Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

The 2017 UMK Postgraduate Colloquium

Cultivating Excellence Through Research

Pendekatan Teknologi Maklumat Sebagai Elemen


Kemudahan Latihan Islam
Di Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur
Mohd Saidi bin Ab Hamid1 dan Mohd Zain bin Mubarak1
1
Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah,
Universiti Malaysia Kelantan,
Malaysia

Email: saidi_bakaipk@yahoo.com

Abstrak – Teknologi Maklumat berperanan melahirkan insan yang mampu yang seimbang untuk
membentuk sebagai hasil penggunaan komputer, penyiaran, telekomunikasi dan rangkaian data. Tiga
teknologi asas yang menyokongnya ialah perkakasan komputer, perisian komputer dan komunikasi data.
Teknologi maklumat terhasil daripada gabungan teknologi elektronik mikro, telekomunikasi dan
komputer yang berkaitan dengan penerimaan dan penyampaian maklumat seperti perkataan, gambar,
bunyi dan nombor kepada pengguna secara elektronik Namun tidak banyak kajian yang meneliti aspek
ini secara mendalam khususnya terhadap Warga Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia Besut Terengganu. Kajian ini bertujuan untuk meneroka Pendekatan teknologi
maklumat dengan mengenal pasti apakah ciri-ciri berkaitan dan kepentingannya dari sudut pendekatan
dan pencapaian yang membawa kepada kehidupan yang lebih baik kepada warga Warga Institut Latihan
Islam Malaysia Wilayah Timur dan peserta kursus. Hasil kajian mendapati pendekatan teknologi
maklumat mampu mempengaruhi kehidupan dapat memberi kemudahan dan kecekapan urusan latihan
islam , berpegang kepada prinsip perkhidmatan yang cekap dan turut membantu kepada aspek
pengurusan yang lebih baik dan bertanggungjawab sehingga membawa kepada kejayaan Warga Institut
Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Besut Terengganu dalam
mengendalikan latihan. Kajian ini adalah berasaskan kepada satu analisis kandungan kualitatif yang
menggunakan bahan dokumen sebagai sumber data. Data yang dikumpul dalam artikel ini dianalisis dan
diinterpretasikan dalam bentuk maklumat dengan menggunakan pendekatan deskriptif.

Kata kunci : Pendekatan teknologi maklumat, Elemen kemudahan latihan, Institut Latihan Islam
Wilayah Timur

1. Pendahuluan

Pendekatan teknologi maklumat telah mendapat tempat dan diberi perhatian di Institut
Latihan Islam Wilayah Timur Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Besut Terengganu.
berperanan dalam usaha melahirkan Warga Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah
Timur yang mampu memberikan kemudahan kearah melahirkan insan yang cekap
dalam mengendalikan sesuatu latihan yang berkualiti dan dinamik. Eleman kemudahan
yang ingin dihasilkan adalah yang mampu mengendalikan latihan secara kritis dan
kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang
baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran
yang lebih global dan sering berubah-ubah (Marzita, 2006). Pembinaan elemen
kemudahan ini untuk membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak,
berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan amat diperlukan dalam menghadapi
cabaran semasa. Fokus dan agenda utama kepimpinan negara untuk direalisasikan oleh
semua pihak termasuk di Institut Latihan Islam Malysia Wilayah Timur Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia Besut Terengganu. agar acuan dan formula negara maju yang

1
The 2017 UMK Postgraduate Colloquium
Cultivating Excellence Through Research

ingin dicapai adalah negara yang makmur dan diredai Allah SWT. Firman Allah dalam
Surah al-A’raf (7):205 yang bermaksud:

“Dan Ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut dan dengan
tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, janganlah kamu termasuk
orang-orang yang lengah “.

