Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN

PROJEK BAIK PULIH DAN NAIK TARAF


ASTAKA SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 2 (F)

DISEDIAKAN OLEH:
MOHD JAY SHAM BIN
SULAIMAN
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL
MURID SK JELAI 2 (F)
73480 TAMPIN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
1. PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Jelai 2 (F) merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam
rancangan Felda. Jumlah keseluruhan bilik darjah ialah sebanyak 13 kelas dan tidak
termasuk makmal sains, makmal komputer, pusat sumber dan bengkel kemahiran hidup.
Jumlah muridnya adalah seramai 350 orang. Pada 28 Mei 2017, satu kejadian angin
kencang telah melanda kawasan perkampungan Felda Jelai dan SK Jelai 2 juga terbabit
dengan kejadian tersebut. Kejadian angin kencang itu telah mengakibatkan kerosakan
bumbung pada beberapa bangunan sekolah seperti di kedai buku, kantin dan astaka di
padang mengalami kerosakan yang teruk. Sila rujuk lampiran A. Oleh yang demikian,
timbul keperluan untuk memperbaiki dan naik taraf astaka yang baik dan selesa untuk
kegunaan murid-murid ketika aktiviti sukan dan kokurikulum. Hal ini selaras dengan
kehendak kerajaan yang menitik beratkan soal pembangunan kokurikulum untuk
melahirkan murid aktif dan sihat. Tujuan dokumen ini adalah untuk mewajarkan
permintaan sekolah untuk mendapatkan sumbangan dana bagi membina astaka di SK
Jelai2 (F).

2. OBJEKTIF

a. Mewujudkan kemudahan pengurusan sukan yang lebih kondusif dan menepati


fasiliti kemudahan sukan sekolah kepada guru dan murid-murid SK Jelai 2 (F).

3. RASIONAL

a. Mewujudkan satu tempat pengurusan aktiviti kokurikulum dan sukan yang


berlangsung di padang.
b. Melahirkan murid-murid yang aktif.
c. Menjadi tempat murid berehat.
d. Menjimatkan kos apabila ada acara padang.

4. SPESIFIKASI BANGUNAN

a. Spesifikasi astaka yang perlu di baik pulih dan naik taraf adalah diatas tapak
pembinaan sediaada dengan keluasan binaan baru 80 kaki x 14 kaki.
b. Ciri-ciri binaan
 Bumbung Berperabung
 Tiang Roman
 Lantai Mosaic
 Plug Elektrik
 Lampu
5. ANGGARAN KOS BAIK PULIH DAN NAIK TARAF ASTAKA

Bagi baik pulih dan menaik taraf sebuah astaka yang lengkap dengan pendawaian
elektrik dan kelengkapan yang sewajarnya dianggarkan kos yang terlibat sebanyak
RM25000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Lima Ribu Sahaja)

Bil Perkara Anggaran


1 Bahan-Bahan Binaan
2 Pendawaian Elektrik
3 Perkakasan Elektrik Rm 25000
4 Kelengkapan Lain

6. KEWANGAN

Sumber kewangan telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pembinaan Astaka SK Jelai 2


(F) dengan kerjasama pihak Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) adalah melalui
permohonan sumbangan badan bukan kerajaan, tokoh koperat dan individu.
Jawatankuasa pembinaan akan memberikan sijil sebagai penghargaan kepada para
penyumbang.

7. PENUTUP

Bagi memastikan pembinaan astaka SK Jelai 2 (F) menjadi kenyataan, sokongan


daripada semua pihak amatlah diperlukan. Sumbangan dana daripada pihak penderma
amatlah dialu-alukan demi mencapai impian warga sekolah ini. Semoga astaka ini dapat
dijadikan satu lagi wadah oleh guru-guru dan murid-murid dalam melahirkan modal
insan yang cemerlang dalam bidang sukan.

Disediakan oleh:

………………………………………………………
(MOHD JAY SHAM BIN SULAIMAN)

Disemak oleh:

………………………………………………..
(MOHAMAD BIN ABD WAHAB)
GURU BESAR
SK JELAI 2 (F)
LAMPIRAN A

Bumbung Astaka dan suis plug

You might also like