Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

‫بلغوا عني ولو آية‬


sampaikan daripadaku walaupun satu ayat

 aqidah ibadah fikrah berita biografi  bahan tarbiyah  daftar penulis

Home  2019  December  13  Usrah yang efektif

Usrah yang efektif


 Dr. Kamaru Salam  December 13, 2019

Di olah semula oleh: Dr. Kamaru Salam

PENGENALAN

Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. Maksud perkataan


usrah dalam pengertian kita ialah
kumpulan Afradul Muslimin (individu-individu
muslim) yang beriman dengan agama ini,
berusaha tolong menolong antara satu
sama dengan yang lain untuk memahami dan
menghayati Islam.

RASIONAL USRAH

Islam memandang berat (sangat mustahak) mengenai


pembentukan ikatan perpaduan untuk
penganutnya. Melalui usrah kita dapat
memimpin penganut Islam ke arah contoh-contoh pujian
yang tinggi di samping
memperkukuh ikatan yang sedia ada. Selain itu, mutu ukhuwah antara
sesama ahli
boleh ditingkatkan, iaitu dengan merealisasikan teori dalam perbuatan dan
amalan.
Oleh itu, kita hendaklah memandang berat dan bersedia untuk menjadi
batu bata yang sihat
lagi berguna kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia
ini, iaitu keluarga Islam.

TUJUAN USRAH

Majlis usrah mempunyai beberapa tujuan, diantaranya:

1) Meningkatkan kefahaman anggota-anggota dan menentukan sikap Islam


terhadap satu-satu
masalah.

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 1/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

2) Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap


ajaran
Islam secara peribadi dan jamaah.

3) Membina satu generasi Islam yang mengenali Islam sebagai “Din Wa


Daulah”, menghayatinya
di dalam kehidupan peribadi, menjadikan azam dan
cita-cita serta tindakan mendakwahnya
sebagai sistem hidup dalam keluarga,
masyarakat dan negara.

4) Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak Islammiyah di dalam


kehidupan diri dan
sensitif terhadap segala perkara yang tidak Islamik.

5) Membina generasi Islam yang insaf dan sedar akan cabaran dan godaan yang
berbagai
bentuk yang mengancam kemurnian Islam.

6) Mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab terhadap ALlah dan


RasulNya.
Menghubungkan anggota secara langsung dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

7) Mengikhlaskan diri anggota kepada ALlah, demi untuk mencari


keredhaannya, mengharapkan
pahala dan merasa gerun dengan siksaanNya. Bukan
kerana segan dgn naqib usrah atau
kumpulannya tetapi kerana ketaatan kepada
ALlah.

8) Oleh itu setiap anggota hendaklah membetulkan niatnya, kemudian diikuti


dengan amalan
sekalipun tanpa arahan dari sesiapa.

9) Menggiatkan dan menyelaraskan usaha mempelajari dan memahami Islam di


kalangan
anggota.

10) Menyediakan tenaga yang benar-benar bersedia untuk Islam demi


kepentingan Islam.

11) Memelihara individu usrah dari dimasuki pemikiran yang keliru dan
sumbang dari musuh.

12) Memperkukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk semangat bertindak


secara jamaah.

RUKUN USRAH

Rukun ikatan usrah ini tiga perkara iaitu berkenalan, saling memahami dan
berseimbangan. Kita
hendaklah mengambil berat perkara ini dan
bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan
itu tidaklah semata-mata menjadi
beban yang tidak bererti.

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 2/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

Berkenalan

Rukun usrah yang pertama ialah taaruf (berkenalan)antara satu sama


lain. Ahli usrah hendaklah
berkenal-kenalan serta berkasih sayang dengan
semangat cinta kepada agama. Kita hendaklah
memahami pengertian dan hakikat
ukhuwah sejati. Elakkan perkara-perkara yang boleh
mengeruhkan ukhuwah itu. Hal
ini boleh dilakukan dengan sentiasa menjunjung titah firman
Allah dan
hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Jadikan firman Allah dan hadis Rasulullah s.a.w.
sebagai
perkara yang wajib diutamakan.

