Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (PEREMPUAN) METHODIST

JALAN CENDERASARI, 50480 KUALA LUMPUR

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018


TINGKATAN 2
PENDIDIKAN SENI VISUAL
MEI
2 jam Dua Jam
Nama : .......................................................................................... Tingkatan 2 ( )

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas soalan ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A , B, dan C


2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A , B, dan C
3. BULATKAN jawapan yang paling tepat di Bahagian A.
4. Jawapan bagi Bahagian B hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan dalam kertas
soalan.
5. Jawapan Bahagian C, hendaklah diwarnakan pada kertas lukisan yang diberikan.
6. Markah yang diperuntukan bagi setiap soalan tercatat dalam kurungan.

Kertas Soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak tidak termasuk kertas lukisan

1
Bahagian A : Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1. Pernyataan manakah benar tentang kenderaan yang ditunjukkan dalam gambar di bawah?

I. Satu contoh lanca menggunakan tenaga manusia.

II. Kenderaan beroda tiga yang berasal dari lanca.

III. Mempunyai pengayuh di sebelah sisi penumpang.

IV. Amat popular di kawasan pelancongan di Malaysia.

A. II dan III

B. III dan IV

C. I, II, dan III

D. II, III, dan IV

2. Gambar di bawah menunjukkan satu bahagian perahu tradisional yang sering dihias dengan
ukiran kayu berwarna-warni. Pilih sebutan khas bagi bahagian perahu ini.

A. Linggi

B. Bangau

C. Okok

D. Capin

2
3. Nyatakan unsur motif ragam hias dan teknik ukiran yang diaplikasikan untuk rehal ini.

A. Geometri…..teknik tembus

B. Geometri…..teknik separuh tembus

C. Kosmos…..teknik tembus

D. Kosmos…..teknik tembus dan timbul

4. Nyatakan jenis kukuran yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

A. Kukuran kotak

B. Kukuran silang

C. Kukuran duduk

D. Kukuran klasik

3
5. Pilih jenis kuih atau biskut tradisional yang perlu dibentuk menggunakan acuan kayu pada masa
dahulu.

I. Kuih sepit

II. Kuih kacang

III. Kuih bangkit

IV. Kuih buah kana

A. I, II, dan III

B. I, II, dan IV

C. I, III, dan IV

D. II, III, dan IV

6. Apakah fungsi seni ragam hias pada beca atau kereta lembu?

A. Untuk keselamatan penumpang

B. Untuk menunjukkan kemahiran

C. Untuk menunjukkan identiti bangsa

D. Untuk nilai estetik dan menarik perhatian

7. Apakah motif seni ragam hias yang terdapat pada rehal?

A. Fauna

B. Figuratif

C. Geometri

D. Gunungan

8. Terdapt dua jenis gasing, iaitu gasing pangkah dan gasing uri. Gasing pangkah mempunyai seni
ragam hias. Dibahagian manakah gasing tersebut yang mempunyai seni ragam hias?

A. Tali

B. Kaki

C. Bahu

D. Tapak
4
9. Apakah media yang digunakan dalam lukisan yang berikut?

A. Pastel dan pen

B. Pen dan dakwat

C. Pensel dan kertas

D. Arang dan Pensel

10. Antara berikut, yang manakah media yang digunakan untuk lukisan?

I. Pena

II. Arang

III. Cat akrilik

IV. Cat minyak

A. I dan II

B. II dan III

C. I dan IV

D. III dan IV

11. Apakah media yang digunakan dalam lukisan gua di Gua Tambun, Perak?

A. Kapur

B. Arang

C. Krayon

D. Hematit

5
12. Siapakah pelukis yang telah menghasilkan siri komik untuk Malajah Guru dengan judul ‘Puteri
Langkawi’?

A. Lat

B. Saidin Yahya

C. Abdullah Ariff

D. Syed Ahmad Jamal

13. Apakah tajuk karya Abdullah Ariff yang bertemakan situasi pro-Jepun?

A. Hang Tuah (1945)

B. World’s Rubber (1949)

C. The Long Arm Nippon (1942)

D. Hidup Berjuang (1946)

14. Kebanyakan pelukis awal cat air terpengaruh dengan aliran ________

A. impresionisme

B. realisme

C. kubisme

D. ekspresionisme

15. Siapakah pelukis cat air yang gemar menjadikan bunga orkid sebagai tema karyanya?

A. Khaw Sia

B. Kuo Ju ping

C. Yong Mun Sen

D. Abdullah Ariff

6
16. Apakah itu cat akrilik?

A. Cat yang dicampur dengan air

B. Cat sintetik yang berasaskan air

C. Cat daripada sumber alam semula jadi

D. Cat yang dihasilkan daripada minyak

17. Apakah teknik cat air yang menghasilkan kesan lut sinar dan sukar dikawal sapuan warnanya?

A. Basah atas basah

B. Kering atas kering

C. Basah atas kering

D. Kering atas basah

18. Tokoh seni lukis ini merupakan pelukis pertama di Malaysia yang bergantung hidup hanya
kepada melukis. Siapakah tokoh itu?

A. Abdullah Ariff

B. Yong Mun Sen

C. Ibrahim Abu Bakar

D. Ibrahim Hussein

19. Pilih media catan yang tidak boleh diperbaiki melalui cara tindanan warna pekat jika berlakunya
kesilapan aplikasi warna.

A. Cat poster

B. Cat akrilik

C. Cat minyak

D. Cat air

7
20. Apakah keunikan seni cetakan berbanding dengan karya seni halus yang lain?

