Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 65

FAKULTI PENDIDIKAN

NAMA KURSUS:
GS5133: KEUSAHAWANAN DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN:

ULASAN DOKUMEN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DALAM


PENDIDIKAN

PENSYARAH:

DR. SHEERAD SAHID

DISEDIAKAN OLEH:
KUMPULAN 6

1. Nur Hasbarienna Binti Bolek P124978


2. Mimi Huzaimah Binti Yusup P124421
3. Sharyonina Kutty Anak Karem P123708
4. Nurul Ain Ariffah Binti Abusrah P124643
5. Dyg. Husna Hazwani Binti Awang Spawi P122159
ISI KANDUNGAN
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF ....................................................................................................................... 1
2.0 PENGENALAN .......................................................................................................................................... 1
2.1 Usahawan ................................................................................................................................................ 1
2.2 Keusahawanan ....................................................................................................................................... 2
2.3 Set Minda Keusahawanan ..................................................................................................................... 2
2.4 Pendidikan Keusahawanan ................................................................................................................... 2
3.0 KONSEP PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN ......................................................................................... 3
3.1 Dasar Keusahawanan Nasional (DKN 2030)....................................................................................... 3
3.2 Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (PTK-IPT) 2021-2025 ................... 17
3.3 Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu ( EIE )................................................................. 29
3.4 Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ................................................................................................ 40
4.0 ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN.................................................................................................. 48
4.1 Pelan Tindakan Keusahawanan Instistusi Pendidikan Tinggi (PTK-IPT) 2021-2023.................. 48
4.2 Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu ( EIE )................................................................. 49
4.3 Elemen Merentas Kurikulum - EMK ................................................................................................ 50
5.0 CADANGAN PEMERKASAAN PELAKSANAAN ................................................................................. 51
6.0 RUJUKAN ................................................................................................................................................. 53
7.0 LAMPIRAN ............................................................................................................................................... 55
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Pendidikan keusahawanan bukan sahaja berguna untuk individu yang ingin memulakan perniagaan mereka
sendiri, tetapi juga untuk mereka yang ingin mengembangkan kemahiran dan minda keusahawanan yang boleh
diterapkan dalam syarikat atau organisasi. Terdapat empat dokumen yang membincangkan berkaitan dengan
pendidikan keusahawanan di Malaysia yang akan diulas dalam penulisan ini. Empat dokumen tersebut ialah
Dasar Keusahawanan Negara (DKN 2030), Pelan Tindakan Keusahawanan IPT (PTK-IPT 2021-2025),
Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu dan Elemen Merentas Kurikulum Keusahawanan (EMK).
Dasar Keusahawanan Negara (DKN 2030) ditubuhkan bagi membentuk Malaysia sebagai sebuah negara
keusahawanan yang unggul menjelang tahun 2030 di mana DKN diwujudkan sebagai satu strategi jangka
panjang negara yang berfungsi sebagai pemangkin untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
bersatu, makmur dan bermaruah serta terus membangun secara seimbang dengan pengagihan ekonomi yang
lebih adil dan menyeluruh dan seterusnya tampil sebagai paksi ekonomi negara Asia. Pelan Tindakan
Keusahawanan Instistusi Pendidikan (PTK-IPT) 2021-2025 merupakan salah satu aspirasi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 yang bertujuan untuk melahirkan graduan yang seimbang dan
holistik yang mempunyai pemikiran keusahawanan dan menjadi ‘penjana pekerjaan’ dan bukan hanya
‘pencari pekerjaan’. Tujuan usaha ini adalah untuk memberikan kesedaran keusahawanan, memangkin kajian
tindakan bagi mengiktirafkan pendidikan dan persekitaran keusahawanan dan meningkatkan pendidikan dan
persekitaran keusahawanan dan meningkatkan pembangunan penyelidikan dan pengkomersialan yang berkait
rapat dengan keusahawanan. Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu adalah ditubuhkan bagi memacu
pembangunan modal insan dan pertumbuhan ekonomi negara di mana kerajaan telah menjadikan pendidikan
keusahawanan sebagai salah satu agenda utama. Ini merupakan usaha membangunkan dan mempraktikkan
pendidikan keusahawanan yang inovatif untuk menjadikan Malaysia sebagai negara keusahawanan menjelang
tahun 2030, mengembangkan dan memastikan industri pendidikan serta ekosistem keusahawanan yang tepat.
Seterusnya, Elemen Merentas Kurikulum-Keusahawanan yang diterapkan pada pelajar sekolah seawal dari
Tahun 1 bagi menghasilkan murid yang mempunyai budaya keusahawanan dalam kehidupan seharian serta
menghasilkan murid yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan budaya kerja yang baik selain daripada
mampu serta berkebolehan menghasilkan inovasi, mereka cipta dan minat untuk terus berniaga. Penerapan
Elemen Keusahawanan ini dirancang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun,
dokumen-dokumen ini juga tidak lari daripada berhadapan dengan isu-isu dan cabaran dalam proses
pelaksanaan dasar-dasar ini. Oleh itu, ada beberapa cadangan yang diutarakan bagi mengatasi konflik dan
rintangan yang telah bangkit yang masih belum mempunyai jalan penyelesaiannya.

2.0 PENGENALAN

2.1 Usahawan

Di dalam Bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai entrepreneur. Entrepreneur merupakan


terjemahan Bahasa Perancis entreprendre yang memberi maksud seseorang yang memikul tugas atau
mencuba. Berpandukan kepada ringkasan Pembangunan Teori Keusahawanan, pada dasarnya, istilah
usahawan telah diambil daripada perkataan entrependre yang bermaksud between taker atau go-between yang
bermaksud, usahawan merupakan individu yang kedudukannya adalah di antara pembekal dan pengguna.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, usahawan bermaksud orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan
atau orang yang dipanggil pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk
membuat barang-barang indusri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran. Berdasarkan Pusat Sumber
Kajian Kecemerlangan Melayu Universiti Malaya (2019), Joseph A. Schumpeter (1934) pula mendefinisikan
usahawan sebagai individu yang melaksanakan inovasi demi kesejahteraan organisasinya. Manakala, menurut
McClelland (1961), beliau mentakrif usahawan sebagai seseorang yang mempunyai inovasi.

1
Seseorang usahawan ini tidak dapat disamakan dengan seorang peniaga. Menurut Pusat Sumber
Kajian Kecemerlangan Melayu Universiti Malaya (2019), ciri-ciri seorang usahawan ialah sentiasa membuat
pengubahsuaian pada produk, sentiasa mencari idea-idea baharu dan mereka lebih mementingkan khidmat
kepada masyarakat. Usahawan juga merupakan seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat
menuntut hak keempunyaan ke atas perniagaan tersebut serta menanggung risiko perniagaan (Rabiatul, 2013).

2.2 Keusahawanan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, keusahawanan bermaksud apa-apa yang berkaitan dengan
usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan. Menurut Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah
(SCENIC), keusahawanan merupakan perbuatan yang mewujudkan sesuatu perniagaan semasa membina dan
meningkatkannya bagi menjana keuntungan. Keusahawanan boleh ditakrifkan sebagai satu kebolehan,
kemampuan, dan kecenderungan untuk mengenalpasti peluang perniagaan, mengendalikan usaha perniagaan
yang menguntungkan dirinya sendiri serta orang ramai, mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang
dapat memenuhi keperluan orang ramai dan mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi
keperluan masyarakat (SCENIC, 2021). Jadi, secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa keusahawanan
sebagai kualiti manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri malah juga dapat
membangunkan ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang lain dan pada masa yang sama
ia merupakan proses mewujudkan dan menguruskan perniagaan utuk mencapai objektif yang dihajati
(Rabiatul, 2013).

2.3 Set Minda Keusahawanan

Set minda merupakan satu sistem kognitif yang terdiri daripada pengetahuan, kepercayaan dan
andaian yang saling berpautan. Ianya digunakan untuk meproses maklumat, memaklumkan keputusan dan
mengawal tingkah laku (Rettig, 2017). Bagi maksud set minda keusahawanan pula, merupakan satu kumpulan
yang terdiri daripada pengetahuan, kepercayaan serta proses pemikiran tertentu yang membawa kepada
tingkah laku keusahawanan (Aida & Sheerad, 2020). Berdasarkan NFTE (2021), set minda keusahawanan
ialah satu set kemahiran yang membolehkan orang ramai mengenal pasti dan memanfaatkan sepenuhnya
peluang, mengatasi dan belajar daripada halangan, dan berjaya dalam pelbagai setting. Set minda
keusahawanan turut merujuk kepada kemahiran sosio-emosi dan kesedaran keusahawanan secara keseluruhan
yang berkait rapat dengan motivasi keusahawanan serta kejayaan yang akan dicapai sebagai seorang usahawan
pada masa depan. Antara kemahiran sosio-emosi yang berkaitan dengan keusahawanan ialah keyakinan diri,
kepemimpinan, kreativiti, kecenderungan risiko, motivasi, cara berinteraksi dengan orang lain terutamanya
ketika kerja berpasukan dan rangkaian sosial, ketahanan serta keberkesanan diri (Aida & Sheerad, 2020).

2.4 Pendidikan Keusahawanan

Pendidikan keusahawanan adalah penting untuk mencapai sosioekonomi yang berjaya dan
pembangunan yang mampu mengekalkan prestasi yang baik (Hasan, S.M et al., 2017). Pendidikan
keusahawanan ialah satu proses sepanjang hayat untuk mendapatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai
keusahawanan melalui pengajaran dan pembelajaran sama ada secara formal atau tidak. Selain itu, ianya juga
merupakan proses menyerap ilmu pengetahuan dalam bentuk teori serta melakukan latihan dalam bentuk
praktikal bagi membentuk peribadi dan watak serta mencungkil bakat yang terpendam. Menurut Blemker et
al., (2014), pendidikan keusahawanan melibatkan penyediaan graduan untuk berkembang maju dalam kerjaya
mereka apabila mereka berusaha memulakan perniagaan baharu. Berdasarkan Tingey, L. et al. (2016),
pendidikan keusahawanan merupakan model yang menggalakkan pembangunan golongan muda untuk
memperoleh kemahiran dalam kehidupan dan kaitannya di sekolah serta mengurangkan tingkah laku yang
berisiko tinggi dalam masyarakat. Ianya turut memberikan peluang terutamanya buat golongan muda untuk
mencungkil bakat yang tersembunyi yang mampu mendedahkan keupayaan dan kemahiran yang mereka tidak
tahu.
2
3.0 KONSEP PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN

3.1 Dasar Keusahawanan Nasional (DKN 2030)

3.1.1

Arah Tuju Malaysia


2030
Gagasan “Kemakmuran Bersama” telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri pada 9 Mei
2019 di Putrajaya International Convention Center (PICC) sempena Sambutan 1 Tahun Kerajaan
Pakatan Harapan

Kemakmuran Usaha murni kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai


Bersama sebuah negara yang terus membangun secara mapan seiring
dengan pangagihan ekonomi yang adil, terangkum dan
inklusif.

Merapatkan jurang ekonomi serta meningkatkan pendapatan


dan penyertaan dalam rantaian bekalan

Tumpuan khusus akan diberikan kepada golongan Bumiputera,


masyarakat Orang Asli/Asal, isi rumah berpendapatan rendah
(B40) serta kumpulan khas seperti belia, wanita dan warga
emas supaya kekayaan negara dapat benar-benar dirasai
bersama.

