Diet Sihat Tanpa Gula

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Diet Sihat Tanpa Gula

Korang tahu tak? Penghapusan gula tambahan, adalah keputusan yang sangat sihat yang
mampu mengubah hidup. Kebanyakan orang sedar tentang bahaya manis gula, oleh itu
mereka cuba mengurangkan pengambilan gula harian, walaupun ramai yang berputus asa
dalam proses tersebut.

Jadi, korang nak tahu tentang satu diet sihat tanpa gula ni tak? Jom ikuti perkongsian AU.

Apa itu Diet Sihat Tanpa Gula?


Diet sihat tanpa gula ini juga dikenali sebagai diet bebas gula, yang merupakan gaya
pemakanan secara mengehadkan pengambilan gula tambahan. 

Sekatan ini bukan sahaja memfokuskan makanan bergula yang nyata, seperti gula-gula dan
air berperisa, tetapi juga gula tambahan yang didapati bersembunyi dalam makanan berperisa
seperti sos pasta.

Kebaikan Diet Sihat Tanpa Gula


1. Praktikal dan realistik
Diet sihat tanpa gula yang tertumpu pada real food dan whole food ini mengajar korang
sebuah tabiat gaya hidup yang sihat. Hal ini kerana, mengelak pengambilan gula tambahan
bermakna, korang juga mengelak daripada makanan diproses yang mengandungi bahan
tiruan. 
Ia adalah gaya hidup praktikal untuk dipatuhi, bukan sahaja untuk penurunan berat badan,
malahan untuk pengurusan berat badan jangka panjang dan kesihatan keseluruhan.

2. Mudah untuk diamalkan


Diet tanpa gula tidak mempunyai sebarang garis masa, garis panduan, peraturan atau sekatan
(selain daripada memotong gula tambahan). Tiada buku untuk dibeli sekiranya korang
inginkan informasi lebih lanjut. Korang juga tak perlu melanggan atau membeli sebarang
produk makanan tambahan. Apa yang korang perlu lakukan ialah, mengelakkan pengambilan
gula tambahan dengan makan makanan yang tidak diproses. Hal ini menjadikan pelan diet
sihat tanpa gula, mudah diikuti.

3. Fleksibel dan boleh disesuaikan


Oleh kerana tiada peraturan yang ketat tentang diet tanpa gula ini, apa yang korang makan
adalah terpulang kepada pilihan dan bajet peribadi korang. Pelan ini boleh disesuaikan
mengikut gaya hidup korang. 

Di samping itu, semasa korang perlahan-lahan menghilangkan pengambilan gula, badan akan
mula mengidamkan makanan yang lebih berkhasiat secara semula jadi. Senang cerita, diet
sihat tanpa gula ini boleh menggalakkan pemakanan yang penuh perhatian dan intuitif. 
Lama kelamaan, pematuhan kepada gaya hidup tanpa gula boleh menjadi seperti sifat kedua
dan bukannya pembaikan sementara atau diet jangka pendek.

4. Kelestarian jangka panjang


Diet tanpa gula juga merupakan satu amalan yang sihat dan selamat untuk diikuti selama-
lamanya. Keinginan korang terhadap gula juga akan hilang dari semasa ke semasa. Selagi
korang berpegang pada prinsip makan makanan yang tidak diproses dan membaca label
dengan teliti, korang akan merasa mudah untuk mematuhi diet ini, untuk jangka masa
panjang.

Macam Mana nak Mulakan Diet Sihat Tanpa Gula?


Agak susah untuk mengubah gaya hidup dalam satu hari. Itulah sebabnya adalah lebih baik
untuk memulakan diet secara beransur-ansur, supaya korang dapat membiasakan diri dengan
corak pemakanan baharu.

Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh orang ramai untuk menjalani diet sihat tanpa
gula ini ialah, keinginan berterusan untuk makanan dan minuman bergula yang tidak sihat.
Berikut AU kongsikan beberapa cara untuk memulakan diet sihat tanpa gula.

1. Hadkan pengambilan gula


Pertama sekali, cuba hadkan pengambilan gula korang untuk beberapa minggu pertama.
Jangan menghapuskannya sepenuhnya daripada diet korang! Ia akan membantu korang
menyesuaikan diri dengan gaya hidup rendah gula yang baharu dan akan mengurangkan
keinginan terhadap gula. 

Korang juga boleh cuba membuat rancangan untuk mengurangkan pengambilan gula
tambahan secara beransur-ansur dan cuba mengikutinya. Jangan berputus asa jika korang
gagal dan mencari makanan manis sekali-sekala. Semua ini adalah normal. Bangkit semula
dan segera kembali ke landasan yang betul!