Konsep kehidupan masyarakat hari ini adalah masyarakat yang hidup dalam dunia
global. Kehidupan mereka yang berorientasikan materialistik telah menjadikan mereka
bersifat individualistik dan sangat mementingkan gaya hidup, kelas sosial dan
mementingkan diri sendiri. Menurut Siti Norlasiah (2014), generasi kini sedang
berhadapan dengan pelbagai perubahan begitu juga bagi mengendalikan latihan.Maka
disinilah peranan Institut Latihan Islam Malysia Wilayah Timur Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia Besut Terengganu melahirkan pegawai pengurusan hal ehwal islam dan
penjawat awam yang bertaqwa, kompeten dan cekal menghadapi cabaran.

Kajian ini memfokuskan kepentingan kecekapan pengurusan bagi melahirkan warga


Institut Latihan Islam Malysia Wilayah Timur Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Besut
Terengganu.yang mampu memberikan perkhidmatan yang baik dalam mengendalikan
program latihan penerapan nilai-nilai kerja yang bertqwa, intelektual dan profesional.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Yunus (101) yang bermaksud:

Katakanlah:Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. Tidaklah bermanfaat


tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang
yang tidak beriman.

Manakala dalam Surah Ar-Rahman (33) yang bermaksud:

“Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit
dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan
kekuatan.”

Kemajuan teknologi di era modern yang begitu pesat telah menciptakan produk-produk
berteknologi canggih seperti televisi, radio, internet, alat-alat komunikasi, pesawat,
mobil dan barang-barang mewah lainnya yang menawarkan hiburan bagi tiap orang,
baik untuk orang tua ataupun muda, bahkan untuk anak-anak. Tapi tentunya alat-alat
tersebut tidak bertanggung jawab atas apa yang telah diakibatkannya. Malahan di atas
pundak manusianya lah terletak semua tanggung jawab itu. Sebab adanya berbagai
media informasi dan alat-alat canggih yang dimiliki memiliki fungsi negatif dan positif,
tergantung faktor manusianya yang menentukan operasionalnya. Adakalanya dapat
bermanfaat yaitu ketika manusia menggunakan dengan baik dan tepat. Tetapi dapat pula
mendatangkan dosa apabila menggunakannya untuk mengumbar hawa nafsu dan
kesenangan semata bahkan yang berbau negatif.

Sebagaimana telah dikemukakan, Islam menempatkan manusia pada posisi yang unik,
sebagai khalifah dan hamba Tuhan sekali gus.Justeru itu, tujuan latihan yang paling
mendasar dalam Islam adalah menyediakan pengisian seimbang antara
jasmani,emosi,rohani dan intelek. Proses ini memerlukan pendekatan yang cukup

2
The 2017 UMK Postgraduate Colloquium
Cultivating Excellence Through Research

ampuh dan berkesan.Ini kerana,latihan merupakan proses pembelajaran dan pemberian


maklumat dalam tempoh yang terlalu singkat dan pendek. Pihak pengurusan
latihan,terpaksa memikul amanah berat,kerana perlu memastikan diakhir sesi latihan
yang singkat itu, bahawa audian yang mengikuti program kursus itu menjadi tahu dari
tak tahu sebelumnya,menjadi pandai dari tak pandai sebelumnya dan menjadi mahir dari
sebelumnya.

Dalam erti kata lain,latihan tidak boleh semata-mata dihadkan hanya kepada
penerimaan maklumat atau data-data.Tetapi yang lebih penting ialah latihan yang boleh
memberi nilai-tambah ( value-added knowledge ) kepada keluaran dan perkhidmatan.
Ini akan mermbantu untuk bertindak balas dengan cepat terhadap sebarang perubahan
yang mendatang.

Oleh itu, tujuan kajian ini untuk menghuraikan pendekatan teknologi maklumat sebagai
elemen kemudahan latihan islam di Institut Latihan Islam Malysia Wilayah Timur
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Besut Terengganu.

