Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

Bab 3: Sejarah Form 4

3.1 Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang


Dunia
Sejak awal abad ke-20, British berusaha membendung pengaruh idea gerakan
Islam dari Timur Tengah

British memperkenalkan Enakmen Undang-undang Islam 1904 dengan


persetujuan Raja-raja Melayu

Sesiapa yang mengedarkan tulisan berkaitan dengan agama dan politik Islam
tanpa keizinan boleh dihukum penjara

British juga memperkenalkan dua badan penyiasat:

Jabatan Siasatan Jenayah (Criminal Intelligence Department)

Biro Siasatan Politik (Political Intelligence Bureau)

British berwaspada terhadap sokongan orang Melayu kepada empayar


Uthmaniyah

Empayar Uthmaniyah dianggap pelindung umat Islam dan penaung tanah suci
Mekah dan Madinah

Kegagalan penentangan bersenjata Tok Janggut menyebabkan masyarakat


mengubah strategi

Akhbar dan majalah digunakan untuk meniupkan kesedaran kebangsaan

Namun, kesedaran politik tidak boleh dilakukan secara terang-terangan di


bawah undang-undang British

3.2 Latar Belakang Perang Dunia


Perang Dunia Pertama
Faktor-faktor berikut mencetuskan Perang Dunia Pertama
Persaingan Kuasa Imperialis

Perkembangan Revolusi Industri menyebabkan persaingan kuasa imperialis di


Eropah

Bab 3: Sejarah Form 4 1


Untuk mendapatkan tanah jajahan demi bahan mentah seperti arang batu,
petroleum dan bijih timah

Pakatan Ketenteraan

Kuasa Eropah dibahagikan kepada pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga

Negara dalam pakatan bersaing menghasilkan senjata moden dan sedia


berperang

Krisis Rantau Balkan

Austra-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serb

Kemuncak ialah pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austria-


Hungary dan isterinya oleh seorang pemuda Serbia

Berakhir Perang Dunia Pertama


Persidangan Damai Paris

Membincangkan syarat perdamaian selepas perang

Meamastikan Jerman tidak lagi menjadi ancaman keamanan Eropah

Melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson dengan prinsip:

Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri

Sempadan negara berasaskan bangsa

Cadangan Presiden Amerika Syarikat sebagai asas perdamaian

Perjanjian Versailles

Ditandangtangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman

Jerman dikehendaki:

Bertanggungjawab terhadap kemusnahan

Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga

Mengehadkan saiz angkatan tentera

Menyerahkan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga

Liga Bangsa-Bangsa ditubuhkan untuk menggalakan keamanan dan kerjasama


antarabangsa

Kesan Perang Dunia Pertama

Bab 3: Sejarah Form 4 2


Keruntuhan Pemerintahan Beraja

Jerman: Kaiser Wilhem II turun takhta dan kerajaan Republik Jerman didirikan

Austria-Hungary: Dinasti Habsburg berakhir apabila timbul pemberontakan

Russia: Pemerintahan Tsar Nicholas II ditumbangkan dan kerajaan komunis


terbentuk di bawah pimpinan Vladimir Lenin

Empayar Uthmaniyah: Khalifah Sultan Mehmed VI digulingkan dan kerajaan


bercorak republik diketuai oleh Mustafa Kemal Ataturk terbentuk

Kemunculan Negara Baharu

Negara tertentu berpecah kepada beberapa negara

Austria-Hungary -> Austria, Hungary, Czechoslovakia dan Yugoslavia

Russia -> Poland, Estonia, Latvia dan Lithuania

Empayar Uthmaniyah -> Lebanon, Syria dan Iraq

Kesan terhadap Negara Kita

Raja-raja Melayu diminta menandatangani perisytiharan perang yang memberi


taat setia kepada kerajaan British

British membentuk Pesuruhjaya Tinggi British untuk meletakkan negeri Melayu


di bawah undang-undang tentera sekirannya memerlukan

Wang hasil bijih timah dan getah digunakan oleh British untuk membiayai
operasi dalam Perang Dunia Pertama

