Professional Documents
Culture Documents
Draf Pelembagaan Unit Koku Tahun 2023
Draf Pelembagaan Unit Koku Tahun 2023
Draf Pelembagaan Unit Koku Tahun 2023
1.2 Alamat berdaftar kelab ini ialah di SMK SERI TANJONG, 76400 TANJONG KLING, MELAKA.
FASAL 2 PENAUNG
Penaung bagi persatuan/kelab ini ialah DR. RAMNAN BIN SAIDUN, PENGETUA SMK SERI TANJONG,
76400 TANJONG KLING, MELAKA.
FASAL 3 PENASIHAT
3.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (guru) yang sedang
berkhidmat di sekolah ini
3.2 Guru Penasihat ditentukan dan dilantik oleh Pengetua sekolah ini
3.3 Guru Penasihat adalah wakil Pengetua dalam segala hal yang berkaitan dengan kemajuan atau
kemunduran kelab/persatuan
3.4 Segala kegiatan kelab/persatuan hendaklah dijalankan atas nasihat Guru Penasihat
3.5 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, mencadangkan, merancang atau membatalkan
sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu
FASAL 4 MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta memupuk budaya yang positif di
dalam diri mereka. Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan
kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan:
FASAL 5 OBJEKTIF
5.1 Membolehkan ahli-ahli yang mempunyai minat yang sama mengembangkan bakat dan potensi
mereka dengan sedaya upaya mereka
5.2 Menggalakkan murid menggunakan bakat yang dikurniakan ke jalan yang betul dan positif meliputi
kegiatan koakademik, kokurikulum, sukan, permainan dan ekstrakokurikulum.
5.3 Menyemai perasaan sayang terhadap sekolah, negeri dan negara supaya wujud warganegara yang
setia dan proaktif
FASAL 6 KEAHLIAN
6.1 Ahli adalah terbuka kepada semua murid sekolah yang sedang belajar dalam tahun semasa
Ahli adalah murid yang telah diterima dan didaftarkan di sekolah ini layak menjadi ahli
6.2 Ahli gabungan adalah terbuka kepada semua mund yang berminat dan berbakat tetapi bukan
ahil kelab. Ahli gabungan perlulah rmembuat pemohonan rasmi kepada AJK
Kelab/Persatuan dan mendapat kelulusannya
6.3 Ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil
bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab/persatuan ini
8.1 Setiap ahli wajib menghadiri semua perjumpaan dan menjalani semua aktiviti yang dirancang dan
dijalankan oleh persatuan/kelab
8.2 Ahli yang melanggar peraturan persatuan atau/dan tidak hadir perjumpaan/ latihan kegiatan
yang dijalankan sebanyak 3 kali berturut-turut atau lebih daripada 25% perjumpaan latihan setahun
dikehendaki menulis tunjuk sebab kepada AJK Tertinggi dan Guru Penasihat. (Tindakan tatatertib
termasuklah memotong markah kehadiran dalam penilaian kokunikulum boleh diambil sekiranya
gagal berbuat demikian atau atas sebab-sebab yang diberikan tidak munasabah.)
8.3 Setiap ahli wajib membawa Buku Kegiatan Kokurikulum Pelajar pada setiap kali perjumpaan atau
aktiviti diadakan dan diserahkan sendiri kepada guru penasihat untuk ditandatangani kehadirannya.
8.4 Setiap ahli wajib membayar derma/sumbangan keahlian seperti yang ditetapkan dalam mesyuarat
agung. Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti perkara 10.2
8.5 Ahli adalah wajib menyediakan segala keperluan untuk menjalani kegiatan persatuan temasuklah
pakaian seragam, peralatan dan sebagainya.
9.1 Ahli yang ingin meletak jawatan atau menarik diri daripada persatuan/kelab hendaklah
memberikan notis dua minggu secara bertulis kepada setiausaha dan membayar semua yuran
persatuan / kelab yang telah ditetapkan
FASAL 11 KEWANGAN
11.1 Sumber utama kewangan kelab dan persatuan adalah melalui derma atau sumbangan atau apa-
apa sumber kewangan melalui aktiviti yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung
11.2 Kelab dan persatuan juga boleh memperoleh sumber kewangan melalui sumbangan derma PIBG,
Peruntukan Kokurikulum, sumbangan Koperasi dan derma orang perseorangan/ pertubuhan/ badan-
badan dan institusi-institusi.
11.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan
derma/bayaran khas bagi membiayai aktiviti tersebut
11.4 Semua pungutan/penyimpanan wang hendaklah dimasukkan ke dalan Akaun Suwa
Sekolah sekiranya mendapat kebenaran Pengetua
13.1 Persatuan akan mengadakan perjumpaan untuk menjalankan aktiviti paling kurang 12 Kali/Minggu
setahun.
13.2 Masa pertemuan/perjumpaan/latihan wajib bagi kelab/persatuan ini ialah pada hari SELASA mulai
jam 2.40 – 4.30 PETANG dan RABU 2.40 – 4.30 PETANG di tempat perjumpaan yang telah ditetapkan
13.3 Ahi persatuan/kelab dikehendaki hadir dalam semua aktiviti / perjumpaan / latihan yang dijalankan
oleh persatuan/ kelab sepanjang tahun.