Ekonomi yang lebih berstruktur, progresif, bernilai tinggi dan


berpaksikan ilmu akan terhasil melalui Model Pembangunan
Baharu

Pada akhirnya, agenda nasional ini akan membawa Malaysia


ke arah sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah
seterusnya muncul sebagai paksi ekonomi Asia.

“ Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu,


makmur dan bermaruah yang seterusnya akan
menjadi paksi ekonomi penting di Asia.”
(Tun Dr Mahathir Mohamad)
9 Mei 2019

3
➢ Tujuh (7) Teras Strategik Gagasan Kemakmuran Bersama

1. Penstrukturan dan Penambahbaikan Ekosistem Perniagaan dan Industri


Negara

Mendorong transformasi ekosistem perniagaan, industri dan usahawanuntuk


terus seiring dengan Revolusi Industri 4.0, ekonomi digital dan ekonomi
intelek bagi menghasilkan industri nilai tinggi, seterusnya kekal relevan dan
memenuhi kehendak ekonomi masa hadapan.

2. Sektor Pertumbuhan Baharu

Mengenal pasti dan mempelopori sektor pertumbuhan serta bidang


keberhasilan utama baharu melalui pelaburan yang strategik bagi mewujudkan
kapasiti Malaysia sebagai negara pengeluar yang mampu mengeluarkan lebih
banyak produk sendiri yang bertaraf antarabangsa.

3. Reformasi Bakat dan Sumber Tenaga Negara

Menstruktur semual pembangunan modal insan negara bagi menghasilkan


bakat yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi, kompetitif, produktif seta
relevan dengan kehendak industri

4. Memperbaiki Pasaran Buruh dan Pendapatan Pekerja

Mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dengan memastikan


industri beralih kepada pekerjaan dan perkhidmatan bernilai tinggi yang
memberi peluang pendapatan yang lebih tinggi kepada pekerja

5. Memperkukuhkan Kesejahteraan Sosial

Merasionalisasi dasar dan program ke arah kesejahteraan sosial yang lebih


menyeluruh berdasarkan prinsip memenuhi ekonomi keperluan (need base)
dengan tujuan membantu membangun keupayaan golongan terpinggir untuk
keluar dari kemiskinan relatif

6. Pembangunan Wilayah yang Inklusif

Membangunkan pusat ekonomi yang lebih menyeluruh di seluruh pelosok


negara bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dapat diagihkan dengan lebih
meluas di samping mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah

7. Peningkatan Modal Sosial Masyarakat

Menyokong pembangunan dan pertumbuhan ekonomi melalui pembentukan


jati diri masyarakat yang matang,berilmu dan mementingkan perpaduan

Rajah 3.1.1 : Tujuh teras strategik gagasan kemakmuran bersama

4
Model Pembangunan Baharu

Salah satu objektif utama dalam konsep Kemakmuran Bersama adalah Model Pembangunan Baharu, iaitu
penglibatan segenap lapisan rakyat Malaysia dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara
berteraskan kepada ilmu pengetahuan dan nilai kemasyarakatan yang tinggi. Terdapat tiga (3) elemen utama
yang dapat diterjemahkan dalam Model Pembangunan Baharu:
❖ Ekonomi yang progresif dan berstruktur dipacu oleh inovasi dan ilmu pengetahuan
❖ Pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif pada setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum
dan geografi.
❖ Memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi masa hadapan

Dalam konteks ini, keusahawanan merupakan satu komponen yang penting dan strategik dalam memacu
Malaysia untuk mencapai status negara yang maju dan makmur pada tahun 2030. Keusahawanan turut dilihat
sebagai satu pendekatan sosial untuk negara keluar daripada perangkap pendapatan pertengahan (middle-
income trap), secara langsung menjadi batu loncatan untuk Malaysia muncul sebagai paksi ekonomi di rantau
Asia. Bidang keusahawanan berpotensi menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan produktiviti
negara. Pertumbuhan ekonomi yang mampan boleh digalakkan melalui sebuah negara keusahawanan yang
inovatif dan kreatif, serta melalui ekonomi baharu dan ekonomi digital. DKN dirangka untuk menetapkan hala
tuju strateik yang menyeluruh bagi membangunkan ekosistem keusahawanan di Malaysia. Dalam usaha untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan yang maju dan berdaya saing, Malaysia haruslah
mempunyai beberapa ciri-ciri berikut, bakat berkemahiran tinggi, dipacu inovasi, ekonomi kolaboratif,
komuniti Keusahawanan, tadbir urus yang baik, diterajui pasaran dan pembangunan mapan

Persekitaran Keusahawanan

• Keusahawanan adalah kunci utama dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara
dengan menyumbang kepada KDNK, merangsang pelaburan, serta menjana peluang pekerjaan
• Keusahawanan juga merupakan pemangkin kepada penjanaan inovasi serta menjadi wadah
meningkatkan taraf soioekonomi masyarakat dengan menyediakan peluang ekonomi kepada pelbagai
lapisan masyarakat.
• Peringkat global, fokus kerajaan sesetengah negara tertumpu kepada pembangunan ekosistem
keusahawanana bagi melahirkan usahawan yang berpotensi tinggi
• Cabaran terbesar pihak kerajaan seluruh dunia adalah untuk beralih dari "ekonomi tradisional" ke
"ekonomi baharu". Usahawan yang dilahirkan perlu dilengkapi dengan "kemahiran abad ke-21",
pendigitalan operasi perniagaan dan berkolaborasi denan usahawan lainuntuk terus bertahan dalam
persekitaran dinamik ini.
• Malaysia telahpun melaksanakan pelbagai program pembangunan keusahawanan yang meliputi
pembiayaan, penyelidikan dan pembangunan (P&P), latihan dan pembinaan kapasiti, infrastruktur,
pemindahan teknologi, akses pasaran, usahawan sosial serta pengantarabangsaan. Progam dan inisiatif
sedia ada akan dimantapkan lagi dengan pengenalan DKN yang merupakan dasar keusahawanan
pertama negara.

5
Tinjauan Keusahawanan Global

Berdasarkan analisis di peringkat global, negara seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK),
Kanada, Jerman, Singapura, Thailand, Vietnam dan Indonesia telah memperkenalkan dasar Keusahawanan
yang tertentu kepada usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan menitikberatkan usaha
untuk mengarusperdanakan agenda Keusahawanan. Terdapat juga sebahagian negara yang menerapkan
agenda keusahawanan dalam dasar dan polisi makro mereka seperti pelan pembangunan jangka pendek, dasar
perindustrian dan dasar inovasi. Dasar-dasar tersebut secara umumnya menggariskan strategi dan pelan untuk
mengatasi halangan-halangan asas yang wujud dalam bidang keushawanan, dengan tujuan untuk memberikan
peluang sama rata kepada semua lapisan masyarakat, seterusnya membuka jalan kepada individu untuk
menceburkan diri ke dalam bidang keusahawanan.
Kebanyakan negara maju seperti Kanada menerapkan dasar keusahawanan mereka dalam pelan
tindakan inovasi dan strategi industry masing-masing untuk memupuk ekosistem inovasi yang kondusif bagi
menyokong pembangunan para usahawan negara tersebut. Sebaliknya, bagi negara serantau ASEAN
(Association of Southeast Asian Nations) seperti Vietnam dan Indonesia, komponen keusahawanan telah
diterapkan secara langsung dalam pelan pembangunan jangka pendek negara yang lebih bersifat makro dan
menyeluruh. Majoriti usahawan merupakan pengusaha dalam industri kecil dan sederhana. Lebih 90%
daripada jumlah keseluruhan penubuhan perniagaan adalam dalam kategori PKS. PKS merupakan
penyumbang utama kepada penjanaan pekerjaan sesebuah negara. Misalnya, sumbangan pekerjaan oleh PKS
di negara-negara maju seperti AS, Jerman dan Kamada mencecah sehingga 90% di samping menyumbang
setinggi 50% kepada KDNK. Manakala, di Jerman, PKS atau dalam bahasa lokalnya disebut sebagai
‘Mittelstand’, mempunyai rangkaian perniagaan yang kukuh dan mampu mengeksport produk dan
perkhidamatan yang bernilai tambah tinggi sehingga ke pasaran antarabangsa, selain menyumbang kepada
68.5% daripada jumlah nilai eksport Jerman (BMWi, 2019).

Transformasi Ke Arah Ekonomi Baharu

Keusahawanan dan inovasi meruapakan dua perkara penting yang saling berkait dalam memacu pertumbuhan
ekonomi dan transformasi negara. Negara maju meletakkan keusahawanan dan inovasi sebagi prasyarat
penting untuk pertumbuhan yang mapan. Ia bukan satu usaha yang mudah tetapi ia tidak mustahil dijayakan
jika kita mempunyai iltizam dan kesungguhan yang tinggi.

Ekonomi baharu =
Di peringkat global, Kebangkitan ilmu Anjakan transformasi
dasar keusahawanan pengetahuan yang daripada ekonomi
mengariskan pelan dan dipacu oleh revolusi tradisional kepada
rancangan sesebuah digital, iaitu ilmu ekonomi bahru telah
negara untuk beralih pengetahuan berperanan diperkenalkan dalam
daripada ekonomi mewujudkan sesuatu dasar dan pelan
tradisional ke ekonomi inovasi bahru untuk pembangunan usahawan
baharu menyokong sesetengah negara.
pembangunan negara

Rajah 3.1.2: Transformasi ke Arah Ekonomi Baharu


6
Tinjauan Keusahawanan Nasional

Pada suku pertama tahun 2019, ekonomi Malaysia mencatatkan jumlah keseluruhan KDNK sebanyak
RM341.7 bilion, peningkatan sebanyak 4.5% berbanding suku8 sebelumnya. Jumlah ini disumbangkan oleh
lima sector utama iaitu perkhidmatan, pembuatan, pertanian, pembinaan serta perlombongan dan pengkuarian.
Penjanaan ekonomi di Malaysia secara amnya disumbangkan oleh aktiviti keusahawanan yang meliputi
pelbagai jenis aktiviti perusahaan seperti PKS, penjaja, koperasi, rangkaian francais, start-ups, perusahaan
sosial, termasuk juga perniagaan atas talian (online). Menurut Bancian Ekonomi negara (2016), terdapat
920,624 entiti perniagaan baharu ditubuhkan di Malaysia setakat tahun 2015 yang mana 908,065 (98.5%)
daripada jumlah tersebut adalah PKS. Jumlah ini termasuk 693,670 perusahaan mikro (76.5%), 192,783
perusahaan kecil (21.2%) dan 20,612 perusahaan sederhana (2.3%).
Ekonomi digital dijangka akan terus berkembang pesat seiring dengan pertumbuhan perusahaan di
Malaysia. Pada tahun 2016, sector ekonomi digital secara keseluruhannya telah menyumbang sebanyak 18.2%
(RM224 billion) kepada KDNK dan ianya dijangka akan mencecah ke 20% pada tahun 2020 (DOSM, World
Bank). Salah satu komponen utama ekonomi digital adalah e-dagang, yang mana pertumbuhannya dijangka
akan melebihi RM110 billion pada tahun 2020.