2. Kajian Pendekatan Teknologi Maklumat Sebagai Elemen


Kemudahan Latihan
Kajian konseptual dan juga empirikal yang telah dijalankan mendapati dimensi
pendekatan agama sebagai kekuatan jatidiri adalah pada dasarnya ajaran islam adalah
penyembuh penyakit akhlak, pembimbing untuk maju kepada kehidupan yang baik dan
bermanfaat di dunia dan akhirat (Muhammad Iqbal: 2004) dalam kajiannya mendapati
wujudnya berkaitan mengenal diri. Apakah selama ini kehidupan tanpa mengenal diri,
tidak tahu apa tugas yang harus dilaksanakan, dan tidak tahu kemana tujuan. Merujuk
kamus dewan edisi keempat Jatidiri adalah sifat atau ciri yang unik dan istimewa (dari
segi adat,bahasa, budaya, agama dsb) yang menjadi teras dan lambang keperibadian
seseorang individu sesuatu bangsa.

Namun sukar untuk menemui kajian yang melihat aspek pendekatan agama kekuatan
jatidiri secara mendalam di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan. Justeru, kajian ini
mendalami apakah ciri-ciri dan pendekatan agama serta kepentingannya terhadap warga
IPK Kelantan.

3. Metodologi
Kajian ini adalah merupakan satu kajian ilmiah yang berbentuk analisis dokumen dan
kajian lapangan . Perkara-perkara utama yang dihuraikan melalui bab ini ialah mengenai
jenis kajian, reka bentuk kajian, populasi dan persampelan, alat (instrumen) kajian,
kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data.Penulisan ini adalah kajian
berbentuk kualitatif berdasarkan kepada objektif dan persoalan kajian yang akan
dikemukakan.

Melalui kajian lapangan, penulis akan mendapatkan maklumat daripada pemerhatian


penulis sendiri dan melalui temubual dengan warga IPK Kelantan dan pegawai-pegawai

3
The 2017 UMK Postgraduate Colloquium
Cultivating Excellence Through Research

dan anggota PDRM yang akan terlibat secara langsung. Manakala melalui analisis
dokumen.

Kajian ini juga merupakan kajian tinjauan, di mana ia merupakan teknik pengumpulan
data yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang terutamanya di bidang
sosiologi dan bidang-bidang yang lain. Dalam kajian ini penulis akan menyelidik dan
meninjau sejauhmana pendekatan agama kekuatan jatidiri di Jabatan Integreti dan
Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontijen Polis Diraja Malaysia Kelantan.

4. Dapatan dan Perbincangan


Profil Informan

Informan kajian seramai 20 orang kader JAKIM dan anggota PDRM yang menjadi
responden kepada kajian ini, mereka terdiri dari Perkhidmatan Hal Ehwal Islam
kumpulan sokongan gred (17-38) dan Pegawai PDRM (Konstabel ke atas). Kajian ini
akan dilakukan di Ibu Pejabat Kontijen Polis DiRaja Malaysia Kelantan. Maklumat
akan diperolehi dengan mendapatkan maklumbalas dari responden tersebut dengan
menemu bual secara peribadi diantara pengkaji dengan responden . Jumlah keseluruhan
responden kajian ini adalah seramai 20 orang. Merujuk kepada Kredjie dan Morgan
(1970), bilangan yang disyorkan bagi sampel kajian ini adalah seramai 19 orang,
manakala bilangan sampel telah ditetapkan bagi kajian ini adalah seramai 20 orang.

Ciri-ciri dan Pendekatan Agama

Syeikh Ahmad Arifin berpendapat bahwa setiap yang ada pasti dapat kita kenal dan
yang tidak ada yang tidak dapat kita kenal. Karena Allah adalah zat yang wajib al-
wujud iaitu zat yang wajib diimani setiap orang islam, tentulah Allah dapat dikenal, dan
kewajiban pertama bagi setiap muslim adalah terlebih dahulu mengenal kepada yang
penciptanya sebelum melakukan perkara yang lain sebagaimana sabda Nabi SAW yang
bererti :

“Pertama sekali di dalam agama ialah mengenal Allah

Sebagaimana sabda Nabi SAW

Ertinya: “Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka ia akan mengenal


Tuhannya, dan barangsiapa yang mengenal Tuhannya maka binasalah
(fana) dirinya.