Antara firman Allah(maksudnya):

Orang-orang mukmin itu bersaudara-mara. (Al-Hujarat, 26:10)

Berpeganglah dengan tali Allah semuanya dan janganlah


kamu berpecah-belah. (Ali Imran, 3:103)

Dalam hadis Nabi saw:

Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan yang


sebahagiannya memperkuatkan
sebahagian yang lain.

Orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain; ia


tidak menzaliminya dan tidak juga
membiarkannya.

Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kata kasih


sayang mereka, dalam perasaan belas
kasihan mereka, dan dalam simpati mereka
adalah laksana badan yang satu.

Saling memahami:  

Rukun usrah yang kedua ialah tafahum (saling memahami).


Kita hendaklah berpegang pada
kebenaran dengan mengerjakan apa-apa yang
diperintahkan Allah dan meninggalkan apa-apa
yang dilarang-Nya. Periksalah diri
sendiri dengan sehalus-halusnya sama ada diri kita benar-
benar mentaati
perintah Allah atau terlibat dalam arena kederhakaan.

Setelah memeriksa diri sendiri, kita hendaklah


nasihat-menasihati antara satu sama lain apabila
kelihatan ada sesuatu yang
cacat. Rakan yang dinasihati itu hendaklah bersikap terbuka dan
sanggup
menerima nasihat dari sahabatnya. Pemberi nasihat pula janganlah berubah hati
terhadap sahabat yang tersilap itu–walau sejarak sehelai rambut sekali pun.

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 3/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

Nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik tanpa


memandang rendah sahabat yang
dinasihati itu. Pemberi nasihat janganlah
menganggap dirinya lebih mulia. Sembunyikan
kesilapan sahabat itu daripada
pengetahuan naqib selama lebih kurang sebulan. Ceritakanlah
kepada naqib
apabila anda tidak berdaya membaikinya. Namun demikian, jangan sekali-kali
tawar hati terhadap sahabat yang silap itu. Sebaliknya, teruskanlah kasih
sayang anda
terhadapnya sehingga Allah melakukan apa-apa perubahan yang
dikehendaki-Nya.

Sahabat yang diberikan nasihat pula janganlah keras


kepala. Janganlah juga berubah hati walau
sejarak rambut sekalipun terhadap si
pemberi nasihat. Fahamilah bahawa martabat kasih sayang
kerana Allah itu adalah
setinggi-tinggi martabat bagi pengertian kasih sayang di kalangan umat
manusia.
Nasihat pula adalah satu dasar yang amat penting dalam agama Islam. Rasulullah
s.a.w. bersabda (maksudnya), “Agama
itu adalah nasihat.” Oleh itu, perhatikanlah dalam-dalam
pengajaran
yang mulia dalam hadis ini–mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada kamu.

Berimbangan:  

Rukun usrah yang ketiga ialah takaful yang bermaksud


memelihara nasib sesama sendiri agar
tiada sahabat yang terbiar atau terlantar.
Amalkan rukun ini dengan bersungguh-sungguh, iaitu
dengan cara menolong memikul
bebanan sesama sendiri. Takaful merupakan tunjang iman dan
inti sari ukhuwah
sejati. Takaful boleh dijelmakan dengan cara bertanya khabar sesama sendiri,
ziarah menziarahi, berganti-ganti membuat kebajikan dengan jalan segera
menolong antara
satu sama lain sedaya upaya.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Kalau seseorang daripada kamu itu berjalan kerana hendak menolong
saudaranya adalah lebih baginya daripada ia beri iktikaf sebulan di masjidku
ini. Sabda baginda
lagi (maksudnya), “Sesiapa
memberikan kesukaan kepada keluarga sesebuah rumah orang
muslim nescaya tidak
lain yang dibalas Allah melainkan dengan syurga.”