Program dan Inisiatif Semasa

Menyedari akan kepentingan aktiviti keusahawanan terhadap individu dan masyarakat serta sumbangannya
kepada negara, kerajaan telah memberikan tumpuan kepada bidang keusahawanan melalui Dasar Ekonomi
Baru (1971-1990), Dasar Permbangunan Negara (1990-2000), Dasar Wawasan Negara (2001-2010) dan
Model Ekonomi Baharu (2011-2020). Keusahawanan juga telah dikenal pasti sebagai salah satu bidang
keutamaan nasional di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11). Keusahawanan juga merupakan
elemen penting dalam 40 dasar / pelan induk / pelan tindakan / rancangan kebangsaan serta diterbitkan oleh
pelbagai kementerian dan agensi. Justeru, terdapat pelbagai aktiviti pembangunan keusahawanan telah
dijalankan oleh pelbagai agensi pelaksana.,
Kepelbagaian program pembangunan keusahawanan yang dilaksanakan bertujuan untuk menyokong
pembangunan usahawan yang mewujudkan perusahaan yang berdaya tahan dan mapan. Ia mensasarkan untuk
mengoptimumkan prestasi serta mewujudkan peluang untuk usahawan berkembang dan memajukan
perniagaan mereka menerusi peluasan pasaran, inovasi dan peningkatan produktiviti. Program-program yang
ditawarkan boleh dikategorikan mengikut beberapa bidang tumpuan. Bidang tumpuan tersebut adalah:

i. Pembiayaan Kewangan
Perniagaan atau perusahaan yang berhasrat untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih
luas sememangnya memerlukan sokongan dari segi dana atau pembiayaan. Oleh yang demikian,
pelbagai agensi pembangunan usahawan (EDO) serta institusi kewangan menawarkan pembiayaan dan
juga geran perniagaan kepada para usahawan di Malaysia. Antara sokongan kewangan yang terdapat
di Malaysia ialah:

Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan TEKUN Nasional :


- Dana pembangunan keusahawanan untuk golongan
B40
Credit Guarantee Corporation (CGC)
- Bantuan kewangan dalam bentuk jaminan bank
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
- Pinjaman mudah (soft loan)
7
Pihak kerajaan juga menyediakan insentif cukai bagi menggalakkan penyertaan usahawan tempatan
dalam bidang perniagaan tertentu seperti insentif pengecualian cukai untuk perusahaan sosial dan
insentif cukai untuk sektor teknologi hijau (Green Investment Tax Allowance (GITA). Akses
pembiayaan kepada usahawan telah diberi nafas baharu dengan menitikberatkan kepada
pembangunan lebih banyak saluran bukan perbankan dan pembiayaan platform seperti:
➢ Modal Teroka (venture capital)
➢ Pelabur Angels
➢ Pendanaan orang ramai (crowdfunding)
➢ Platform Akaun Pelaburan (Investment Account Platform)
➢ Pinjaman antara rakan setara (peer-to-peer)

ii. Geran Penyelidikan

Inisiatif pemberian geran penyelidikan merupakan salah satu bentuk bantuan pembiayaan untuk
menggalakkan program inovasi yang berasaskan permintaan dalam memacu peningkatan produktiviti
melalui penambahbaikan nilai produk sedia ada industri / perusahaan untuk keperluan pasaran. Antara
geran yang diperkenalkan ialah:

1. Geran Pengkomersialan dan Penyelidikan Vendor (GPPV)


❖ Meningkatkan penglibatan syarikat dalam penyelidikan dan pengkomersialan bagi
menghasilkan produk bernilai tambah tinggi.
❖ Sehingga 2018, GPPV telah menghasilkan lebih daripada 23 buah projek.

2. Demand-Driven Innovation Project oleh Jaringan Penyelidikan Awam Swasta


(PPRN)
❖ Mewujudkan ekosistem yang mesra pengetahuan (knowledge-friendly ecosystem)
melalui ilmu yang dihasilkan dan disebarkan oleh golongan yang memiliki kepada
golongan yang memerlukan
❖ Menyediakan penyelesaian saintifik dan berteknologi bagi masalah yang dihadapi
oleh usahawan dan industry
❖ PPRN telah berjaya menarik minat 549 buah perusahaan untuk berdaftar dan 304
projek telah berjaya dipadankan

iii. Latihan dan Pembangunan Kapasiti

Tumpuan dan bantuan turut diberikan kepada usahawan dan pekerja bagi tujuan pengukuhan
keupayaan bakat yang boleh meneraju dan mendorong mereka ke arah menjana pertumbuhan
perniagaan yang tinggi. Secara keseluruhannya, terdapat lebih daripada 40 program keusahawanan
berasaskan latihan dan pembangunan kapasiti yang telah memanfaatkan lebih daripada 130,605
usahawan sepanjang tahun 2018 (SMEIPA, 2019). Antara dasar dan program pembangunan
keusahawanan yang ditawarkan ialah:
8
1. Dasar dan Pelan Strategik Keusahawanan IPT oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia
• Penerapan dan pendedahan kepada budaya dan nilai-nilai keusahawanan ke
dalam sistem pendidikan tinggi negara
• Menganjakkan minda pelajar IPT daripada menjadi pencari kerja (job
seeker) kepada penjana pekerjaan (job creator)
2. Program skilling-up dan pementoran
• Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC)
✓ Global Accelerator Programme (GAP) : menyediakan bimbingan
kepada start-ups yang berpotensi untuk menembusi pasaran Asia
Tenggara

3. Program latihan dan pemantapan sumber manusia


• Institut Koperasi Malaysia (IKM) : menyediakan bantuan latihan asas
keusahawanan dalam membangunkan koperasi secara lebih menyeluruh
• Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) : menyediakan latihan
keusahawanan yang komprehensif dan bersasar
✓ INSKEN High Performing Programme
✓ INSKEN Business Scale Up Programme
✓ INSKEN Start-Up Programme
4. Program pembangunan kapasiti usahawan
• Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs
(PROTÉGÉ) : membimbing para belia untuk melahirkan lebih ramai
usahawan
✓ Latihan Keusahawanan kepada usahawan pelajar dan siswazah\
✓ Latihan Kebolehpasaran kepada siswazah untuk mendapatkan
pekerjaan

iv. Infrastruktur / Premis Perniagaan / Peralatan

Program pembangunan keusahawanan yang terdapat di Malaysia juga merangkumi sokongan


infrastruktur, sokongan peralatan, dan penyediaan premis perniagaan. Infrastruktur yang sesuai perlu
dibangunkan bagi mewujudkan persekitaran yang membolehkan serta menyokong pertumbuhan PKS
dan usahawan. Program di bawah bidang tumpuan ini bertujuan untuk menggalakkan aktiviti
keusahawanan dengan menyediakan akses kepada premis perniagaan, kemudahan dan infrastruktur
sokongan lain. Sokongan dari segi infrastruktur dan pembangunan teknologi berkaitan disediakan
melalui agensi industry khusus seperti Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Malaysian Automotive
Robotics and IoT Institute (MARii), SIRIM Berhad, MARA dan Perbadanan Usahawan Nasional
Berhad (PUNB).

9
v. Teknologi

Bagi meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan serta memastikan reputasi perniagaan yang
kukuh, usahawan seharusnya peka dan bergerak seiring dengan perkembangan teknologi terkini.
Aplikasi inovasi dalam penghasilan dan penerapan teknologi akan membantu sesebuah perusahaan
untuk lebih menyerlah dalam persaingan di samping dapat membantu meningkatkan prospek
pertumbuhan serta peluang perniagaan. Berdasarkan laporan SMEIPA2019, kerajaan telah
melaksanakan 28 buah program bagi membantu 32,683 usahawan tempatan dan usahawantekno dalam
bidang penerapan teknologi dan inovasi. Terdapat pelabagi agensi dan organisasi yang terlibat untuk
melaksanakan program berkaitan pembangunan usahawan dalam bidang tumpuan teknologi dan
inovasi, antaranya ialah SME Crop Malaysia, Malaysian Agricultural Research and Development
Institute (MARDI), SIRIM Berhad, Technology Park Malaysia (TPM) dan Malaysia Technology
Development Corporation (MTDC) .

vi. Akses Pasaran

Akses kepada pasaran yang lebih luas membolehkan usahawan tempatan untuk merebut peluang
perniagaan yang belum diterokai dan menghasilkan potensi baharu bagi meningkatkan pendapatan
serta mengembangkan perniagaan mereka, termasuk di pasaran tempatan dan eksport. Pada tahun 2018
sahaja, 50,197 peserta telah terlibat dalam 27 program secara keseluruhan di bawah bidang tumpuan
ini (SMEIPA, 2019). Antara inisiatif yang telah dijalankan oleh agensi dan kementerian bagi
membantu usahawan memperluas akses kepada pasaran dalam bentuk promosi dan pembangunan
produk:

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui


Tourism Malaysia dan Kraftangan Malaysia
Menggalak dan memudahcara usahawan pelancongan, seni, dan
budaya bagi meluaskan pasaran produk dan perkhidamatan yang
berkaitan

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)


Berperanan sebagai penghubung dalam rantaian nilai aktiviti
keusahawanan

vii. Perusahaan Sosial


Keusahawanan sosial adalah sebuah model keushawanan yang menghasilkan impak sosial atau alam
sekitar yang positif secara proaktif dan pada masa yang sama mempunyai kemampuan kewangan yang
mapan. Usaha untuk memantapkan pelaksanakan keusahawanan sosial telah diperluaskan lagi melalui
pengenalan Akreditasi Perusahaan Sosial (SE. A) oleh MED untuk mengesahkan status sesuatu
perusahaan sosial bagi membantu mereka mendapatkan akses kepada pelbagai sokongan dan peluang
yang lebih besar untuk mengembangkan perniagaan. Secara umumnya, melalui proses akreditasi ini
sesebuah organisasi yang berstatus Perusahaan Sosial Yang Diiktiraf (Accredited Social Enterprise)
akan disenaraikan dalam direktori atas talian (online platform) SE. A MED bagi memberi akses kepada
pelanggan dan orang awam untuk mendapatkan maklumat mengenai sesebuah perusahaan sosial
dengan lebih efisien. Bagi mendapatkan status sebagai sebuah perusahaan sosial yang diiktiraf di
Malaysia, sesebuah organisasi perlu memenuhi salah SATU daripada kriteria berikut:

10
▪ 51% tenaga kerja adalah daripada golongan yang kurang bernasib baik
▪ 35% kos perniagaan disalurkan untuk menyediakan pendapatan, latihan
atau subsidi barangan atau perkhidmatan kepada golongan yang kurang
bernasib baik
▪ 35% daripada bahan mentah atau sumber pengeluaran dibelanjakan
untuk mencapai misi alam sekitar
▪ 51% daripada keuntungan diperuntukkan untuk mencapai misi sosial /
alam sekitar

viii. Pengantarabangsaan

Pasaran bagi produk perusahaan di Malaysia juga perlu meliputi pasaran luar negara. Penyediaan akses
kepada rangkaian pasaran antarabangsa secara tidak langsung akan meningkatkan nilai eksport bagi
perusahaan agar lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa. Agensi-agensi seperti SME Crop
Malaysia dan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) telah melaksanakan
pelbagai program pengantarabangsaan untuk membangunkan perusahaan tempatan agar mereka lebih
berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Matlamat Malaysia untuk mencapai status negara keusahawanan pada tahun 2030 menuntut kepada
penambahbaikan ekosistem keusahawanan yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah pasaran, dasar dan
polisi, pembiayaan, sokongan, budaya, kemahiran dan bakat serta teknologi dan inovasi. Strategi yang
dirangka harus mengambil kira proses peralihan untuk memacu keusahawanan negara daripada keusahawanan
berasaskan keperluan dan peluang kepada keusahawanan berasaskan inovasi. Terdapat lapan (8) isu dan
cabaran yang dikenal pasti dan perlu ditangani melalui posisi ini agar ekosistem keusahawanan yang kondusif
dapat diwujudkan bagi memperkasa usahawan tempatan untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

i. Budaya & Pemikiran


• Kejayaan ekonomi usahawan banyak bergantung kepada daya usaha dan kemahiran mereka sendiri
meskipun terdapat banyak bentuk sokongan daripada kerajaan.
• Usahawan perlu dipupuk dengan semangat keusahawanan yang jitu, agar mereka terus mencari
peluang bagi melonjakkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi
• Perubahan kepada usahawan berasaskan inovasi dapat direalisasikan dengan peralihan daripada
pemikiran tetap (fixed mindset) kepada pemikiran pertumbuhan (growth mindset).

ii. Perubahan Demografi dan Tren Sosioekonomi


• Usahawan tempatan perlu memberi fokus kepada pasaran serantau seperti ASEAN yang merangkumi
sekurang-kurangnya 690 juta penduduk. Peluang ini harus diambil oleh usahawan tempatan agar dapat
menerokai pasaran luar dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi digital semaksima mungkin.
• Lebih dari 7% daripada populasi negara adalah yang berumur 65 tahun dan ke atas. Peratus ini dijangka
meningkat pada 14.5% pada tahun 2040 di mana umur median masyarakat Malaysia meningkat dari
28.1 tahun pada tahun 2018 kepada 38.3 tahun menjelang tahun 2040.

