Minit Mesyuarat JKPAK 2 - 2021

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PANTAI,

06600 KUALA KEDAH,


KEDAH DARUL AMAN.
04-7627331
Ruj kami : SMKSP: 300-1/3/1( )
Tarikh : 4 JULAI 2021

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK)


BIL. 2/2021

Tarikh : 1 JULAI 2021


Hari : KHAMIS
Masa : 12.00 TENGAHARI – 2.00 PETANG
Tempat : APLIKASI GOOGLE MEET (KEDIAMAN MASING-MASING)
Link : https://meet.google.com/vqp-jkaf-ksm
Pengerusi : EN. MUHAMAD ANUAR BIN HAMID (PENGETUA)

Kehadiran :
1. Muhamad Anuar bin Hamid : Pengetua
2. Tan Say Kheong : Penolong Kanan Pentadbiran
3. Ku Adzman bin Ku Yaakob : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Habib bin Hj. Hussain : Penolong Kanan Kokurikulum
5. Khoriyah binti Baharum : Guru Kanan Bahasa /
Penyelaras Bilik PAK 21
6. Hasalina binti Mohd Hashim : Guru Kanan Sains dan Matematik
7. Rusna binti Hashim : Guru Kanan Teknik dan Vokasional
8. Nur Syahida binti Mohamad Shariff : Setiausaha / Guru Data
9. Rohaidzan binti Abdul Samad : Penyelaras Bilik Kaunseling dan Bilik SUMUR
10. Najihah binti Darus : Penyelaras Bilik Kaunseling dan Bilik PPDa
11. Samsiah binti Dolmat : Penyelaras Koperasi / Setiausaha Panitia Geografi
12. Mohd Faizal bin Mohd Sharifuddin : Pegawai Pelupusan Aset
13. Mohamad Zamri bin Mohamad Shariff : Pegawai Pelupusan Aset
14. Nursakina binti Mohd Mokhtar : Penyelaras Bestari / Setiausaha Panitia ASK
15. Harison binti Aziz : Pegawai Penerima (Panitia)
Setiausaha Panitia Ekonomi/ Perniagaan
16. Pn. Noor Huwaidah binti Balki : Penyelaras Pusat Sumber Sekolah
17. Syafini binti Sjafii : Setiausaha Kantin
18. Siti Mahani binti Mohamad : Penyelaras Bilik Sukan
19. Rafikhah binti Othman : Penyelaras Bilik TS25
20. Fathiiyah binti Hassan : Penyelaras Bilik Mainframe
21. Mazliana binti Mohtar : Penyelaras Bilik Tayangan
22. Abdul Rahman bin Ahmad : Penyelaras Bilik Disiplin
23. En Abdul Aziz bin Nayan @ Omar : Penyelaras Surau
24. Hafidzoh binti Abdul Hamid : Setiausaha Panitia Sains
25. Baharuddin bin Bakar : Setiausaha Panitia PJPK/ Penyelaras Bilik Guru
26. Zulika Sahira binti Abd Malik : Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris
27. Mohd Anuar bin Zainal Abidin : Setiausaha Panitia PSV
28. Nor Faizah binti Ayob : Setiausaha Panitia Pendidikan Moral
29. Nur Syakirah binti Shafi’e : Setiausaha Panitia Matematik /
Penyelaras Bilik Peperiksaan
30. Shamsul Saliza binti Azizan : Setiausaha Panitia RBT
31. Yusriyyah binti Ismail : Setiausaha Panitia Sejarah /
1
Penyelaras Bilik BOSS
32. Norlida binti Mat Ya : Setiausaha Panitia Bahasa Melayu
33. Herwan bin Hambali : Ketua Pembantu Tadbir
34. Norhafiza binti Abdul Aziz : Pembantu Tadbir
35. Nur Izzani binti Noor Azam : Juruteknik Komputer / Penyelaras Pusat Akses
36. Nor’Azam binti Talib : Pembantu Makmal
37. Mohd Nordzeri bin Awang : Pembantu Makmal
38. Nurhazirah binti Mohd Sapri : Pembantu Makmal
39. Rusma binti Mahmud : Pembantu Operasi / Penyelaras Pejabat Sekolah
40. Md Zaidi bin Abdullah : Pembantu Operasi / Penyelaras Bilik Cetak
41. Mohd Nejib bin Darus : Pembantu Operasi

Tidak Hadir Bersebab:


1. Salmiyah binti Abdullah : Cuti Sakit

AGENDA I UCAPAN ALU-ALUAN DAN PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memanjatkan kesyukuran atas kehadiran semua AJK dalam mesyuarat Jawatankuasa
Pengurusan Aset Alih Kerajaan bil. 2/2021. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas komitmen
semua ahli jawatankuasa kerana meluangkan masa bagi menghadiri mesyuarat yang diadakan secara
atas talian ini berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Makluman : Semua ahli jawatankuasa

AGENDA II MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU

2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan bil.
4/2020 yang lalu seterusnya pengesahan minit dicadangkan oleh Pn Syafini binti Sjafii dan disokong
sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.

