Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

BIDANG : ADAB

TEMA : SIFAT-SIFAT MAHMUDAH


TAJUK : HORMATI IBU BAPA

Tanggal 31.. Bulan lapan lima puluh tujuh Kemahiran


Merdeka ! Merdeka ! Tetaplah merdeka Menyanyi
Ia pasti menjadi sejarah

Bismillahirahmanirahim….. Assalamualaikum w.b.t.. Salam


Salutasi

Terima kasih peneraju acara, saf panel hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru yang dihormati serta rakan-rakan yang dsayangi
Ya hadirin dan hadirat sekalian

Syukuri nikmat Kemerdekaan. Sambutan Bulan Kebangsaan setiap tahun Isi utama
diraikan oleh kita yang bergelar anak Malaysia. Pelbagai cara kita
meraikannya,seolah-olah itulah hari yang paling bermakna dalam hidup
kita.

Kini sudah 65 tahun negera kita merdeka. Kawan-kawan tahu tak apa
temanya kali ini? Betul ... Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Ya Kawan-kawan.. Huraian

Menurut Islam kemerdekaan adalah apabila seseorang, sesuatu bangsa atau


umat mendapat kebebasan daripada sebarang bentuk penjajahan dari segi
jasmani atau rohani. Ketahuilah, kemerdekaan adalah nikmat daripada
Allah Subhanahu Wata'ala kepada sesebuah negara kerana tidak semua
manusia mendapat kurnia untuk menjadi bangsa yang merdeka. Ada yang
terus menerus berjuang untuk mencapainya. Ada yang sudah mencapainya
tetapi tidak dapat mempertahankannya. Ada yang tetap dengan
kemerdekaannya tetapi tidak dapat menjadikan aspirasi kemerdekaan itu
suatu kenyataan yang menguntungkan bangsa dan tanah airnya.
Alhamdulillah.. Kita telah merdeka. Kita wajib bersyukur atas nikmat
kemerdekaan tidak ternilai ini.
Adakah kamu lupa wahai kawan-kawan. Tepuk dada tanyalah minda. Kemahiran
Linangan air mata dan keringat para pejuang tanah air membasahi bumi. berpidato
Darah mengalir sehingga ada yang menghembuskan nafas terakhir kerana
menuntut kemerdekaan tanah air. Apakah kita telah lupa pengorbanan
mereka?

Ingin saya mengajak hadirin sekalian menyelami situasi yang sedang Contoh
berlaku pada hari ini . Berbondong-bondong umat islam masuk panggung
kerana hendak menonton filem Mat Kilau. Filem pecah panggung kata
orang. Berbusana bak pendekar. Semangat membara ketika menontonnya.
Ada juga yang menangis kerana mengenangkan seorang wanita yang sarat
mengandung dibunuh sang talibarut penjajah. Namun apakah yang terjadi
sesudah beberapa lama masa beredar setelah menontonnya. Masih
bersemangat wajakah kita? Takkan ketika menonton filem Mat Kilau kita
bersemangat, selesai menonton , semangat itu pudar !

Ingat kata-kata Mat Kilau


"...Kalau pecah seluruh kulitku, luruh seluruh dagingku, putus seluruh
uratku, hancur seluruh tulangku, hilang seluruh nyawaku, tak akan dapat
menahan semangatku untuk membebaskan tanah ini... Selagi agama,
bangsa dan tanah ini diperas penjajah, selagi itulah aku tidak akan
berdiam di rumah sehingga menang atau syahid di jalan ALLAH..."

Tidakah kita sedar akan firman Allah Dalil

ْ‫َو ِا ْذ َت َا َّذ َن َر ُّب ُك ْم َلى ْن َش َك ْر ُت ْم اَل َ ز ْي َد َّن ُك ْم َو َلىن‬


ِٕ ِ ِٕ
ٌ‫َك َف ْر ُت ْم ا َّن َع َذاب ْي َل َشد ْيد‬
ِ ِ ِ
Ertinya :
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu
bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika
kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat. Surah
Ibrahim Ayat 7
Wahai hadirin, Pengajaran

Ayuhlah kita sama - sama menjadi anak merdeka yang taat dah patuh akan
setiap arahan dan suruhan selagimana ianya tidak melanggar suruhan
Allah SWT. Marilah kita semai sifat mahmudah ini agar hidup kita
diberkati Allah di dunia lebih-lebih lagi di akhirat yang kekal abadi.
Sayangi negera kita.

Jangan lupa..kita doakan negara k ita sentiasa aman sentosa. Kemahiran Bedoa

Pertahankan kemerdekaannya. Ingatlah Keluarga Malaysia Teguh


Bersama.
Maksudnya : Ya Allah, Ampunilah segala dosaku dan juga dosa
kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka
memelihara dan mendidiku semasa kecil.
Pasang bubu tepian pegaga, Pantun
Pemuda Gagah makan markisa,
Kasih ibu membawa kesyurga
Kasih ayah sepanjang masa

You might also like