11
iii. Perancangan, Pelaksanaan & Pemantauan Prestasi
• Sistem sokongan untuk pembangunan keusahawanan di Malaysia terdiri daripada rangkaian
perkhidmatan yang disediakan oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.
• Penglibatan lebih 60 agensi dalam pembangunan keusahawanan menunjukkan kerajaan sangat serius
dalam memastikan agenda keusahawanan negara dapat dilaksanakan dengan holistik

iv. Prosedur, Polisi & Undang-undang


• Prosedur, polisi dan undang-undang yang tidak seiring dengan keperluan, teknologi dan perkembangan
global akan menyekat perkembangan usahawann untuk beranjak daripada keusahawanan berasaskan
keperluan dan peluang kepada keusahawanan berasaskan inovasi.
• Mekanisme berkesan perlu dipelopori untuk membentuk kerjasama antara kementerian, agensi dan
badan penguatkuasa bagi memberi ruang kepada percubaan model-model perniaagn baharu agar
bersesuaian dengan perkembangan teknologi internet dan komunikasi masa kini serta evolusi e-dagang
di peringkat global

v. Capaian kepada Sumber Pembiayaan Kewangan


• Masalah capaian kepada sumber kewangan ini berpunca daripada jurang ekspektasi di antara pihak
pembiaya dan pengusaha.
• Peranan Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) yang mirip bank komersial turut menyukarkan
golongan usahawan untuk mendapatkan bantuan kewangan
• Penyelesaian yang holistik perlu dicari untuk mengurangkan jurang-jurang supaya sumber pembiayaan
dapat dioptimumkan pengunaannya oleh usahawan bagi mengembangkan perniagaan dan
melaksanakan strategi penskalaan (scaling-up)
vi. Teknologi
• Perubahan aktiviti pemasaran melalui perniagaan atas talian membuka peluang pasaran yang lebih luas
kepada usahawan
• Antara cabaran yang dihadapi oleh perusahaan di Malaysia adalah penyerapan teknologi yang
sederhana di mana majoriti keperluan pekerja adalah tenaga separuh mahir
• Kelemahan mengadaptasi teknologi dan kebergantungan terhadap tenaga buruh berkemahiran rendah
menyebabkan penskalaan produktiviti terbantut. Keadaan ini menghalang persaingan usahawan
tempatan dalam pasaran global, sekaligus menghadkan pasaran mereka

vii. Keupayaan, Kemampanan dan Penskalaan Perniagaan Mikro, Kecil dan Sederhana
• Kegagalan usahawan untuk melihat perniagaan dalam perspektif rantaian nilai secara keseluruhan
menyebabkan mereka sukar untuk mengekalkan daya saing, melestari dan mengembangkan
perniagaan ke atahp yang lebih tinggi.
• Selain polisi, dasar dan sistem sokongan perniagaan, faktor peribadi seperti kemahiran pengurusan
usahawan, motivasi dan cita-cita mereka juga amat kritikal dalam menentukan kelestarian dan
penskalaan perusahaan.
• Terdapat sebilangan pengusaha yang lebih selesa kekal sebagai peniaga dan tidak mempunyai cita-cita
untuk menjadi usahawan di peringkat global

viii. Pendidikan dan Kemahiran


• Dalam aspek pendidikan dan kemahiran, isu terbesar adalah kesukaran mengimbangi penawaran dan
permintaan (supply and demand) tenaga kerja dalam pelbagai sektor
• Lambakan graduan yang hanya memiliki segulung ijazah tanpa sebarang nilai tambah menjadikan
majikan begitu teliti dalam memilih bakal pekerja.
• Seharusnya graduan yang berkemahiran tinggi perlu memupuk inovasi dan kreativiti untuk berani
menerokai bidang baharu serta menganjakkan minda daripada pencari kerja kepada penjana pekerjaan.

12
“Malaysia Negara Keusahawanan Unggul 2030”
DKN merupakan satu dokumen strategi jangka panjang yang dirangka untuk menetapkan hala
tujupembangunan keusahawanan negara dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan
menjelang tahun 2030. Dalam usaha memenuhi aspirasi ini, sebuah ekosistem keusahawanan yang dinamik
akan diwujudkan bagi memastikan semua golongan dan lapisan masyarakat Malaysia dapat memanfaatkan
dan/atau meneroka sepenuhnya potensi masing-masing bagi melibatkan diri secara serius dalam bidang
keusahawanan.
I. OBJEKTIF DASAR
Perancangan dan formulasi strategi dalam DKN telah mengambil kira factor jangka pendek, sederhana dan
panjang, serta garis masa bagi menyusun rancangan pelaksanaan yang berkesan dengan menetapkan objektif
dan sasaran sebagai indikasi yang boleh diukur untuk memudahkan proses pelaksanaan, pemantauan serta
penilaian. Berikut merupakan objektif utama yang telah ditetapkan bagi dasar ini :
➢ Mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda
pembangunan sosioekonomi negara Malaysia yang inklusif, seimbang dan mapan
➢ Membentuk masyarakat Malaysia yang berpemikiran dan berbudaya keusahawanan
➢ Meningkatkan bilangan usahawan negara yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan, berfikiran
global dan kompetitif
➢ Mempertingkatkan keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta koperasi
➢ Menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan

II. DEFINISI DAN SKOP


Keusahawanan merupakan nadi kepada perniagaan. Takrifan keusahawana akan sentiasa berubah seiring
dengan evolusi lanskap perniagaan, terutamanya dari aspek proses, individu dan entity perniagaan. Dalam
konteks negara Malaysia, definisi Keusahawanan, Usahawan dan Perusahaan yang akan diguna pakai adalah:

Individu yang
Keusahawanan (Proses)

mengambil
Perusahaan (Entiti)

Entiti yang
Usahawan (Individu)

tanggungjawab dan diwujudkan untuk


Proses yang dinamik risiko memulakan,
dalam mengenal menjalankan aktiviti
membangunkan dan perniagaan sama ada
pasri, mencipta, mengembangkan
menilai dan/atau berorientasikan
sesebuah perusahaan keuntungan ataupun
mengeksploitasi dengan
peluang perniagaan bukan
menggembeleng berorientasikan
sumber-sumber keuntungan secara
menjadi sesuatu individu dan
yang mendatangkan berkumpulan
hasil kekayaan
dan/atau
kesejahteraan sejagat

Rajah 3.1.3: Definisi Keusahawanan, Usahawan dan Perusahaan

13
KERANGKA DASAR

Masyarakat Malaysia yang berbudaya dan berpemikiran keusahawanan merupakan asas dalam pembentukan
Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan. Justeru, kerjasama kolektif di antara pihak kerajaan dan pihak
berkepentingan lain melalui pelaksanaan strategi dan inisiatif yang digariskan di bawah DKN adalah
signifikan bagi mewujudkan sebuah ekosistem yang kondusif dan lengkap. Terdapat tujuh (7) elemen utama
dalam ekosistem yang harus dibentuk untuk memantapkan komuniti keusahawanan.
i. Pasaran
Keupayaan untuk menembusi pasaran melalui kegiatan promosi serta perluasan rangkaian jaringan
global.

ii. Dasar & Polisi


Komponen utama yang menjadi panduan kepada penetapan hala tuju dan visi keusahawanan dalam negara
melalui penubuhan institusi pelaksana dan penyelidikan, mekanisma penggubalan dan pengawalseliaan
peraturan serta undang-undang.

iii. Pembiayaan
Akses kepada pembiayaan kewangan yang berstruktur dan berfokus untuk aktiviti keusahawanan di pelbagai
peringkat perniagaan melalui pelbagai kaedah pembiayaan konvensional, alternative dan kolaboratif.

iv. Sokongan
Penyediaan sokongan yang kukuh untuk bidang keusahawanan dari aspek infrastruktur fizikal dan digital serta
perkhidmatan advokasi profesional seperti perundangan, perakuanan dan kepakaran teknikal.

v. Budaya
Pembudayaan minda keusahawanan yang memupuk sifat kreativiti, berani mengambil risiko dan peluang, tidak
takut dengan kegagalan dan berpandangan jauh.

vi. Kemahiran & Bakat


Melahirkan usahawan yang berkemahiran dan berpengetahuan melalui sistem pendidikan dan latihan
keusahawanan yang berstruktur dan diiktiraf.

vii. Teknologi & Inovasi


Penerapan unsur inovasi dengan mewujudkan nilai tambah produk dan perkhidmatan melalui aktiviti
penyelidikan dan pembangunan di samping mengambil kira cabaran teknologi disruptif dan baharu muncul.

Untuk mengetahui dengan lebih teperinci berkaitan denga ekosistem keusahawanan, rujuk pada lampiran DKN 1.

2. Dasar & 3.
1. Pasaran 4. Sokongan
Polisi Pembiayaan

6. Kemahiran 7. Teknologi
5. Budaya
& Bakat & Inovasi

Rajah 3.1.4 : Turutan 7 elemen utama dalam ekosistem

14
Enam (6) Teras Strategik telah dirangka bagi mencapai sasaran yang ditetapkan di bawah DKN :

TERAS STRATEGIK 1 : Membudayakan Keusahawanan dalam Segenap Lapisan Masyarakat.

(2 STRATEGI dan 10 INISIATIF)


Strategi A1 : Mewujudkan bilangan komuniti usahawan yang optimum (critical mass)
Strategi A2 : Memantapkan pelaksanakan pendidikan dan kemahiran keusahawanan.
_______________________________________________________________________________________

TERAS STRATEGIK 2 : Mengoptimumkan Sistem Kawal Selia dan Capaian kepada Pembiayaan
Kewangan

(6 STRATEGI dan 18 INISIATIF)


Strategi B1 : Menggalakkan tadbir urus yang baik
Strategi B2 : Merasionalisasi peranan dan fungsi EDO
Strategi B3 : Memantapkan pemantauan dan penilaian keberhasilan dan impak.
Strategi B4 : Memantap dan menambahbaik undang-undang dan peraaturan perniagaan.
_______________________________________________________________________________________

TERAS STRATEGIK 3 : Merangsang Pembangunan Keusahawanan Bersepadu dan Holistik

(3 STRATEGI dan 9 INISIATIF)


Strategi C1 : Memberi sokongan kea rah usaha keusahawanan dalam kalangan Bumiputera, kumpulan fokus
khas dan golongan terpinggir.
Strategi C2 : Koperasi sebagai pemacu kepada pembangunan sosioekonomi yang inklusif.
Strategi C3 : Memantapkan pelaksanaan keusahawanan sosial
_______________________________________________________________________________________

TERAS STRATEGIK 4 : Memacu Pertumbuhan Ekonomi Melalui Perusahaan Berteraskan Inovasi.

