakah yang kita peroleh?
ASD
Kehendak soalan - cara-cara/langkah/usaha ASB
Panduan - apakah yang perlu kita lakukan?

9 Salah satu cara untuk memastikan karangan yang ditulis itu lengkap ialah
murid-murid perlu mahir untuk menghuraikan isi penting. Isi penting sebaik-
baiknya dihuraikan dalam beberapa ayat. Murid-murid boleh menggunakan
kata kunci isi penting itu dan diulang dalam huraian yang berbeza. Sebagai
contoh, perhatikan perenggan isi di bawah. Kata kuncinya ialah rujukan.
Perpustakaan sangat penting kepada murid untuk membuat rujukan. (isi
penting) Murid-murid dapat membuat rujukan dengan mudahnya dan lebih
pantas. (huraian) Rujukan yang dibuat dapat membantu kita untuk
menambahkan pengetahuan dan meluaskan ilmu. (huraian) Antara contoh
bahan rujukan yang ada di perpustakaan termasuklah kamus, akhbar,
majalah, dan ensiklopedia. (contoh)

KOHEREN

Membuat rujukan
Bahan rujukan
Bahan dirujuk
Murid merujuk

10 Pada bahagian penutup karangan jenis fakta, murid-murid perlu membuat


rumusan atau kesimpulan daripada isi penting yang telah dibincangkan.
Lazimnya, pada bahagian ini, dua atau tiga ayat sudah memadai. Kesimpulan
boleh berupa cadangan atau harapan. Perhatikan contoh di bawah.

Kesimpulannya, perpustakaan sangat penting kepada semua murid. Banyak


faedahnya kepada kita. Oleh itu, berkunjunglah ke perpustakaan selalu.

PENUTUP
AYAT KESIMPULAN
AYAT CADANGAN = HENDAKLAH MESTILAH PERLU SEWAJARNYA
AYAT HARAPAN = SUKA = SUPAYA UNTUK KERANA AGAR

CONTOH
Sebagai kesimpulannya, masalah pencemaran alam sekitar berlaku disebabkan
oleh pelbagai punca. Oleh itu, kita hendaklah memastikan alam sekitar lebih
terjaga, bersih dan indah pada setiap masa. Hal ini amat penting untuk
memastikan generasi muda dapat mewarisi alam sekitar yang bebas daripada
pencemaran alam.

10 tip penulisan
Pendahuluan Untuk mengatasi kemalangan jalan
LANGKAH MENGATASI
Ayat rangsangan raya, setiap individu hendaklah
KEMALANGAN JALAN RAYA mematuhi peraturan yang telah
Ayat arahan LANGKAH MENGATASI ditetapkan. Peraturan jalan raya
Isi TEKNIK IKMK6P sekiranya dipatuhi akan dapat
Ayat judul INDIVIDU
memastikan kemalangan dapat
dikurangkan. Sebagai contohnya,
Ayat huraian KELUARGA peraturan tentang had kelajuan di
Ayat contoh MASYARAKAT lebuh raya tidak melebihi 110 km
sejam. Tegasnya, peraturan yang
Ayat penegas KERAJAAN diingkari akan menyebabkan
Penutup PENDIDIKAN/SEKOLAH kemalangan mudah berlaku dan hal ini
Ayat kesimpulan perlu dibendung dengan segeranya
MEDIA MASSA oleh semua pengguna jalan raya. (59)
Ayat cadangan
Ayat harapan
================================================================
SOALAN PILIHAN 1

Perpustakaan ada di semua sekolah. Banyak manfaat atau faedah


perpustakaan kepada murid-murid.
Tulis karangan tentang faedah perpustakaan kepada murid.
RANGKA KARANGAN

Pendahuluan
- semua sekolah ada perpustakaan – gedung ilmu pengetahuan – banyak
faedah perpustakaan kepada murid

Isi Penting
- dapat belajar dalam suasana yang senyap dan kondusif – tidak dibenarkan
berbuat bising – dapat belajar dengan lebih berkesan
JUDUL
- dapat meminjam buku secara percuma – tidak dikenakan bayaran –
HURAIAN mengurangkan beban pembelian buku
CONTOH - dapat mengulang kaji pelajaran dan membuat rujukan – banyak bahan
PENEGAS rujukan – kamus, majalah, akhbar dan lain-lain
- dapat memanfaatkan masa terluang – tidak membuang masa – memperoleh
pengetahuan dan meluaskan pemikiran melalui amalan membaca