PERINGATAN

Dua perkara yang perlu dititikberatkan ialah kehadiran dan pengisian


tabung usrah. Setiap
anggota usrah hendaklah menghadiri
pertemuan-pertemuan yang telah dijadualkan walau
bagaimana uzur sekalipun.
Setiap anggota usrah juga hendaklah menunaikan kewajipannya
untuk tabung usrah
di cawangan usrahnya. Apabila kita dapat menunaikan kewajipan yang
bersifat
perseorangan, kemasyarakatan, dan kewangan seperti di atas, maka rukun usrah
akan

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 4/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

terlaksana dengan jayanya. Sebaliknya, jika dicuaikan, maka segala rukun


dan peraturan itu akan
beransur-ansur mundur dan akhirnya terus mati. Dengan
matinya peraturan usrah yang baik ini,
gerakan dakwah akan serugi-ruginya
sedangkan gerakan dakwah sangat dikehendaki dan
menjadi tempat harapan bagi
umat Islam seluruhnya.

KANDUNGAN USRAH

Apakah yang perlu dilakukan dalam pertemuan mingguan usrah yang menepati
maksud, rukun
dan peringatan di atas? Jawapannya mudah: Kita mempunyai banyak
kewajipan sedangkan
masa kita terlalu sedikit. Oleh itu pertemuan mingguan kita
hendaklah dipenuhkan dengan
perkara-perkara yang berikut:

1. Membentangkan Kesulitan

Setiap anggota membentangkan kesulitan masing-masing.


Beri perhatian terhadap kesulitan
yang diluahkan oleh dan rakan kita dan
berusahalah mengatasinya. Lakukan hal ini dalam
suasana ukhuwah sejati dan
dengan niat kerana Allah. Dengan demikian dapatlah diperkuatkan
lagi asas
saling percaya-mempercayai dan tali hubungan ukhuwah dapat diperkukuhkan.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya, “Orang mukmin itu cermin bagi saudaranya.” Sabda
Rasulullah
s.a.w. lagi (maksudnya): Perbandingan
orang-orang mukmin dalam erti kata kasih
sayang mereka, dan dalam erti kata
timbang rasa simpati mereka adalah laksana badan yang
satu, iaitu apabila
mana-mana anggota mengadukan hal turut menangguhkan seluruh badan
dengan
berjaga malam dan merasai demam.

Bermuzakarah

Anggota usrah hendaklah bermuzakarah iaitu bertukar-tukar


fikiran dalam urusan Islam. Teliti
risalah yang diedarkan oleh pucuk pimpinan
kepada seluruh cawangan usrah. Elakkan
pertengkaran atau bertikam lidah kerana
semuanya itu adalah dikira “haram” menurut undang-
undang usrah.
Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak
melanggar
batas-batas sopan santun yang sempurna dan dengan cara harga-menghargai
fikiran
yang datang daripada semua pihak dalam muzakarah itu. Apabila hendak ditutup
satu-
satu perbincangan, atau hendak dibuat keputusan mengenai apa-apa cadangan,
atau hendak
diberi penjelasan lanjut mengenai cadangan yang hendak ditimbangkan
itu, maka perkara itu

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 5/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

hendaklah diserahkan kepada naqib supaya beliau sempat


terlebih dahulu mengemukakannya
kepada pucuk pimpinan.

Jangan dibuat keputusan dengan cara terburu-buru. Tuhan


mencela umat-umat manusia yang
bersikap terburu-buru dengan firman-Nya yang
bermaksud: Dan apabila datang kepada
mereka
sesuatu perkara tentang keamanan atau ketakutan maka mereka pun terus
mencanangkannya.

Setelah Allah S.W.T. mencela mereka yang berperangai begitu maka Tuhan
tunjukkan pula apa-
apa yang semestinya dilakukan apabila tersua dengan suasana
seperti itu dengan firman-Nya
yang bermaksud: Kalaulah mereka kembalikannya kepada Rasul dan kepada pihak berkuasa
antara mereka sendiri nescaya orang-orang yang menimbangkannya itu mengetahui
hakikatnya.

Kajian Buku

Adakan studi (penelitian) terhadap sesebuah kitab yang


bermutu. Jelmakan studi itu dalam
kehidupan harian walaupun hanya sekadar
mengamalkan bermuka manis. Panduan daripada
buku boleh disampaikan dalam taklimat
sesuatu projek seperti menziarahi orang sakit;
menolong orang-orang yang
berhajat (walaupun hanya sekadar kata-kata yang baik), mencari
dan bertanyakan
hal tentang anggota yang tidak kelihatan bersama-sama kumpulan,
menanggung
bebanan anggota yang terputus rezeki. Semuanya itu dapat menambahkan lagi
tali
ukhuwah dan dapat melipatgandakan perasaan kasih sayang dalam hati
masing-masing.

