GP Bantahan Infrastruktur Telekomunikasi N9

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

DERAF CADANGAN
Garis Panduan Bagi Bantahan Terhadap
Infrastruktur Komunikasi Di Negeri Sembilan

Berkuatkuasa

01 / 01 / 2021

1
Garis Panduan Bagi Bantahan Terhadap Infrastruktur Komunikasi Di Negeri
Sembilan ini telah disediakan

melalui

JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI NEGERI SEMBILAN

2
ISI KANDUNGAN

MUKA
BIL. PERKARA
SURAT

1.0 Pengenalan 4

2.0 Tujuan 5

3.0 Sasaran 6

4.0 Prinsip Perancangan Bagi Tapak Infrastruktur Komunikasi 6

5.0 Bantahan Terhadap Infrastruktur Komunikasi (Baharu) 7

6.0 Bantahan Terhadap Infrastruktur Komunikasi (Tersedia Ada) 9

Carta Alir Bantahan Terhadap Infrastruktur Komunikasi di


7.0 10
Negeri Sembilan

8.0 Terma Rujukan Badan Siasatan Bantahan Infrastruktur 10

9.0 Penyaringan / Semakan Dokumen Kelulusan 11

10 Rujukan Peruntukan 12

11 Kesimpulan 14

3
GARIS PANDUAN BAGI BANTAHAN TERHADAP INFRASTRUKTUR
KOMUNIKASI DI NEGERI SEMBILAN

1. PENGENALAN

Pembangunan teknologi ICT (Information and Communication Technology) masa kini


telah menggandakan keperluan perkhidmatan komunikasi dan jalur lebar dengan
penyediaan lebih infrastruktur komunikasi bagi menara dan infrastruktur komunikasi.

Perkhidmatan komunikasi dan jalur lebar bukanlah sesuatu yang baharu bagi rakyat
Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Pembangunan infrastruktur komunikasi adalah
berperanan penting malah telah berkembang pesat bagi menampung permintaan dan
kehendak rakyat terhadap perkhidmatan komunikasi dan jalur lebar yang sejajar
dengan perubahan gaya hidup semasa serta membantu meningkatkan taraf sosio-
ekonomi masyarakat.

Namun begitu, pembangunan infrastruktur komunikasi tidak dapat dilaksanakan


dengan lancar sekiranya terdapat bantahan dan aduan bagi perancangan dan
pembinaan infrastruktur komunikasi di Negeri Sembilan. Kebelakangan ini, terdapat
bantahan terhadap pembinaan infrastruktur komunikasi di Negeri Sembilan termasuk;

• Dakwaan isu kesihatan melalui risiko kesan radiasi yang dikeluarkan oleh
infrastruktur komunikasi;

• Pembinaan infrastruktur komunikasi yang tidak mendapat kebenaran


sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);

• Pelaksanaan projek pembinaan infrastruktur komunikasi yang tidak tersusun dan


tidak teratur yang diragui keselamatannya; atau

• Reka bentuk struktur infrastruktur komunikasi yang tidak menepati ciri-ciri


persekitaran dan nilai estetika bangunan serta sensitiviti masyarakat setempat.

4
Kesannya, penyediaan perkhidmatan komunikasi yang berkualiti lewat disampaikan
kepada rakyat dan ini menyukarkan syarikat pemberi perkhidmatan rangkaian
komunikasi dalam menyediakan perkhidmatan tersebut.

Oleh yang demikian, Jawatankuasa Infrastruktur Telekomunikasi Negeri Sembilan yang


terdiri daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia, Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan serta para
pemain industri komunikasi telah mengambil inisiatif untuk mengesyorkan Garis
Panduan Bagi Bantahan Terhadap Infrastruktur Komunikasi di Negeri Sembilan ini
dengan memberi solusi terbaik (best practice) bagi menyelesaikan permasalahan ini
khususnya dalam menggalakkan pertumbuhan pembangunan infrastruktur
telekomunikasi yang lebih mampan bagi masa akan datang.

Cadangan Garis Panduan ini diharapkan dapat dilaksanakan secara efisyen dengan
penyelarasan kelulusan di peringkat Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan diterima pakai
oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya dalam pematuhan dan penggalakkan
pembangunan infrastruktur telekomunikasi yang agresif di Negeri Sembilan.

2. TUJUAN

2.1 Menggalakkan dan mempromosikan industri telekomunikasi di peringkat Negeri


Sembilan;

2.2 Membantu perancangan secara menyeluruh dan bersepadu bagi


mempertingkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi;

2.3 Penyelarasan pematuhan bagi memastikan keseragaman “legal structure” di


semua kawasan berpopulasi dan berimpak tinggi; dan

2.4 Membantu mengurangkan aduan semasa yang diterima bagi bantahan


pembinaan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi.