Makluman : Semua ahli jawatankuasa

AGENDA III PERKARA-PERKARA BERBANGKIT/ MAKLUM BALAS

3.1 Tiada perkara berbangkit.

Makluman : Semua ahli jawatankuasa

AGENDA IV KEDUDUKAN SEMASA ASET ALIH KERAJAAN

4.1 Pengerusi mengingatkan supaya semua pegawai agar bertindak mengikut prosedur yang telah
ditetapkan serta melengkapkan borang-borang yang berkaitan bagi memastikan pengurusan aset sekolah
berjalan lancar.

4.2 Pengerusi meminta penyelaras bilik-bilik khas supaya dapat memberikan laporan kepada pegawai
aset sekolah secepat mungkin supaya tindakan seterusnya dapat diambil.

4.3 Pn Norhafiza memaklumkan bahawa telah menerima sebahagian borang KEW.PA-7 dan KEW.PS-3
yang telah lengkap diisi namun masih terdapat beberapa unit yang belum menyerahkan borang-borang
tersebut. Beliau berharap supaya unit yang belum menyerahkan borang-borang tersebut dapat mengambil
2
tindakan segera. Pegawai-pegawai stor yang baru dilantik juga boleh merujuk beliau jika terdapat sebarang
kemusykilan berkaitan pengisian borang.

4.4 PK Pentadbiran memaklumkan bahawa beliau telah menghadiri Kursus Pengurusan Aset Kerajaan
yang telah diadakan secara atas talian pada 28 Jun yang lalu. Antara intipati kursus tersebut adalah seperti
berikut:

4.4.1 Tanggungjawab ketua jabatan di sekolah adalah melantik Pegawai Aset, Pegawai Penerima
Aset dan Pegawai Stor.
4.4.2 Jawatankuasa Penyiasat hanya dilantik apabila ada arahan dari JPN atau apabila terdapat kes/
kehilangan.
4.4.3 Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah:
a) Pelantikan Pegawai Aset
b) Tugas Pegawai Aset
c) Mesyuarat JKPAK
d) Laporan Eksekutif Pengurusan Aset Kerajaan
e) Tatacara Pengurusan Aset Alih
f) Rujukan di pautan http://pp.treasury.gov.my
g) Kumpulan Aset Alih
h) Pusat rujukan maklumat SPPR

4.4.4 Bagi proses penerimaan aset, Pegawai Penerima boleh lantik lebih dari seorang.
4.4.5 Borang Peneriman Aset Alih ialah KEW.PA-1 manakala Borang Penolakan Aset Alih ialah
KEW.PA-2.
4.4.6 Tatacara pendaftaran aset alih adalah seperti berikut:
a) KEW.PA-3 Bahagian A (Daftar Harta Modal) : wajib ditandatangani ketua jabatan.
b) KEW.PA-3 Bahagian B : perlu dikemaskini setiap tahun. Ia perlu dibuat oleh Pegawai Aset
atau kerani sekolah. Pembantu Pegawai Aset daftar dan disemak oleh Pegawai Aset.
c) No. Siri Aset : hendaklah dibuat oleh pihak sekolah.
d) Semak supaya semua Kew PA 3 ditandatangani oleh Ketua Jabatan.
e) KEW.PA-5 : senarai daftar harta modal sejak sekolah ditubuhkan.
f) KEW.PA-6 : harta bernilai rendah.

4.4.7 Tatacara pengemaskinian daftar aset alih adalah seperti berikut:


a) KEW.PA-8 : melibatkan keseluruhan aset dari KEW.PA-5 dan KEW.PA-6.
b) Senarai Aset Alih KEW.PA-7 : perlu diletakkan di setiap lokasi dan setiap tempat duduk
guru dan di setiap kelas (1 salinan).
c) Almari, rak-rak, aset-aset di dalam bilik guru : rekodkan di bawah satu nama penyelaras.
d) Kemaskini 6 bulan sekali : KEW.PA-7 – KEW.PA-3 – KEW.PA-4.
e) Kew PA 7 mesti diserahkan apabila guru berpindah atau bertukar.