Bagaimanakah untuk mengenal diri kita, Sungguhnya diri kita terbagi kepada dua
sebagaimana firman Allah dalam surah Luqman ayat 20 :
ً
Ertinya : Dan Allah telah menyempurnakan bagimu nikmat zahir dan nikmat batin.

Berdasarkan temu bual mendalam dan analisis tema yang dilakukan, hasil kajian
menemukan tiga tema utama berkaitan ciri-ciri dan pedekatan agama di IPK Kelantan
iaitu mengenal diri, untuk apa penciptaan manusia, dan kemana tujuan manusia. Setiap

4
The 2017 UMK Postgraduate Colloquium
Cultivating Excellence Through Research

tema utama ini mempunyai beberapa subtema yang menjelaskan lagi kedudukan ciri-ciri
pedekatan agama ini dari perspektif informan.

Hanya Allah yang tahu siapa kita, untuk apa kita ada didunia ini, dan kemana kita pergi
selepas ini. Karena Allah yang menciptakan kita. Dan kita sering tak sedar dalam
mencari konsep jati diri sesungguhnya sebagai manusia, selain hanya mengejar
kehidupan berlandaskan nafsu di dunia ini. Mari kita mulai mengenal jati diri yang
sebenarnyanya.

A. Mengenal diri

Manusia adalah makhluk yang diciptakan Allah dari tanah. Sehingga Allah menetapkan
manusia sebagai makhluk tertinggi kedudukannya di antara makhluk lainnya, Allah
berfirman :

“ Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai
penciptaan manusia dari tanah.

(As-Sajdah Ayat :7)


“ Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina.”

(As-Sajdah Ayat : 8)

“ Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan


Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit
sekali bersyukur.”
(As-Sajdah Ayat : 9)

Jika kita mengenal siapa kita, maka kita akan bersyukur kepada Allah. Namun
kebanyakan kita lupa hingga sedikit sekali kita bersyukur kepada Allah. Kita adalah
Manusia yang di ciptakan Allah dari air hina dan di beri akal yang sangat luar biasa
hingga kita diangkat darjat lebih tinggi di bandingkan makhluk ciptaan Allah lainnya.

B. Untuk apa penciptaan manusia

Manusia diciptakan memiliki dua tujuan dari Allah iaitu Sebagai Khalifah di muka bumi
dan Beribadah kepada Allah SWT. Tidak ada tujuan lain, semua kehidupan kita sebagai
manusia harus berlandaskan dua tujuan yang di berikan Allah tersebut. Dalam segala
hal, baik dari segi pekerjaan, pergaulan, dan segalanya berlandaskan dua tujuan
tersebut. Maka dari itu kita diberikan Allah Akal, Hati dan Jasad agar mampu memikul
beban berpandukan A-Quran dan sunnah Rasullulah SWA agar berjalan dengan baik.
Seperti Firman Allah SWT :

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi
kepada-Ku.”
(Adz-Dzaariyat Ayat : 56 )

5
The 2017 UMK Postgraduate Colloquium
Cultivating Excellence Through Research

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku


hendak menjadikan seorang khalifah di mukabumi." Mereka berkata: "Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan
padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji
Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui
apa yang tidak kamu ketahui."

(Al-Baqarah Ayat : 30)

C. Ke mana tujuan manusia

Dalam pemikiran yang waras tentu timbul persoalan selepas kematian apakah ada
pembalasan atau perbicaraan. Disini memerlukan dalil yang jelas dalam Al-Quran
ataupun sunnah Rasulullah SAW.

Kegembiraan, kekayaan, anak yang ramai, dan mempunyai kehidupan kekelurgaan yang
baik boleh dikatakan sebagai hiasan-hisan dunia yang akan ditinggalkan. Karena
sesungguhnya kita ini adalah makhluk yang akan pulang ke kampung akhirat. Disanalah
kehidupan yang kekal selamanya di syurga atau neraka. Sekarang pilihan berada di
tangan kita, kita memilih yang mana ? dan pasti mereka yang waras akan memilih
Syurga. untuk mendapatkan syurga Allah sudah pasti setiap perintah yang diamanahkan
oleh Allah dilaksanakan.