Penutup
- perlu dikunjungi oleh setiap murid – banyak kepentingannya – CADANGAN -
HARAPAN

================================================================

KARANGAN CONTOH

Semua sekolah, sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah mempunyai
perpustakaan. Perpustakaan merupakan gedung ilmu pengetahuan. Lantaran itu,
perpustakaan memberikan banyak faedah kepada murid-murid.
Faedah perpustakaan yang utama ialah murid-murid dapat belajar dalam
suasana yang senyap dan kondusif. Semasa berada di dalam perpustakaan, murid-
murid tidak dibenarkan berbuat bising. Dengan demikian, keadaan ini memberikan
ruang yang lebih baik kepada murid-murid untuk belajar dengan lebih berkesan.
Selain itu, murid-murid juga dapat meminjam buku secara percuma di
perpustakaan. Pinjaman yang dilakukan di sini tidak dikenakan sebarang bayaran.
Jadi, dapatlah para ibu bapa mengurangkan beban pembelian buku rujukan dan
bacaan kepada anak-anak mereka. Kita dapat menjimatkan wang untuk membeli
bahan bacaan yang bermutu.
Perpustakaan juga boleh dijadikan tempat untuk mengulang kaji pelajaran dan
membuat latihan. Murid-murid dapat mengulang kaji pelajaran dan membuat rujukan
di perpustakaan kerana terdapat banyak bahan rujukan seperti kamus, majalah,
akhbar dan lain-lain. Rujukan juga dapat dilakukan melalui penggunaan Internet
yang turut disediakan di pusat sumber sekolah.
Perpustakaan merupakan satu tempat yang dapat memanfaatkan masa
terluang dan waktu senggang para murid. Dengan mengunjungi perpustakaan,
murid-murid tidak membuang masa begitu sahaja. Jadi, murid-murid akan
memperoleh pengetahuan dan dapat meluaskan pemikiran melalui amalan
membaca.
Konklusinya, perpustakaan perlu dikunjungi oleh setiap murid di sekolah. Hal
ini dikatakan demikian kerana banyak kepentingan yang diperoleh dengan
melangkah kaki ke perpustakaan. Selangkah ke perpustakaan, segudang ilmu akan
diperoleh. (221 pp)

SOALAN PILIHAN 2

Aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan unit uniform memberikan faedah


kepada murid.
Tulis sebuah karangan tentang faedah kegiatan perkhemahan.

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan
- kegiatan kokurikulum seperti perkhemahan mendatangkan manfaat yang
besar – banyak kepentingannya kepada murid sekolah

Isi Penting
- dapat melahirkan pemimpin pada masa akan datang – aktiviti perkhemahan
melatih murid untuk menguruskan aktiviti dengan berkesan
- dapat memanfaatkan masa senggang dengan aktiviti yang berfaedah – tidak
membuang masa – masa sangat berharga
- dapat mengeratkan hubungan – merapatkan silaturahim – hubungan antara
kaum dapat dikukuhkan – saling mengenal antara satu sama lain
- dapat menyemai sifat-sifat positif – berani – yakin – tidak berputus asa -
bekerjasama

Penutup
- banyak kebaikan daripada aktiviti perkhemahan – setiap murid perlu
digalakkan menyertai aktiviti ini

