TEKS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS SETIAWANGSA KALI Ke-20

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

PAS KAWASAN SETIAWANGSA KALI KE-20

BIL PERKARA CATATAN


1. UCAPAN ALU-ALUAN / SALUTASI. DIKENDALI
OLEH:
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT. Kita buka Mesyuarat Agung
Tahunan PAS Kawasan Setiawangsa Kali ke-21 dengan ummul fuqan al-Fatihah.

Yang Berbahagia, PENGERUSI


Dr. Zuraini bin Hashim, MAJLIS
Yang Dipertua PAS Kawasan Setiawangsa PERASMIAN
-NU’MAN
Yang Berbahagia,
Hj. Kamisan bin Sujak, ZAFRI-
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Setiawangsa

Yang Berbahagia,
Ustaz Ubaid bin Akla
Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Setiawangsa

Yang Berbahagia,
Hj. Abdul Ghafar Puteh,
Yang Dipertua PAS Kawasan Cheras selaku pemerhati Mesyuarat Agung
Tahunan pada malam ini.

Yang Berbahagia,
Saudara Hairul Anuar,
Wakil Ahli Jawatankuasa Pemilihan PAS

Seterusnya barisan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Setiawangsa serta


para muktamirin dan muktamirat yang dirahmati lagi dikasihi Allah sekalian.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah

Alhamdulillah, setinggi ucapan syukur kita  panjatkan ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah rahmat dan izin-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul pada
malam ini. Ahlan wa sahlan dan selamat datang saya ucapkan bagi mengalu-
alukan kehadiran  tuan-tuan dan puan-puan sekalian ke d Mesyuarat Agung
Tahunan PAS Kawasan Setiawangsa kali ke-20.
2. BACAAN DOA.
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
Hadirin sekalian, bagi memberkati lagi majlis kita pada malam ini, majlis
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PAS KAWASAN SETIAWANGSA KALI KE-20

menjemput dan mempersilakan


Al-Fadhil Ustaz _________________________
Untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan
…………………………………………
Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ust _______ atas pimpinan bacaan
doa sebentar tadi
3. NYANYIAN LAGU
Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian nasyid asmaul husna, lagu negaraku dan
lagu tema PAS. Untuk itu, hadirin dan hadirat diminta untuk berdiri.

(Selesai lagu)

Hadirin dan hadirat dipersilakan untuk duduk.

4. TAYANGAN VIDEO

Hadirin sekalian,

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Setiawangsa kali ke-20 akan


diteruskan lagi dengan agenda seterusnya. Untuk itu, marilah sama-sama kita
menyaksikan tayangan video khas daripada Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Hj.
Abdul Hadi bin Awang yang disedikan buat tatapan dan pedoman bagi kita selaku
abnaul harakah.

Demikianlah tadi tayangan video khas yang disampaikan oleh tuan Guru presiden.
Semoga pesanan dan nasihat yang disampaikan sedikit sebanyak dapat
memberikan semangat untuk kita terus berjuang di jalan Allah SWT.

5. UCAPAN YDP

Dari Melaka pergi ke Serdang,


Singgah sebentar di bukit rangin,
Tuan umpoma bintang gemilang,
Titipkan amanat buat kami para muktamirin.

Tanpa kalamnya maka tidak lengkaplah mesyuarat kita pada malam ini. Untuk itu
majlis menjemput dan mempersilakan,

Dr. Zuraini bin Hashim,


Yang Dipertua PAS Kawasan Setiawangsa

Untuk memberikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

(Selesai ucapan)
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PAS KAWASAN SETIAWANGSA KALI KE-20

Terima kasih diucapkan kepada Dr Zuraini atas ucapan sebentar tadi.

6. PENYERAHAN MESYUARAT KEPADA PENGERUSI

Hadirin sekalian, kini tibalah masanya kepada kemuncak agenda. Dengan ini saya
menyerahkan mandat kepada Pengerusi Tetap PAS Kawaan Setiawangsa Hj.
Samsul untuk mengendalikan agenda seterusnya.

(Selesai mesyuarat agung)

Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi tetap atas pengendalian agenda


sebentar tadi.
7. PENYERAHAN ANUGERAH

Bunga Melati di tepi buluh,


Tumbuhnya pula berseri-seri,
Senarai anugerah kali ke-20,
Muktamirin muktamirat cemerlang kita hargai.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, terdapat beberapa kategori anugerah yang


akan disampaikan pada malam ini.

(Sebut senarai anugerah)

Tujuan penganugerahan ini adalah tidak lain tidak bukan untuk memberikan
penghargaan atas usaha dan keringat yang telah dicurahkan sepanjang
berkhidmat. Untuk itu dipersilakan Dr. Zuraini bin Hashim YDP PAS Kawasan
Settiawangsa diiringi Hj. Kamisan bin Sujak,TYDP PAS Kawasan Settiawangsa
untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Kita mulakan dengan ….

Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah.

Seterusnya, sekali lagi dijemput kepada Dr Zuraini dan Hj. Kamisan untuk
menyampaikan cenderahati kenang kenangan kepada pemerhati dan wakil JKPP.

(Dipersilakan pemerhati dulu baru jkpp)

Terima kasih dr Zuraini dan Hj Kamisan atas kesudian penyampain anugerah dan
cendarahati sebentar tadi.

8. PENUTUP

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati sebentar tadi, maka berkhirlah


Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Setiawangsa Kali Ke-20 pada malam
ini. Kita tutup majlis dengan tasbih kafarah dan Surah al-asr.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PAS KAWASAN SETIAWANGSA KALI KE-20

You might also like