A. Proses menerap

B. Menggunakan blok

C. Menggunakan kertas atau kain

D. Boleh dicetak banyak dipanggil edisi.

21. Apakah fungsi sekuji?

A. Alat untuk mengukir plat

B. Menyapu dakwat atau warna

C. Untuk mencairkan dakwat cetak

D. Meregangkan pemidang

22. Manakah antara berikut merupakan teknik dalam kaedah seni cetakan sutera saring?

A. Foto emulsi

B. Gurisan asid

C. Potongan lino

D. Line engraving

23. Apakah tema popular karya cetakan ketika zaman penjajahan British?

A. Figura

B. Landskap

C. Alam Benda

D. Gabungan landskap dan figura

Proses melukis dengan cara mengukir pada8plat logam.


24. Kenyataan di atas merujuk kepada satu kaedah, iaitu kaedah_______

A. timbulan

B. benaman

C. permukaan

D. sutera saring

Soalan 25 hingga soalan 27, padankan ciri-ciri cetakan dengan jenis cetakan dalam pilihan A, B, C, dan D

A. Cetakan benaman

B. Cetakan permukaan

C. Cetakan sutera saring

D. Cetakan timbulan

25. Dakwat atau warna diletakkan pada permukaan tapak cetakan blok kayu. (___)

26. Memerlukan skrin sutera atau kain organdi yang diregangkan di atas pemidang kayu. (___)

27. Dakwat atau pewarna di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej. (___)

28. Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk landskap?

A. Hiasan reka letak di luar bangunan secara semula jadi seperti tumbuhan, bukit, gunung dan
tasik.

B. Hiasan di dalam dan luar bangunan yang menggabungkan hiasan dalaman dan hiasan luaran.

C. Hiasan reka letak di luar bangunan secara buatan manusia seperti bangunan, pergola dan
gazebo.

D. Hiasan reka letak di luar bangunan sama ada secara semula jadi seperti tumbuhan, bukit,
tasik ataupun buatan manusia seperti bangunan, pergola dan gazebo.

29. Manakah antara berikut peninggalan landskap oleh penjajah Ingeris yang masih wujud hingga
kini?

9
A. Taman botani, Putrajaya

B. Taman Botani, Shah Alam

C. Taman tasik Taiping, Perak

D. Taman Tasik Kenyir, Terengganu

30. Apakah fungsi dan peranan yang melibatkan aspek perlindungan atau tempat berteduh?

A. Fungsi fizikal

B. Fungsi estetik

C. Fungsi ekonomi

D. Fungsi kesihatan (30 Markah)

Bahagian B : Soalan Subjektif

Labelkan bahagian-bahagian pada perahu yang berikut :

Okok Bangau Caping

31.
33.

32.

(3 Markah)

10
Labelkan Jenis berus bulu lembut dalam penggunaan hasil catan air dengan betul.

Berus lembut leper pendek, Berus tulisan Cina saiz sederhana, Berus lembut leper bulat,

Berus lembut bulat, Berus lebut panjang halus, Berus tulisan Cina saiz halus, Berus lembut leper

Berus lembut berbentuk kipas, Berus tulisan Cina saiz besar

34 ___________________________

35 ___________________________

36 ___________________________

37 ___________________________

38 ___________________________

39 ___________________________

40 ___________________________

(7 Markah)

Senaraikan teknik-teknik seni lukisan yang digunakan.

11
Contoh :
Teknik
Titikan

45.
41.

Teknik-
Teknik
Seni Lukis

44.
42.

43.

(5 Markah)

Perhatikan butir-butir dlam gambar. Tandakan (✔) bagi pernyataan yang betul dan (✗) bagi yang salah.

12
46. Cetakan ini mengaplikasikan kaedah cetakan sutera saring kertas pendua. (_____)

47. Bahagian putih merupakan bahagian yang dipotong dari kertas untuk mencipta imej gambar. (_____)

48. Prinsip rekaan yang ditegaskan ialah imbangan, harmoni, dan kontra. (_____)

49. Imej gambar dipersembahkan dalam olahan rupa positif. (_____)

50. Kaedah ini dapat menghasilkan banyak salinan cetakan yang sama. (_____)

(5 Markah)

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

……………………… ……………………… …………………….

( HANIZAH HAMZAH ) ( ASMA AMIRA BT AZMI )


Guru Mata Pelajaran Ketua Panitia PSV
PSV

Nama : ___________________________ Kelas :_________

Bahagian C : Warnakan gambar rajah di bawah dengan menggunakan warna air dan
memasukkan elemen ton warna yang menarik.

13
(50 markah)

Jawapan

1 D 11 D 21 B

14
2 B 12 B 22 A

3 A 13 C 23 B

4 B 14 A 24 B

5 D 15 A 25 D

6 D 16 B 26 C

7 C 17 A 27 A

8 C 18 C 28 D

9 D 19 D 29 C

10 A 20 D 30 A

31. Bangau

32. Caping

33. Okok

34. Berus lebut leper

35. Berus tulisan Cina saiz besar

36. Berus lembut leper pendek

37. Berus lembut bulat

38. Berus tulisan Cina saiz sederhana

39. Berus lembut leper bulat

40. Berus lembut panjang halus

41. – 45 ( Teknik lorekan, Teknik gosokan, Teknik contengan, Teknik Garisan Selari, Teknik Silang Pangkah )

46. ✓

47. ✗

48. ✓

49. ✓

50. ✗

15

You might also like