5
3. SASARAN

Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perancangan,
pembangunan, pengawalseliaan dan pematuhan infrastruktur telekomunikasi di
peringkat Negeri Sembilan termasuk;

3.1 Kerajaan Negeri Sembilan (melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri dan
Bahagian Kerajaan Tempatan)
3.2 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
3.3 Telecommunication One-Stop Agency Negeri Sembilan(TOSA)
3.4 State Back Company yang dilantik
3.5 Agensi-agensi Negeri Sembilan yang terlibat
3.6 Industri Telekomunikasi

4. PRINSIP PERANCANGAN BAGI TAPAK INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI*

Perancangan bagi tapak infrastruktur komunikasi ini haruslah berlandaskan kepada


beberapa prinsip perancangan utama iaitu:

4.1 Keselamatan dan Keselesaan - Peletakan serta rekabentuk infrastruktur


perlu menekankan aspek keselamatan dari segi kestabilan struktur
kemudahan dan struktur tanah. Di samping itu, ia turut perlu mengambilkira
keselesaan penduduk sekitar.

4.2 Adil dan Terbuka - Akses kepada kemudahan infrastruktur yang disediakan
oleh pemaju hendaklah secara adil dan terbuka untuk memastikan semua
pemberi perkhidmatan komunikasi mendapat hak sama rata.

*sumber daripada Garis Panduan GPPI MCMC

6
4.3 Teratur dan Sistematik - Perancangan tapak kemudahan perlu dirancang
secara bersepadu dan sistematik untuk memastikan ketersediaan infrastruktur
komunikasi diambilkira pada peringkat awal permohonan pemajuan. Ia juga
akan menjadi rujukan awal kepada pembeli tentang cadangan pembangunan
infrastruktur komunikasi di kawasan tersebut.

4.4 Penjimatan dan Ekonomik - Peletakan tapak infrastruktur komunikasi yang


disediakan secara bersepadu akan menjimatkan kos dari segi pembangunan
dan penyelenggaraan infrastruktur komunikasi berbanding kos yang
diperlukan untuk penyediaan infrastruktur secara penambahan atau retrofit.

4.5 Kemudahsampaian - Perancangan dan pembangunan infrastruktur


komunikasi di lokasi yang sesuai dan strategik untuk tujuan penyediaan
liputan yang lebih menyeluruh dan penyenggaraan yang lebih teratur.

4.6 Kebersihan dan Keindahan - Kawasan sekitar tapak infrastruktur


komunikasi perlu disediakan kawasan penampan dan anjakan struktur yang
bersesuaian. Elemen landskap yang bersesuaian boleh diterapkan dengan reka
bentuk struktur yang menarik dan tidak menyebabkan ketidakselesaan kepada
penduduk.

5. BANTAHAN TERHADAP INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI (BAHARU)

5.1 Pemilik struktur perlulah mendapatkan kelulusan permit struktur


telekomunikasi secara langsung daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
sebelum pembinaan sebarang infrastruktur komunikasi ;

5.2 Pemilik struktur hendaklah mendirikan papan tanda tentang cadangan projek
/ pembinaan dengan jelas di tapak pembinaan mengikut standard yang
ditetapkan oleh pihak PBT ;

5.3 Sebarang bantahan berkenaan infrastruktur telekomunikasi yang diterima


daripada pembantah melalui Borang Bantahan Terhadap Infrastruktur
7
Komunikasi Di Negeri Sembilan (Borang Bantahan) hendaklah
disalurkan kepada pihak PBT;

5.4 Borang Bantahan hendaklah disertakan dengan bukti teknikal daripada


jabatan/agensi bertauliah Tempatan untuk semakan pihak PBT; (Sila rujuk
perkara 8.5 bagi senarai bukti teknikal yang diterima sebagai rujukan)

5.5 Sebarang bantahan terhadap infrastruktur komunikasi yang dikemukakan


tanpa bukti teknikal adalah tidak akan diterima oleh pihak PBT dan boleh
memaklumkan kepada pembantah secara bertulis untuk menyediakan bukti
teknikal;

5.6 Jika bantahan yang diterima adalah disertakan dengan bukti teknikal, maka
bantahan tersebut akan dimajukan untuk penilaian dan siasatan oleh Badan
Siasatan Bantahan Infrastruktur Komunikasi (Badan Siasatan); (Sila
rujuk perkara 7 bagi Terma Rujukan Badan Siasatan Bantahan Infrastruktur)

