Kompang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kompang

Sejarah dan Asal-usul

Salah satu daripada alat muzik tradisional Melayu yang popular masa kini ialah kompang. Kompang
dikatakan berasal daripada Parsi dan digunakan untuk menyambut kedatangan Rasulullah S.A.W.
Selain itu, kompang juga digunakan untuk menaikkan semangat tentera Islam ketika berperang. Alat
muzik ini dibawa ke nusantara oleh pedagang Arab yang datang berdagang. Mereka
memperkenalkan alat muzik ini dan mendapat sambutan yang hebat di kalangan penduduk Tanah
Melayu terutamanya orang Melayu dan etnik Jawa.

Kompang mempunyai ukuran garis pusat antara 20 hingga 37.5 sentimeter dan ketinggian sehingga
12 sentimeter. Ia banyak dimainkan di negeri Johor, Selangor dan Perak. Kalau dahulunya alat muzik
ini hanya dimainkan di majlis perkahwinan, berkhatan, dan menyambut pembesar tetapi
penggunaannya diperluaskan di sekolah, institusi pengajian tinggi dan ketika menyambut ketibaan
pemimpin negara luar.

Kompang

Alat muzik ini bulat dan diperbuat daripada kayu yang kuat dan berkualiti. Kayu yang berbentuk
bulatan penuh ini dikenali sebagai baluh atau badan kompang. Biasanya kayu yang digunakan ialah
dari kayu nangka dan balau. Penggunaan kayu yang kuat akan memastikan baluh kompang tidak
pecah atau retak apabila terjatuh. Kulit kambing betina pula digunakan sebagai penutup pada
permukaan baluh kompang yang dinamakan muka kompang. Satu lagi permukaan kompang yang
terbuka dikenali sebagai mulut kompang.

Kompang terdiri daripada pelbagai saiz. Kompang yang dimainkan di Johor tidak mempunyai saiz
yang tertentu. Ada yang mempunyai ukuran garis pusat sepanjang 22.5 sentimeter, 25 sentimeter,
27.5 sentimeter dan ada juga yang mencecah sehingga 35 sentimeter. Kebanyakan pemain di Johor
menggunakan kompang yang sama saiznya. Hal ini demikian kerana kompang yang pelbagai saiz
menghasilkan bunyi yang berbeza. Pemain di negeri Perak dan Selangor pula menggunakan alat
muzik sampingan yang lain untuk mempelbagaikan bunyi.

Tiga jenis pukulan kompang apabila dimainkan iaitu pukulan melalu sebagai pukulan dasar, pukulan
menyilang iaitu melawan pukulan melalu dan seterusnya pukulan meningkah bagi menambah cantik
bunyi ensembel dalam setiap persembahan kompang. Selain itu ada lagi pukulan tambahan iaitu
pukulan menganak bagi mendapatkan bunyi yang rapat atau mengisi bunyi yang kosong. Pukulan
yang keluar atau bunyi(ton) yang dihasilkan disebut mnemonik iaitu Pak dan Bung. Kebiasaan
rentak yang dimainkan ialah rentak-rentak tradisional Melayu iaitu rentak Masri, Inang, Zapin, Joget
dan Asli.

You might also like