Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

KERTAS CADANGAN PROJEK:

Pemantauan Kualiti Air di Lembangan


Sungai Negeri Kelantan

Disediakan untuk:
Bahagian Sumber Air dan Hidrologi, Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS) Negeri Kelantan

Disediakan oleh

1. Ts. Dr Ahmad Razi Othman


Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses, FKAB, UKM
Email: ahmadrazi@ukm.edu.my

2. Prof Madya Dr Mohd Shahrul Mohd Nadzir


Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, FST, UKM
Email: shahrulnadzir@ukm.edu.my
PENGENALAN

PENGENALAN

MENGENAI SISTEM PEMANTAUAN AIR TANPA WAYAR (WIRELESS WATER MONITORING)


(WWMS)

AQUASense dibina oleh penyelidik UKM dengan kerjasama syarikat Innosense Technology Sdn Bhd
untuk mengukur parameter kualiti air seperti oksigen terlarut (DO), pH, konduktiviti, dan kekeruhan air
(turbidity). Sistem ini juga dihubungkan dengan stesyen iklim bagi menentukan kadar suhu dan
kelembapan Kawasan sekitaran. Melalui perbandingan dengan system multiprobe sedia ada, system
ini dibangunkan menggunakan pengawal mikro (microcontroller) yang dikenali sebagai TTGO T-Call
ESP32 disertakan dengan SIM800L GPRS Modul (Rajah 1) dan sensor paras air.

Rajah 1: Rekabentuk AQUASENSE.

Rajah 2: Rekabentuk sensor paras air

2
AQUASENSE
TTGO dilengkapi dengan modul GSM yang membolehkan sistem dihubungkan dengan internet
menggunakan kad SIM dan memancarkan ukuran bacaan kedalam sistem “cloud” seperti Google
cloud atau Thindspeak. Pengguna boleh mengakses data dan memantau perubahan bacaan
parameter secara “real time” dan pada jarak jauh. AQUASENSE dikuasakan dengan bateri lithium-ion
bagi memastikan sistem ini boleh digunakan di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan elektrik.
Sistem ini juga dilengkapi dengan papan solar sebagai sistem pengecas bateri (Rajah 2). Kos sistem
ini sekitar 20 kali lebih jimat berbanding dengan sistem multiprob yang terdapat di pasaran kini.
Disebabkan oleh ciri-ciri ini, AQUASENSE boleh digunakan di kawasan seperti sungai dan tasik bagi
mengumpul data kualiti air. Metadata yang diperolehi dari pemantauan ini boleh digunakan didalam
memantau sebarang aktiviti yang menyumbang kepada perubahan kualiti air. Selain itu, data yang
diperolehi boleh digunakan sebagai panduan untuk menjangkakan sebarang perubahan di masa
hadapan. Gambaran lengkap model AQUASENSE adalah seperti pada Rajah 3.

Rajah 2: Rajah skematik AQUASENSE.

Rajah 3: AQUASENSE

3
AQUASENSE
PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN

PERMASALAHAN

1. Pencemaran air di Malaysia semakin serius dan memberi impak negatif kepada kemampanan
bekalan air bersih di negara ini. Situasi ini menyebabkan gangguan bekalan air terhadap
pengguna (NST, 2019). Disebabkan oleh kurangnya pemantauan dan pengawasan kualiti air,
aktiviti pembuangan sisa secara haram ke dalam sungai semakin menjadi-jadi dan sukar untuk
dipantau oleh pihak berkuasa. Pencemaran air ini juga menyebabkan kerugian ribuan ringgit
kepada beberapa sektor seperti akuakultur dan pelancongan (AstroAwani, 2021)

2. Pencemaran air mempengaruhi kualiti air. Perubahan ini boleh dipantau melalui perubahan dari
segi pH, kepekatan oksigen terlarut (DO), konduktiviti dan suhu air tersebut. Kesemua
parameter kualiti air ini boleh diukur menggunakan sensor AQUASENSE. Perbandingan
dengan sistem multiprob komersil mendapati beberapa kelebihan ciri-ciri yang ditunjukan oleh
AQUASENSE (i) memberikan bacaan data secara “real time” (ii) memberikan ilustrasi data
yang dapat meningkat pemahaman pengguna (iii) mampu beroperasi secara jarak jauh (iv) kos
yang lebih efektif.

PENYELESAIAN

AQUASENSE dibangunkan dengan tujuan untuk menangani masalah yang dinyatakan diatas. Kos
sistem AQUASENSE adalah sekitar 20 kali lebih murah berbanding sistem multiprob komersil yang
berada di pasaran. Disebabkan oleh ciri-ciri yang dinyatakan di atas, AQUASENSE mampu boleh
digunakan untuk pemantauan air di sungai, tasik dan juga laut. Sistem ini boleh digunakan sistem
amaran awal kepada pencemaran air. Selain itu, AQUASENSE boleh digunakan untuk pencerapan
metadata kualiti air sungai sekiranya diletakkan pada beberapa kawasan. Metadata yang diperolehi
boleh digunakan sebagai pemantauan aktiviti antropogenik. Sistem AQUASENSE juga dilengkapi
dengan kemudahan IoT yang mampu memberikan kemudahan pemantauan data secara “online”
melalui aplikasi pintar. Sistem ini juga dilengkapi dengan sistem amaran yang memberi amaran kepada
pengguna akan kualiti air. Kelebihan ini memberikan kesempatan kepada pengguna untuk mengambil
tindakan yang perlu bagi membendung dari kerugian yang lebih besar.