(2 STRATEGI dan 6 INISIATIF)


Strategi D1 : Menyokong perusahaan berteraskan inovasi dan berpertumbuhan tinggi
Strategi D2 : Memudahcara proses pertukaran teknologi dan inovasi.
_______________________________________________________________________________________

TERAS STRATEGIK 5 : Memantapkan Keupayaan dan Prestasi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana

(4 STRATEGI dan 14 INISIATIF)


Strategi E1 : Memperkukuhkan pelaksanaan Program Pembangunan Vendor (PPV)
Strategi E2 : Mempertingkatkan kemahiran keusahawanan dan keupayaan dalam kalangan perusahaan
mikro, kecil dan sederhana
Strategi E3 : Menyediakan bantuan bersasar bagi akses pasaran terutama kepada perusahaan mikro, kecil
dan sederhana Bumiputera
Strategi E4 : Memperkukuh pengurusan rantaian bekalan
_______________________________________________________________________________________

TERAS STRATEGIK 6 : Pengantarabangsaan Perusahaan Berpertumbuhan Tinggi

(2 STRATEGI dan 5 INISIATIF)


Strategi F1 : Memudahcara akses kepada perusahaan tempatan khususnya Bumiputera untuk menembusi
pasaran antarabangsa.
Strategi F2 : Menggalakkan rangkaian dan jalinan kerjasama bidang perniagaan

15
Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) merupakan garis panduan yang merangkumi ekosistem keushawanan
yang mapan untuk mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah negara keusahawanan menjelang
2030. DKN ini dilaksanakan menerusi enam (6) teras strategik yang disokong leh 19 stratgi serta 62 inisiatif
yang relevan dan tepat pada masanya dalam memacu agenda pembangunan negara untuk kekal berdaya saing
dan mapan di persada ekonomi global. Pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudaya dan berpemikiran
keusahawanan merupakan asas dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul
menjelang 2030. Penjiwaan budaya keusahawanan melalui pelaksanaan enam (6) teras strategik di bawah
DKN merupakan pemangkin kepada proses transformasi ekonomi inklusif dan progresif yang dipacu ilmu dan
inovasi. Melalui enam (6) teras strategik tersebut, hasil transformasi yang dihasratkan adalah seperti berikut :

✓ Menjadikan sifat kreatif, inovatif, berani mengambil risiko dan bertindak keatas
peluang sebagai asas kepada budaya keusahawanan
✓ Tadbir urus, pengawalseliaan dan pembiayaan yang fleksibel dan fasilitatif untuk
memudahcara penerokaan pelbagai bidang keusahawanan
✓ Perluasan peluang perniagaan kepada semua lapisan masyarakat untuk menceburi
bidang keusahawanan bagi memastikan transformasi ekonomi yang inklusif dalam
peningkatan status sosioekonomi negara.
✓ Pemerkasaan ekosistem inovasi antara pemegang taruh termasuk usahawan,
innovator, penyelidik, institusi awam dan swastauntuk pembentukan, pembangunan
serta pertumbuhan keusahawanan berteraskan inovasi
✓ Peningkatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana ke tahap yang lebih tinggi dalam
rantaian nilai pasaran global melalui kepelbagaian produk dan perkhidmatan
✓ Penjanaan perusahaan berpetumbuhan tinggi yang berupaya dilonjakkan ke persada
antarabangsa melalui perkongsian pintar dua hala yang dipacu oleh sector swasta

Rajah 3.1.5 : Enam (6) teras strategik hasil transformasi yang dihasratkan

Perjalanan transformasi untuk merealisasikan matlamat sebuah negara keusahawanan pada tahun 2030 bertitik
tolak daripadda kerjasama secara efektif, koordinasi yang mapan, serta komitmen dan sokongan daripada
pelbagai pihak berkepentingan. Tumpuan harus diberi kepada usaha membina hubungan kerjasama yang
seimbang di antara sektor awam dan swasta secara kolektif. Melalui rangka DKN ini, semua pemegang taruh
bidang keusahawanan mampu memainkan peranan yang tersusun dan efektif sebagai pemacu untuk
menjadikan Malaysia paksi ekonomi Asia dan global dengan penyertaan masyarakat yang menyeluruh.

16
3.2 Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (PTK-IPT) 2021-2025

3.2.1 Pengenalan

Pembangunan ekonomi sesebuah negara sering dikaitkan dengan aktiviti keusahawanan dalam negara
tersebut, kerana kegiatan ini mempengaruhi prestasi ekonomi serta tahap produktiviti dan daya saing.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mula mempromosikan pendidikan keusahawanan pada peringkat
pengajian tinggi secara serius dengan pengenalan Dasar Pembangunan Keusahawanan untuk Institusi
Pendidikan Tinggi (DPK-IPT 2010) pada tahun 2010.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) menekankan kepentingan
pendidikan keusahawanan dalam sistem pendidikan. Aspek keusahawanan diberi keutamaan kerana ia
disenaraikan sebagai Lonjakan 1 yang bertujuan untuk menghasilkan Graduan Holistik, Berciri
Keusahawanan, dan Seimbang. Objektif Lonjakan 1 adalah untuk meningkatkan kualiti graduan dalam
dimensi intelektual, rohani, emosi dan fizikal – untuk membolehkan graduan berjaya dalam ekonomi global
yang kompleks dan menyumbang kepada kemajuan komuniti

Strategi ini dilaksanakan melalui empat inisiatif:

Rajah 4: Inisiatif Pelaksaan Strategi

17
Rajah 4.1: Status Semasa Dan Pencapaian

i. Peringkat Global
Berdasarkan laporan Global Entrepreneurship Monitor (GEM), keusahawanan mempunyai
peluang yang cerah untuk berkembang di Malaysia (lihat Jadual A-1). Malaysia berjaya
mengatasi Korea Selatan, sebuah negara perindustrian yang maju dan inovatif dalam banyak kategori.
Jadual A-1: Indikator GEM terpilih untuk lima negara Asia (2017)

Data sehingga tahun 2017 (Malaysia berhenti menyertai tinjauan GEMS pada tahun tersebut)

Sumber: Laman sesawang Global Entrepreneurship Monitor

ii. Peringkat Kebangsaan

Jadual A-2 merangkumkan indikator terpilih seperti dilaporkan oleh Global Entrepreneurship Monitor (GEM)
untuk negara Malaysia bagi tahun 2014-2017. Berdasarkan trend, Malaysia dilihat bergerak ke arah yang betul
dalam hal berkaitan aktiviti, aspirasi, sikap dan persepsi keusahawanan. Walaupun kebanyakan indikator
menurun daripada tahun 2014 ke 2015, namun untuk tahun 2016 ke 2017, semua indikator meningkat secara
mendadak melebihi tahap tahun 2014. Peningkatan mendadak indikator TEA dari 2016 ke 2017 menunjukkan
hasil positif usaha Kerajaan dalam menyokong sektor keusahawanan di Malaysia.

18
Jadual A-2: Indikator GEM terpilih untuk Malaysia bagi tahun 2014 hingga 2017

Data sehingga tahun 2017 (Malaysia berhenti menyertai tinjauan GEMS pada tahun tersebut)

Sumber: Laman sesawang Global Entrepreneurship Monitor

iii. Peringkat Institusi

Pada peringkat IPT, pelbagai program dan aktiviti telah diatur oleh pusat keusahawanan untuk mendedahkan
pelajar kepada dunia keusahawanan. Program keusahawanan merupakan platform penting untuk pelajar
menimba pengalaman keusahawanan secara langsung. Kementerian juga memainkan peranan penting dengan
mendukung pelbagai kegiatan berkaitan keusahawanan di kampus IPT seluruh negara, seperti dalam Jadual
A-3.
Jadual A-3: Bilangan pelajar dan staf terlibat dalam program berkaitan KPT di IPT dari 2016 hingga 2019

Jadual A-3.1: Ringkasan statistik untuk empat KPI dari 2016 hingga 2019

19
Sumber: Laman sesawang Global Entrepreneurship Monitor

iv. Visi
Pelan Tindakan Keusahawanan – Institusi Pendidikan Tinggi (2021-2025) (PTK-IPT 2021-2025) bertujuan
untuk meningkatkan pelaksanaan agenda keusahawanan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia.
Pelan ini dihasilkan untuk meneruskan kesinambungan pelan terdahulu dalam memantapkan pendidikan
keusahawanan, serta bercita-cita untuk menghasilkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan
seimbang.
Rajah 4.2 : 10 Lojakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025

20
v. Matlamat

Matlamat pendidikan keusahawanan di IPT Malaysia adalah untuk melahirkan graduan berciri keusahawanan
dan usahawan siswazah yang kompetitif dan lestari. Graduan berciri keusahawanan merupakan graduan yang
mempunyai pemikiran serta sifat usahawan. Pada masa yang sama, IPT juga perlu melahirkan usahawan
pelajar dan usahawan siswazah yang berdaya saing dan mampu mengemudi perniagaan meski pelbagai
rintangan dihadapi, dengan harapan mereka dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada
ekonomi negara.

vi. Aspirasi

Aspirasi PTK-IPT (2021-2025) adalah berdasarkan DKN 2030, PPPM (PT) 2015-2025 dan Kerangka
Penjanaan Pekerjaan yang ditambahbaik. Di bawah PTK-IPT 2021-2025, sebuah rangka kerja pelaksanaan
dibangunkan untuk menambah baik pelaksanaan pendidikan keusahawanan dalam kalangan pelajar IPT.

Rajah B-1: Anjakan Baharu untuk Rangka Kerja Penjana Pekerjaan

Sumber : Dokumen Pelan Tindakan Keusahawanan-Institusi Pendidikan Tinggi

21
Rajah 4.3 : Objektif Utama Pelan Tindakan Keusahawanan – Institusi Pendidikan Tinggi (2021-2025)

Sumber: Ilustrasi Penulis

vii. Teras Strategi Utama

Kerangka PTK-IPT 2021-2025 didorong oleh tiga (3) teras iaitu, Teras 1: Ekosistem Keusahawanan
Bersinergi, Teras 2: Kolaborasi Berimpak Tinggi, dan Teras 3: Inovasi dan Teknologi dalam Keusahawanan.
Setiap Teras dipakejkan dengan strategi dan inisiatif yang disusun rapi, disokong oleh asas tadbir urus yang
mapan, berintegriti, penuh nilai murni dan risiko terhitung.

Rajah 4.3.1: Teras Strategi PTK-IPT

22
Teras 1: Ekosistem Keusahawanan Bersinergi

Ekosistem keusahawanan bersinergi merujuk kepada kesalinghubungan dan kerjasama antara elemen
keusahawanan seperti dunia akademik, pihak industri, wakil kerajaan, serta anggota komuniti yang saling
berinteraksi dalam persekitaran keusahawanan. Dalam sesebuah IPT, kerangka ekosistem keusahawanan
melibatkan kesalinghubungan dan kerjasama antara pelajar, staf, dan pihak pengurusan universiti dengan
ekosistem luar, yang disokong dengan kemudahan dan dasar yang sesuai.
Ekosistem dalaman universiti adalah sangat penting dalam membangunkan agenda keusahawanan IPT sebagai
persediaan untuk menempuh ekosistem sebenar di luar dinding IPT.