Firman Allah menjelaskan tujuan perjalanan kita di bumi adalah sebagaimana berikut :

“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka
jannah tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang mereka kerjakan”.

(As-Sajdah Ayat : 19)

“Dan adapun orang-orang yang fasik (kafir) maka tempat mereka adalah jahannam.
Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya, mereka dikembalikan ke dalamnya dan
dikatakan kepada mereka: "Rasakanlah siksa neraka yang dahulu kamu
mendustakannya."

(As-Sajdah Ayat : 20)

Setelah dibincangkan konsep jatidiri menurut Islam ini maka kehidupan ini menjadi
lebih baik tenang dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Bahwa apa yang telah
kita dapat, apa yang telah kita lakukan adalah untuk beribadah kepada Allah demi
mencari keredaan Allah bagi mendapat syurga. Dan bila kita mengenali pencipta maka
kita akan menjadi manusia yang tidak berada dalam kesombongan di muka bumi dan
sentiasa menjadi hambanya yang benar-benar bersyukur karena telah menjadi salah satu
makhluk yang mempunyai jatidiri yang berlandaskan kepada syariat.

6
The 2017 UMK Postgraduate Colloquium
Cultivating Excellence Through Research

5. Kepentingan Agama Dalam Membentuk Jatidiri


Informan mempunyai keyakinan tinggi bahawa mengenal Allah itu merupakan perkara
utama dalam membentuk siasah diri yang mewujudkan suatu ikatan erat dalam konteks
antara hamba dengan pencipta. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dzar
RA bahawa Nabi SAW bersabda:

“ Berfikirlah kamu pada kejadian Allah dan jangan kamu berfikir tentang (zatnya)
kelak kamu akan binasa”

Keyakinan ini membina kekuatan dan mendorong kearah mengetahui tentang


penciptaan manusia sebagai ujian Allah didunia ini. Surah al-Mu’minun ayat 12-16
menjelaskan yang bermaksud:

“ Dan sesugguhnya kami telah menciptakan manusia daripada pati (yang berasal)
daripada tanah, kemudian kami jadikan pati itu setitik air benih di tempat penempatan
yang kukuh, kemudian kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku, lalu
kami ciptakan daripada darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian kami
ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian kami balut tulang itu dengan
daging, setelah sempurna kejadiannya itu kami bentukkan dia menjadi makhluk yang
lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik
pencipta, kemudian sesugguhnya kamu sesudah itu akan mati. Kemudian kamu
sesugguhnya akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat”

Keyakinan ini menjadikan informan seorang yang benar mengakui tentang keesaan
Allah menyakini bahawa Allah itu Maha melihat terhadap hambanya.Dan dengan dalil
itu juga lah mencakupi keseluruhan tentang kemana tujuan manusia di lahirkan di dunia
ini.

Pencapaian

Informan kajian membuktikan bahawa pendekatan agama kekuatan jatidiri merupakan


suatu yang jelas yang akan menjadikan warga IPK Kelantan benar-benar dapat
menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang boleh meruntuh maruah diri,
keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.

Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM)


direalisasikan hasil daripada Laporan Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan
Pengurusan PDRM pada 13 Mei 2005 yang mencadangkan agar bahagian agama
ditubuhkan untuk pembangunan kerohanian dan moral anggota polis. Pada masa yang
sama Cawangan Psikologi dan Kaunseling PDRM turut membuat permohonan
tambahan 537 perjawatan cawangan ini yang telah dimajukan kepada Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) pada 28 Mei 2005.

