Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KOD & NAMA KURSUS

SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA KID 2343

NAMA PROGRAM

DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM

NAMA PELAJAR NO MATRIK


MUHAMMAD IRWAN SHAH BIN AZMAN KID220804153
ABDULLAH MUBARAK BIN ASHARI KID220804142
FAKHRUL MUAZ BIN MUSTAFFA KID220804143

NAMA PENSYARAH

FARIDAH BINTI SURATMAN

TARIKH HANTAR

12 JANUARI 2023
HURAIKAN KEBERKESANAN SISTEM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
SEMASA DI SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR ATAU SEKOLAH AGAMA
RAKYAT YANG LAIN

Sekolah Agama Kerajaan Johor merupakan sebuah sekolah yang beraliran


pendidikan agama Islam yang ditadbir oleh Kerajaan Johor melalui Bahagian
Pendidikan, Jabatan Agama Johor. Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Almarhum
Sultan Abu Bakar telah mengarahkan untuk menubuhkan Sekolah Agama Kerajaan
Johor bagi memberi pendidikan agama Islam kepada kanak-kanak Islam di negeri
Johor dengan menggunakan perantaraan Bahasa Melayu secara percuma. Hal ini
demi memastikan kanak-kanak Islam di Johor mendapat pendidikan agama yang
teratur, sempurna dan dikawal oleh Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian, ingin kami
kongsikan serta huraikan keberkesanan sistem pembelajaran dan pengajaran
semasa di Sekolah Agama Kerajaan Johor atau Sekolah Agama Rakyat yang lain.

Penubuhan Sekolah Agama Kerajaan Johor mempunyai beberapa objektif


atau hala tuju yang tersendiri. Antara hala tuju Sekolah Agama Kerajaan Johor
adalah untuk memastikan kanak-kanak Islam di negeri Johor mengenal,
mempelajari, memahami serta menghayati asas-asas akidah dan ibadah serta
sentiasa bersyukur kepada Allah. Selain daripada itu, Sekolah Agama Kerajaan
Johor ingin memastikan kanak-kanak Islam di negeri Johor dapat membaca Al-
Quran dengan baik dan bertajwid serta dapat memahami dan menghayati
pengajaran yang terkandung di dalamnya di samping boleh menghafaz surah-surah
pilihan dan surah-surah lazim. Di samping itu, Sekolah Agama Kerajaan Johor juga
ingin memastikan kanak-kanak Islam di negeri Johor dapat membentuk peribadi
mulia, berfikiran positif, berdaya kreatif, produktif serta sentiasa berdaya saing dan
berdaya maju. Bagi murid-murid yang lulus dalam pelajaran agama di Sekolah
Agama Negeri Johor, mereka boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Darjah Khas
Agama di samping dapat meneruskan pengajiannya ke Sekolah Menengah
Kebangsaan di bawah naungan Kementerian Pendidikan. Selain daripada itu, murid-
murid juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1, Sekolah-sekolah
Menengah Agama Negeri Johor seperti Maahad Johor.

2|Page
Sekolah Agama Kerajaan Johor juga mempunyai kurikulum sekolah atau
modul pembelajaran yang tersendiri. Umumnya, murid-murid Sekolah Agama Johor
adalah murid-murid yang berdaftar dan belajar di sekolah-sekolah Rendah dan
Menengah Kebangsaan di bawah Kerajaan Persekutuan. Sekolah Agama Kerajaan
Johor pula berfungsi untuk menambah, melengkap dan memperkukuhkan lagi mata
pelajaran pendidikan Islam. Oleh itu, kurikulum yang disediakan oleh Sekolah
Agama Kerajaan Johor hanya menumpukan kepada mata pelajaran pendidikan
agama Islam sahaja. Bagi murid-murid tahap satu yang terdiri daripada darjah satu,
dua dan tiga, mereka akan mempelajari mata pelajaran seperti Pendidikan Al-Quran
dan Tajwid, Tauhid, Ibadah, Akhlak, Sirah, Penulisan Jawi, Bahasa Arab dan Amali
Solat. Bagi murid-murid tahap dua pula yang terdiri daripada darjah empat, lima dan
enam, mereka akan mempelajari beberapa mata pelajaran tambahan seperti
Muamalat, Munakahat, Jenayat dan Faraid. Murid-murid wajib lulus mata pelajaran
Tauhid dan Ibadah untuk melanjutkan pelajaran ke tahap seterusnya. Hal ini
dikatakan demikian kerana, mata pelajaran Tauhid berkait rapat tentang akidah dan
kepercayaan. Manakala mata pelajaran Ibadah pula berkaitan dengan Asas Fiqh.