5.7 Sekiranya kerja-kerja pembinaan infrastruktur komunikasi telah dimulakan,


pihak PBT perlu mengeluarkan Notis Perintah Berhenti Kerja Sementara
(NPBKS) sehingga keputusan siasatan dan penilaian dikeluarkan oleh Badan
Siasatan;

5.8 Badan Siasatan akan melakukan siasatan dan mengeluarkan keputusan


bantahan sama ada berasas atau pun tidak berasas;

5.9 Bagi keputusan bantahan yang berasas, permit infrastruktur komunikasi akan
ditarik balik mengikut peraturan dan kaedah yang telah ditetapkan oleh pihak
PBT;

5.10 Sekiranya keputusan bantahan adalah tidak berasas, maka kerja-kerja


pemasangan dan pembinaan infrastruktur telekomunikasi boleh diteruskan;
dan

8
5.11 Pihak PBT akan memaklumkan kepada pembantah dan pemilik struktur secara
bertulis mengenai maklumbalas keputusan bantahan.

6. BANTAHAN TERHADAP INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI (TERSEDIA ADA)

6.1 Sebarang bantahan berkenaan infrastruktur komunikasi yang diterima


daripada pembantah perlu disalurkan kepada pihak Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT);

6.2 Jika bantahan yang diterima adalah disertakan dengan bukti teknikal, maka
bantahan akan dimajukan untuk penilaian dan siasatan oleh Badan Siasatan
Bantahan Infrastruktur (Badan Siasatan);

6.3 Badan Siasatan akan melakukan penilaian dan siasatan dengan mengeluarkan
keputusan bantahan sama ada berasas ataupun tidak berasas;

6.4 Jika keputusan oleh Badan Siasatan adalah didapati berasas maka pemilik
struktur diberi tempoh sehingga 30 hari untuk menyelesaikan isu bantahan
tersebut dari tarikh makluman keputusan bantahan;

6.5 Sekiranya tiada jalan penyelesaian, maka infrastruktur komunikasi yang


dibantah tersebut perlu diturunkan mengikut peraturan dan kaedah yang telah
ditetapkan oleh PBT;

6.6 Sekiranya keputusan bantahan adalah tidak berasas, maka pembinaan


infrastruktur komunikasi yang dibantah boleh dikekalkan; dan

6.7 Pihak PBT akan memaklumkan kepada pembantah dan pemilik struktur secara
bertulis mengenai maklumbalas keputusan bantahan.

9
7. CARTA ALIR BANTAHAN TERHADAP INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI DI
NEGERI SEMBILAN (seperti di dalam Lampiran A)

8. TERMA RUJUKAN BADAN SIASATAN BANTAHAN INFRASTRUKTUR

8.1 Tujuan penubuhan Badan Siasatan Bantahan Infrastruktur (Badan Siasatan)


adalah bertanggungjawab untuk menilai dan menyiasat bantahan-bantahan
yang diterima mengenai pembinaan infrastruktur komunikasi yang baharu
dan tersedia ada di Negeri Sembilan.

8.2 Keahlian Badan Siasatan adalah dianggotai pegawai atau individu daripada
Jabatan/Agensi/Professional yang bertanggungjawab dalam bidang
telekomunikasi dan kesihatan awam.

8.3 Keahlian Badan Siasatan dipersetujui dan dilantik oleh Pengerusi


Jawatankuasa Infrastruktur Telekomunikasi Negeri Sembilan.

8.4 Keahlian Badan Siasatan adalah terdiri daripada;

i. Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan;


• Bahagian Kerajaan Tempatan
• Unit Perancang Ekonomi Negeri
ii. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC);
iii. Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) (MBI);
iv. Agensi Nuklear Malaysia (ANM);
v. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
vi. Majlis Bandaraya Seremban
vii. Majlis Perbandaran Port Dickson
viii. Majlis Perbandaran Jempol
ix. Majlis Daerah Jelebu
x. Majlis Daerah Kuala Pilah
xi. Majlis Daerah Rembau
xii. Majlis Daerah Tampin

10
xiii. Jabatan Kerja Raya (JKR)
xiv. Mana-mana Jabatan / Agensi yang berkaitan (jika perlu)

8.5 Keahlian Badan Siasatan adalah sah untuk tempoh satu (2) tahun.

8.6 Badan Siasatan akan bersidang sekali dalam tempoh 30 hari sekiranya
diperlukan.

9. PENYARINGAN / SEMAKAN DOKUMEN KELULUSAN

9.1 Sebarang bantahan yang dikemukakan mestilah secara bertulis mengguna


pakai Borang Bantahan Infrastruktur Komunikasi Negeri Sembilan (Borang
Bantahan) seperti di Lampiran B.

