Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Panduan untuk Mengenal Pasti Hash/TxID

Transaksi dan Mengesahkan Transaksi

Meta Title: Panduan Terunggul untuk Mengesahkan Transaksi Anda di Blockchain

Meta Description: Adalah penting untuk anda tahu cara mengesahkan transaksi anda di
blockchain atau mengesan hash transaksi. Panduan ini akan menerangkan segala-gala yang
anda perlu tahun.

Cara Mengesahkan Transaksi Anda di


Blockchain dan Mendapatkan Hash/TxID
Transaksi
ID transaksi (TxID) atau hash transaksi adalah rentetan aksara yang unik yang terdiri
daripada campuran nombor dan huruf. Pada asasnya, ini adalah kod pengenalan yang
melabelkan setiap transaksi di blockchain. Dalam dunia mata wang kripto, TxID mempunyai
kelebihan kerana ia membolehkan anda mendapatkan sejarah keseluruhan deposit dan
pengeluaran anda.

Tidak sukar untuk mencari suatu transaksi khusus di blockchain: anda perlu menggunakan
pautan khas, yang biasanya dirujuk sebagai ‘explorer’ (peninjau). Penting untuk tahu bahawa
setiap peninjau masing-masing hanya sesuai untuk mata wang kripto tertentu. 

Teruskan membaca untuk mendapatkan penerangan komprehensif tentang segala yang anda
perlu tahu semasa mengesahkan transaksi blockchain anda.

Bagaimana untuk Mencari Hash/TxID Saya


Pertama sekali, anda perlu mendapatkan peninjau blok Alat ini menyediakan analisis
terperinci tentang rangkaian blockchain, dari hari pertama blok genesis hingga saat ini.

Peninjau blok secara efektif bertindak sebagai enjin carian dan pelayar di mana pengguna
boleh mencari maklumat tentang blok individu, alamat awam, dan transaksi yang berkaitan
dengan mata wang kripto yang khusus. Dalam keadaan tertentu, berbilang koin dikaitkan
dengan blockchain yang sama, yang bermaksud ia boleh dikenal pasti menggunakan peninjau
blockchain yang sama.

Setelah menemui TxID anda, anda boleh membuka sejarah penuh deposit dan pengeluaran
anda yang berkaitan dengan mata wang kripto yang tertentu. Ini termasuk maklumat data
berguna seperti:

 Alamat yang menghantar transaksi


 Alamat yang menerima transaksi
 Angka deposit/pengeluaran yang tepat
 Tarikh/masa transaksi
 Fi rangkaian relevan yang dikenakan

Secara keseluruhan, proses ini membolehkan anda menjejak sejarah transaksi anda di
blockchain secara selamat.

Matawang kripto

Bagi memudahkan, kami telah menyediakan sebuah jadual koin yang disokong di bawah ini.
Seperti yang anda lihat, terdapat tiga lajur yang mengandungi nama mata wang, simbol ticker
dan pautan kepada peninjau blockchain yang relevan.

Jika anda ingin melihat transaksi anda di blockchain, klik pada pautan bersebelah koin yang
telah anda beli. Sebuah tetingkap baharu akan dibuka di laman pihak ketiga dan di sini anda
perlu memasukkan sama ada alamat dompet anda atau ID transaksi blockchain dalam bar
carian laman web.

Adalah penting untuk tahu bahawa dana anda akan dipindahkan ke blok yang relevan hanya
selepas nod-nod telah mengesahkan transaksi. Selain itu, jika rangkaian sesak, dana anda
mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk sampai.

Matawang Simbol Ticker Rangkaian


Bitcoin BTC Bitcoin
Bitcoin Cash BCH Bitcoin Cash
Cardano ADA Cardano 
DigiByte DGB DigiByte
Dogecoin DOGE DOGE
EOS EOS EOS
Ethereum ETH Ethereum
Litecoin LTC Litecoin
NEM XEM XEM
Paxos Standard PAX ERC-20
Qtum QTUM Qtum
Stellar XLM Stellar
Tether USD di Ethereum USDT ERC-20
Tether USD di Tron USDT TRC-20
Wrapped Bitcoin di Ethereum WBTC ERC-20
Wrapped Bitcoin di Tron WBTC TRC-20
TRON TRX TRON
TrueUSD TUSD ERC-20
USD Coin USDC ERC-20
Stellar XLM Stellar 
Ripple XRP Ripple
Bitcoin Gold BTG Bitcoin Gold
BitShares BTS BitShares
Ethereum Classic ETC Ethereum Classic
Verge XVG Verge
ChainLink LINK ERC-20
OmiseGO OMG ERC-20
Basic Attention Token BAT ERC-20
Dash DASH Dash
Monero XMR Monero
Zcash ZEC Zcash

Soalan Lazim

Mengapa ia penting untuk menyemak transaksi anda di blockchain?

Ia penting untuk menyemak transaksi anda di blockchain supaya anda tahu bahawa ia telah
lulus tanpa masalah. Selain itu, anda boleh menggunakan sejarah transaksi anda sebagai
rujukan untuk membuktikan bahawa anda telah membayar untuk sesuatu atau menyerlahkan
sebarang percanggahan.

Bagaimana boleh saya mencari hash transaksi atau TxID?

Untuk mencari hash transaksi atau TxID, rujuk kepada jadual yang berguna dalam panduan
ini dan klik pautan yang disediakan untuk mata wang yang anda gunakan.

Bagaimana boleh saya mencari transaksi kripto yang lama?

Setiap satu transaksi kripto disimpan di blockchain. Anda hanya perlu mendapatkan hash
transaksi dan tampalkannya ke dalam dompet alamat yang relevan - proses yang selebihnya
dijalankan secara automatik oleh laman rangkaian masing-masing!

Bagaimana boleh saya menjejak transaksi kripto?

Untuk menjejak transaksi kripto anda perlu menggunakan peninjau blockchain yang khusus
untuk kripto yang anda gunakan.

Apakah maklumat yang boleh saya dapatkan daripada hash/TxID transaksi?

Hash/TxID transaksi didatangkan dengan pelbagai maklumat. Maklumat yang boleh


diperoleh daripadanya termasuk status pengesahan, ketinggian blok, cap masa, alamat
penghantar, alamat penerima dan jumlah transaksi.

Bolehkah anda melihat sejarah transaksi dengan kripto?

Ya, transaksi blockchain direkodkan pada lejar awam, yang bermaksud sesiapa sahaja boleh
mengakses maklumat melalui peninjau blockchain.

Adakah transaksi kripto peribadi?

Transaksi tidak bersifat peribadi kerana ia disimpan pada lejar awam. Walau bagaimanapun,
ia tidak mendedahkan identiti pengguna dan sebaliknya dikaitkan dengan alamat dompet
kriptografik.
Bolehkah sesiapa sahaja melihat dompet kripto saya?

Tidak, dompet kripto anda adalah peribadi. Orang ramai hanya boleh melihat transaksi yang
muncul pada lejar awam.

Adakah transaksi mata wang kripto terbuka kepada awam?

Ya, semua transaksi disimpan di blockchain, yang mempunyai lejar awam.

Bagaimana boleh saya mengenal pasti satu transaksi mata wang kripto?

Untuk mengenal pasti transaksi mata wang kripto, anda perlu mencari hash transaksi tersebut.
Ini berfungsi sebagai cap jari bagi transaksi yang khusus itu.

You might also like