3.3 Perang Dunia Kedua


Faktor Tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah
Kemunculan Ideologi Baharu

Fasisme

Di Itali

Dipimpin oleh Benito Mussolini

Parti Fasis menguasai kerajaan Itali pada 1922

Fasisme memberikan keutamaan kepada kepentingan negara melebihi


kepentingan individu

Bab 3: Sejarah Form 4 3


Percaya bahawa berperang meningkatan imej negara

Nazisme

Di Jerman

Dipimpin oleh Adolf Hitler

Parti Nazi menguasai kerajaan Jerman pada 1933

Mengagungkan bangsa Jerman

Mengetepikan Perjanjian Versailles

Membina angkatan tentera semula

Ketidakpuasan Hati terhadap Perjanjian Versailles

Jerman menganggap Perjanjian Versailles tidak adil

Kehilangan tanah jajahan, pampasan perang tinggi menyebabkan kemelesetan


ekonomi Jerman

Itali tidak berpuas hati kerana tidak diberikan tanah jajahan baharu seperti yang
diperoleh Perancis

Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

Liga Bangsa-Bangsa gagal menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan


menangani krisis pencerobohan

Krisis Liga Bangsa-Bangsa

Krisis Manchuria: Jepun menakluki Manchuria

Perjanjian Pelucutan Senjata: Jerman keluar daripada Liga Bangsa-Bangsa


dan memperbesar angkatan tenteranya

Krisis Habsyah: Itali menyerang Habsyah

Perang Dunia Kedua di Eropah


Kuasa Paksi Kuasa Bersekutu

Jerman, Itali, Jepun Britain, Amerika Syarikat, Perancis

Pernaklukan Jerman terhadap Eropah Barat

Perang Dunia Kedua meletus apabila Jerman menyerang Poland pada 1939

Bab 3: Sejarah Form 4 4


Jerman memulakan serangan Blitzkrieg (serangan kilat) terhadap negara di
Eropah Barat

Jerman menguasai hampir semua negara di Eropah Barat

Pengeboman Britain

Jerman melancarkan serangan udara dan laut terhadap Britain

Pelabuhan, kawasan perindustian dan pertahanan Britain dimusnahkan

Penyertaan Itali dalam Perang di Eropah

Itali bersekutu dengan Jerman

Itali menyerang Perancis dari selatan manakala Jerman menyerang Perancis


dari utara

Serangan Jerman ke atas Russia

Jerman melancarkan Operasi Barbarossa (serangan besar-besaran) terhadap


Rusia

Disebabkan Hitler ingin menguasai seluruh Eropah

Berakhir Perang Dunia Kedua di Eropah (Kemenangan Kuasa


Bersekutu)
Kerjasama Kuasa Besar

Amerika Syarikat, Britain dan Rusia berkerjasama

Tentera Bersekutu beroperasi di bawah Komander Tertinggi Bersekutu yang


deketuai Amerika Syarikat

Keberkesanan Strategi Serangan

Kegagalan Operasi Menawan Rusia

Tentera Jerman kehabisan peluru dan makanan disebabkan tempoh perang


yang panjang

Jeneral Jerman mengingkari perintah Hitler untuk terus berperang dan


menyerah kalah

Kejayaan Operasi Pendaratan Tentera Bersekutu

Dalam operasi “D-Day”, tentera Bersekutu berjaya mendarat di Normandy,


Perancis

Bab 3: Sejarah Form 4 5


Kejayaan operasi “D-Day” membolehkan tentera Bersekutu memasuki
Jerman dari arah barat