9.2 Borang Bantahan ini hendaklah diisi dalam satu salinan dan kembalikan
borang yang telah lengkap diisi kepada pihak PBT.

9.3 Borang Bantahan Infrastruktur Telekomunikasi Negeri Sembilan ini


hendaklah diisi dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.

9.4 Borang Bantahan yang dibuat oleh individu, wakil penduduk atau Joint
Management Body (JMB) dan lain-lain hendaklah dikemukakan kepada pihak
PBT di Negeri Sembilan.

9.5 Sebarang bantahan yang dikemukakan mestilah disertakan dengan bukti


teknikal daripada jabatan / agensi bertauliah tempatan termasuklah:

i. Laporan kesihatan oleh Doktor Hospital / Klinik kerajaan

ii. Laporan kesihatan oleh Pakar yang berdaftar dengan National


Specialist Register (NSR) Malaysia;

iii. Laporan radiasi dari Agensi Nuklear Malaysia (ANM);

11
iv. Laporan keselamatan struktur dari Jabatan Kerja Raya (JKR) atau
Jurutera Awam yang bertauliah; atau

v. Laporan keselamatan struktur dari Jabatan Mineral dan Geosains


Malaysia (JMG).

9.6 Hanya bantahan dengan dokumen yang lengkap akan dimajukan untuk
penilaian dan siasatan oleh Badan Siasatan dan tindakan selanjutnya oleh
pihak PBT.

10. RUJUKAN PERUNTUKAN

Garis panduan berhubung dengan bantahan terhadap infrastruktur komunikasi di


Negeri Sembilan yang disediakan ini adalah perlu dirujuk bersama-sama
peruntukan/garis panduan seperti yang berikut:

a. Undang – undang Kecil Bangunan Seragam 1984;


b. Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998;
c. Kod Teknikal MCMC;
d. Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I); dan
e. Garis Panduan Perancangan Menara dan Struktur Sistem Pemancar
Telekomunikasi Negeri Sembilan.

Garis panduan ini turut akan menjadi rujukan dan amalan baik (good practice)
kepada industri dalam merancang, membina dan mengawal selia kendiri pematuhan
dalam infrastruktur komunikasi di Negeri Sembilan.

Turut dilampirkan adalah agensi-agensi di bawah Jawatankuasa Infrastruktur


Telekomunikasi Negeri Sembilan yang terlibat secara langsung berhubung bantahan
terhadap infrastruktur komunikasi termasuk;

12
No Agensi Butiran

1. Bahagian Kerajaan Tempatan Tel : 606-765 9900


Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Faks : 606-761 7386
Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri, Jalan Dato' Abdul Malek,
70503 Seremban, Negeri Sembilan. E-mel: korporatsukns@ns,gov.my
2. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tel : 03 8688 7800
(MCMC) Faks : 03 8688 1001
Pejabat Negeri Sembilan
Bangunan lama MCMC (Old Building), Off Persiaran
Multimedia, 63000, Cyberjaya, Selangor. E-mel:nsso@mcmc.gov.my
3. Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) Tel : 06 764 9571
D/A Pejabat Kewangan Negeri, Faks : 06 765 9293
Tingkat 5, Blok B, Wisma Negeri,
70503 Seremban, Negeri Sembilan. E-mel: -
4. Majlis Bandaraya Seremban Tel : 06 765 4444
Wisma Bandar Raya Faks : 06 765 4889
Lot 24392 Persiaran Forest Height 1
70450 Seremban, Negeri Sembilan. E-mel: aduan@mbs.gov.my
5. Majlis Perbandaran Port Dickson, Tel : 06-647 1122
KM 1, Jalan Pantai Faks : 06-647 4984
71009 Port Dickson, Negeri Sembilan. E-mel: mppdns@mppd.gov.my
6. Majlis Perbandaran Jempol Tel : 06-458 1233
72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Faks : 06-458 5800
E-mel: aduan@mdjl.gov.my
7. Majlis Daerah Jelebu Tel : +606 - 613 6479
Tingkat 1, Pusat Komersial MDJ, Faks : +606 - 613 7515
71600 Kuala Kelawang, Negeri Sembilan. E-mel: mdjelebu@ns.gov.my
8. Majlis Daerah Kuala Pilah Tel : 06 481 2075
Jalan Perpateh Faks : 06 481 1042
72009 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. E-mel: aduan@mdkp.gov.my
9. Majlis Daerah Rembau Tel : 06-6851144
Jalan Dato' Maharaja Lela Faks : 06-6855117
71309 Rembau, Negeri Sembilan. E-mel: mdr@mdr.gov.my
10. Majlis Daerah Tampin Tel : 064411601
73000 Tampin, Negeri Sembilan. Faks : 064413001
E-mel: mdt@mdtampin.gov.my

13
11. KESIMPULAN

Penekanan yang dibuat dalam garis panduan ini adalah memastikan hak penduduk
untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang selamat dan sihat serta bebas
daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Tambahan, ini juga turut menjaga
kepentingan pembangunan infrastruktur komunikasi membangun secara teratur dan
efisyen seiring dengan permintaan keperluan teknologi komunikasi yang tinggi.

