Perang Dunia Kedua

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

Perang Dunia

Kedua
Perang Dunia Kedua (1939–1945)
berlaku di Eropah, utara Afrika, Tanah
Besar Asia dan Kepulauan Asia
Tenggara. Peperangan melibatkan
Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutu.
Faktor Berlaku Perang
Dunia Kedua di Eropah

Perang Dunia Kedua tercetus akibat


kemunculan ideologi baharu, ketidakpuasan
hati terhadap Perjanjian Versailles dan
kegagalan Liga Bangsa-Bangsa.
F1: Kemunculan Ideologi
Baharu

Fasisme Nazisme
Di pimpin oleh Benito Mussolini dan berjaya menguasa Itali Gerakan nazisme di bawah pimpinan Adolf Hitler dan parti
pada 1922. Nazi berjaya di Jerman pada tahun 1933.

Fasisme mementingkan negara melebihi individu dan percaya Nazisme mengagungkan bangsa Jerman. Hitler berusaha
kepada nasionalisme melampau termasuk berperang bagi untuk memulihkan nasionalisme Jerman dengan
meningkatkan imej negara. mengetepikan Perjanjian Versailles.

Itali meluaskan tanah jajahan dengan menguasai Habsyah Hitler membina angkatan tentera semula dan seterusnya
(Ethiopia) dan Albania. menduduki Rhineland semula, wilayahnya yang hilang melalui
Perjanjian Versailles.
F2: Ketidakpuasan Hati
terhadap Perjanjian Versailles
Jerman, negara yang kalah dalam Perang Dunia Pertama
menganggap Perjanjian Versailles tidak adil dan
menjejaskan kedaulatan negaranya.

Pampasan perang yang tinggi dan perlu dibayar


menyebabkan Jerman mengalami kemelesetan ekonomi
Perjanjian dan inflasi yang teruk.

Versailles Itali, negara yang menyertai Pakatan Bertiga dalam


Perang Dunia Pertama juga tidak berpuas hati terhadap
Perjanjian Versailles kerana tidak diberikan tanah jajahan
baharu seperti yang diperoleh Perancis dan Poland
F3: Kegagalan Liga
Banga

Liga Bangsa-Bangsa berperanan untuk memastikan keamanan dunia


dan mewujudkan kerjasama antarabangsa

Liga Bangsa-Bangsa gagal menguatkuasakan perjanjian pelucutan


senjata

Liga Bangsa-Bangsa gagal menangani krisis pencerobohan yang


berlaku. Ini menyebabkan dunia terdedah kepada konflik berterusan
dan mengakibatkan meletusnya Perang Dunia Kedua.
Cabaran Liga Bangsa-Bangsa
selepas Perang Dunia Pertama.
1 Krisis Manchuria (1931–1933)

Jepun menakluki Manchuria,


iaitu wilayah di bawah
penguasaan China.

2 Perjanjian Pelucutan Senjata (1932–1934)

Jerman keluar daripada Liga Bangsa-


Bangsa dan memperbesar angkatan
tenteranya secara terbuka

3 Krisis Habsyah (1935–1936)

Itali menyerang Habsyah di Afrika.


Perang Dunia Kedua di Eropah
Penaklukan Jerman terhadap Eropah Barat

Selepas peperangan diisytiharkan, Jerman memulakan


serangan Blitzkrieg. Jerman berjaya mengambil Poland,
Denmark, Norway, Belanda, Belgium, Luxembourg dan
Perancis. Jerman menguasai hampir keseluruhan negara di
Eropah Barat menjelang pertengahan tahun 1941.
Pengeboman Britain
Jerman melancarkan serangan udara dan laut
terhadap Britain pada bulan September 1940 sehingga
bulan Jun 1941. Jerman menyerang pelabuhan,
kawasan perindustrian dan pertahanan udara Britain.
Serangan tersebut telah menjejaskan ekonomi Britain.
Penyertaan Itali dalam Perang di Eropah
Itali, sekutu Jerman mengisytiharkan perang
terhadap Britain dan Perancis pada bulan
Jun 1940. Tentera Itali menyerang Perancis
melalui arah selatan, manakala tentera
Jerman menyerang Perancis dari arah utara.
Serangan Jerman ke atas Rusia
Setelah menguasai Eropah Barat, Jerman telah
melancarkan Operasi Barbarossa, untuk menawan Rusia.
Hitler ingin menguasai Rusia, untuk menguasai seluruh
Eropah. Operasi ini menyasarkan bandar utama iaitu
Leningrad, Moscow dan Stalingrad
Peta Perang
Dunia Kedua
di Eropah
(1939–1941).
Berakhir Perang Dunia
Kedua di Eropah
1 Kerjasama Kuasa Besar

Franklin Roosevelt, Winston Churchill dan Joseph Stalin sering


bertemu untuk membuat keputusan politik dan ketenteraan.
Tentera Bersekutu daripada ketiga-tiga perkhidmatan, iaitu
tentera darat, udara dan laut beroperasi di bawah Komander
Tertinggi Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

2 Keberkesanan Strategi Serangan

Kesilapan Kuasa Paksi membuat keputusan politik dan ketenteraan


dalam operasi menawan Rusia membawa kegagalan. Kuasa
Bersekutu pimpinan Amerika Syarikat memperlihatkan keunggulan
dalam perancangan ketenteraan, terutama kejayaan operasi
pendaratan tentera Bersekutu di Normandy, Perancis.
Kegagalan Operasi
Menawan Rusia
Serangan terhadap Rusia berjalan lancar pada peringkat awal. Jerman
kehilangan banyak nyawa tenteranya apabila perang melewati dua
musim sejuk di Rusia.

Ini menyebabkan tentera Jerman kehabisan peluru, minyak dan


makanan yang akhirnya melemahkan semangat tenteranya. Jeneral
Jerman, Friedrich Von Paulus mengingkari perintah Hitler untuk
meneruskan peperangan dan menyerah kalah kepada tentera Rusia di
Stalingrad pada bulan Januari 1943
Kejayaan Operasi Pendaratan
Tentera Bersekutu

Melalui operasi “D-Day”, tentera Bersekutu mendarat di Normandy,

Perancis, pada Jun 1944. Tentera Bersekutu berjaya

memperdayakan Jerman dengan menyebarkan maklumat yang

meyakinkan Jerman bahawa pendaratan akan berlaku di Calais,

bukannya di Normandy.


Kejayaan operasi “D-Day” membolehkan tentera Bersekutu

memasuki Jerman dari arah barat. Tentera Rusia menyerang Jerman

dari bahagian timur. Kematian Hitler pada bulan April 1945 juga

mengakibatkan Jerman menyerah kalah, menamatkan perang yang

berlangsung selama enam tahun di Eropah.

You might also like