Rajah 4.3.2 : Empat Ekosistem Keusahawanan Bersinergi

Teras 1 menyenaraikan tiga strategi utama, iaitu:


• Memperkukuhkan sistem sokongan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan keusahawanan.
• Melahirkan pelajar yang dapat menjana peluang pekerjaan.
• Meningkatkan bilangan pendidik yang mempunyai kepakaran dalam bidang keusahawanan.

Strategi 1: Memperkasa Sistem Sokongan Pengajaran, Pembelajaran dan Penyelidikan Keusahawanan

Sumber : Ilustrasi Penulis

23
Strategi 2: Menghasilkan Pelajar Yang Mampu Menjana Peluang Pekerjaan Melalui Bidang Keusahawanan

Sumber : Ilustrasi Penulis

Strategi 3: Meningkatkan Bilangan Pendidik Dengan Kepakaran Keusahawanan.

Inisiaitif 1
Aktiviti keusahawanan
sebagai salah satu kriteria
kenaikan pangkat

Inisiatif 5 Inisiatif 2
Pendidik yang Trek keusahawanan
bertauliah dalam professional sebagai
bidang keusahawanan salah satu trek laluan
kerjaya akademik

Inisiatif 4 Inisiatif 3
Penglibatan langsung Program sabatikal
staf akademik dalam keusahawanan
aktiviti keusahawanan

Sumber : Ilustrasi Penulis

24
Jadual B-2: Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Strategi 3

Sumber : Dokumen Pelan Tindakan Keusahawanan-Institusi Pendidikan Tinggi

Teras 2: Kolaborasi Berimpak Tinggi


Kemahiran bekerjasama dengan orang lain adalah penting untuk para usahawan. Teras ini menumpukan
kepada kerjasama berkesan, kemahiran yang diperlukan semua usahawan tanpa mengira bidang. Rangkaian
kenalan dan kaedah kerjasama yang digunakan pelajar dan graduan akan membantu mengembangkan
perniagaan mereka ke tahap seterusnya. Kolaborasi berimpak tinggi juga merupakan faktor utama dalam
menyokong pelajar dan graduan mengembangkan perniagaan mereka dan mendapatkan dana.
Ringkasnya, teras ini memberi tumpuan kepada kolaborasi yang bertujuan untuk:
1. mewujudkan jaringan keusahawanan yang berdaya maju untuk memudahkan usaha membimbing dan
usahawanan siswazah.
2. memanfaatkan jaringan keusahawanan untuk meningkatkan inisiatif pembangunan keusahawanan
siswazah.
3. meningkatkan pembiayaan perniagaan usahawan siswazah melalui rangkaian keusahawanan untuk
syarikat pemula.
Teras 2 menyenaraikan dua strategi utama, iaitu:
• Memupuk kerjasama melalui jaringan keusahawanan
• Menambah baik pembiayaan permulaan untuk perniagaan pelajar

25
Strategi 4: Memupuk Kerjasama Melalui Jaringan Keusahawanan

Sumber : Ilustrasi Penulis


Strategi 5: Menambah Baik Pembiayaan Permulaan Untuk Perniagaan Pelajar

Jadual B-3: Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Strategi 5

Sumber : Dokumen Pelan Tindakan Keusahawanan-Institusi Pendidikan Tinggi

26
Teras 3: Inovasi dan Teknolgi dalam Keusahawanan
Inovasi merangkumi idea baharu, produk baharu, proses baharu, kaedah pemasaran baharu, atau kaedah
organisasi baharu dalam amalan perniagaan. Inovasi mentransformasi idea dan mencipta nilai baharu. Inovasi
keusahawanan bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dan pertumbuhan sosio-ekonomi melalui
keusahawanan berasaskan peluang dengan menekankan inovasi dan teknologi. Rajah 3-1 menerangkan
interaksi antara elemen kritikal yang menghasilkan inovasi dalam bidang keusahawanan di Institusi
Pendidikan Tinggi (IPT).

Sumber : Dokumen Pelan Tindakan Keusahawanan-Institusi Pendidikan Tinggi

Teras ini bertujuan untuk:


1. memupuk pembudayaan keusahawanan yang berasaskan teknologi inovasi dan teknologi.
2. mendorong inovasi melalui tindakan praktikal untuk mentransformasi sosio-ekonomi dan
pertumbuhan inklusif.
3. membangunkan perusahaan pelajar dan graduan dengan keupayaan tersendiri berdasarkan inovasi atau
aplikasi sains atau teknologi.

Persekitaran atau ekosistem keusahawanan di IPT menentukan jenis usahawan yang dihasilkan mereka. IPT
yang mempunyai keadaan pemboleh yang sihat akan mampu memupuk lebih ramai usahawan berasaskan
peluang, manakala IPT yang mempunyai keadaan pemboleh yang kurang kondusif akan cenderung
menghasilkan usahawan berasaskan keperluan. Oleh itu, pelaksanaan strategi yang dirangka oleh IPT sangat
penting untuk memastikan bahawa mereka menghasilkan lebih ramai usahawan berasaskan peluang.

27
Rajah 4.4.3: Perbezaan antara usahawan berteraskan peluang dan keperluan

Sumber : Dokumen Pelan Tindakan Keusahawanan-Institusi Pendidikan Tinggi

Strategi 6: Mendorong Pelajar untuk Memanfaatkan Inovasi dan Teknologi Dalam Keusahawanan

Sumber : Ilustrasi Penulis

Strategi 7: Menggalakkan Penubuhan Syarikat Pemula Berteraskan Inovasi dan Teknologi yang Dipacu
Secara Digital

Kerjasama dengan
Inisiatif 1

Inisiatif 3
Inisiatif 2

Syarikat Pemula yang ikon usahawan Ikon usahawan


memanfaatkan selebriti siswazah dalam
inovasi dan teknologi (celebpreneur) dan inovasi dan teknologi
agensi yang berkaitan
dengan inovasi dan
teknologi

28
Jadual B-4 : Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Strategi 7

Sumber: Dokumen Pelan Tindakan Keusahawanan-Institusi Pendidikan Tinggi

3.3 Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu ( EIE )

Pendidikan keusahawanan bersepadu (EIE) merupakan satu pendekatan kepada pendidikan yang
menggabungkan prinsip-prinsip keusahawanan dengan elemen-elemen pendidikan. Antara elemen yang
diterapkan dalam pendidikan keusahawanan adalah seperti ekonomi, inovasi dan kemahiran insaniah.
Selain itu, pendidikan keusahawanan telah menjadi satu agenda yang utama bagi pembangunan modal
insan dan pertubuhan ekonomi negara. Bukan itu sahaja, pendidikan keusahawanan juga berfungsi sebagai
rujukan dan garis panduan kepada setiap IPT di Malaysia. Hal ini bertujuan untuk mendorong program dan
aktiviti keusahawanan yang dijalankan mengikut harapan Kementerian Pengajian Tinggi demi melahirkan
graduan yang holistik serta mempunyai kemahiran dalam keusahawanan seperti yang terdapat dalam Plan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi).

I. Fokus Utama kurikulum dalam pendidikan keusahawanan bersepadu (EIE)

Pengetahuan Program Perantis


Fundamental Keusahawanan
Keusahawanan

Fokus Utama Kemahiran


Pengetahuan Kurikulum Pembangunan
Keusahawanan Manusia
Lanjutan

Aktiviti Kurikulum
Pengetahuan Tambahan
Perniagaan Keusahawanan

Rajah 3.3.1 : Fokus utama Kurikulum


29
ii. Misi dan visi Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu:

Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah


negara keusahawanan secara inklusif dan
inovatif.
VISI

• Merealisasikan impian “satu pelajar, satu perusahaan sebaik


saja mereka menamatkan pengajian.
• Mempraktikkan pendidikan keusahawanan melalui
pengetahuan yang praktikal dan mengikuti teknologi terkini.
MISI
• Mempromosikan ekosistem keusahawanan secara holistik.

Rajah 3.3.2 : Visi dan Misi EIE

iii. Matlamat Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu:

Menambahkan bilangan Menambah bilangan Menambah bilangan perniagaan


pelajar usahawan usahawan graduan syarikat terbitan atau perusahaan

MATLAMAT 1 MATLAMAT 2 MATLAMAT 3

Rajah 3.3.3 : Matlamat EIE

Matlamat panduan pendidikan keusahawanan bersepadu EIE terdiri daripada tiga iaitu matlamat
pertama ialah menambahkan bilangan pelajar usahawan, ianya merujuk kepada pelajar yang sedang
menubuhkan dan mengendalikan perniagaan mereka sepanjang di universiti. Matlamat yang kedua ialah
menambah bilangan usahawan graduan di mana pelajar yang dapat menubuhkan perniagaan mereka dalam
masa enam bulan sebaik saja mereka menamatkan pengajian. Matlamat yang terakhir ialah menambahkan
bilangan perniagaan syarikat terbitan ataupun perusahaan yang dibangunkan oleh pelajar-pelajar serta oleh
kajian kes perniagaan.
iv. Objektif Panduan Pendidikan Keusahawanan bersepadu (EIE)

Membangunkan dan
memperkukuhkan ekosistem
keusahawanan inklusif di IPT
Meningkatkan projek
Memperkukuhkan kolaborasi IPT, industri
kurikulum keusahawanan dan komuniti
bersepadu

Memperkukuh Memperkukuh koperasi


pendekatan pengajaran OBJEKTIF dan perusahaan sosial
dan pembelajaran pelajar di pasaran

Memperkukuh kecekapan Mempercepat pertumbuhan


pemimpin dan pendidik penyelidikan keusahawanan
akademik dan inovasi IPT
Rajah 3.3.4 : Objektif EIE 30
Objektif panduan pendidikan keusahawanan bersepadu (EIE) bergantung kepada matlamat yang
ingin dicapai. Objektif pertama membangunkan dan memperkukuhkan ekosistem keusahawanan inklusif yang
bertujuan untuk menghidupkan kembali pendidikan yang berkaitan dengan keusahawanan serta meningkat
motivasi. Objektif yang kedua ialah memperkukuhkan kurikulum keusahawanan bersepadu iaitu dengan
menggunakan teknologi dan berasaskan inovasi serta berperanan menghubungkan kurikulum tersebut ke
dunia perniagaan yang sebenar.
Selain itu, objektif yang ke tiga ialah memperkukuhkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
melalui pembelajaran yang berasaskan masalah dan pengalaman. Objektif yang keempat pula
memperkukuhkan kecekapan pemimpin dan pendidik akademik menerusi peningkatan kemahiran serta proses
pengembangan melalui pengetahuan, perubahan minda, penggunaan teknologi baru, inovasi dan strategi
dalam perniagaan. Objektif seterusnya mempercepatkan pertumbuhan dalam penyelidikan keusahawanan dan
inovasi IPT bagi memberi dorongan kepada aktiviti-aktiviti mengkomersialkan dan penubuhan syarikat baru
yang diterbitkan oleh pelajar sendiri. Objektif yang seterusnya memperkukuhkan koperasi dan perusahaan
sosial pelajar dalam pasaran dan objektif yang terakhir ialah meningkatkan projek kolaborasi IPT bersama
industri dan komuniti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
v. Gambaran keseluruhan Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu (EIE)

Keusahawanan merupakan proses untuk mengenal pasti, mengetahui dan menerokai peluang.
Pembentukan keusahawanan serta inovasi merupakan komponen yang penting dalam sistem pengajian tinggi
di Malaysia kini. Bagi meletakkan kedudukan IPT secara dinamik iaitu seiring dengan cabaran baru
pendidikan tinggi global, IPT perlulah merangka dan berusaha semula sistem pendidikan. Terdapat beberapa
objektif utama keusahawanan seperti :
➢ Memperkasakan graduan yang berpengetahuan.
➢ Berdaya saing di tempat kerja dan menjadi kewargaan global.
➢ Keusahawanan yang diiktiraf sebagai hala tuju dalam membentuk modal insan yang berfikiran jauh dalam
bidang keusahawanan.
➢ Menyediakan penyelesaian yang kreatif dan inovatif untuk membangunkan bangsa dan negara.