Garis panduan ini mencadangkan pertimbangan yang sewajarnya dalam memberi


syor solusi kepada Kerajaan Negeri Sembilan dalam menangani aduan bantahan
terhadap pembanguna infrastruktur komunikasi dengan efisyen dan saksama.

Jawatankuasa Infrastruktur Telekomunikasi Negeri Sembilan mengharapkan industri


dan agensi-agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dapat
bersama-sama menangani isu bantahan terhadap infrastruktur komunikasi yang
telah dibina atau akan dibina dengan mendapatkan kelulusan sepenuhnya daripada
PBT dan mematuhi mana-mana peruntukan yang terpakai. Garis Panduan ini juga
hendaklah dibaca bersekali dengan mana-mana peruntukan undang-undang yang
tersedia ada.

Garis Panduan ini dicadangkan akan disemak secara tahunan selari dengan
peredaran teknologi dan perubahan secara dinamik industri telekomunkasi dalam
melindungi pengguna tanpa menggantikan atau menjejaskan apa-apa undang-
undang atau peraturan sedia ada berkaitan infrastruktur komunikasi di Negeri
Sembilan.

Diharapkan garis panduan ini dapat menjadi salah satu usaha Jawatankuasa
Infrastruktur Komunikasi Infrastruktur dalam memenuhi aspirasi Kerajaan Negeri
Sembilan dalam memastikan capaian liputan komunikasi adalah menyeluruh di
Negeri Sembilan.

TERIMA KASIH

14
LAMPIRAN A : CARTA ALIR BANTAHAN TERHADAP INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI DI NEGERI SEMBILAN

15
JaKIT/FORM/BANTAHAN/2020/V1

LAMPIRAN B : BORANG BANTAHAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI NEGERI


SEMBILAN (BORANG BANTAHAN)

BORANG BANTAHAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI NEGERI SEMBILAN


For office use only/Untuk kegunaan pejabat sahaja

Objection No./No.Aduan-JaKIT/2020/

From Department / Daripada Jabatan

A: Particulars of Complainant/Maklumat Pengadu:

Name/Nama:

NRIC No. / No. Kad Pengenalan:

Company Registration No/

No. Pendaftaran Syarikat

e-mel Address / Alamat e-mel:

Telephone No / No. Telefon:

Address/Alamat :

16
JaKIT/FORM/BANTAHAN/2020/V1

B: Communication Infrastructure Owner Information (if applicable)/Maklumat Pemilik


Infrastuktur Komunikasi:

Name of company/

Nama Syarikat:

Infrastructure Location Address/

Alamat Lokasi Infrastruktur:

C: Have you refered the complaint to any of the following parties (please tick):

Sudahkah anda merujuk aduan ini kepada mana-mana pihak seperti di bawah (sila tanda):

o Service provider/Pemberi perkhidmatan


o Industry forum (Consumer/Content/Access)/Forum industri (Pengguna/Kandungan/Capaian)
o Local authority / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
o Others/Lain-lain ……………………………………
D: Complaint Details/Butir-butir Aduan:

Supporting Documents/Dokumen Sokongan: Yes/Ada , No/Tiada

Remedy/Tuntutan:

17
JaKIT/FORM/BANTAHAN/2020/V1

E: Complainant Declaration/Pengakuan Pengadu:

I/We hereby agree that the information provided is true.

Saya/Kami bersetuju bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar.

Date/Tarikh: …………………………………………………….

Signature/Tandatangan

F: For Office use only / Untuk kegunaan pejabat sahaja:

To/Kepada:

……………………………………………….

………………………………………………

……………………………………………….

……………………………………………….

Please be informed your complaint is / Sila ambil perhation bahawa aduan anda:

o Is being attended to / Sedang diproses


o Not complete. Please provide………………………………………………........
Tidak lengkap. Sila sertakan ……………………………………………………………

o Others ………………………..
Lain-lain ………………………

Date/Tarikh: Acknowledgement/Pengesahan:

18

You might also like