Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

CERAMAH KEIBUBAPAAN DAN MAJLIS AKU JANJI PELAJAR 5


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHANGKAT BERUAS
TAHUN 2023

1. PENGENALAN

Ceramah keibubapaan dan Majlis Aku Janji Pelajar merupakan salah satu inisiatif pihak
sekolah untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik calon Sijil Pelanjaran
Malaysia (SPM) 2023. Majlis ini diadakan bagi membantu pelajar menentukan matlamat
mereka dalam peperiksaan yang akan diambil tidak lama lagi. Kebanyakkan pelajar
mempunyai cita-cita dan impian yang tinggi namun kurang motivasi dan masih takut
untuk meyakinkan diri mereka sendiri bahawasanya mereka mampu untuk menggapai
impian tersebut.
Justeru itu, untuk mencapai cita-cita dan impian tersebut, pelajar perlu
mempunyai semangat juang yang tinggi dan dorongan yang tidak putus-putus daripada
orang-orang disekeliling mereka sama ada ibu bapa, guru-guru mahupun rakan-rakan
mereka sendiri. Oleh yang demikian, Majlis Aku Janji ini merupakan salah satu usaha
daripada pihak pentadbir dan guru-guru untuk membantu meningkatkan tahap
keyakinan diri pelajar. Diharapkan juga melalui majlis ini para pelajar dapat mengetahui
dan menyedari tahap kemampuan mereka yang sebenar dan seterusnya berusaha
untuk meningkatkan lagi usaha bagi memastikan kejayaan dan kecemerlangan mereka
dalam peperiksaan SPM yang akan datang.
Pihak sekolah sangat berharap dengan usaha yang murni ini akan melahirkan
pelajar yang bermotivasi, sedar potensi diri dan lebih terarah untuk mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik dan kehidupan mereka kelak.

2. RASIONAL
Program ini diadakan bagi melihat komitmen serta kesedaran tentang
tanggungjawab ibu bapa, guru serta murid berganding bahu untuk mencapai kejayaan.

3. OBJEKTIF
3.1 Membuka minda dan meningkatkan motivasi untuk belajar untuk belajar
dalam diri setiap murid.
3.2 Membantu murid dalam menetapkan sasaran dalam peperiksaan SPM.
3.3 Menyedarkan pelajar bahawa usaha mereka memainkan peranan penting
dalam mencapai kejayaan selain doa dan restu keluarga.
3.4 Memberi kesedaran kepada ibu bapa/ penjaga tentang pentingnya peranan
dan tanggungjawab mereka dalam memantau anak-anak di rumah.

4. MATLAMAT
a) Membentangkan strategi kecemerlangan SPM 2023 yang telah dirancang oleh
Jawatankuasa Kurikulum dan Kecemerlangan sekolah;
b) Menggabungjalinkan harapan dan matlamat khususnya para murid, ibu bapa
dan guru-guru serta seluruh warga sekolah.
c) Menyedarkan pelajar akan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan
memberi sokongan penuh kepada program sekolah.

5. TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh : 12 Mei 2023 (Jumaat)
Masa : 10:00 pagi - 12:00 tengahari
Tempat : Bilik Seri Budi SMK Changkat Beruas