Aktiviti Sokongan

Untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama sendiri,


kita hendaklah mengadakan rehlah,
lawatan, aktiviti lasak seperti mendayung
sampan, mendaki gunung dan berbasikal. Kita
hendaklah juga mengadakan aktiviti
khusus seperti berpuasa (seminggu sekali atau dua minggu
sekali), solat Subuh
berjemaah di masjid dan qiamullail.

TEMPAT USRAH

Usrah boleh diadakan di rumah anggota usrah dengan cara bergilir-gilir atau
di masjid, disurau,
dimusalla atau sebagainya.

PERLAKSANAAN

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 6/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

Usrah hendaklah diadakan pada tiap-tiap minggu atau


paling kurang tiap-tiap dua minggu
sekali dan merupakan program tarbiyah yang
tetap. Majlis usrah dikendalikan oleh seorang
naqib atau naqibah. Sembahyang
berjamaah, berwirid, membaca Al-Quran adalah rukun utama
usrah. Sebaik-baiknya
majlis usrah adalah mengikut cara dibawah ini :

Bermula dengan sembahyang (maghrib) berjamaah Berwirid dengan


Al-Mathurat (naqib
hendaklah menghuraikan Al-Mathurat dari segi makna, ayat,
hikmat dan kelebihan)
Membahaskan dan mengkaji kertas-kertas kerja dan
sebagainya, yang telah disediakan oleh
naqib atau naqibah.

Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk yang tertentu yang


telah ditetapkan terlebih dahulu dan
dimaklumkan kepada anggota,
sebaik-sebaiknya telah ditentukan bahan rujukan atau teksnya.
Sesudah
berbincang dan berbahas dan bertukar-bertukar fikiran dengan teliti , maka
majlis
mengambil satu keputusan atau rumusan yang menjadi pegangan kepada semua
dan usrah dan
ditegah sama sekali ditamatkan tanpa menghasilkan sesuatu
persetujuan.

Perbahasan boleh dilanjutkan kepada beberapa siri usrah


sehingga dapat rumusan yang bulat
dan konkrit, sekiranya tajuk perbahasan
merupakan isu pokok dan memerlukan kepada
pandangan pimpinan yang lebih tinggi,
maka hendaklah dirujuk kepada peringkat yang lebih
bertanggungjawab.

Tajuk yang akan diusrahkan pada minggu akan datang


ditentukan oleh naqib atau menurut
ketetapan bersama atau menurut arahan
pimpinan. Sebahagian daripada waktu usrah
hendaklah diperuntukkkan khusus
kepada organisasi dan hal ehwal semasa dan perkembangan
perjuangan umat Islam
di dalam dan luar negara. Usrah bersurai sesudah membaca doa rabitah,
tasbih kaffarah
dan suratul Al-‘Ashr.

ADAB-ADAB USRAH

Diantara adab-adab usrah itu adalah seperti berikut :

1. Mengikhlas niat hanya kepada ALlah

Maksud ayat,

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 7/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

“Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya semua


menyembah ALlah dengan
tulus ikhlas menjalankan agama untuknya semata-mata,
berdiri lurus dan menegakkan shalat
serta menunaikan zakat dan yang demikian
itulah agama yang benar”.(Al-Bayyinah: 5)

Sabda Rasulullah SallaLlahu’’Alaihi Wassalam :

“Hanya segala ‘amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap sesorang
itu apa yang dia
niatkan”. (Muttafaq ‘alaih)

2. Meminta izin untuk masuk serta memberi salam sebelum memasuki rumah
anggota atau
tempat diadakan majlis usrah.
Firman ALlah Ta’ala :

Maksud ayat,

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah engkau semua mamasuki rumah


yang bukan
rumah-rumah mu sendiri, sehingga engkau semua meminta izin terlebih
dahulu serta
mengucapkan kepada ahlinya (orang-orang yang ada di dalam)”.
(An-Nur : 27)

