Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAWA


MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PPKI BIL. 2 / 2023

Tarikh : 18.07.2023
Masa : 12.00 Tengahari
Tempat : Kelas PPKI Brilliant Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa
Pengerusi : En. Mohd Khudzari bin Mohd Nor
Kehadiran(Bilangan) :
Nama Yang Hadir :
1. Pn. Shaheeza Azwa bt Abdul Razak
2. Pn. Raihan binti Ghazali
3. En. Mohamad Kesumo Santri bin Ahmad
4. Pn. Haizimah binti Hashim
5. Pn. Siti Hawa binti Mat Lias
6. Pn. Noresah binti Sapari
7. Cik Nurul Aina Syazana binti Mohd Nasir

Tidak Hadir

1. En. Mohd Khudzari bin Mohd Nor - Bersebab


2. En. Harmizi bin Hamid - Bersebab
3. Pn. Shahira Nor Hameza binti Ramlan - Bersebab

Urus Setia Mesyuarat


Pn. Haizimah binti Hashim

AGENDA MESYUARAT GURU


1. UCAPAN PENGERUSI
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
3. PERKARA BERBANGKIT
4. PERKARA BAHARU
5. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
6. HAL-HAL LAIN
7. UCAPAN PENANGGUHAN

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Tahniah kepada guru yang hadir ke Mesyuarat Pengurusan PPKI Bil.2 /
2023.
1.2 Selamat datang kepada PPM (Pembantu Pengurusan Murid) baru yang
menggantikan Pn. Shahira Nor Hameza selama 3 bulan iaitu Cik Nurul
Aina Syazana.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 01 NOVEMBER 2015 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
2.1 Pn. Siti Hawa binti Mat Lias mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan
disokong sebulat suara.

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit.

4. PERKARA BAHARU

4.1 PN. SHAHEEZA AZWA BINTI ABDUL RAZAK – PENOLONG KANAN


KURIKULUM

4.1.1 Permohonan ABM perjawatan bagi tahun 2024 telah dibuat iaitu penambahan 1
orang guru, 1 orang PPM (Pembantu Pengurusan Murid) dan juga penambahan
1 kelas PPKI bagi murid seramai 12 orang (9 orang-Islam dan 3 orang bukan
Islam).
Tindakan : PKP

4.1.2 Jadual guru - Mohon susun semula bagi megurangkan sedikit masa untuk Pn.
Haizimah.
Tindakan : Semua guru

4.1.3 Bagi tahun 2024, sekiranya lulus permohonan ABM (2 Kelas PPKI), murid akan
diagihkan mengikut kedudukan tahap kelas iaitu tahap 1 dan tahap 2.
Tindakan : Makluman semua guru dan PPM

4.1.4 Perkembangan setiap murid:


Simson / M.Ariff Bahasa Melayu-boleh menguasai KVKV
Matematik-boleh membuat operasi mudah seperti tambah,
tolak, darab.
Pen. Islam-Boleh membaca Iqra’1 dengan bimbingan (Ariff)
M.Amir Bahasa Melayu-Boleh menguasai KVKVK dengan lancar.
Matematik-Boleh membilang 1-20 dan operasi mudah seperti
tambah dan tolak dengan bimbingan.
Pen.Islam-Boleh membaca Iqra’ 1 dan boleh masuk Iqra’2.
Krishan Bahasa Melayu-Boleh membaca dengan bimbingan, menulis
dan mewarna dengan bimbingan penuh.
Matematik-Boleh menyebut nombor dengan bimbingan.

Adeef/Awra/ Bahasa Melayu - Boleh membaca KVKV dengan bimbingan


Arman penuh.
Matematik-Murid kenal nombor 1-10 dan boleh membuat
operasi mudah seperti tambah dan tolak dengan bimbingan
penuh.
Pen.Islam- Boleh membaca Iqra’1 dengan bimbingan penuh.
Izzdieyad/Ammar Bahasa Melayu - Boleh membaca KVKV dengan bimbingan
Mujahid penuh.
Matematik-Boleh menyebut nombor dan membuat operasi
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
01 01 NOVEMBER 2015 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
tambah dengan bimbingan penuh.
Pen. Islam - Boleh membaca Iqra’1 dengan bimbingan penuh.
Ariq Bahasa Melayu/ Matematik/ Pendidikan Islam-Murid tidak
boleh menyebut dan perlu bimbingan penuh untuk semua
aktiviti.
Sofea Bahasa Melayu / Matematik / Pendidikan Islam - Boleh ikut
menyebut , menulis dan mewarna dengan bimbingan penuh.
Navya Bahasa Melayu-Boleh menyebut dan membaca KVKV dengan
bimbingan.
Matematik- Boleh menyebut dan mengecam nombor 1-20.
Pastikan guru-guru mengajar mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT).