Sehubungan dengan itu, bagi memenuhi keperluan semasa, kedua-dua Bahagian


Agama dan Cawangan Psikologi dan Kaunseling PDRM telah digabungkan bagi
membentuk BAKA PDRM. BAKA telah diluluskan penubuhannya mengikut Waran
Perjawatan K41 tahun 2007 bertarikh 3 April 2007. BAKA diletakkan di bawah kawal

7
The 2017 UMK Postgraduate Colloquium
Cultivating Excellence Through Research

selia Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN). Sebanyak 1,503 perjawatan diluluskan di
mana 20% daripadanya diisi oleh pegawai beruniform (polis) dan selebihnya pegawai
awam (Pegawai Agama Jakim dan Kaunselor JPA). Baka beroperasi di peringkat Bukit
Aman, Kontinjen, Daerah, Briged, dan Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA), Institusi
Latihan Kepolisan, Pasukan Polis Marin, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) dan
Unit Udara Polis (UUP).

5.1 Objektif Penubuhan BAKA

Penubuhan BAKA mempunyai objektifnya yang tersendiri antaranya:

a) Membentuk kepimpinan yang berwibawa dan berkualiti dan warga PDRM yang
berakhlak, berintegriti, profesional, berketerampilan dan berhikmah berteraskan prinsip
Islam Hadhari.
b) Memastikan warga PDRM dapat mempertingkatkan produktiviti dengan
menggunakan sepenuhnya potensi diri secara positif dan proaktif melalui pendekatan
Islam, moral dan kaunseling.
c) Meningkatkan mutu disiplin berlandaskan etika kerja yang murni dan
cemerlang.
d) Memantapkan semua aspek pembangunan diri dan kerjaya warga PDRM bagi
mencapai tahap pemikiran yang lebih positif, penghasilan kerja yang profesional dan
berkualiti.
e) Mengenal pasti isu-isu dan cabaran semasa berkaitan dengan profesionalisme
dalam bidang agama dan kaunseling
f) Mencari hala tuju dalam merencanakan usaha-usaha bagi kepentingan bidang
agama dan kaunseling.
g) Menyediakan ruang pertukaran maklumat dan perkongsian kemahiran kepakaran
di kalangan ahli-ahli akademik dan pakar-pakar dalam bidang agama dan kaunseling.

6. Penutup
Pada saat roh dan jasad disatukan dan manusia sudah tinggal di bumi ini. Nabi
Muhammad SAW menyatakan bahwa Allah SWT hanya akan memperhatikan Rohani
manusia saja sedangkan jasmaninya tidak. Hal ini diperkuat oleh hadits Rasulullah
SAW yang diriwayatkan Oleh Bukhari-Muslim :

“Dan bahawa segala sesuatu pada manusia akan ditentukan oleh Rohaninya”.

Kajian telah menunjukan bahawa, tujuan hidup didunia ini adalah bagi mensucikan
kembali Roh (hati atau qalbu) yang sudah kotor dari penyakit-penyakit hati agar
kembali kepada Penciptanya (Allah SWT). Bagi mendapat kehidupan yang baik
sesudah meninggal dunia maka 1. Anak yang sholeh 2. Sedekah amal jariah 3. Ilmu
yang bermanfaat. Ketiga hal inilah yang akan memudahkan perjalanan Roh pada
kehidupan yang sebenarnya iaitu di alam barzah dan alam akhirat.

Maka Pendekatan dan Pelaksanaan program agama di IPK Kelantan merupakan satu
skop dalam menyampaikan dakwah amar makruf nahi mungkar kepada seluruh
warganya untuk memenuhi kehendak serta keperluan semasa. Penumbuhan Ibu Pejabat

8
The 2017 UMK Postgraduate Colloquium
Cultivating Excellence Through Research

Kontinjen Polis Kelantan sememangnya sebuah IPK yang telah meletakkan kemudahan
dari segala aspek sama ada fizikal, perjawatan, keagamaan dan sebagainya. Sejak awal
penubuhannya lagi, IPK Kelantan tidak meminggirkan aspek keagamaan dengan
pembinaan surau untuk aktiviti keagamaan Islam. Dengan wujudnya banyak Jabatan,
Bahagian, Cawangan, Ibu Pejabat Polis daerah (IPD), Balai, Pondok, BAKA dan
PERKEP, sudah semestinya setiap acara atau program khususnya keagamaan dapat
dilaksanakan dengan jayanya.