3. Datang ke majlis tepat pada waktu yang dijanjikan atau ditetapkan.

Sabda Rasullullah SallaLlahu ‘‘Alaihi Wassallam :

Maksud Hadis,

Dari Abu Hurairah RadiALlahu anhu bahawasanya RasulLullah SallaLlahu


‘‘Alaihi Wasallam
bersabda : “Tanda orang-orang munafiq itu tiga , iaitu
jikalau ia berkata ia berdusta, jikalau
berjanji dia memungkiri dan jikalau
diamanahkan ia khianat”. Ia menambah di dalam riwayat
muslim :
“Sekalipun dia berpuasa dan bersembahyang dan mengaku dirinya orang-orang
Islam”.
(Muttafaq ‘alaih)

4. Datang ke majlis dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian yang sopan,
bersih, suci
serta sempurna.

Maksud Hadis,

Dari Abu malik Al-Asy’ari radhiALlahu anhu katanya : “RasululLah


SallaLlahu’’Alaihi Wasallam
bersabda : “Bersuci itu separuh dari
keimanan”. ( Muslim)

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 8/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

Sabda Rasullullah SallaLlahu ‘‘Alaihi Wassallam lagi : Maksud Hadis,

“Dari Usman bin Affan radiALlahu katanya : “Rasullullah


SallaLlahu ‘‘Alaihi Wassallam bersabda :
“Barangsia yang berwuduk lalu
memperbaguskan wuduknya (menyempurnakan sesempurna
mungkin) makakeluarlah
kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah
kuku-kukunya”. ( Muslim)

Perkara ini diperlukan supaya :

Senang untuk mendirikan solat, memudahkan apabila memegang Al-Quran dan


ayat-ayatnya
dalam teks usrah, jauh dari gangguan syaitan, dapat berbincang
tanpa dipengaruhinya dan lain-
lain kelebihan.

5. Jika ada tidak dapat hadir kerana uzur syar’ie, hendaklah segera
diberitahu kepada naqib atau
naqibah atau sekurang-kurangnya kepada sahabat
yang menjadi tuan rumah. Hal ini bertujuan
untuk :

Melatih diri bertanggungjawab dalam setiap kerja supaya naqib dan sahabat
tidak tertunggu-
tunggu serta dapat mengelakkan prasangka yang tidak baik.

6. Datang ke majlis dengan persiapan yang telah diamanahkan setelah kita


sanggup untuk
menunaikannya. Firman ALlah Subhanahuwa Taa’la :

Maksud Ayat,

“Dan penuhilah perjanjian kerana sesungguhnya perjanjian itu akan


ditanya”. (Al-Isra’ : 34)

***Dan hadis di dalam adab yang ke 3***

Perkara ini diperlukan adalah :

Supaya majlis usrah itu berjalan sebagaimana yang dirancang. Berlatih


menunaikan amanah
yang kecil sebelum diberi amanah yang lebih besar. Supaya
menjadi pendorong dan contoh
kepada sahabat yang kemudian.

Kegagalan kita berbuat demikian dibimbangkan akan menjadi alasan kepada


sahabat yang lain
untuk tidak membuat persiapan di masa akan datang.

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 9/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

7. Membawa dan menyediakan keperluan-keperluan yang diperlukan di dalam


majlis usrah
seperti Al-Quran, teks usrah, buku-buku catitan, Al-Mathurat ( jika
perlu) dan lain-lain yang
diperlukan. Ini kerana :

Supaya majlis usrah berjalan dengan lancar. Kegagalan berbuat demikian akan
mengganggu
sahabat yang dikongsi teksnya.

8. Datang ke majlis dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhwwah dan berkasih


sayang kerana
ALlah.

Maksud Hadis,

“Dari Abu Hurairah radiALlahu anhu katanya : “Rasullullah


SallALlah bersabda bahawa Allah 
Taala
berfirman pada hari Qiamat “Manakah
orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana
keagunganku? Pada hari ini
mereka itu akan Aku beri naungan pada hari tiada naungan
melainkan naunganKu
sendiri“. (Muslim)

9. Berazam untuk mendapatkan ’ilmu dan kefahaman bagi di’amalkan dan


disampaikan kepada
orang-orang lain…kecuali perkara yang rahsia.