Tindakan : Semua guru dan PPM

4.1.5 Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Cik Nurul Aina
Syazana atas tugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang
menggantikan Pn. Shahira selama 3 bulan.
Tindakan : Makluman semua guru dan PPM

4.2 PN. HAIZIMAH BINTI HASHIM – PENYELARAS PPKI

4.2.1 Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah (PAPR)- Pembentangan pemilihan EBAI


dan Reaksi.
4.2.1.1 EBAI-Majlis Hari Jadi
Reaksi ialah:
R2: Murid boleh membuat persiapan tempat
R3: Murid boleh menyediakan peralatan menghidang
R4: Murid mengamalkan penjagaan kebersihan sepanjang aktiviti
R6: Murid memakai pakaian yang sopan
R11: Murid makan ditempat yang disediakan
R13: Murid berinteraksi sepanjang aktiviti

EBAI-Sukan Tahunan Sekolah


R1: Murid memakai pakaian yang sesuai
R2: Murid memberi kerjasama dalam pasukan
R4: Murid mendengar dan mematuhi arahan
R6: Murid menggunakan alatan sukan
R9: Murid melibatkan diri dalam acara sukan
Tindakan : Semua guru dan PPM

4.2.2 Karnival E - Kokurikulum Program Pendidikan Khas Daerah Klang 2023


4.2.2.1 Murid Sk Kampung Jawa menyertai pertandingan Tarian Rampai .
4.2.2.2 Guru PPKI Sk Kampung Jawa juga menjadi AJK untuk Pendaftaran.

Tindakan : Semua guru dan PPM

4.2.3 Pemilihan Merentas Desa Peringkat Negeri Selangor

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 01 NOVEMBER 2015 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
4.2.3.1 Satu orang murid PPKI telah menyertai (Muhammad Ariff bin Jaffahar
Ali) pada 13 Julai 2023.
4.2.4 Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Daerah 2023
4.2.4.1 Tarikh: 16 & 17 Ogos Acara balingan di SMK Telok Gadong. Acara
Balapan 22 & 23 di stadium Kota Raja.
Tindakan : Makluman semua guru dan PPM

4.2.5 Elaun Murid Khas (EMK)


4.2.5.1 Dua orang murid iaitu Navya dan Ammar Mujahid termasuk dalam
senarai murid yang dapat EMK murid cicir bagi fasa 1 dan sedang
dalam proses untuk dimasukkan ke dalam akaun murid.
Tindakan : Pn. Haizimah

4.2.6 Program Pendidikan Inklusif (PPI)


4.2.6 Memaklumkan bahawa terdapat PPI penuh dan PPI separa dan perlu
mencapai 90 peratus. 1 orang murid inklusif penuh dari kelas 5
Trust (Daim Zafran). Bagi PPI separa, murid PPKI akan bergabung
dengan kelas Cikgu Norul Hidayah dalam mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan program Yaasin setiap hari Jumaat. Puan Azwa meminta
agar guru PPKI membuat eviden bagi PPI.
Tindakan : Semua guru dan PPM

5.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA


- Tiada

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Pn. Siti Hawa memaklumkan bahawa terdapat dua orang murid yang selalu datang
lewat ke sekolah walaupun telah diingatkan beberapa kali secara panggilan atau
dalam “whatsap” PPKI.
6.2 Pn. Haizimah memaklumkan bahawa telah berulang kali berlaku kecurian di PPKI.
6.3 Pn. Raihan memaklumkan mengenai cara bayaran penyertaan olahraga dan
boleh meminta bantuan Pn Norul Hidayah untuk melatih murid dalam acara yang
akan disertai oleh murid PPKI memandangkan pada 24-28 Julai akan diadakan
latihan MSSD di padang sekolah SKKJ.
6.4 Pn. Shaheeza Azwa juga memaklumkan bahawa dalam minit mesyuarat perlu ada
tindakan siapa, bukan makluman sahaja.

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN


7.1 Pengerusi berharap semua guru dapat bekerjasama dalam memastikan
kecemerlangan PPKI pada tahun 2023 dan tahun-tahun akan datang.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.15 petang

URUS SETIA,
Penyelaras PPKI,
SK Kampung Jawa.
Tarikh : 18 Julai 2023

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 01 NOVEMBER 2015 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

You might also like