Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

POTENSI MALAYSIA SEBAGAI PENGELUAR PRODUK DAGING

LEMBU HALAL DI PASARAN GLOBAL

Maimunah binti Mahmud1

ABSTRAK
Dengan pertambahan penduduk Islam di seluruh dunia, permintaan untuk makanan halal
tentu sekali menjadi semakin tinggi. Pasaran produk halal telah berkembang terutamanya
produk daging lembu dimana Negara Malaysia telah mengimport daging lembu bernilai
AS$231 juta (RM809 juta) laporan Agriculture and Agri-Food Canada (AAFC) keluaran Jun
2006. Selain daripada Negara Malaysia, Negara islam lain seperti Arab Saudi, Algeria dan
Mesir juga merupakan pengimport daging lembu terbesar dalam pasaran global. Melihat
kepada senario ini, kajian ini bertujuan melihat potensi Malaysia sebagai pembekal daging
lembu halal dipasaran global serta mengenalpasti faktor-faktor juga melihat faedah
berbanding bagi pengeluaran produk daging lembu dengan Negara-negara serantau seperti
Thailand, Indonesia, india dan Australia. Potensi Malaysia telah ditentukan dengan
menggunakan pengiraan Revealed Comparative Advantage (RCA) dengan melihat data
export dan import, kos pengeluaran serta harga daging lembu dari tahun 2005 hingga 2011.
Hasil kajian menunjukan bahawa Malaysia tidak mempunyai Kelebihan Berbanding dalam
mengeluarkan produk daging lembu halal kerana Indeks RCA yang diperolehi kurang
daripada 1. Faktor-faktor pengeluaran seperti kos pengeluaran yang tinggi dan
ketidakcekapan dalam mengurus faktor-faktor pengeluran daging lembu menyebabkan
Malaysia tidak mempunyai kelebihan berbanding dalam pengeluaran daging lembu.
Kata Kunci ; Produk Daging Lembu, Revealed Comparative Advantage.

1. PENGENALAN

Industri ternakan adalah penting dalam membekalkan makanan protein berkualiti tinggi dan
bahan-bahan mentah bagi industri pemprosesan makanan. Sejak 10 tahun yang lalu,
pengeluaran daging lembu adalah stabil pada paras 17,000 tan metrik. Penggunaan per
kapita daging lembu dijangka terus meningkat daripada 4.7 kg/tahun pada tahun 1999
kepada 6.7 kg/tahun 2005. Pada masa ini 80% daripada keperluan domestik untuk daging
lembu adalah diimport. 73,000 tan metrik bernilai lebih RM 260 juta. Potensi untuk
membangunkan lagi industri haiwan bagi memenuhi keperluan tempatan dan pasaran
eksport adalah menggalakkan. Dengan bertambahnya pendapatan per kapita, penggunaan
produk ternakan ini dijangka akan meningkat. Bagi subsektor industri daging, DPN3
mengenalpasti bahawa pergantungan kepada daging import merupakan kelemahan kepada
industri ini. Kerajaan telah mengenalpasti sejumlah 1.2 juta hektar kawasan penanaman
kelapa sawit dan getah yang berpotensi untuk digunakan sebagai kawasan penternakan
lembu secara integrasi. Seperti mana yang diketahui permintaan terhadap makanan halal
meningkat berikutan citarasa masyarakat kini yang pentingkan kualiti dan kebersihan dalam
sumber makanan mereka. Berdasarkan Pelan Rancangan Malaysia ke Sembilan, produk
makanan halal mempunyai potensi yang amat tinggi di mana dianggarkan pasaran sebanyak
1
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia; My_jlo82@yahoo.com

574
RM 1,330 bilion hingga ke RM1,520 bilion setiap tahun berdasarkan 1.8 bilion populasi
masyarakat islam seluruh dunia.

2. LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengeluaran daging lembu dalam negara masih ditahap yang rendah dengan Kadar Sara
Diri pengeluaran daging lembu dianggarkan hanya 23% pada tahun 2010. Oleh itu negara
masih bergantung kepada sumber bekalan daging dari luar negara. Permintaan daging
lembu sentiasa meningkat bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan domestik dan
keperluan industri pemprosesan daging. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
(MOA) telah mengadakan Dasar Pengeluaran Daging Lembu Negara bertujuan
meningkatkan populasi ternakan lembu kepada 1.3 juta ekor menjelang tahun 2010 dan
meningkatkan pengeluaran daging lembu daripada 18% kepada 28% kadar sara diri (SSL)
dengan pengeluaran sebanyak 45,000 tm. daging pada tahun 2010. Permintaan domestik
terhadap produk daging lembu halal yang semakin meningkat dari tahun ke tahun
menunjukkan potensi daging lembu halal dalam dalam pasaran domestik. Permintaan
terhadap produk daging lembu naik mendadak ketika musim perayaan Hari Raya Korban
yang menyebabkan bekalan produk daging tempatan tidak dapat memenuhi permintaan dan
situasi ini akan menyebabkan import daging lembu meningkat dari tahun ke tahun. Pada
tahun 2010 pergunaan domestik produk daging halal sebanyak 194 ribu tan matrik
berbanding dengan pengeluaran daging tempatan 47 ribu tan metrik. Sementara import
daging lembu pada tahun 2010 sebanyak 153 ribu tan metrik. Melihat kepada statistik ini
potensi untuk menambah bekalan daging lembu halal dalam pasaran domestik amat luas.
Untuk bersaing dalam pasaran domestik dan antarabangsa banyak faktor-faktor
pengeluaran terlibat seperti kos pengeluaran harga, teknologi yang digunakan, kepakaran
dan lain-lain faktor lagi. Antara kekangan yang dihadapi dalam pembangunan industri ini
adalah kekurangan baka yang berkualiti, harga makanan ternakan yang tinggi serta
kekurangan kepakaran dan tenaga kerja. Bagi mengatasi masalah kekurangan daging lembu
halal dan mengurangkan import daripada negara lain pihak kerajaan telah mewujudkan
NFC bagi meningkatkan bekalan dalam pasaran domestik dan pasaran antarabangsa.
Melihat kepada potensi. Setelah hampir 5 tahun beroperasi iaitu bermula 2007 hingga 2012
penubuhan pusat fidlot kebangsaan ini belum dapat menampung permintaan dalam negara
dan tidak dapat mengurangkan import produk daging lembu daripada Negara pengeluar
daging lembu yang lain. Menjadi persoalan adakah Malaysia sebenarnya mempunyai faedah
perbandingan untuk mengekport produk ini jika dibandingkan dengan negara-negara
pengeluar yang lain seperti Australia dan India. Adakah kos pengeluaran daging lembu di
Malaysia lebih mahal jika dibandingkan dengan negara lain yang menjadi faktor penting
kenapa produk daging lembu Malaysia tidak mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

3. METODOLOGI KAJIAN

Teori Kelebihan Mutlak ditakrifkan keupayaan seseorang individu, firma, atau negara untuk
menghasilkan produk yang baik atau perkhidmatan yang tertentu pada kos marginal dan kos
melepas yang lebih rendah daripada pihak lain. Kelebihan mutlak yang merujuk kepada
keupayaan sesuatu pihak untuk menghasilkan produk yang baik pada kos yang lebih rendah
daripada pihak yang lain. Kelebihan mutlak ini menerangkan dalam pedagangan wujud nilai
bagi kedua-dua pihak walaupun seseorang boleh menghasilkan semua barang-barang
dengan sumber-sumber yang lebih sedikit daripada yang lain. Faedah bersih seperti hasil

575
yang dipanggil keuntungan daripada perdagangan.