================================================================

KARANGAN CONTOH

Kegiatan kokurikulum seperti perkhemahan mendatangkan manfaat yang besar


kepada murid-murid. Banyak kepentingannya yang diperoleh oleh murid sekolah jika
mengikuti aktiviti perkhemahan.
Faedah perkhemahan yang utama ialah program ini dapat melahirkan
pemimpin yang berwawasan pada masa akan datang. Kepimpinan dapat dilahirkan
menerusi aktiviti perkhemahan. Kegiatan ini melatih murid untuk menguruskan
aktiviti dengan berkesan serta dapat menyemai keperibadian yang unggul dalam
kalangan murid.
Selain itu, melalui aktiviti perkhemahan juga, murid-murid dapat
memanfaatkan masa senggang dengan aktiviti yang berfaedah. Dengan demikian,
murid tidak membuang masa dengan perkara yang melalaikan, sebaliknya mengisi
masa dengan baiknya kerana masa itu sangat berharga. Selalunya, aktiviti ini
diadakan semasa cuti persekolahan.
Di samping itu, aktiviti perkhemahan juga dapat mengeratkan hubungan
sesama ahli dalam persatuan. Dengan itu, kegiatan ini dapat merapatkan silaturahim
antara ahli persatuan. Hubungan antara kaum juga dapat dikukuhkan apabila sifat
saling mengenal antara satu sama lain dalam persatuan terbina. Perpaduan kaum
yang lebih baik dapat disemai melalui aktiviti yang menekankan aspek kerjasama
dan semangat kekitaan.
Faedah terakhir melalui aktiviti perkhemahan ialah kegiatan ini dapat
menyemai sifat-sifat positif dalam diri ahli persatuan. Sifat berani dan yakin serta
tidak cepat berputus asa antara sifat yang perlu ada dalam diri seseorang. Selain
itu, sifat bekerjasama juga dapat diterapkan. Terlalu amat banyak sikap positif dapat
dipupuk dari masa ke masa.
Konklusinya, banyak kebaikan yang dapat diperoleh daripada aktiviti
perkhemahan. Dengan demikian, setiap murid perlu digalakkan untuk menyertai
aktiviti ini. (229 pp)

================================================================

SOALAN PILIHAN 3

Kemalangan jalan raya di negara ini sering dilaporkan melalui media massa.
Tulis sebuah karangan tentang langkah-langkah untuk mengatasi kemalangan
jalan raya.

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan
- kemalangan sering berlaku – banyak dilaporkan oleh media massa – langkah
untuk mengatasinya perlu dilakukan

Isi Penting
- menguatkuasakan undang-undang jalan raya – mengenakan tindakan yang
tegas – hukuman yang lebih berat
- mengadakan kempen keselamatan jalan raya – menyedarkan pengguna jalan
raya – diadakan secara berterusan
- pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah – dapat memberikan kesedaran
kepada murid pada peringkat awal – diterapkan dalam sukatan pelajaran
- mengadakan sekatan jalan raya dengan lebih kerap – dapat menggerunkan
pemandu
Penutup
- langkah yang wajar perlu dilaksanakan segera – kemalangan jalan raya perlu
dikurangkan

================================================================

KARANGAN CONTOH

Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita. Banyak kes dilaporkan dalam
media massa saban hari. Menyedari hal ini, langkah-langkah yang sewajarnya perlu
dilakukan untuk mengatasi kadar kemalangan di negara kita.
Langkah yang utama ialah kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang
atau peraturan jalan raya secara lebih tegas. Pihak berkuasa seperti pihak polis dan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlulah mengenakan tindakan yang setimpal
kepada pesalah jalan raya. Hukuman yang berat perlulah dikenakan agar pengguna
jalan raya berasa gentar untuk melanggar peraturan.
Selain itu, kerajaan haruslah mengadakan kempen keselamatan jalan raya
kepada masyarakat. Kempen ini perlu dilaksanakan untuk menyedarkan pengguna
jalan raya tentang nahas jalan raya dan cara mengatasinya. Kempen ini perlulah
diadakan secara berterusan agar nampak keberkesanannya.
Di samping itu, pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah juga perlu
diadakan. Murid-murid patut didedahkan dengan hal keselamatan jalan raya agar
dapat memberikan kesedaran kepada murid-murid pada peringkat awal. Pendidikan
keselamatan jalan raya ini telah pun diterapkan dalam sukatan pelajaran Pendidikan
Keselamatan Jalan Raya.
Pihak penguat kuasa juga haruslah mengadakan sekatan jalan raya dengan
lebih kerap. Keadaan ini perlu untuk menggerunkan para pengguna jalan raya
supaya sentiasa menjaga keselamatan ketika menggunakan jalan raya demi
kepentingan semua. Pengguna jalan raya yang ditahan atas sebab pelanggaran
peraturan yang ditetapkan tidak seharusnya dilepaskan tanpa tindakan yang berat
kerana hal ini membabitkan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Kesimpulannya, kerajaan haruslah bertindak dengan segera dan mengambil
semua langkah keselamatan yang perlu untuk mengurangkan kadar kemalangan.
Kemalangan jalan raya perlu dikurangkan agar jalan raya di negara kita selamat
digunakan pada setiap masa. Pandu cermat jiwa selamat.
================================================================
SOALAN PERBINCANGAN
Isu kemerosotan disiplin dalam kalangan murid semakin membimbangkan. Tulis
karangan tentang langkah-langkah yang dapat dilaksanakan untuk mengatasi
masalah tersebut.

