Rasuah Musuh Negara

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

RASUAH MUSUH NEGARA

Bersama puteri terusik sukma

Sambil mendengar siulan cecawi

Rasuah dibendung usaha bersama

Di mata dunia menjulang pertiwi

Jutaan apresiasi kepada barisan hakim yang sentiasa cakna dengan keadilan

berintegriti, saudari penjaga masa yang cakna dengan randiknya, warga pendidik

yang bermisi, seterusnya warga intelektual peneraju bangsa. Assalamualaikum

W.B.T dan salam sejahtera. Tajuk spontan saya pada hari ini ialah Rasuah Musuh

Negara.

Rasuah bermaksud perbuatan penerimaan atau pemberian suapan untuk

melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.

Amalan rasuah merupakan penyakit masyarakat yang sukar diatasi kerana

pengetahuan tentang keburukan gejala rasuah ini kurang diketahui oleh masyarakat

pada hari ini.

Gejala rasuah perlu dibanteras bermula dari peringkat akar umbi supaya gejala ini

tidak membawa kesan negatif dalam kehidupan masyarakat negara. Jika rasuah

tidak dibendung dari awal,maka gejala rasuah boleh meruntuhkan sesebuah negara.

Justeru, gejala rasuah akan terus berlaku jika kepimpinan sesebuah organisasi

lemah dan kurang ketegasan dalam pelaksanaan sesuatu perkara. Pemimpin yang
lemah mudah dipengaruhi untuk menerima rasuah dan disogok dengan pelbagai

kemewahan seperti harta benda dan wang.

Selain itu, pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka

pemerintahan kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang

sepatutnya.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan

pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akhirnya, ia menimbulkan

masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat

dan sebagainya.

Jika amalan rasuah tidak dibendung, maka gejala ini membawa kesan yang buruk

kepada negara. Secara tidak langsung, imej negara akan merosot dan boleh

menggugat sistem pemerintahan negara. Oleh itu, rasuah ialah musuh negara yang

harus dibendung dengan negara.

Sekian, terima kasih.

You might also like