3.1 Revealed Comparative Advantage (RCA)

Untuk mengukur sejuah mana Malaysia mempunyai potensi untuk bersaing dalam
pengeluaran daging lembu pada peringkat antarabangsa satu langkah yang digunakan iaitu
Revealed ComparativeAdvantage (RCA). Langkah ini digunakan secara meluas dalam
kajian kelebihan oleh penulis untuk pelbagai komoditi pertanian (Cabanilla 1983; Baldwin
1984; Gonzales 1984; Hoey et al. 1989).

xij / X i
RCAij 
xaj / X a

Xij : Export daging lembu dari Negara i


Xi : Jumlah export dari Negara i
Xaj : Jumlah export daging lembu dunia
Xa : Jumlah Export barangan dunia

RCAij adalah kaedah untuk mengukur eksport sesebuah negara untuk sesuatu komoditi atau
industri berbanding dengan jumlah yang eksport dan eksport dunia yang sepadan. Sesebuah
Negara dikatakan mempunyai faedah berbanding jika indeks RCA> 1. Jika Indeks RCA
kurang daripada satu, sesebuah negara itu dikatakan tidak mempunyai kelebihan bebanding
dalam komoditi atau industri.

4. KEPUTUSAN KAJIAN

Dengan mengambil data exsport produk daging lembu yang diperolehi daripada FOASTAT
dari tahun 2005 hingga 2011.Ianya melibatkan empat buah Negara iaitu Indonesia,
Thailand, India dan Australia untuk dibuat perbandingan. Hasil pengiraan indeks RCA
akan menunjukkan sesebuah negara mempunyai kelebihan berbanding jika nilai RCA
lebih daripada 1 dan tidak mempunyai kelebihan berbanding jika nilai RCA kurang
daripada 1. Hasil pengiraan indeks RCA telah diperolehi dan ditunjukkan dalam jadual 1.

Jadual 1: Nilai Indeks RCA bagi Produk Daging Lembu Bagi tahun 2005 hingga 2011

Negara 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011


Malaysia 0.024 0.024 0.022 0.035 0.039 0.049 0.046
Thailand 0.018 0.018 0.038 0.049 0.085 0.093 0.188
Australia 15.441 14.015 13.016 10.516 8.861 8.436 7.7317
India 2.709 2.712 2.783 2.633 2.742 3.308 3.894
Indonesia 0.001 0.002 0.003 0.0009 0.0001 0.001 0.001

Daripada hasil pengiraan Indek RCA membuktikan Malaysia tidak mempunyai kelebihan
perbandingan kerana Indek RCA Malaysia bagi export produk daging adalah kurang
daripada 1 dari tahun 2005 hingga 2011. Nilai Indek RCA Malaysia juga keempat terendah
antara 5 buah negara yang dipilih dalam kajian ini yang menunjukkan Malaysia sebenarnya
masih lagi jauh ketinggalan dalam menjadi pemain utama dalam komoditi ini. Akan tetapi

576
nilai RCA Malaysia menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun menunjukkan ada usaha
bagi Negara Malaysia dalam menjadikan Malaysia sebagai salah satu pemain utama dalam
mengekport produk daging halal ini.

Secara kesimpulannya, hasil daripada indeks RCA yang telah diperolehi daripada lima buah
Negara iaitu Malaysia, Australia, India, Thailand dan Indonesia menunjukkan dua buah
Negara mempunyai kelebihan perbandingan dalam pengeksportan produk daging halal di
pasaran antarabangsa iaitu Australia dan India. Sementara itu, Malaysia tidak mempunyai
faedah berbanding untuk menjadi pengeksport daging lembu halal ke pasaran antarabangsa
kerana faktor-faktor pengeluaran daging lembu tidak dapat digunakan dengan semaksimum
untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah pengeksport daging ke pasaran
antarabangsa.