P Isu kemerosotan disiplin dalam kalangan murid sering diperkatakan oleh


E
N
D
masyarakat. Murid yang didapati melanggar peraturan sekolah semakin hari
semakin meningkat. Pelanggaran disiplin sekolah berlaku kerana pelbagai
A
H
U

punca dan sebabnya. Oleh itu, langkah-langkah yang efisien mestilah


L
U
A
N
dilaksanakan untuk membendung masalah ini.
Salah satu langkah untuk mengatasinya ialah pihak sekolah hendaklah
I
S
menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah. Peraturan yang lebih
I tegas mestilah digubal agar murid-murid berasa gentar untuk melanggar
P
peraturan yang ditetapkan. Undang-undang sekolah hendaklah dipertegas dan
E dilaksanakan secara terancang dan sistematik. Misalnya, sekiranya murid
didapati terlibat dalam kes yang berat, hukuman seperti gantung sekolah
N
T
I atau buang sekolah seharusnya dilaksanakan. Tegasnya, melalui
N
G penguatkuasaan undang-undang ini, murid yang terlibat dalam hal ini pasti
tidak akan mengulangi perbuatan yang negatif lagi.

ISI 2 / ISI 3 / ISI 4


P
E
N Konlusinya, semua pihak perlu bekerjasama dan menggembleng segala
U
T idea dan tenaga untuk mengatasi masalah ini.Disiplin murid amat penting
U
P
kerana perkara ini akan menentukan kecemerlangan mereka dalam bidang
akademik dan sahsiah.

USAHA UNTUK MENGATASI MASALAH KEMEROSOTAN DISIPLIN


ISI 1 = UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN HENDAKLAH DIPERTEGAS

IKMK6P = 6 PIHAK
INDIVIDU KELUARGA MASYARAKAT KERAJAAN SEKOLAH MEDIA

SEKOLAH = SIAPA + BUAT APA + AGAR JADI APA = SPBAAJA =matang

ISI PENTING = AYAT PERTAMA


HURAIAN

 GURU hendaklah mendidik anak murid dengan nilai murni dan akhlak
yang baik agar murid memiliki sahsiah dan perwatakan yang mulia.
Pada hari ini, kita mendapati bahawa peranan guru amat signifikan
dalam usaha untuk menyuburkan nilai yang terpuji dan positif. Sebagai
contohnya, setiap guru hendaklah menanam sikap bertanggungjawab
dalam diri setiap murid agar mereka sedar akan peranan dan tugas
untuk menjunjung kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.
Tegasnya, tanpa sentuhan guru, penyemaian nilai dan akhlak yang
terpuji akan menjadi sukar untuk dilakukan kerana guru memainkan
peranan yang amat besar dalam kehidupan seorang murid. (91 pp)

 SILIBUS yang diajar perlu berkaitan dengan pembentukan nilai dan


sahsiah yang baik dan terpuji perlu diimplementasikan agar masalah
disiplin dapat dikurangkan. SILIBUS ......

 KAUNSELOR sepatutnya memberikan khidmat kaunseling dan bimbingan


kepada murid yang bermasalah agar masalah tersebut tidak
berlanjutan. KAUNSELOR

 PROGRAM/AKTIVITI yang dilaksanakan perlu membina keperibadian


dan disiplin/akhlak yang baik seperti kem bina semangat agar masalah
disiplin dapat diatasi.
 KOKURIKULUM hendaklah dilaksanakan dengan mempertimbangkan
pembentukan disiplin murid agar sekolah bebas daripada masalah
sosial.
 PIBG/PIBK hendaklah bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mencari
jalan penyelesaian agar disiplin murid terkawal pada setiap masa.
UNTUK MENGATASI MASALAH DISIPLIN
IKMK6P
INDIVIDU
KELUARGA
MASYARAKAT
KERAJAAN
SEKOLAH
MEDIA MASSA

You might also like