Maksud Hadis,

“Dari Abu Hurairah radiALlahu anhu katanya RasulullahSallaLlahu


‘Alaihi Wassalam bersabda :
“Barangsia
yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka ALlah
akan memudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga“. (Muslim)

10. Duduk dengan bersopan santun. Kerana majlis itu adalah majlis zikrullah
dan dihadiri sama
oleh para Malaikat.

Maksud Hadis, “Dan tunduklah sayapmu bersikap sopan santunlah terhadap


orang-orang
mu’min”. (Muslim)

Sabda Rasullullah SallaLlahu ‘‘Alaihi Wassallam :

“…dari Abu Hurairah radiALlahu anhu dan Abu Said radhiALlahu katanya,
Rasulullah SallaLlahu
‘Alaihi Wassalam bersabda : “Tiada suatu kaum pun
duduk-duduk sambil berzikir kepada ALlah
melainkan di kelilingi oleh para
Malaikat dan ditutupi oleh kerahmatan serta turunlah kepada

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 10/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

mereka itu
ketenangan di dalam hati mereka dan Allah menyebutkan mereka kepada
makhluk-
makhluk yang ada di sisinya yakni di sebut-sebutkan hal ehwal mereka
itu di kalangan para
Malaikat”. (Muslim)

11. Mendahului majlis dengan Tahmid dan berSelawat kepada Nabi Muhammad
SallaLlahu ‘Alaihi
Wassallam.

Maksud Hadis,

“Dan daripada (Abu Hurairah) dari Nabi SallaLlahu ‘Alaihi Wassalam


sabdanya : “Tiada sesuatu
kaum pun yang duduk di suatu majlis yang mereka
itu tidak berzikir kepada ALlah Taala dalam
majlis tadi, juga tidak mengucapkan
bacaan Selawat kepada Nabi mereka di dalamnya,
melainkan atas mereka itu ada kekurangannya.
Jikalau ALlah berkehendak , maka ALlah akan
mengampunkan mereka”.

Diriwatkan oleh Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis
hasan.

12. Mendengar segala


penjelasan, bacaan-bacaan , arahan-arahan dan pengajaran dengan teliti
dan
tenang sambil cuba memahami, mencatit dan mengingati dengan tepat sebelum
disampaikan kepada orang-orang lain.

Maksud Hadis,

“Dari Abi Bakrah radhiaLlahu anhu dari Nabi SallaLlahu ‘Alaihi


Wasallam sabdanya : “Hendaklah
orang-orang yang hadir menyampaikan kepada
yang tidak hadir kerana sesungguhnya
kemungkinan orang-orang yang disampaikan
itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham dari
yang menyampaikan”.

(Bukhari dan Muslim)

13. Memohon penjelasan atau mengemukakan pertanyaan selepas diberi


peluang atau setelah
meminta izin naqib atau naqibah. Supaya tidak menggangu
perjalanan majlis. Supaya ada sikap
menghormati naqib atau naqibah.

14. Jangan mencelah ketika naqib atau sahabat sedang memberi penerangan
kecuali dalam
perkara yang memerlukan teguran yang segera (seperti membetulkan
bacaan yang silap). Ini
adalah kerana :
https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 11/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

Supaya tidak mengganggu perjalanan majlis. Supaya tidak menghilangkan


penumpuan anggota
usrah yang lain. Kadang-kadang naqib atau sahabat yang sedang
bercakap akan kehilangan apa
yang hendak disampaikan apabila dicelah ketika dia
sedang bercakap.

15. Jangan mengangkat suara tinggi lebih dari keperluan pendengar. Ini
adalah perkara yang
dilarang oleh Allah Ta’ala sebagaimana firmanNya yang
bermaksud :

“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu.


Sesungguhnya seburuk-
buruk suara ialah suara keldai”.