PARAMETER

Parameter yang diukur oleh AQUASENSE:

1. Oksigen Terlarut (DO)


2. pH
3. Elektro-konduktiviti (EC)
4. Suhu
5. Kekeruhan

Kos AQUASENSE (5 prob dalam 1 unit) = RM20,000.00

4
AQUASENSE
OBJEKTIF

Sistem AQUASENSE in telah diuji di makmal dan juga beberap sungai dan tasik dibawah Majlis
Perbandaran Subang Jaya dan juga Majlis Bandaraya Ipoh. Dibawah adalah objektif projek ini.
1. Untuk menempatkan sistem AQUASENSE di kawasan sungai di Negeri Kelantan.
a. Lembangan Sungai Golok
i. Sungai golok di Stesen Rantau Panjang Pasir mas.
ii. Sungai golok di Kampung Jenob Tanah Merah
b. Lembangan Sungai Kelantan
i. Sg Kelantan Jambatan Sultan Yahya Petra Kota Bharu
ii. Sg Kelantan di Kusial Tanah merah
iii. Sg Lebir di Kampung Tualang Kuala Krai
iv. Sg Galas di Kampung Dabong Kuala Krai
v. Sg Galas di Kampung Lembaga Gua Musang.
vi. Sg Sokor di Kampung Sokor Tanah Merah
2. Untuk memantau data AQUASENSE dan kebolehgunaan sistem dikawasan yang
dicadangkan.

JADUAL

● 3 bulan untuk persedian 8 unit AQUASENSE.


● 3 bulan untuk pemasangan AQUASENSE disemua kawasan sungai Negeri Kelantan.

KOS

Kos yang dinyatakan adalah untuk parameter asas seperti yang dinyatakan diatas,

1. AQUASENSE (Parameter Asas) = RM 20,000 per 1 unit sensor

HASIL PROJEK

[Discuss the project’s goals and objectives, including the benefits to reap once you’ve achieved them.]

HASIL PROJEK

Objektif Hasil

5
AQUASENSE
● Kajian ini akan menentukan kesesuaian
dan ketahanan sistem AQUASENSE
terhadap keadaan di Sungai Kelantan.
1. Untuk menempatkan sistem AQUASENSE di
● Berdasarkan pemantauan ini, satu
kawasan sungai di Negeri Kelantan.
saranan berkaitan dengan jadual
penyelenggaraan sistem bagi
memastikan sistem AQUASENSE pada
tahap optimum.

● Data yang diperolehi boleh digunakan


sebagai panduan kepada pihak
Jabatan Perparitan dan Saliran Negeri
2. Untuk memantau data AQUASENSE dan Kelantan di dalam menentukan dan
kebolehgunaan sistem dikawasan yang memantau kualiti air di sungai Negeri
dicadangkan. Kelantan.
● Data yang diperolehi boleh digunakan
untuk menganggarkan corak kualiti air
di Sungai Kelantan

SKOP KERJA

SKOP KERJA

Sejumlah 8 unit sistem AQUASENSE akan ditempatkan di kawasan yang telah dinyatakan seperti
diatas. Satu sistem aplikasi pintar akan dibangunkan bagi memudahkan pihak Jabatan Perparitan dan
Saliran Negeri Kelantan untuk memantau data kualiti air secara “realtime” dan juga sistem amaran
awal yang membantu pihak JPS Kelantan untuk bertindak bagi mengelakan pencemaran yang lebih
teruk.

JANGKAAN RISIKO

RISIKO LANGKAH PENYELESAIAN

Terdapat mendakan pada permukaan sensor. Kadar penyelenggaraan sensor yang


mengikut saranan mampu untuk
1
mengurangkan mendapan pada permukaan
sensor

Sensor yang kurang sensitif. i. Pematuhan kepada jadual penyelengaraan


2
ii. Kalibrasi sensor

6
AQUASENSE
MILESTONES

MILESTONE Tarikh Mula Tarikh Tamat Tempoh


(bulan)

Menyediakan 8 unit AQUASENSE 1 Ogos 2023 30 November 2023 4


dan ujian makmal

Pemasangan 8 unit AQUASENSE 1 December 30 Januari 2024 2


di sungai Negeri Kelantan 2023

Pemantauan data AQUASENSE di 1 Februari 2024 31 Julai 2024 6


sungai Negeri Kelantan
BAJET

PERKARA/ITEM KOS (RM)

8 unit AQUASENSE 160,000.00

Pemasangan AQUASENSE di 8 sungai Negeri Kelantan 20,000.00

Lesen aplikasi pintar telefon dan papan muka (Dashboard) / tahun 10,000.00

Langganan servis “cloud” / tahun 5,000.00

Kos pengangkutan 10,000.00

JUMLAH 205,000.00

7
AQUASENSE
8
AQUASENSE

You might also like