13.4 Ahli-ahli yang tidak hadir sesuatu perjumpaan/latihan dikehendaki menulis surat tunjuk
sebab(memberikan sebab-sebab secara bertulis) kepada AJK Tertinggi dan Guru Penasihat. Tindakan
tatatertib temasuklah memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil
sekiranya gagal berbuat demikian.
14.1 Mesyuarat Agung Tahunan persatuan akan diadakan pada pertengahan penggal kedua setiap tahun
untuk menerima laporan, penyata kewangan dan melantik AJK baru yang akan ada awal penggal
pertama tahun yang berikutnya.
14.2. Sekurang-kurangnya 2/3 (dua pertiga) daripada jumlah ahli persatuan hendaklah hadir pada
Mesyuarat Agung Tahunan supaya melengkapi korum dan sesuatu keputusan mesyuarat dapat
diputuskan dengan sah
14.3. Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh diadakan apabila difikirkan perlu oleh Ahli Jawatankuasa
atau/dan atas permintaan sekurang-kurangnya 2/3 (dua pertiga) ahli biasa dengan menyatakan tujuan
dan sebab-sebabnya .
15.1 Ahli Jawatankuasa yang dipilih hendaklah merancang aktiviti/kegiatan tahunan/penggal/ mingguan
dalam tempoh masa dua minggu mereka dilantik
15.2 Rancangan Strategik (aktiviti) Tahunan dan Takwim Aktiviti Tahunan ini hendaklah dikemukakan
kepada pihak sekolah untuk diluluskan sebelum dilaksanakan
15.3 Aktiviti yang dirancangkan hendaklah dilaksanakan seboleh dan sebaik yang mungkin 15.4 Setiap
aktiviti yang telah selesai dijalankan hendaklah dilaporkan secara bertulis dengan menggunakan
format/borang yang disediakan.
16.1 Ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab dan tidak mematuhi peraturan yang
ditetapkan boleh dikenakan tindakan disiplin atau tindakan tatatertib.
16.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
16.2.1 Amaran lisan
16.2.2 Amaran bertulis.
16.2.3 Pemotongan markah penilaian kokurikulum.
16.2.4 Gantung keahlian
16.2.5 Gugur/ singkir keahlian.
16.3. Ahli yang tidak puas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada
Guru Penasihat persatuan/kelab secara bertulis. Keputusan Guru Penasihat adalah muktamad
FASAL 17 LARANGAN
17.1. Kegiatan yang tidak ada kaitan dengan objektif mahupun yang tidak diluluskan oleh tuan pengetua
sekolah tidak boleh dijalankan oleh persatuan/kelab.
17.2 Persatuan/kelab tidak boleh bergerak atau menjalankan kegiatan di luar kawasan sekolah.
Setiap kegiatan persatuan/kelab yang akan dijalankan di luar kawasan sekolah hendaklah
mendapat kelulusan tuan pengetua terlebih dahulu.
17.3. Kegiatan yang melanggar peraturan-peraturan sekolah mahupun undang-undang negara tidak
boleh dijalankan.
17.4 Kegiatan persatuan/kelab tidak boleh dijalankan jika guru penasihat yang dilantik oleh tuan
pengetua tidak hadir sama.
17.5. Persatuan/kelab tidak boleh mendapatkan khidmat tenaga luar tanpa kebenaran pengetua. Surat
Menyurat mestilah melalui dan ditandatangani oleg Pengetua atau Pentadbir sekolah.
17.6. Ahli-ahli yang tidak mendapat kebenaran/keizinan daripada ibu bapa atau penjaga secara bertulis
(Borang Akuan Kebenaran Ibu bapa/Penjaga) tidak dibenarkan menyertai sebarang kegiatan di luar
sekolah.
18.1. Pesatuan ini didaftarkan oleh Tuan Pengetua SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’kub selaku Penolong
Pendaftar mengikut Peraturan 4 dalam Peraturan-Peratuan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41 Perundangan
(A) P.I (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 .
19.1 AJK dengan bimbingan guru penasihat akan menyediakan suatu laporan lengkap mengenai aktiviti
persatuan sepanjang tahun, penyata kewangan serta pencapaian / kecemerlangan yang diperoleh
sepanjang tahun.
19.2 AJK dan Guru Penasihat akan menyampaikan suatu senarai pelajar yang mencapai kecemerlangan
dalam kegiatan yang dijalankan oleh persatuan/kelab pada akhir penggal persekolahan kepada pihak
sekolah untuk dicatatkan pada Sijil Berhenti, Surat Akuan Pelajar, Sijil Penghargaan, Sijil Penilaian
Kokunikulum Pelajar dan sebagainya.
21.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri dalam aktiviti yang disertai
21.2 Setiap ahli perlulah bergiat secara aktif, cergas dan cemerlang dalam segala kegiatan
kelab/persatuan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa
bagi menjamin markah yang tertinggi dalam penilaian kegiatan kokurikulum Jika ada sebarang butiran
khas bagi kelab / persatuan ini hendaklah dikepilkan bersama perlembagaan induk ini.
21.3 Satu senarai AJK persatuan / kelab ini hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah semasa
mendaftarkan persatuan ini.
…………………………………………… ………………………………………
Nama: Nama:
Pengerusi: Guru penasihat:
Tarikh: Tarikh:
………………………………………………
DR. RAMNAN BIN SAIDUN
PENGETUA
SMK SERI TANJONG, MELAKA