(Luqman : 19)

16. Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah
itu bersifat tenang
dan serius. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :

“Dari Anas radhiaLlahu anhu katanya : “SallaLlahu ‘Alaihi


Wasallam mengucapkan sebuah
khutbah yang saya tidak pernah mendengar suatu
khutbah pun seperti itu kerana amat
menakutkan. Beliau SallaLlah’Alaihi Wasalam
bersabda :”Andaikata engkau semua dapat
mengetahui apa yang aku ketahui,
nescaya engkau semua akan sedikit ketawa dan banyak
menangis”. Para
sahabat RasuluLlah SallaLlah ‘Alaihi Wassalam lalu menutupi wajah masing-
masing
sambil terdengar suara esakkannya.

(Mutaffaq’alaih)

17. Jangan banyak bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak
mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam semua perkara. Ini adalah kerana :

Supaya hendaklah bergurau di dalam perkara yang benar sahaja. Banyak


bergurau akan
menjadikan majlis usrah bertukar menjadi majlis jenaka, gurau
senda dan gelak ketawa. Banyak
bergurau akan menjadikan majlis usrah kurang
bermanfaat.

Maksud Hadis,

“Saya bergurau tetapi saya tidak berkata sesuatu kecuali yang


benar”.

18. Jangan menghisap rokok di tempat diadakan majlis usrah dan kalau
ditinggalkan terus adalah
terlebih baik.

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 12/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

Supaya tidak menggangu sahabat-sahabat yang tidak merokok. Supaya tidak


menggangu tuan
rumah jika sekiranya ahli keluarga rumah itu sensitif dengan bau
asap rokok.

19. Jangan mempersoalkan atau mempertikaikan arahan-arahan yang telah diberikan


dengan
jelas dan menepati syara’ :

Maksud Hadis, “Sesungguhnya binasa umat sebelum kamu kerana mereka


banyak menyoal
(yang tidak berfeadah) dan mereka suka menyalahi Nabi-nabi
mereka”.

(Mutaffaq’alaih)

20. Minta izin dari naqib sebelum keluar dari majlils kerana sesuatu
keperluan. Ini adalah kerana

Keluar dari majlis tanpa izin adalah perangai orang-orang munafiq.

Maksud Ayat,

“Sesungguhnya yang benar-benar orang-orang mu’min ialah


orang-orang-orang-rang yang
beriman kepada Allah dan RasulNya, dan apabila
mereka berada bersama-sama Rasulullah
dalam sesuatu urusan yang memerlukan
pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah)
sebelum meminta izin kepadamu
(Muhammad).

Share this:

 Twitter  Facebook

Related

Sifat dan Akhlak Naqib (Bah. 1) Sistem Usrah ‫نظــام الأســـــر‬ Warkah Buat Para Murabbi
December 20, 2019 December 23, 2019 December 23, 2019
In "fikrah" In "majmuk rasail" In "risalah ikhwan"

 Halaqah Efektif  Kamaru Salam  Tarbiyah  Usrah

 Prev Next 

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 13/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

Related articles

fikrah

Peranan Pelajar
 Abu’l A’la Al-Maududi  December 22, 2020 0

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 14/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

fikrah

Salah faham dalam memahami cubaan dan kesulitan


 Mustafa Masyhur  December 22, 2020 0

fikrah

Imam Hassan al-Banna, Pemimpin Rabbani pembawa obor harapan


 Mohamed Hamed Eliwa  January 23, 2020

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 15/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

risalah ikhwan utama

Warkah Buat Para Murabbi


 Dr. Mohammed Badie  December 23, 2019 0

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 16/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

fikrah

Sifat dan Akhlak Naqib (Bah. 1)


 Mohamed Hamed Eliwa  December 20, 2019

fikrah

Jihad Ekonomi
 Dr. Husain Shahatah  December 14, 2019

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 17/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 18/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 19/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 20/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 21/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 22/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 23/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 24/25
9/23/22, 11:54 PM Usrah yang efektif – ‫بلغوا عني ولو آية‬

katakanlah inilah jalanku ! Cream Magazine by Themebeez

Facebook Hubungi Kami

https://dakwah.info/2019/12/13/usrah-yang-efektif/ 25/25

You might also like