Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SMK SEKSYEN 4 BANDAR KINRARA

PANITIA SEJARAH

KAJIAN KES TINGKATAN 5


2023

PELAKSANAAN KAJIAN KES


ARAHAN KEPADA MURID
1. Wajib dilaksanakan
2. Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dibuat di luar waktu pdp.
3. Boleh menjalankan penyelidikan secara individu /berkumpulan tetapi hasil kerja mesti dibuat secara
individu.
4. Menulis laporan Kajian Kes mengikut format penulisan yang ditetapkan.
5. Dilarang meniru, menyalin atau menciplak hasil laporan daripada mana-mana sumber.
6. Murid akan diberi 0 markah jika didapati meniru, menyalin atau menciplak mana-mana bahagian laporan.
7. Murid hendaklah menghasilkan laporan Kajian Kes sendiri berdasarkan SATU tema / tajuk yang
ditentukan oleh pihak sekolah.
8. Memperakukan tugasan dengan menandatangani perakuan murid pada muka hadapan tugasan.

FORMAT PENULISAN
1. Laporan Kajian Kes hendaklah di TULIS TANGAN.
2. Kertas saiz A4 putih dan menggunakan pen biru atau hitam
3. Laporan Kajian Kes hendaklah disediakan sebanyak 5 halaman bertulis termasuk jadual/ graf/ rajah /
gambar
4. Penulisan sumber rujukan hendaklah mengikut format yang betul.
5. TIDAK PERLU memasukkan Senarai Kandungan dalam laporan.
6. Laporan perlu dikokot dan tidak perlu Ring Binding.
7. Tarikh akhir hantar tugasan: 21 Julai 2023.
BAB 5 : PEMBENTUKAN MALAYSIA

TAJUK /
ISU KAJIAN KES : GAGASAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

SK : 13.1 Gagasan Pembentukan Malaysia


SP : 13. 1.2 Memeihalkan perkembangan idea dan usaha yang membawa kepada pembentukan Malaysia.
13.1.3 Menerangkan reaksi penduduk tempatan dan negara jiran terhadap pembentukan Malaysia.
13.1.4 Menjelaskan langkah-langkah pembentukan Malaysia.
K 13.1.7 Menerangkan kepentingan berfikiran strategik untuk berjaya dalam kehidupan .

ARAHAN:
Berdasarkan pernyataan tersebut, Laksanakan satu Kajian Kes

Pembentukan Malaysia merupakan peristiwa penting dalam sejarah negara. Pelbagai


reaksi dan cabaran tidak menghalang terbentuknya Malaysia pada 16 September
1963.
a) Huraikan faktor-faktor pembentukan Malaysia.
b) Galurkan reaksi tempatan dan negara jiran terhadap pembentukan Malaysia.
c) Jelaskan langkah-langkah pembentukan Malaysia.
d) Usaha pembentukan Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dan
rintangan.Sebagai seorang rakyat,apakah tanggung jawab kita apabila negara
ditimpa masalah?
Laporan anda hendaklah mengandungi aspek berikut :
1. TAJUK LAPORAN (PERNYATAAN MASALAH)
2. OBJEKTIF
3. KAEDAH KAJIAN
4. DAPATAN KAJIAN
5. KESIMPULAN DAN CADANGAN
6. LAMPIRAN
7. RUJUKAN

1. Tajuk Laporan (Pernyataan Masalah)

2. Objektif Kajian: (contoh) MINIMUM 3


2.1 Mengkaji faktor dan langkah pembentukan Malaysia. (Pengetahuan)
2.2 Mecerakinkan maklumat tentang reaksi tempatan dan negara jiran terhadap pembentukan Malaysia.
(Kemahiran)
2.3 Membuat rasional kepentingan berfikiran strategik untuk berjaya dalam kehidupan. (Nilai)
3. Kaedah Kajian: (MINIMUM 3)
● Penyelidikan Perpustakaan
● Melayari internet
● Media massa (cetak dan elektronik)
● Temubual orang sumber (jika perlu/ada)

4. Dapatan Kajian / Pelaporan (Tidak kurang daripada 180 patah perkataan)


i. Pengenalan : Jelaskan kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu dan maksud perjuangan
ii. Perkembangan idea
- Jelaskan perjuangan rakyat menentang Jepun
- Kesan pendudukan Jepun
iii. Kesimpulan/ Rumusan dan Cadangan
- Pengetahuan yang dapat dari kajian
- Nilai yang terdapat dalam kajian
- Cadangan

5. Lampiran: (gambar, bahan fotostat daripada sumber)

6. Sumber Rujukan: (MINIMUM 3)


- Buku ilmiah / Ensiklopedia
- Majalah
- Akhbar/ Akhbar Digital
- Jurnal
- Internet (*wikipedia dan blogspot TIDAK DITERIMA)
- Rencana
- Buku teks
- Video (rancangan dokumentari /youtube)
- Orang Sumber (jika perlu/ada)

CONTOH PENULISAN SUMBER RUJUKAN

Buku
Lofti Ismail, 1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur:Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Mohamad Noordin Sopiee, 1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unifacation in the
Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur:Universiti Malaya Press.

Jurnal
Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi
Sejarah. Bil 8, April 1979.

Ishak bin Tadin, 1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”, dalam JSEAH. Vol 1. Mac 1960.

Ensiklopedia
Tajuk, jilid dan tahun.

Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.

Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman Beringin 52000 Kuala Lumpur.

Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak, 68100 Selangor.

Melawat Tempat Kajian


Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, 45 Jalan Tun
Ismail, 50480 Kuala Lumpur.

Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur.

VCD
Tajuk program, terbitan.
Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

Televisyen
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

Majalah
Nama majalah, tarikh, tahun.

Sumber lain
Jenis sumber, alamat/punca sumber.

Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm
http://www.geocities.com/tokohagung/TokohPMTunkuAbdul Rahman.htm

Disediakan oleh:
M.Sintamani A/P R. Muthiah
Guru Sejarah

You might also like