4.4.8 KEW.PA-9 : Borang Permohonan Pergerakan Pinjaman Aset Alih – setiap kali dipinjam dan
pemulangan, perlu menggunakan satu borang. Boleh diluluskan oleh Pegawai Pembantu Aset.

4.4.9 Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan;


a) Pinjaman dan Pergerakan Aset untuk pihak luar : guna KEW.PA-9.
b) Kerosakan Aset : Borang Aduan Kerosakan : guna KEW.PA-10.

4.4.10 Tatacara pemeriksaan aset alih adalah seperti berikut:


a) Apa yang diperiksa ? : Fizikal, rekod, penempatan.
b) Kenapa diperiksa ? : Semak keadaan dan prestasi, pastikan aset ada daftar / rekod yang
lengkap, tepat dan dikemaskini, pastikan lokasi semasa seperti didaftar.

3
c) Siapa periksa ? : Individu yang dilantik oleh Pegawai Pengawal / Ketua Pengarah/ Pegawai
JKPAK Kementerian (sekurang-kurangnya 2 orang pegawai dan tempoh lantikan tidak
melepasi 2 tahun)
d) Bila periksa ? : Dilaksanakan seratus peratus (100%), sepanjang tahun semasa secara
berperingkat. Bahagi ikut lokasi / unit / bidang.
e) Tempoh lantikan Pegawai Aset bergantung kepada pihak sekolah – sah sehingga 2 tahun.
f) Borang pemeriksaan Aset : KEW.PA-11

4.4.11Penyelenggaraan :
a)Jenis-jenis penyelenggaraan : Preventive dan Corrective.
b)Perlukan penyelenggaraan : KEW.PA-14. Rekod penyelenggaraan : KEW.PA-15.
c)Kebenaran membawa keluar set bagi penyelenggaraan hendaklah mendapat kebenaran
bertulis dan rekod dalam KEW.PA-9.
d) Laporan Penyelenggaraan : KEW.PA-16

4.4.12 Pindahan :
a) Tafsiran pindahan: Proses untuk memudahkan hak milik.
b) Tempoh pendaftaran : 2 minggu dari tarikh pengesahan penerimaan – KEW.PA-17
c) Rujuk Panduan Pindah Aset.
d) Peringatan : setiap harta alih mesti ada surat pendaftaran.

4.4.13 Pelupusan :
a) Proses mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang
ditetapkan.
b) Tidak ekonomi untuk dibaiki, usang, rosak dan tidak boleh digunakan, luput tempoh
keupayaan tidak optimum, tiada alat ganti, tiada khidmat sokongan, tidak
diperlukan, perubahan teknologi atau melebihi keperluan.
c) Kuasa pelulus pelupusan : kuasa melulus pelupusan aset alih kerajaan tertakluk
kepada akta perwakilan kuasa 1956 P.U. (B) 485 bertarikh 27 Oktober 2014.
d) Perakuan pelupusan (PEP) : KEW.PA-19 dan perakuan pelupusan (PEP)
Keperluan:
▪ mekanikal, teknikal, elektrikal & elektronik yang NPA lebih RM 5,000
▪ Perkakasan komputer NPA lebih RM1,000
▪ Selain itu tidak perlu PEP dengan syarat capai jangkahayat dan diperakukan
Lembaga Pemeriksa
▪ Rujuk JKR atau lain-lain Jabatan Teknikal
▪ Rujuk Jabatan yang ada bengkel sendiri
▪ Rujuk pegawai berkemahiran
▪ Peralatan keselamatan – sila rujuk Pihak Berkuasa berkenaan

e) Lembaga Pemeriksa Pelupusan (LPP)


▪ Kuasa melantik oleh Pegawai Pengawal/ Ketua Pengarah/ Pengerusi JKPAK
Kementerian
▪ Surat Lantikan Lembaga Pemeriksa Pelupusan KEW.PA-20
▪ Ketua Perwakilan/Jabatan boleh lantik mana-mana pegawai yang sesuai sebagai LPP
bagi aset di luar negara.

f) Borang pelupusan aset alih : KEW.PA-21


g) Terdapat 9 langkah dalam tatacara pelupusan.
h) Tempoh tindakan pelupusan : Enam (6) bulan dari tarikh kelulusan.
i) Pelanjutan tempoh : Mohon dua (2) minggu sebelum tempoh kelulusan tamat,
pelanjutan satu (1) bulan sekali sahaja, jika tamat tempoh - permohonan baru.
j) Pinda kaedah pelupusan : Mohon sebelum tempoh kelulusan tamat, kelulusan untuk tiga
(3) bulan, Jika tamat – buat permohonan baru.
4
k) Kaedah-Kaedah Pelupusan :
▪ Jualan (Tender/ Sebut Harga/ Lelong)
▪ Buangan Terjadual (E-Waste) dan Sisa Pepejal
▪ Jualan Sisa
▪ Tukar Barang atau Perkhidmatan
▪ Tukar Beli (Trade-in)
▪ Tukar Ganti (Cannibalize)
▪ Hadiah, serahan, musnah.