2. Kurangkan karbohidrat ringkas


Cara paling mudah untuk mula mengurangkan pengambilan gula adalah dengan
mengecualikan pengambilan gula tambahan, kerana ia sememangnya berbahaya untuk
kesihatan korang secara keseluruhan. 
Antara sumber karbohidrat
ringkas
Kredit: Botanical-online

Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis gula yang perlu korang simpan pada tahap
minimum semasa berpegang pada diet sihat tanpa gula. Ia adalah karbohidrat ringkas yang
terdapat dalam roti putih, tepung putih, pasta putih, dan nasi putih. Masalah dengan
karbohidrat ini ialah, ia cepat bertukar kepada gula dalam badan korang, dan menyebabkan
lonjakan gula dalam darah.

Cuba gantikan karbohidrat ringkas dalam diet sihat tanpa gula korang tu, dengan cara yang
lebih kompleks. Contohnya, beras perang yang merupakan pengganti yang bagus untuk nasi
putih, dan roti bijirin penuh adalah alternatif yang lebih sihat daripada roti putih.

3. Makan makanan penuh lemak


Kebanyakan orang menganggap lemak adalah sesuatu yang tak baik dan cuba mengurangkan
lemak bersama-sama dengan gula. Masalahnya ialah, makanan rendah lemak selalunya
mengandungi jumlah gula yang lebih tinggi. 

Sebagai contoh, yogurt rendah lemak boleh mengandungi lebih daripada empat kali ganda
gula, yogurt penuh lemak. 

Oleh itu, pilih makanan penuh lemak selagi boleh. Sudah tentu, jangan lupa untuk melihat
label dan kandungan kalori, kerana jumlah gula dalam produk penuh lemak mungkin terlalu
tinggi untuk diet sihat tanpa gula korang tu.

4. Makan lebih banyak protein


Diet tinggi lemak dan tinggi protein ni boleh mengurangkan rasa lapar, manakala diet tinggi
gula tambahan pula akan meningkatkan rasa lapar. Walaupun korang mengambil satu tan
kalori, korang akan masih nak makan.
Untuk memastikan diet sihat tanpa gula korang berjaya dan menyeronokkan, ambillah
sejumlah besar protein sihat seperti ikan atau tauhu. Lemak baik seperti minyak zaitun dan
aprikot juga boleh membantu korang mengurangkan rasa lapar dan menurunkan berat badan.

Makanan Diet Sihat Tanpa Gula


“Tapi AU, apa saya nak buat kalau saya  craving makanan manis?”
Walaupun korang mengamalkan diet tanpa gula, tak bermakna korang tak boleh lagi
menikmati pemanis mulut yang sedap. Banyak pemanis mulut yang sedap, tapi masih sihat
tau! Tak percaya? Mari AU kongsikan 3 resipi pemanis mulut yang sedap dan sihat.

Creme Brulee

Bahan-bahan:
 4 biji kuning telur
 1 sudu teh esen vanila
 2 cawan whipping cream
 1 sudu makan erythritol yang dikisar
 3 titis Stevia Riang Drop EatSlim 
 Allulose atau Erythitol (untuk hiasan)
 Blue torch (jika ada)
Cara Penyediaan
1. Pukul 4 biji kuning telur bersama erythritol. Pukul sehingga tekstur kelihatan licin
dan ketepikan.
2. Panaskan whipping cream bersama esen vanila menggunakan api perlahan, sehingga
sedikit mendidih. Kemudian sejukkan seketika.
3. Masukkan whipping cream yang telah disejukkan ke dalam kuning telur yang telah
dipukul tadi. Tuangkan sambil adunan dikacau.
4. Masukkan 3 titis Stevia Riang Drop EatSlim
5. Tapis dan tuangkan adunan ke dalam acuan pilihan.
6. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius, selama 20 minit menggunakan
teknik water bath.
7. Setelah siap, taburkan Allulose dan bakar menggunakan blue torch.
8. Siap untuk dihidangkan!
2. Chia Seeds Pudding | Diet Sihat Tanpa Gula
Bahan-Bahan:
 3 sudu makan chia seeds
 1 cawan susu badam atau susu gajus (tanpa gula)
 2 sudu makan susu lemak manis keto 
 Topping pilihan: buah-buahan beri segar dan lain-lain
Susu lemak manis keto
Bahan-bahan:
 1 1/2 cawan heavy cream
 1/4 cawan pure butter 
 1/2 cawan Erythritol 
 1/2 sudu teh ekstrak vanila (pilihan)
 3 titis Stevia Riang Drop EatSlim 
Cara Penyediaan Susu Lemak Manis Keto
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau dengan api perlahan sehingga
berbuih, lebih kurang 10 minit.
2. Biarkan sejuk selama 45 minit dan boleh tuangkan ke dalam balang kaca dan simpan
di dalam peti ais.
Cara Penyediaan Chia Seeds Pudding
1. Rendamkan chia seeds dengan susu badam tanpa gula semalaman. Simpan di dalam
peti sejuk.
2. Setelah chia seeds yang direndam kembang, tuangkan susu lemak manis keto dan
hiaskan dengan buah-buahan pilihan sebagai topping.
3. Sedia untuk dihidangkan! Lagi sedap kalau disejukkan. Makan ketika cuaca panas.
Sejuk tekak!

You might also like