Penubuhan sekolah-sekolah agama yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri


Johor banyak mempengaruhi perkembangan seni dan budaya penulisan Jawi
secara umumnya. Selain daripada program pendidikan yang berbentuk akademik
iaitu melalui pendidikan di sekolah persekutuan, pendidikan agama melalui
penubuhan sekolah-sekolah agama kerajaan negeri dianggap sebagai pelengkap
kepada proses pendidikan anak-anak yang telah menjadi satu kelaziman dalam
kalangan masyarakat Islam di negeri Johor. Pendidikan di sekolah agama Johor
diterima masyarakat Islam Johor sebagai suatu keperluan walaupun dalam waktu
yang sama anak-anak mereka turut mendapat pendidikan agama dan penulisan
Jawi melalui subjek Pendidikan Islam yang diajar di sekolah rendah dan menengah
yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain daripada itu,
negeri Johor juga mempunyai tokoh-tokoh bahasa dan penulisan Jawi yang hebat.
Tokoh-tokoh ini juga turut menyumbang kepada perkembangan Jawi yang pesat
dalam pendidikan di negeri Johor. Tugas dan usaha dalam menyusun panduan
sistem ejaan Jawi telah dilaksanakan oleh tokoh-tokoh ini sebagai rujukan
masyarakat Johor khususnya dalam bidang pendidikan. Oleh yang demikian, tidak

3|Page
hairan lagi bahawa negeri Johor merupakan sebuah negeri yang begitu menonjol
dalam usaha memartabatkan penulisan tulisan Jawi.

Bagi kegiatan ko-kurikulum Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor pula, ia


dijalankan secara berterusan sepanjang tahun sama ada di peringkat sekolah, zon,
daerah dan juga negeri. Antara aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan adalah seperti
pertandingan Tilawah Al-Quran bagi murid-murid lelaki dan perempuan. Selain itu,
terdapat juga pertandingan syarahan dalam Bahasa Arab. Di samping itu, terdapat
juga pertandingan mentafsir ayat Al-Quran. Tambahan pula, terdapat anjuran
pertandingan membaca berzanji serta pertandingan tahfiz Al-Quran. Akhir sekali,
telah dianjurkan juga pertandingan tahrim, azan dan iqamat serta seni khat.
Kegiatan ko-kurikulum ini adalah tujuan bagi mencungkil bakat murid-murid Sekolah
Agama Kerajaan Negeri Johor serta mengekalkan warisan budaya Islam.

Sebagai kesimpulan, banyak negeri-negeri lain yang tertarik dalam


melaksanakan sistem pendidikan agama sebagaimana yang dilaksanakan di negeri
Johor.  Berdasarkan pandangan pelbagai pihak mengenai sistem pendidikan agama
negeri Johor, jelaslah bahawa kepimpinan negeri Johor berjaya mengekalkan satu
sistem pendidikan agama yang lengkap sehingga hari ini. Pendidikan Agama
merupakan salah satu khazanah serta keunikan negeri Johor yang diwarisi sejak
turun temurun. Warisan ini masih diteruskan dan diperkembangkan dari semasa ke
semasa dari pelbagai aspek mengikuti keperluan wawasan negara. Kini, negeri
Johor memiliki sistem pendidikan agama tersendiri yang berkesinambungan serta
mempunyai hala tuju tersendiri apabila ianya dimulakan daripada peringkat Tadika
Agama Johor, Sekolah Rendah Agama, Sekolah Menengah Agama, dan juga
Institusi Pengajian Tinggi Agama Johor.

4|Page
RUJUKAN

Abdullah Muhammad Zin. (2005). Pendidikan Islam di Malaysia Dari Pondok Ke


Universiti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Mohd Salleh. (2011). Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran


Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Bakar, M. F. A. (2003). Pelaksanaan pendidikan agama Islam di Johor. Pejabat


Ketua Penerangan dan Penyelidikan Kerajaan Negeri Johor.

Barnadib, S. I. (1983). Sejarah Pendidikan. Andi Offset.

Noriati A. Rashid. (2012). Falsafah & Pendidikan di Malaysia. Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

5|Page

You might also like