6. SASARAN
Ibu bapa/ penjaga dan semua murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM
pada tahun 2023

7. JAWATANKUASA
Pengerusi : Pn. Mahiran binti Mohamed (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : En. Mohd Marzuki bin Abdul Ghani (Penolong
Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : En. Muhammad Shakhuri bin Abu Hassan
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : En. Salim bin Basri (Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras : Pn. Dalilah binti Abdul Ghany
Penolong penyelaras : Pn. Fatimah Nazrah bt Ab. Ghani
Setiausaha : Pn. Wan Norhaini binti Wan Salleh
BIL. JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
1. Sambutan
− Pengetua  Menyambut ketibaan tetamu jemputan
− Semua Penolong Kanan
2. Pendaftaran  Menyediakan borang pendaftaran kehadiran
- Pn. Rafidah bt Ahmad ibubapa dan pelajar
 Mengambil kehadiran Ibu bapa dan pelajar
3. Pengacara Majlis  Menyediakan teks pengacara majlis
− Pn. Nur Hasyimah binti Samsudin  Mengacarakan Ceramah Keibubapaan dan
− Pn. Siti Nurhanani binti Rosnan Majlis Aku Janji
4. Bacaan Doa  Menyediakan teks doa
- Pn. Noorlaily bt Mat Ramli  Memilih seorang murid untuk bacaan doa.
5. Siaraya  Menyediakan dan memastikan peralatan
− En. Mohamad Rizowan bin Ismail siaraya berfungsi dengan baik semasa
majlis
6. Persiapan Tempat  Memastikan pentas dan dewan sedia
En. Fadzil bin Muhamod digunakan pada hari kejadian
En. Puvanesvaran a/p Perumalu
 Memastikan kerusi ibubapa dan pelajar
Pn. Norizawati bt Muhamad Wirsat
mencukupi
7. Pamplet
 Menyediakan pamplet program
Pn. Siti Nurul Hidayah bt Daud
8. Jurugambar  Merakam gambar sepanjang majlis
Pn. Haslinda binti Hasim berlangsung
9. Dokumentasi
 Menyediakan laporan lengkap program
Pn. Siti Munirah binti Abd Manaf
10. Penetapan Target dan Akujanji  Menyediakan teks Aku janji dan borang Aku
En. Ahmad Fakhrurrazi bin Abd Rashid Janji/penetapan target untuk ditandatangani
Pn. Ramizah binti Ramlan oleh murid dan ibu bapa/ penjaga
Cik Siti Khairunnajwa bt Sabri  Menguruskan ikrar aku janji dan penetapan
target Bersama murid dan ibubapa/penjaga
11. Makanan/ Goodies  Menempah makanan untuk tetamu
Pn. Dailah binti Ab. Ghany penceramah
Cik Rozita bt Ibrahim  Menyediakan goodies untuk
ibubapa/penjaga
12. Kawalan Pelajar
 Memastikan kawalan disiplin pelajar
− Guru kelas tingkatan 5/Guru Mata
terkawal sepanjang program berlangsung
Pelajaran waktu berkenaan
13 Cenderahati  Menyediakan cenderahati, sijil
− Pn. Siti Hajar binti Che Mi penghargaan, buku pelawat dan air
minuman (mineral botol) untuk penceramah

8. TENTATIF PROGRAM
MASA ATUR CARA
9.45 pagi Pendaftaran dan Ketibaan Ibu bapa dan agihan godies
10.00 pagi Ucapan Pengetua
Ceramah Motivasi Keibubapaan oleh penceramah jemputan
Penyampaian Cenderahati
11.00 pagi Sesi Penetapan target dan menandatangani Aku janji ibu bapa
dan pelajar bersama guru kelas.
Ikrar Aku Janji
12.00 tgh Majlis Bersurai

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM


1. PCG Kaunseling 200.00 Bayaran Penceramah 200.00

2. PIBG (Kecemerlangan) 194.00 Godies Ibu Bapa 48 144.00


orang X RM 3
Cenderahati penceramah 50.00
Jumlah 394.00 Jumlah 394.00

10. PENUTUP
Semoga program yang akan dilaksanakan ini dapat memberi motivasi serta
kesedaran kepada murid-murid tentang pentingnya usaha untuk mencapai keputusan
yang cemerlang dalam akademik. Pihak sekolah juga berharap agar pelajar dapat
menggunakan peluang yang ada ini untuk meningkatkan kesungguhan, usaha dan
kemajuan diri masing-masing. Tanggungjawab dan komitmen Ibu bapa dan guru-guru
amat diperlukan bagi merealisasikan impian agar peperiksaan SPM tahun 2023
mencatat keputusan yang membanggakan serta mengharumkan nama SMK Changkat
Beruas.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

..….………………………………………... ..….……………………………..
(WAN NORHAINI BINTI WAN SALLEH) (MAHIRAM BINTI MOHAMED
Guru Bimbingan dan Kaunseling Pengetua
SMK Changkat Beruas, SMK Changkat Beruas,
32700 Beruas, Perak. 32700 Beruas, Perak.

You might also like