Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MISI

Menjadikan Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan


Bukit Tunggal sebagai gudang ilmu bagi melahirkan tenaga
pendidik dan anak-anak didik yang mencintai ilmu, kreatif,
inovatif dan dinamik.

VISI
Menyemai, memupuk dan membentuk warga sekolah yang
berbudaya ilmu, celik IT, berdaya saing dan berfikiran jauh
seiring dengan dunia tanpa sempadan kini.

PIAGAM
PELANGGAN
1. Menyediakan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
2. Menyediakan kemudahan pinjaman bahan dan peralatan.
3. Memastikan pelanggan mendapat tempat duduk yang
mencukupi dan selesa.
4. Memastikan koleksi bahan adalah mencukupi dan bersesuaian
dengan kehendak pelanggan.
5. Sediakan mendengar pandangan dan kritikan yang membina
bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.
MATLAMAT
1. Meningkatkan mutu pendidikan sekolah.
2. Membantu meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru 
supaya lebih berilmu, dinamik, kreatif dan inovatif.
3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamik, kreatif
dan berdisiplin serta mengamalkan pembelajaran sepanjang
masa.

OBJEKTIF
1. Menyediakan bahan buku dan bukan buku bagi membantu
guru-guru dan murid-murid untuk melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran.
2. Menyediakan bahan-bahan yang sesuai bagi memupuk minat
membaca dan belajar sendiri di kalangan murid.
3. Membantu guru dan murid melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan.
4. Mewujudkan satu iklim atau suasana yang dapat
menggalakkan perubahan sikap di kalangan guru dan murid.
Kaedah pembelajaran yang pelbagai dan berpusatkan murid.
5. Memajukan kemahiran penyelidikan, penyiasatan dan
pencarian maklumat.
6. Mengembangkan keyakinan diri murid.
7. Menggalakkan belajar sendiri, membaca dan menyiasat
melalui sumber.
FUNGSI PSS
1. Mengumpul atau memperoleh bahan koleksi pelbagai jenis
dan bentuk yang sesuai bagi pembelajaran. Ia diperolehi
secara percuma, dibeli atau dibekalkan oleh pihak tertentu.
2. Menghasil dan mengeluarkan bahan pembelajaran sendiri,
sama ada secara individu ataupun berkumpulan. Bahan-bahan
yang dihasilkan dibeli ataupun barangan terpakai.
3. Mengorganisasi atau menyusun bahan-bahan secara
sistematik.
4. Mengedar dan menyebarkan maklumat berkenaan bahan yang
terdapat di PSS supaya dapat digunakan dan murid secara
optima.

You might also like