Professional Documents
Culture Documents
Assigment Kak Mas KWN Dewi
Assigment Kak Mas KWN Dewi
Merujuk kepada penyataan masalah yang telah diberikan, pada pendapat saya,
terdapat beberapa faktor yang perlu difikirkan oleh Sam sebelum membuat
keputusan untuk berhenti daripada menghadiri kelas piano. 9 tahun menghadiri
kelas piano bukannya tempoh masa yang singkat. Jadi adalah amat rugi jika beliau
mengambil keputusan untuk berhenti sepenunya dari menyertai kelas piano
tersebut.
Namun, keadaan Sam agak berbelah bahagi kerana pada tahap usia beliau dengan
jiwa remaja yang agak memberontak memperuntukan beliau untuk lebih kepada
aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dengan rakan-rakan yang lain. Beliau
merasakan pergerakan beliau tidak sama dengan rakan-rakan sebayanya yang lain
yang lebih berpeluang untuk menikmati aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.
Pada pendapat saya, saya bersetuju dengan pendapat ibu Sam yang tidak
membenarkan Sam berhenti daripada belajar piano. Masalah yang dihadapi oleh
Sam boleh diatasi dengan memikirkan beberapa kaedah atau cara yang sesuai bagi
menyelesaikan masalah tersebut tanpa perlu berhenti daripada belajar piano.
Kaedah yang pertama ialah Sam perlu berbincang dengan ibu bapa beliau akan
kehendak dan pilihan yang beliau perlukan. Mengadakan perbincangan dengan ibu
bapa dengan menyatakan kehendak dan keperluan sendiri akan memberikan
kesedaran kepada ibu bapa akan keperluan yang diperlukan olehnya. Perbincangan
yang dimaksudkan haruslah mempunyai sebab dan akibat jika sesuatu Tindakan
berhenti itu diambil. Selain itu juga, susunan jadual kelas juga boleh disusun oleh ibu
bapa mahupun guru kelas piano itu sendiri.
Selain itu, Sam dan ibu bapanya juga perlu berbincangan dengan guru kelas piano
yang terlibat bagi melihat sejauh mana keberkesanan jadual waku kelas piano yang
dihadiri oleh Sam. Jika perlu, penjadualan semula kelas piano yang dihadiri oleh
Sam perlu diperbaharui. Contohnya kelas piano Sam diadakan sebanyak tiga atau
empat kali sahaja seminggu atau memendekkan sesi latihan kepada 1 hingga 2 jam
sehaja setiap hari bagi membolehkan Sam menyertai aktiviti-aktivti yang beliau
sukai.
Proses-proses pemikiran yang diambil bagi membantu Sam untuk membuat
keputusan adalah secara menyeluruh dengan memikirkan kesan dan akibat atas
tindakan yang bakal terjadi sekiranya keputusan yang dipilih adalah tidak tepat.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Sam perlu memikirkan secara mendalam
akan keputusan yang ingin dibuat. Adakah kehendak kepada keseronokan itu dapat
membantu beliau untuk pergi lebih jauh ataupun sebaliknya untuk mengejar cita-cita
beliau untuk bermain piano yang telah dilalui oleh beliau sejak kecil. Atas dasar
pertimbangan semua faktor, memikirkan alternatif, kemungkinan dan pilihan yang
ada berpandukan foku dan tujuan kepada keputusan yang diambil, sekali lagi saya
ingin tegaskan bahawa saya bersetuju dengan pendapat ibu Sam yang tidak
membenarkan Sam berhenti untuk bermain piano.
SOALAN 4
Saya juga tidak ketinggalan untuk memasukkan beberapa elemen kreatif dalam
usaha untuk memudahkan kefahaman saya dalam kursus yang saya sertai selain
mewujudkan suasana kreatif dalam pembelajaran dan persekitaran di rumah serta
tempat kerja. Sebagai contoh, penggunaan akronim yang saya gunakan dalam
pembelajaran kursus yang saya sertai untuk memudahkan saya mengingati
beberapa fakta yang penting dalam kursus tersebut. Sebagai contoh, strategi
pelaksanaan pembelaran abad ke 21 “PTHPEM” (Parking Lot, Traffic Light, Hand
Signal, Papan, Exit Ticket, Mini Whiteboard) saya akronimkan dengan “Pakai Topi
Hitam Pusing Elak Musang”. Akronim ini akan membantu saya untuk lebih
mengingati beberapa langkah dalam pembelajaran abad ke 21.
Menjadi kreatif memerlukan saya untuk lebih berfikir akan matlamat dan kesan
selain mencari pemudahcara untuk saya lebih memahami tentang apa yang saya
pelajari dan apa yang akan saya ajarkan kepada kanak-kanak. Selain itu juga, saya
juga dapat mengasah kemahiran berfikir pada aras yang lebih tinggi selain berupaya
untuk mengikuti perkembangan dalamteknologi serta Pendidikan kanak-kanak pada
masa kini. Kerativiti dan inovasi ini juga dapat membantu dalam proses membuat
keputusan serta banyak membantu dalam kerja-kerja dan amalan seharian yang
saya laksanakan. Selain dapat memberikan impak kepada pembelajaran anak-anak,
ia juga dapat membantu saya untuk lebih bersedia kelak.
SOALAN 6
Pendahuluan
Kesimpulan
Rujukan
Jabatan Alam Sekitar Malaysia. 1997. Environmental Quality Report 1997. Kuala
lumpur: Jabatan Alam Sekitar.