SENARAI RUJUKAN

Al-Quran. Tafsir pimpinan al-Rahman kepada pengertian al-Quran. 1998. Kuala


Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam.

Mohd Zain Salleh. Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Keluarga Diraja Kelantan
Darulnaim hlm 31-32 Bangkok 1904.

Report On The State Of Kelantan For The Year August 1903 To August 1904, hlm 5-6.

Abd.Rashid Mahmud.2007.Keunggulan Akidah Tauhid. Kuala Lumpur.Percetakan


Nasional Malaysia Berhad (PNMB).

Nik Mohamad Nik Mahmud, Warisan Kelantan V11 Perbadanan Muzium Negeri
Kelantan, Kota Bharu Kelantan.

Nik Anuar bin Nik Mahmud, Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategi, Fakulti Sains
Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.
Gema Jihad DiBumi Serambi Mekah: Kelantan Menghadapi Gelombang
Imperialisma Baru, Bab 1-V

al-Ghazali, Imam. 1980. Tatasusila Islam. Terj. Al-Qari Abdullah Hj. Salim. Kota
Bharu:

Abu Bakar bin Mohd al-Ahmad Al-Ghazali. 1990. Ihya’ Ulumuddin. Terj. Drs. H.
Mohd Zuhri. Kuala Lumpur: Asy-Syifa’Darul Fikir Sdn Bhd.

Berita Bukit Aman, Bil.2/2010

Buletin BAKA Bil.2/2008

Ismail kamus. 2009. Indahnya Hidup Bersyariat. Malaysia. Telaga Biru. SDN. BHD.

Fail 116,Kemudahan keagamaan.

9
The 2017 UMK Postgraduate Colloquium
Cultivating Excellence Through Research

Fail 106/3 Perjawatan/Perkhidmatan

Buletin BAKA Bil.2/2008

Fail 116/9 Kemudahan Keagamaan surau/madrasah

Nomenclature IPK Kelantan.2011

Harun Din et al. 1999. Manusia dan Islam. Selangor: Hizbi Marketing.

Sulaiman Endut. 2005. Asas-Asas Fardhu Ain. Malaysia. Pustaka Haji Abdul Majid.

Imam Al-Ghazali. 1996. Rahsia Hakikat Sembahyang.Darul Nu’Man Kuala Lumpur.


Vol. 3, No.2, 60-70.

Baharom Mahammad dan Mohamad Johdi Salleh. 2009, Pembangunan Modal Insan
Sebagai Satu Pelaburan Penting Dalam Konteks Pembinaan Negara.

“Seminar Pembangunan Modal Insan 2009”, Tema: Kecemerlangan Modal Insan.


Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Khairul Azam Bahari,
Zainab Othman, Che Anuar Che Abdullah, Mohd Zahuri Khairani dan Syed
Ismail Syed Mohamad. 2006. JHEPA: Ke Arah Pembangunan Modal Insan.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumini, UPSI.

Muhammad Rahimi Osman. 2010. Peranan Kursus Pengajian Umum dalam


Pembangunan Kemahiran Insaniah: Pengalaman UiTM.

Hassan Langgulung.1990.Metode Kaunseling dan aplikasinya dalam dakwah.Kertas


kerja Seminar Kaunseliong dalam Masyarakat Islam.Anjuran Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur,25-26 September.

Muhammad Isa Selamat.1998. Penawar Jiwa-Psikologi Ketenangan Minda. Kuala


Lumpur:Darul Nu’man.

Sayyid Mujtaba Musavi Lari. 1990. Psikologi Islam: Membangun Kembali Moral
Generasi Muda.Terj. Bandung: Pustaka Hidayah.

Nubli (2008), Pembangunan Insan: Pendekatan Personaliti dan Praktikal, Penerbit


UMP, Kuantan

10

You might also like