Surat Majlis Raya 2023 Ibu Bapa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tabika KEMAS Jurutera ABC,

Kem Sangro Circle, Jalan Kamunting Lama,


34000 Taiping,
Perak Darul Ridzuan.
0125354240 (Cikgu Miera)
Ruj. Kami : KEMASPRK / LMS / TPG / TKJ/ 2023 /( )
Tarikh : 12 Mei 2023

Kepada :
Ibu Bapa Murid,
Tabika KEMAS Jurutera ABC, Kamunting.

Tuan/Puan,

Per : Jemputan Ke Majlis Jamuan Hari Raya, Sambutan Hari Guru & Hari Lahir
Kanak – Kanak
Tabika KEMAS Jurutera ABC bagi Tahun 2023.

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas,

2. Adalah dimaklumkan bahawa, Tabika KEMAS Jurutera akan mengadakan Majlis


Jamuan Hari Raya, Sambutan Hari Guru & Hari Lahir Kanak – Kanak Tabika seperti
ketetapan berikut :

a. Tarikh : 16 Mei 2023 (Selasa)


b. Masa : 9.30 pagi
c. Tempat : Tabika KEMAS Jurutera ABC, Kamunting.
d. Pakaian : Bertemakan Hari Raya & Bersesuaian.

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan puan dijemput hadir bagi membantu menjayakan
majlis kami ini.

4. Pihak tabika amat mengalu – alukan kesudian ibu bapa untuk membawa makanan dan
minuman dalam bentuk potluck untuk dikongsi bersama.

Sokongan dan kerjasama dari pihak tuan puan amatlah kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian Terima kasih.

“Saya Yang Menjalankan Amanah”

................................................
( SITI NAMIRA BINTI ZAMRI )
Setiausaha Tabika
Tabika KEMAS Jurutera ABC, Kamunting.

You might also like