Institusi keusahawanan menggunakan proses pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif
bagi mewujudkan perniagaan dan kekayaan dengan menawarkan program-program yang unik dan menarik.
Terdapat perbezaan di antara usahawan pelajar dan juga usahawan graduan iaitu usahawan pelajar merupakan
pelajar yang telah menubuhkan syarikat perniagaan semasa mereka masih belajar, manakala pelajar graduan
pula pelajar yang mempunyai syarikat perniagaan selepas mereka menamatkan pengajian.

USAHAWAN PELAJAR (SE) USAHAWAN GRADUAN (GE)


Syarikat perniagaan yang di tubuh Mempunyai Syarikat perniagaan
semasa masih belajar. selepas menamatkan pengajian.

Rajah 3.3.5 : Perbezaan SE dan GE


Hasil yang diutamakan dan diharapkan adalah penciptaan ekosistem dan budaya keusahawanan yang
inklusif, bersepadu serta menyokong aspirasi kerajaan seperti yang telah dinyatakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 di peringkat Pendidikan Tinggi.

31
Membangunkan ekosistem keusahawanan di Malaysia yang akan
meningkatkan daya saing negara ke peringkat pemikiran ekonomi global
daripada pesaing serta cabaran daripada Revolusi Industri 4.0 dan
mewujudkan budaya keusahawanan di dalam kalangan masyarakat
ASPIRASI Malaysia.
Dasar Keusahawanan Negara,2030

Melahirkan graduan yang Holistik, mempunyai ciri-ciri keusahawanan


dan seimbang.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan
Tinggi)
Rajah 3.3.6 : Aspirasi

vi. Dasar Pembangunan Keusahawanan (DPK) 2010

Terdapat komponen yang dijadikan sebagai garis panduan di IPT bagi memupuk semangat dan
budaya keusahawanan seperti :

Kesedaran keusahawanan merujuk kepada pemahaman mengenai kepentingan, pengetahuan cara


pelaksanaan dan konsep kerja berpasukan.

Budaya keusahawanan merujuk kepada tindakan dalam menghargai, pencapaian dan dapat
membezakan sifat yang berlainan di kalangan warga universiti.

Pengukuhan komponen merujuk kepada pelaksanaan aktiviti keusahawanan yang berterusan, konsisten
dan mampan. Pelbagaikan strategi bagi memastikan semua pihak terlibat.

Rajah 3.3.7 : Garis panduan IPT

Objektif bagi Dasar Pembangunan Keusahawanan adalah untuk meningkatkan pembangunan


keusahawanan secara menyeluruh serta mewujudkan modal insan yang berkualiti. Berikut merupakan enam
inisiatif DPK 2010 :

Menyediakan Latihan Penubuhan pusat


dan pembangunan keusahawanan di IPT
profesional staf secara
berterusan
Pelaksanaan Pendidikan
keusahawanan yang
terancang dan holistik
Menyediakan
persekitaran dan
Perancangan dan
ekosistem yang
pelaksanaan program
konduksi
Membangunkan mekanisme
pengukuran yang berkesan

Rajah 3.3.8 : Inisiatif DPK 2010

32
vii. Pelan strategi keusahawanan IPT 2013-2015

DPK 2010 telah ditambah baik dan diperkasakan dalam tempoh 2013-2015 dan dikenali
sebagai pelan strategik keusahawanan IPT 2013-2015. Pengukuhan peranan dan memperkasakan sistem
penyampaian bagi pusat keusahawanan di universiti.

Rajah 3.3.9 : Peranan sistem penyampaian Universiti

viii. Pelan Tindakan Keusahawanan 2016-2020 ( EAP )

Sumber: Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu- Halaman 26

Rajah 3.3.10 Strategi Entreprnrurship Action Plan (EAP) & Rangka Kerja Penjana Pekerjaan

ix. Dasar Usahawan Graduan dan Usahawan Pelajar

Pendidikan keusahawanan merupakan satu kepentingan dalam mempromosikan pembangunan dan


ekonomi. Hal ini demikian, KPT telah mengambil inisiatif dengan menjadikan subjek keusahawanan sebagai
subjek yang wajib kepada pelajar di universiti awam negara. Oleh itu Malaysia telah mendapat hasil yang
positif diantara tahun 2016-2019 daripada program-program keusahawanan. Petunjuk prestasi utama yang
telah tercapai rujuk Lampiran E1.

33
x. Lima fokus elemen dalam pendidikan keusahawanan

Kurikukum
keusahawanan
bersepadu

Aktiviti
Penilaian
keusahawanan
keusahawanan
pelajar

Program
Ekosistem pembangunan
keusahawanan keusahawanan
pelajar

Rajah 3.3.11 : Elemen dalam pendidikan keusahawanan


Fokus elemen dalam pendidikan keusahawanan yang pertama ialah kurikulum keusahawanan
bersepadu yang menghubungkan perniagaan sebenar dan teknologi kurikulum serta pembelajaran bersepadu
juga mengambil tenaga pengajar yang berpengalaman dalam perniagaan. Seterusnya ialah aktiviti
keusahawanan yang memberi tumpuan kepada pelajar untuk saling menolong dalam merasai pengalaman
perniagaan yang sebenar. Ketiga ialah program pembangunan keusahawanan pelajar yang memberi tumpuan
kepada kemahiran ataupun program yang berterusan seperti memberi bimbingan perniagaan, mengurus
perniagaan dan sebagainya. Selain itu, ekosistem keusahawanan yang memberi fokus terhadap pengembangan
keusahawanan dalam industri merangkumi tabir urus, inkubator perniagaan, makmal inovasi dan teknologi.
Akhir sekali ialah penilaian keusahawanan yang memberi tumpuan kepada bilangan syarikat perniagaan,
syarikat pemula dan penyelidik industri bagi tujuan memantau. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa
amalan pendidikan keusahawanan di Malaysia. Antaranya Kurikulum keusahawanan bersepadu, aktiviti
keusahawanan pelajar, Program bimbingan keusahawanan pelajar, Ekosistem keusahawanan dan Penilaian
keusahawanan. Rujuk Lampiran E2.

xi. Isu dan Cabaran

Rajah 3.3.12 : Isu dan Cabaran EIE – Lampiran E3

xii. Teras pengetahuan dan kemahiran

34
a) Teras pengetahuan keusahawanan
Ilmu keusahawanan ditakrifkan sebagai penghayatan seseorang terhadap konsep, kemahiran dan
mentaliti. Ianya dapat diperolehi secara beransur-ansur dan dibentuk melalui pendedahan terhadap aktiviti
keusahawanan. Dua pengetahuan yang berbeza tetapi saling melengkapi dalam membentuk perniagaan
ialah mengenal pasti peluang perniagaan baru dan pengetahuan mengenai pembangunan model
perniagaan.

Rajah 3.3.13 : Cadangan Pengetahuan teras usahawan

b) Teras kemahiran keusahawanan

Kemahiran keusahawanan merangkumi konsep kompetensi, kecekapan, sikap dan keupayaan


untuk mengurus perniagaan dengan baik. Selain itu, mempunyai pengetahuan, kepakaran dan keupayaan
secara semula jadi dan diasah menjadi set kemahiran. Set kemahiran merupakan kemahiran yang dipupuk
dalam jangka masa yang tertentu melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan. Terdapat 20 teras kemahiran
keusahawanan yang dianggap penting dan merupakan petunjuk dalam mengukur keberkesanan
keusahawanan seperti yang terdapat dalam Lampiran E4.

xiii. Ekosistem keusahawanan IPT


a) Kerangka Ekosistem Keusahawanan Inklusif (IEE)

Ekosistem keusahawanan Inklusif (IEE) penting untuk mentadbir Pembangunan Pendidikan


Keusahawanan Bersepadu (EIE). Ekosistem keusahawanan IPT telah menggariskan lima komponen
penting untuk memacu agenda keusahawanan institusi iaitu kepimpinan dan tadbir urus, budaya
keusahawanan, sistem insentif dan ganjaran, visi misi dan infostruktur dan infrastruktur. Rujuk Lampiran
E5. Selain itu, ekosistem ini juga melibatkan penglibatan inklusif daripada empat pemegang taruh seperti
institusi dan tadbir urus, staf, pelajar dan industri/komuniti.

35
Rajah 3.3.14 : Penglibatan Inklusif dalam Ekosistem

Terdapat lima strategi dalam kerangka Ekosistem Keusahawanan Inklusif (IEE) IPT seperti
yang pertama adalah amalan pengajaran bersepadu, pembelajaran inovatif dan penyelidikan berimpak.
Strategi yang pertama ini melibatkan kajian kes yang sebenar serta pelajar dapat mengembangkan idea
perniagaan mereka sendiri dengan bimbingan daripada mentor perniagaan. Pengajaran dan
pembelajaran yang merangkumi penyelidikan transaksi yang inovatif yang wujud dala, pelbagai
bentuk. Selain itu, strategi yang kedua ialah menggalakkan pemikiran keusahawanan dan kepimpinan
transformasional dimana mereka yang mampu membuat perubahan bagi menambahbaik hasil,
wawasan, cabaran, peluang dan mampu mengatasi segala kesulitan. Strategi yang ke tiga ialah
berusaha ke arah mempelbagaikan pembiayaan bagi kelestarian kewangan. Hal ini mempelbagaikan
sumber dana melalui pelbagai cara seperti perkhidmatan khusus (latihan, R&D, pemindahan teknologi,
mengkomersialkan hasil penyelidikan dan sebagainya). Oleh itu, strategi yang sedia ada memerlukan
penambahbaikan antaranya ahli akademik perlu mempertimbangkan dengan teliti cara yang berkesan
untuk menggunakan kepakaran bagi menjana pendapatan, sumber dana penyelidikan melalui sektor
awam, swasta dan kerja sama industri, Pengkomersialan hasil penyelidikan yang memberi kesan
kepada komuniti dan industri akan menyumbang kepada penjanaan pendapatan. Bukan itu saja,
usahawan atau organisasi korporat dapat menyokong aktiviti ke arah pengukuhan dan aktiviti filantropi
serta derma secara tunai, peralatan, penajaan dapat menubuhkan satu pusat penyelidikan dan
infrastruktur. Strategi yang keempat adalah IPT aktif mengamalkan keusahawanan sosial dan inovasi
yang membentuk ciri-ciri yang unik, relevan dan berbeza bagi institusi keusahawanan kerana komuniti
dan masyarakat adalah sumber kepada penciptaan nilai inovasi. Strategi yang terakhir adalah memberi
tumpuan untuk menyelesaikan cabaran dunia yang kompleks melalui rangkai dan perkongsian pintar
dimana IPT perlu menguasai keupayaan dalam keusahawanan untuk pembangunan wilayah dengan
memberi tumpuan kepada penyelesaian cabaran dunia dan perkongsian pintar.