5. KESIMPULAN

Setelah melihat hasil daripada kaedah berbanding pengeluaran daging dengan Negara-
negara terpilih memperlihat Malaysia masih jauh ketinggalan untuk menjadi pengeluar
utama daging halal diperingkat global. Dalam menjadikan Malaysia sebagai pengeluar
utama produk daging halal Malaysia perlu memenuhi permintaan domestik dan
meningkatkan lagi kualiti produk daging halal untuk bersaing di peringkat global. Jika
dilihat pada pasaran domestik produk daging tempatan juga menghadapi saingan sengit
daripada produk daging import kerana faktor harga dan kualiti produk itu sendiri. Dengan
mengunakan model perbandingan RCA (Revealed Comparative Advantage) dapat
dirumuskan bahawa Malaysia tidak mempunyai potensi untuk mencapai tahap pengeluar
utama bagi produk daging lembu halal untuk pasaran global. Walaupun nilai export daging
lembu halal telah meningkat dari tahun ke tahun Malaysia jauh ketinggalan dan tidak
berdaya saing dalam pengeluaran daging lembu untuk dipasarkan keluar Negara. Dengan
populasi penduduk islam yang semakin bertambah dari tahun ke tahun akan menjadikan
pasaran makanan halal terutamanya produk ruminan seperti daging lembu akan mendapat
permintaan yang tinggi dari tahun ke tahun. Dengan pengunaan model RCA juga sebagai
bukti yang menunjukkan Malaysia tidak mempunyai kelebihan berbanding dengan Negara-
negara pengeluar utama daging dunia seperti India, Australia, USA. Untuk mengekport
produk daging halal ke pasaran antarabangsa Malaysia perlu memenuhi permintaan
domestik terlebih dahulu kerana permintaan domestik yang semakin meningkat setiap
tahun. Untuk mencapai tahap pengeluar utama produk daging halal dunia, Malaysia harus
bersaing untuk menguasai pasaran asean terlebih dahulu kerana jumlah penternakkan lembu
dan penghasilan produk daging lembu adalah tinggi berbanding dengan Negara Asean yang
lain. Dengan beberapa langkah proaktif yang telah direncanakan oleh pihak kerajaan
melalui beberapa dasar yang boleh meningkatkan pengeluaran daging lembu dengan
mengubah bentuk penternakkan daripada tradisional kepada fidlot.

RUJUKAN

Fatimah Mohamed Arshad et al. (2008) Penilaian pelan tindakan imbangan perdagangan
sektor makanan (Evaluation of balance of trade plan in the food sector Unpublished
report submitted to the Ministry of Agriculture and Agro-based Industry, Malaysia.

577
Fatimah, M.A. and Mad Nasir S. (1993) Vegetable production: Is there a comparative
advantage. Paper presented at The Agricultural Outlook Seminar, Malaysia, 17-19
December.

Government of Malaysia. (2006) Ninth Malaysia Plan, 2006-2010. Government Printers:


Kuala Lumpur.

Greenaway, D. and Milner, C. (1990) Industrial incentives, domestic resource costs and
resource allocation in Madagascar, Applied Economics, 22, 805-821.

MAHANI Z.A & WAI H.L. 2008. Revealed comparative advantage of Malaysian
exports:The case for changing export composition MIT Press, Asian Economic Papers
7(3): 130-147 Malaysia.
Masters, W.A. and Winter-Nelson, A. (1995) Measuring the comparative advantage of
agricultural activities: Domestic resource costs and the social cost-benefit ratio,
American Journal of Agricultural Economics, 77, 243-250.

Ministry of Finance. (2007) Economic Report, 2007/08. Kuala Lumpur, Malaysia.

Tapsir Serin. 2004. Kecekapan Pengeluaran Lembu Pedaging di Kawasan Tumpuan Sasaran
di Negeri Johor. Johor.

Tsakok, I. (1990) Agricultural Price Policy: A Practitioner’s Guide to Partial Equilibrium


Analysis. Cornell University Press: Ithaca NY.

Van Duren, E., Martin, L. and Westgren, R. (1994) A Framework for Assessing National
Competitiveness and the Role of Private Strategy and Public Policy,in Competitiveness
in International Food Markets (Ed.) Bredahl, Abbot and Reed, Westview Press,
Boulder.

Veitch, M.D. (1986) National Parameters for Project Appraisal in Malaysia, Government of
Malaysia. Kuala Lumpur.

Yusoff Hamali Ahmad. 1990. Perumahan: Penternakan Secara Fidlot.

Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Zainalabidin M., Mad Nasir S. and Anjah Amzah A.R. (2003) Comparative Advantage
Indices of Selected Livestock Production Sectors in Brunei Darussalam, Journal of
International Food & Agribusiness Marketing, 15(1/2), 77-92

FAOSTAT: http://faostat.fao.org/

578

You might also like