Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

BICARA KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA PAKAR

TAHUN 2021

TARIKH/HARI

29 MEI 202I / SABTU

TEMPAT

Kediaman masing-masing

ANJURAN

Kelab KEJARA SMK Semerah


KERTAS KERJA
BICARA KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA PAKAR

1. PENGENALAN

Kemalangan di jalan raya sudah menjadi suatu perkara biasa yang terjadi hampir
setiap hari. Pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak berwajib. Namun, masih
ramai lagi yang tidak mengendahkan tentang usaha-usaha untuk bersikap dengan
lebih cermat ketika di jalan raya. Sikap prihatin dalam setiap pengguna jalan raya
amat penting. Seringkali kes kemalangan dikaitkan dengan sikap acuh tidak acuh
pemandu hingga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa insan tersayang.

Satu pendekatan perlu dilakukan dalam menerapkan budaya keselamatan jalan raya
tidak kira sama ada dalam kalangan pelajar atau golongan dewasa. Justeru itu,
Kelab Kejara telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Program Ceramah
Bicara Keselamatan jalan Raya Bersama Pakar.

Program ini merupakan program kerjasama antara Universiti Tun Hussein Onn dan
Unit Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah yang diadakan dengan
tujuan untuk memberikan kesedaran kepada murid-murid tentang keselamatan jalan
raya.

2. OBJEKTIF
2.1 Melahirkan murid-murid yang mempunyai kesedaran tinggi tentang keselamatan
diri di jalan raya.
2.2 Mewujudkan kesedaran dalam diri murid-murid tentang pentingnya mematuhi
undang-undang jalan raya.
2.3 Membentuk sikap bertanggungjawab murid tentang keselamatan diri dan orang
lain di jalan raya.

2
3. TEMPAT

Google meet (di kediaman masing-masing)

4. TARIKH

29 Mei 2021 (Sabtu)

5. KUMPULAN SASARAN

25 orang murid 5 Seroja


24 orang murid 4 Seroja
15 orang murid Kelab Kejara

6. ANJURAN

Kelab KEJARA SMK Semerah.

Pengerusi : Puan Suliyani Binti Md. Hambari


(Pengetua, SMK Semerah)
Timb.Pengerusi : Hj Zainuddin Bin Basiran (PK Pentadbiran )
Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Aniza Bt Razali (PK HEM )
Naib Pengerusi 2 : En Salamat Bin Mae’raj (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Pn Fadzilah Binti Mahadi ( PK Tingkatan 6)
Naib Pengerusi 4 : En Mohammad Zaad Bin Hisham ( PK Pendidikan Khas )
Penyelaras : Pn Sariza bt Tulimin
Setiausaha : Pn Siti Jainiah bt Rosni
Bendahari : Pn Nawatul Akmar Bt Kamarudin
Hadiah dan sijil : Pn Fairuz Bt Amlasi
Dokumentasi : Pn Nurul Jannah Bt Mat Nor (Guru Perpustakaan Media)
Promosi : Guru Kelas yang terlibat dengan Program Dalam Kumpulan
Kelas Masing-Masing Melalui Aplikasi Telegram Dan
Whatsapp
7. JAWATANKUASA PENGELOLA
3
8. TENTATIF PROGRAM

8.30 pagi Link googlemeet mula dibuka

9.00 pagi Ucapan Moderator

9.05 pagi Ucapan Pengerusi

9.15 pagi Moderator memperkenalkan Penceramah


yang pertama.

9.20 pagi Slot Prof Madya Dr Munzilah Md Rohani


Tajuk : Remaja dan Kemalangan Jalan Raya

10.00 pagi Moderator memperkenalkan Penceramah


yang kedua

10.05 pagi Slot Prof Madya Ts Dr Adnan bin Zainorabidin


Tajuk : Perkongsian Budaya Negara Maju dari
Aspek Keselamatan Kanak-kanak Di Jalan
Raya

10.45 pagi Penutup

11.00 pagi Kuiz diberikan kepada murid-murid melalui


aplikasi Quiziz

9. PERBELANJAAN

1. Hadiah

Tempat Pertama hingga RM 5.00 x 30 = RM 150.00


tempat ke tiga puluh
Cenderahati Penceramah RM 20.00 x 2 = RM 40.00
Jumlah RM 190.00

10. Sumber Kewangan

Yuran Khas Sekolah ( YKS ) Unit Kokurikulum RM 190.00.

4
11. Penutup

Diharap program seperti ini dapat memberi kesedaran kepada murid-murid betapa
pentingnya mematuhi peraturan keselamatan jalan raya. Kerjasama daripada semua pihak
terutamanya warga SMK Semerah amat diperlukan agar program ini dapat berjalan
dengan lancar.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…......................................
…........................................   ..  
( SARIZA BINTI TULIMIN )
Guru Penasihat,
Kelab Kejara
SMK Semerah
Batu Pahat, Johor

You might also like