Jerman menandatangani perjanjian menyerah kalah

3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik


Peluasan Kuasa Jepun
Dasar Peluasan Kuasa Jepun

Keperluan perindustrian

Untuk mendapatkan bahan mentah

Mengurangkan pergantungan kepada Barat

Pengaruh golongan tentera

Jeneral Hideki Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun

Jepun semakin agresif apabila tentera menguasai politik

Berpendapat masalah ekonomi dapat diselesaikan dengan menakluki


kawasan yang kaya dengan bahan mentah

Orde baharu Asia

Mewujudkan order baharu di Asia

Asia sebagai satu blok ekonomi

Sekatan Ekonomi Terhadap Jepun

Peluasan kuasa Jepun mendapat reaksi kuasa Bersekutu

Kuasa Bersekutu mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun

Menghalang Jepun daripada memperoleh bahan mentah

Rancangan Penaklukan Wilayah di Selatan

Merupakan jalan keluar daripada sekatan ekonomi

Disebabkan kawasan wilayah selatan kaya dengan bahan mentah

Seperti bijih timah, getah, bauksit dan petroleum

Bermula Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik


Bermula apabila Jepun menyerang Tanah Melayu dan Pearl Harbour (Hawaii)

Bab 3: Sejarah Form 4 6


Seterusnya menyerang wilayah jajahan kuasa Bersekutu

Jepun membentuk empayar yang luas dengan strategi yang berkesan

3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita


Jepun menggunakan propaganda “Semangat Asia” dan “Asia untuk Orang Asia”

Bertujuan menanamkan semangat antipenjajah Barat

Menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia

Tentera Jepun menggunakan strategi serangan kilat

Eksploitasi Sumber Bahan Mentah


Untuk keperluan perindustrian ekoran Pembaharuan Meiji

Contoh Bahan Mentahbijih timah, getah, arang batu, bauksit dan sumber minyak

Kepentingan Strategik Ketenteraan


Penguasaan Singapura: Membuka laluan ke telaga minyak di Sumatera

Penguasaan Pulau Borneo: Membantu penaklukan Jepun di Pulau Jawa

Serangan Jepun terhadap Negara Kita


Bermula dengan pendaratan serentak tentera Jepun

Keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun apabila Singapura berjaya


ditawan

3.6 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita


Dasar Pentadbiran
Pentadbiran Tentera Jepun

Memperkenalkan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu

Tanah Melayu dan Sumatera digabungkan pentadbirannya pada awal dan


diasingkan kemudian

Singapura: dikenali Syanan-to (Pulau Cahaya Selatan)

Tanah Melayu: dikenali Malai Baru (Melayu Baru)

Sarawak, Sabah dan Brunei: digabungkan dan dikenali sebagai Kita Boruneo

Bab 3: Sejarah Form 4 7


Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dipindahkan di bawah pentadbiran
Thailand

Dasar terhadap Raja-raja Melayu

Raja-raja Melayu:

Diiktiraf kedudukan sebagai ketua agama dan adat Melayu

Diberi bayaran pencen

Diawasi oleh Gabenor Jepun

Dasar terhadap Kepimpinan Tempatan

Menaikkan pangkat pemimpin tempatan yang berpengalaman

Untuk mengatasi kekurangan pegawai dan mendapatkan sokongan penduduk

Koa Kunrenjo ditubuh untuk menanamkan semangat perjuangan politik Jepun

Dasar Ekonomi
Rancangan Perindustrian Lima Tahun diperkenalkan

Untuk membangunkan industri tempatan

Memastikan penggunaan optimum peralatan

Mata wang Jepun menggantikan wang British

Dasar Sosial
Pendidikan

Menutup sekolah Inggeris dan Cina

Bangunan digunakan untuk tentera Jepun

Sistem persekolahan Jepun diperkenalkan

Untuk membentuk persaudaraan sejagat (Hakko Ichiu)

Mencapai teknologi industri

Menerapkan nilai Jepun

Melalui pendidikan, tentera Jepun berusaha:

Memupuk nasionalisme Asia

Menghapuskan pengaruh Barat

Bab 3: Sejarah Form 4 8


Menanam kesetiaan kepada Jepun

Sikap Jepun terhadap Agama

Tentera Jepun tidak campur tangan dalam agama dan adat Melayu

Kelas pengajian al-Quran dan sekolah agama diteruskan

Bagi membendung penentangan terhadap pendudukan Jepun

Catuan dan Penghasilan Makanan

Catuan makanan dikuatkuasakan

Untuk mengawal penjualan barangan asas seperti beras dan gula

Akibat kekurangan makanan

Kempen “Tambah Lebih Banyak Makanan” untuk menggalakkan penanaman


makanan sendiri

Layanan terhadap Penduduk

Layanan baik kepada orang Melayu dan peribumi yang bekerjasama

Untuk mendapat sokongan dan melicinkan pemerintahan

Membantu orang India menubuhkan Tentera Kebangsaan India

Untuk mendapatkan kerjasama dalam rancangan menguasai negara India

Layanan kejam terhadap orang Cina lanjutan permusuhan Perang China-Jepun

Dipaksa membayar sejumlah wang

Landasan Kereta Api Maut merupaan bukti kekejaman pentadbiran tentera


Jepun

Terdapat orang Melayu, Cina dan India dipaksa menjadi buruh membina
landasan kereta api

Ramai terkorban akibat kerja berat, kekurangan makanan dan suasana


buruk

3.7 Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan


Jepun
Rejimen Askar Melayu Benteng Pertahanan Air

Bab 3: Sejarah Form 4 9


Rejimen Askar Melayu bersama tentera British menentang tentera Jepun di
Kelantan dan Singapura

Force 136
Ditubuhkan oleh British

Mendapat latihan di India dan Sri Lanka

Dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapat sokongan orang Melayu dan


menubuhkan pasukan gerila

Bekerjasama dengan gerila Melayu:

Mengumpulkan maklumat, melakukan sabotaj dan menyebarkan


propaganda

Membuat persiapan untuk British melancarkan Operasi Zipper

Anggota Awal

Penentangan MPAJA
Sebahagian orang Cina mencari perlindingan di bawah Parti Komunis Malaya
(PKM)

Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) ditubuhkan oleh PKM:

Diberikan latihan oleh British

Untuk menjadi pasukan gerila terhadap Jepun

Kerjasama MPAJA dan Force 136

MPAJA pernah membuat perjanjian kerjasama dengan Force 136 yang mewakili
tentera British

MPAJA memperoleh bantuan seperti senjata, ubat-ubatan dan kewangan

Kerjasama Parti Kuomintang dan MPAJA

Gerila Cina dari Parti Kuomintang (PKT) bersetuju bekerjasama dengan MPAJA

Penentangan Individu
Gurchan Singh

Menngunakan nama samaran “Lion of Malaya”

Menyebarkan risalah anti-Jepun secara teratur

Bab 3: Sejarah Form 4 10


Berjaya menghadiri sidang akhbar tentera Jepun dengan menyamar sebagai
wartawan dan:

Melakukan sabotaj landasan terhadap kerata api

Berjaya menjejaskan pengangkutan tentera Jepun

Sybil Kathigasu

Seorang jururawat

Mengendalikan sebuah klinik di Ipoh dengan suaminya Dr. Abdon

Memberi bantuan ubat-ubtan kepada gerila anti-Jepun

Menyembunyikan radio dan berkongsi maklumat dengan gerila anti-Jepun

Kegiatan mereka terbongkar dan ditangkap oleh tentera Jepun

Gerakan Anti-Jepun di Sarawak dan Sabah


Operasi Semut

Siri operasi peninjauan oleh Unit Khas Z Australia di Sarawak

Melatih orang tempatan menjadi pasukan gerila anti-Jepun (dipanggul gerila


Semut)

Kepakaran anggota tempatan dalam selok-belok bumi Sarawak penting dalam


merancang taktik perang gerila

Pemberontakan Jesselton

Juga dikenali sebagai pemberontakan Double Tenth

Diketuai oleh Albert Kwok di Sabah

Kumpulan Albert Kwok menyerang dan membunuh tentera Jepun di Jesselton


(kini Kota Kinabalu)