4.4.14 Tafsiran Kehilangan dan Hapus Kira :


▪ Kehilangan : bermaksud kehilangan aset alih kerajaan disebabkan oleh
kecurian, kebakaran, kemalangan, bencana alam, kesusutan, penipuan atau
kecuaian pegawai awam.
▪ Hapus Kira : proses membatalkan rekod bagi aset alih yang hilang.

4.4.15 Proses hapus kira :


▪ Melaporkan kehilangan
▪ Penyediaan laporan awal KEW.PA-33
▪ Pelantikan jawatankuasa penyiasat KEW.PA-34
▪ Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa penyiasat
▪ Penyediaan laporan akhir KEW.PA-35
▪ Kuasa melulus dan syor Pegawai Pengawal
▪ Pelaksanaan kelulusan / keputusan

4.4.16 Urus setia kehilangan dan hapus kira


4.4.17 Laporan hapus kira
4.4.18 Kelulusan penerimaan hadiah:
▪ Garis panduan pemberian dan penerimaan hadiah di dalam perkhidmatan awam
(Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 1998, Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2008 dan Surat Edaran BPA, KPM - Had
Penurunan Kuasa Penerimaan Hadiah Bertarikh 9 Januari 2020).
▪ Kemukakan Borang Penerimaan Hadiah (Lampiran A) kepada Kuasa Melulus
▪ Nilai per item kurang RM10,000.00 : Pengarah JPN/ SUB Bahagian/ Pengarah
Bahagian.
▪ Nilai per item lebih RM10,000.00 : KSU
▪ Sediakan 2 set untuk PPD dan JPN.
▪ Dapatkan kelulusan kemudian baru daftar.
▪ Surat dari penyumbang adalah sangat penting.
▪ Lampiran D : Perlu.

Tindakan dan Makluman : Pegawai Aset, Pegawai Pemeriksa,


Pegawai Penerima, Pegawai Stor dan Pegawai Pelupusan.

AGENDA V LAPORAN HASIL PEMERIKSAAN ASET

5.1 Tiada sebarang laporan berkaitan pemeriksaan aset.

Makluman : Semua ahli Jawatankuasa

5
AGENDA VI LAPORAN TINDAKAN PELUPUSAN

6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa bahan-bahan yang hendak dilupuskan perlu disimpan dengan baik
oleh pihak sekolah sementara menunggu tindakan yang selanjutnya oleh pihak yang berkenaan.

Tindakan dan Makluman : Pegawai Pelupusan

AGENDA VII LAPORAN TINDAKAN SURCAJ DAN TATATERTIB

7.1 Tiada sebarang laporan berkaitan tindakan surcaj dan tatatertib.

Tindakan dan Makluman : Semua ahli jawatankuasa

AGENDA VIII MASALAH-MASALAH BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN ASET

8.1 Semua masalah berkaitan pengurusan aset telah dibincangkan dan dalam proses tindakan.

Tindakan dan Makluman : Semua ahli jawatankuasa

AGENDA IX HAL-HAL LAIN


9.1 Tiada.
Tindakan dan Makluman : Semua ahli jawatankuasa

AGENDA X PENUTUP

10.1 Pengerusi membuat ucapan penangguhan dan mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan
perhatian yang diberikan oleh semua ahli dalam mesyuarat ini dan berharap agar data-data aset dapat
dikemaskini dan ditadbir urus dengan sebaik mungkin. Semoga guru-guru dan staf dapat berusaha dengan
lebih pada masa hadapan demi kecemerlangan sekolah dan murid-murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.45 tengahari dan akan dibawa ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

......................................................... .............................................
(NUR SYAHIDA BT MOHAMAD SHARIFF) (MUHAMAD ANUAR BIN HAMID)
Setiausaha JKPAK, Pengetua,
SMK Seri Pantai. SMK Seri Pantai.

sk. Fail Kurikulum

You might also like