Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TOKOH MURID PEREMPUAN

Tokoh murid perempuan pada tahun ini merupakan seorang murid yang sangat berketrampilan dan
berdedikasi. Dibesarkan dan dididik dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang. Beliau
dilahirkan pada tanggal 21 Jun 2010 di Hospital Kuala Lumpur. Merupakan anak kedua daripada 4
orang adik-beradik. Anak kepada En Mhd Radzif dan Puan Saflizah ini memasang cita-cita untuk
menjadi seorang saintis yang hebat pada masa akan datang.

Tokoh murid perempuan ini menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang sama ada dalam bidang
kurikulum. Memperoleh tempat pertama di dalam kelas bukan lagi asing bagi beliau sepanjang
bersekolah di sini bahkan masih memperoleh pencapain yang sama pada peperiksaan akhir tahun
yang lepas. Merupakan pelajar terbaik bagi mata pelajaran Sirah dan Bahasa Arab, penerima
anugerah pelajar dengan pemcapain terbaik keseluruhan dan pelajar terbaik UPSRA dengan
keputusan 7A.

Ketokohan dan kewibawaan murid ini serta sikap menghormati guru dan rakan-rakan memberi
impak yang sangat besar untuk ditabalkan sebagai Tokoh Pelajar bagi kategori perempuan bagi
tahun 2022. Murid yang dimaksudkan ialah adik ………………….

TOKOH MURID LELAKI

Tokoh Murid lelaki pada tahun ini pula mempunyai sikap yang positif dan berketrampilan menarik.
Beliau dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pada 10 Jun 2010. Merupakan anak tunggal kepada En
Hadi dan Puan Jamilah. Beliau memasang impian untuk menjadi seorang juruterbang dan ingin
membawa kedua orang tuanya menunaikan umrah menaiki kapal terbang suatu hari nanti.

Tokoh murid ini menunjukkan potensi dan pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum. Dari segi kurikulum, beliau merupakan pelajar terbaik mata pelajaran
Aqidah dan merupakan antara pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSRA dengan
6A.

Dari bidang kokurikulum pula, beliau telah mewakili sekolah dalam pertandingan Amal Islami bagi
acara nasyid yang menjadi Johan peringkat zon dan peserta bagi mewakili zonk e peringkat negeri.

Ketokohan dan sikap rajin membantu sesiapa sahaja serta menghormati guru dan kawan-kawan
merupakan faktor utama murid ini dipilih selaku Tokoh Murid Lelaki pada tahun ini. Tokoh Murid
Lelaki yang dimaksudkan ialah adik ..............................

You might also like