Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Rumusan membincangkan punca-punca ketagihan media sosial,kesan-kesan

ketagihan media sosial dan langkah-langkah mengatasi masalah ketagihan media


sosial dalam kalangan remaja.

Punca-punca ketagihan media sosial dalam dalam kalangan remaja ialah kerana
media sosial menjadi sebagai rujukan utama untuk mendapatkan maklumat tentang
sesuatu perkara dan media sosial merupakan platform komunikasi yang interaktif
dan melangkau segenap benua. Selain itu, remaja ketagih media sosial kerana
kurang perhatian daripada ibu bapa di samping terpengaruh oleh rakan sebaya.

Manakala kesan ketagihan media sosial kepada remaja ialah hubungan antara
remaja dengan ahli keluarga turut menjadi renggang dan menyebabkan pelajaran
mereka merosot. Langkah mengatasi ketagihan media sosial dalam kalangan
remaja ialah Ibu bapa hendaklah mendidik anak anak mereka menggunakan media
sosial secara berpada- pada dan guru-guru perlu melarang murid/ melayari media
sosial dalam makmal komputer.(2m)

Kesimpulannya, media sosial perlu digunakan sebaiknya agar remaja tidak


terpengaruh dengan fungsinya yang melalaikan. (2m)

You might also like