Tentera Jepun melakukan serang balas dengan pantas dan kejam:

Perkampungan diserang dan dibom

Penduduk disoal siasat dan diseksa sehingga mati dalam pencarian


anggota pemberontakan

Albert Kwok dengan anggotanya menyerah diri

Berharap dapat menamatkan serangan balas tentera Jepun

Albert Kwok dan 175 orang lain dihukum bunuh

Bab 3: Sejarah Form 4 11


131 orang lagi dipenjarakan

Terdapat juga gerila anti-Jepun yang dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun
di Sabah

3.8 Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan


dan Pendudukan Jepun
Perkembangan Semangat Antipenjajah
Jepun menggunakan slogan “Asia untuk Asia” dan “Lingkungan Sekemakmuran
Asia Timur Raya”

Kesatuan Melayu Muda (KKM) bekerjasama dengan Jepun agar memerdekaan


Tanah Melayu

Perjuangan Menuntut Kemerdekaan dalam Kalangan Orang


Melayu
Jepun membenarkan kegiatan KMM untuk mendapat sokongan penduduk
tempatan

Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan oleh nasionalis


Melayu untuk mencapai kemerdekaan bersama Indonesia

KRIS disokong oleh Jepun

Perjuangan KRIS gagal kerena Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua

Kesedaran Politik di Sarawak dan Sabah


Orang Melayu dan Iban mendapat jawatan pegawai akibat kekurangan pegawai
Jepun

Keyakinan penduduk tempatan untuk mentadbir sendiri meningkat

3.9 Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun


Kekalahan Tentera Jepun dan Pengakhiran Perang Dunia Kedua
Amerika syarikat menjatuhkan bom atom terhadap Jepun

Jepun menyerah kalah dan Perang Dunia Kedua berakhir

Tentera British mendarat semula ke Tanah Melayu

Bab 3: Sejarah Form 4 12


Penguakuasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu
Latar Belakang

Sebelum British mendarat, Bintang Tiga PKM mengambil alih kuasa di Tanah
Melayu selama 14 hari

Mereka menguasai bangunan pentadbiran dan memperkenalkan undang-


undang sendiri

Tindak Balas Orang Melayu

Bintang Tiga zalim terhadap Orang Melayu dan agama Islam

Orang Melayu menjalankan Gerakan Fi-Sabilillah untuk mempertahankan diri


sendiri

Kiai Salleh memimpin penentangan terhadap Bintang Tiga di Johor

Kompromi dan Usaha Perundingan

Usaha Dato’ Onn Jaafar:

Dato’ Onn Jaafar menyusun perundingan antara Kiai Salleh dan pemimpin
Melayu dengan ketua Bintang Tiga

Kiai Salleh membebaskan orang Cina yang ditahan dan Bintang Tiga
berhenti penguasaan terhadap Balai Polis Batu Pahat

Kompromi tersebut merupakan usaha untuk mengembalikan keamanan di


Johor

Peranan Raja-raja Melayu:

Sultan Pahang dan Sultan Perak mengingatkan untuk berhenti pergaduhan


antara orang Melayu dengan orang Cina di daerah-daerah mereka

Raja Melayu juga berbincang dengan penghulu untuk menjalankan


pemulihan selepas perang

Sarawak Selepas Jepun Menyerah Kalah

Ketegangan antara kaum berlaku di Sarawak sebelum tentera Australia


mendarat

Berlaku permusuhan antara bekas gerila peribumi dengan orang Cina yang
menyokong Jepun di Kanowit

Tentera Australia mengeluarkan perintah berkurung di Kuching dan berjaya


mengelakkan pertumpahan darah antara kaum

Bab 3: Sejarah Form 4 13


Bab 3: Sejarah Form 4 14

You might also like