Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

BEC1033

PENGENALAN KEPADA EKONOMI

TUGASAN 1 (20%)

Mod : INDIVIDU

Penyerahan tugasan : 6 March 2023

Pensyarah: Sir Muhd Farid Asyraf Arawak

Nama: Lawrence anak Sare

Id Matriks: 1112021070003

Jurusan: Diploma Pengurusan


Senarai kandungan

Bil Isi kandungan No. Muka Surat


1 Soalan 1 1
2 Soalan 2 2
3 Soalan 3
3.1. (a) 3-4
3.2. (b)
Soalan 1

Berikan definisi kos lepas. Dengan menggunakan gambarajah yang bersesuaian,


huraikan bagaimana kos lepas mempengaruhi bentuk keluk kemungkinan pengeluaran.

Definisi kos lepas ialah merujuk kepada barangan kedua yang terbaik yang terpaksa
dilepaskan untuk mendapat barangan atau perkhidmatan yang terbaik. Keluk kemungkinan
pengeluaran berbentuk cembung ke titik asalan sekiranya kos lepas semakin meningkat.
Pergerakan dari A ke E menunjukkan semakin banyak barang X dikeluarkan, semakin banyak
barang Y perlu dilepaskan.

1
Soalan 2

Dengan menggunakan rajah yang sesuai, terangkan bagaimana keseimbangan


pasaran tercapai dalam sesebuah ekonomi.

Pada harga yang lebih tinggi daripada P2 iaitu P3, kuantiti ditawar sebanyak 0Q3 manakala
kuantiti diminta sebanyak 0Q1. Oleh itu, berlaku lebihan penawaran sebanyak Q1Q3 di
pasaran. Lebihan penawaran menyebabkan harga cenderung turun sehingga keseimbangan
pasaran tercapai semula. Pada harga yang lebih rendah daripada P2 iaitu P1, kuantiti diminta
sebanyak 0Q3 manakala kuantiti ditawar sebanyak 0Q1. Oleh itu, berlaku lebihan permintaan
sebanyak Q1Q3 di pasaran. Lebihan permintaan menyebabkan harga naik sehingga
keseimbangan pasaran tercapai semula.

2
Soalan 3

Jadual di bawah menunjukkan jumlah penawaran pendrive di pasaran.

(a) Lakarkan dan terangkan keluk penawaran bagi pasaran pendrive di atas.

Harga Pendrive Jumlah Penawaran (unit) Titik


RM15 3000 A
RM30 10 000 B
RM45 15 000 C
RM60 18 000 D

3
• Pada harga RM15, kuantiti ditawarkan ialah 3000 unit pada titik A.
• Apabila harga naik kepada RM30, kuantiti ditawarkan naik kepada 10 000 unit
pada titik B.
• Apabila harga naik kepada RM45, kuantiti ditawarkan naik kepada 15 000 unit
pada titik C.
• Apabila harga naik kepada RM60, kuantiti ditawarkan naik kepada 18 000 unit
pada titik D.

Oleh itu apabila titik a, b, c dan d disambung maka terbitlah keluk penawaran yang
mencerun ke atas dari kiri ke kanan.]

(b) Jelaskan tiga (3) faktor yang mempengaruhi penawaran sesuatu barang dalam
ekonomi.

Faktor 1 - Perubahan kos pengeluaran.

• Kenaikan kos pengeluaran sesuatu barang akan menyebabkan penawaran ke


atas suatu barang akan turun, manakala penurunan kos pengeluaran akan
menyebabkan penawaran ke atas suatu barang akan naik.

Faktor 2 - Perubahan harga barang lain berkaitan.

• Perubahan harga barang lain berkaitan seperti kenaikan harga barang penawaran
bersaing akan menyebabkan penawaran barang saingannya turun, manakala
penurunan harga barang penawaran bersaing akan menyebabkan penawaran
barang saingannya naik.

Faktor 3 - Perubahan teknologi pengeluaran.

• Peningkatan teknologi pengeluaran seperti penggunaan mesin lebih canggih


menyebabkan pengeluaran sesuatu barang meningkat dan penawaran ke atas
barang tersebut akan naik.

You might also like