Rajah 3.3.15 : Fungsi Graduan dan IPT

36
xiv. Kerangka Pendidikan Keusahawanan Bersepadu (EIC)

Kerangka pendidikan keusahawanan bersepadu merujuk kepada gabungan, organisasi atau koordinasi
variasi bidang yang berkaitan. Hal ini bertujuan untuk membentuk satu program keusahawanan yang
berstruktur dan penting dalam kemunculan industri keusahawanan. Bukan itu sahaja, EIC memperkukuhkan
inovasi dan keusahawanan di IPT bagi mencari cara untuk memupuk minat pelajar terhadap keusahawanan.
a) Prinsip Panduan (P)

Rajah 3.3.16 : Prinsip Panduan (P)

b) Teras EIC

Kurikulum Pendekatan Perantis Petunjuk Kompetensi


bersepadu dan dalam keusahawanan pentaksiran kemahiran
berasaskan pengajaran dan & kurikulum keusahawanan
teknologi pembelajaran tambahan staf
Rajah 3.3.17 : Teras EIC

c) Bidang fokus pemetaan EIE


Bidang fokus Pemetaan EIE antara Business Entrereneurship Programmes (BEP), Business-Related
Programmes (BRP) dan Non-Business Entrepreneurship Programmes (Bukan BEP). Terdapat enam
bidang yang difokuskan sebagai tonggak utama dan relevan dalam pendidikan usahawan untuk
memastikan pelajar dapat ilmu pengetahuan serta kemahiran yang betul.

37
Rajah 3.3.18 : Bidang Fokus EIE

xv. Hala Tuju EIE


Pendidikan Keusahawanan Bersepadu (EIE) berfungsi sebagai garis panduan dan diharapkan akan
menyokong aspirasi kerajaan untuk menjadikan negara keusahawanan menjelang 2030. Selain itu, EIE
berfungsi dalam menyokong visi Kementerian Pengajian Tinggi bagi melahirkan graduan yang holistik,
bercirikan keusahawanan dan seimbang. Perubahan dalam persekitaran ekonomi dan perniagaan merangsang
agenda pendidikan keusahawanan untuk menjadi kurikulum yang berinovasi, berasaskan teknologi serta dapat
memberi kesan kepada industri dan masyarakat. Bukan itu sahaja, perubahan yang berlaku juga dapat
membuka peluang pekerjaan bagi meningkatkan lagi kualiti dan ekonomi negara.

Rajah 3.3.19 : Amalan keusahawanan terbaik

Amalan keusahawanan yang pertama ialah menghubungkan kurikulum dengan dunia perniagaan
sebenar dimana pelajar dapat merasai pengalaman yang sebenar dengan menyemai contoh dunia sebenar,
menjemput penceramah, mempraktikkan penyelidikan sebenar, menggunakan sumber utama, memanfaatkan
alumni sebagai pakar dan mewujudkan rangkai pembelajaran perniagaan usahawan. Amalan yang kedua ialah
program pemecutan berimpak untuk mereka sebagai syarikat permulaan pada fasa awal. Ianya memberi
sokongan kepada usahawan muda dari sudut pengetahuan perniagaan, hala tuju dan emosi. Pelajar akan
dibimbing oleh mentor bagi mengumpul maklumat yang berkaitan dengan peluang perniagaan, sebagai
contohnya program ekonomi GIG, pakat teknologi dan sebagainya.
38
Selain itu, amalan yang ketiga ialah membina rakan niaga yang kukuh dapat membantu IPT untuk
merapatkan jurang dalam kepakaran dan pengetahuan yang diperlukan untuk pasaran semasa serta dapat
menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat ataupun mewujudkan satu pasukan. Amalan yang keempat
merupakan bilangan filantropi yang ramai dimana ramai ikon industri dan sosialis telah menggunakan
kejayaan mereka untuk membantu orang. Fokus filantropi seperti keusahawanan sosial yang membolehkan
pelajar dapat memanfaatkan peluang yang ada dan, dapat mendorong ke arah yang lebih banyak penyelidik,
inovasi dan agenda keusahawanan. Seterusnya ialah ekosistem keusahawanan yang teguh membolehkan
mereka mempunyai lebih banyak syarikat pelajar dan syarikat pemula dan ekosistem keusahawanan yang
inklusif haruslah melalui penglibatan yang aktif dari pelbagai pihak.
Amalan yang keenam adalah kurikulum berdasarkan teknologi di mana penerapan teknologi merupakan
satu kelebihan besar pendidik keusahawanan. Ianya satu perkara yang baik untuk menjadikan pendidik
keusahawanan lebih personal dan mudah akses kepada perspektif global seperti e-dagang, AI dan sebagainya.
Selain itu, amalan yang ketujuh adalah pembangunan dan perkongsian kajian kes di mana pendidik harus
memberi galakan kepada pelajar untuk mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh industri. Hal ini
dapat meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan sebenar dan pembelajaran berasaskan pekerjaan
dan masalah sangat digalakkan di semua IPT. Akhir sekalai ialah pensyarah perniagaan dan industri (BILs)
membantu pelajar dari aspek praktikal supaya nanti mereka dapat menterjemahkan serta mengaplikasikan
teori dan konsep keusahawanan. Pensyarah perniagaan bukan sahaja berkongsi pengalaman tetapi berkongsi
kepentingan sistem, kemahiran dalam operasi perniagaan.

a) Struktur Tadbir Urus Keusahawanan

Tadbir urus yang jelas pada peringkat KPT dan IPT perlu untuk menggerakkan EIE. KPT melalui
Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) menjadi pemegang amanah bagi membangun dan mengatur dasar atau
garis panduan yang berkaitan pendidikan keusahawanan termasuk memantau agenda keusahawanan di
IPT. Oleh itu, IPT haruslah mempunyai hala tuju dan skop tugas yang jelas bagi mengurus program dan
aktiviti. Penjelasan bagi entiti keusahawanan, terma rujukan (Tori) dan pemakaian/pelaksanaan boleh
rujuk di lampiran E6.
b) Sasaran Keusahawanan

Jadual di Lampiran E7 merupakan cadangan bagi sasaran untuk IPT menghasilkan usahawan pelajar
(SE) dan usahawan graduan (GE) mengikut tiga kategori iaitu BEP, BRP dan Bukan-BEP.
c) Kerangka EIE

Kerangka EIE merupakan struktur konseptual yang dirancang untuk berfungsi sebagai sokongan
atau panduan bagi membangunkan program keusahawanan, kurikulum dan aktiviti di IPT.

Sumber: Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu,2020- Halaman 92 39


d) EIE dipacu untuk :

Rajah 3.3.20 : Pemacu EIE

3.4 Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

3.4.1 Apa itu Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran selain yang terdapat dalam standard kandungan. Tujuan elemen-elemen ini diterapkan adalah
untuk memperkukuhkan lagi kemahiran dan keterampilan modal insan di samping menangani cabaran pada
masa kini dan juga cabaran pada masa hadapan. Elemen- elemen yang terdapat dalam EMK adalah seperti
yang berikut:

Bahasa Kelestarian Alam Sekitar Nilai Murni

•Penggunaan bahasa •Memupuk kesedaran •Diberi penekanan dalam


pengantar yang betul mencintai alam sekitar setiap matapelajaran agar
bagi setiap dalam diri murid melalui murid sedar akan
matapelajaran. pengajaran dan kepentingan dan
•Di dalam setiap pembelajaran. mengamalkannya.
matapelajaran aspek •Pembentukan etika •Merangkumi aspek
sebutan, struktur ayat murid untuk menghargai kerohanian, kemanusiaan
dan lain-lain membantu alam sekitar. dan kewarganegaraan,
murid menyusun idea yang menjadi amalan
dalam kehidupan
dan komunikasi yang seharian.
berkesan.

40
Sains dan Teknologi Patriotisme Kreativiti dan Inovasi

• Menambahkan minat • Semangat patriotik • Saling bergantungan


terhadap sains dan dapat dipupuk dan perlu untuk
teknologi dapat melalui semua memastikan
meningkatkan literasi matapelajaran, pembangunan modal
sains dan teknologi aktiviti kokurikulum insan yang mampu
dalam kalangan dan khidmat menghadapi cabaran
murid. masyarakat. abad ke-21.
• Penggunaan • Semangat patriotik • Elemen kreativiti dan
teknologi dalam dapat melahirkan inovasi perlu
pengajaran dapat murid yang diintegrasikan dalam
membantu serta mempunyai Pengajaran dan
menyumbang kepada semangat cintakan pembelajaran.
pembelajaran yang negara dan
lebih cekap dan berbangga sebagai
berkesan. rakyat Malaysia.

Pendidikan Kewangan
Bertujuan
membentuk
generasi masa
hadapan yang
berberkeupayaan
Penting dalam
membuat keputusan Secara langsung menyediakan murid
kewangan yang adalah melalui tajuk dengan pengetahuan,
Elemen ini boleh
bijak, wang. Penerapan
diterapkan secara kemahiran dan nilai
mengamalkan secara sisipan
langsung atau yang dapat
pengurusan diintegrasikan melalui diaplikasikan secara
sisipan.
kewangan yang tajuk-tajuk lain berkesan dan
beretika serta merentas kurikulum. bermakna.
berkemahiran
menguruskan hal
ehwal kewangan
secara
bertanggungjawab.
Rajah 3.4.1.1 Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

3.4.2 Konsep Elemen Keusahawanan

Elemen keusahawana yang diterapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berlandaskan standard kandungan dan standard pembelajaran kurikulum yang diterapkan adalah untuk
membentuk murid yang mempunyai tingkah laku sebagai seorang usahawan seawal di bangku sekolah lagi.
Dengan adanya penerapan elemen keusahawanan sekaligus dapat membina tingkah laku, cara berfikir,
mengurus serta merancang projek mahupun dengan adanya ilmu pengetahuan dapat menghasilkan produk
dengan mempunyai kepakaran dalam teknologi dan vokasional yang menjerumus ke arah keusahawanan tanpa
mengabaikan nilai moral dan juga etika.
Oleh itu, guru perlu memastikan setiap bahan atau aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran perlu menerapkan elemen keusahawanan bagi mencapai objektif pembelajaran pada hari
tersebut. Bagi mengekalkan elemen keusahawanan kepada murid berkenaan aktiviti yang dijalankan pada hari
tersebut guru boleh menanyakan soalan kepada murid. Murid dapat berkongsi pengalaman atau pengetahuan
berkaitan topik pembelajaran yang dibincangkan, sekaligus dapat meningkatkan keyakinan diri murid untuk
berkomunikasi yang mana elemen ini merupakan salah satu elemen keusahawanan.

41
Murid seharusnya diberikan dorongan serta peluang untuk mereka menerapkan sikap keusahawan
dalam diri, dengan berfikir seperti seorang usahawan, tahu menguruskan asas jual beli yang mudah, mampu
menghasilkan produk yang berasaskan pengetahuan serta kemahiran teknologi dan vokasional serta
mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan.

3.4.3 Matlamat Elemen Merentas Kurikulum (EMK) – Keusahawanan

Menerapkan amalan dan


ciri-ciri keusahawanan Elemen keusahawanan diterapkan
dalam kalangan murid melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sehingga menjadi satu
budaya dalam kehidupan seharian.

Rajah 3.4.3.1 Matlamat Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

3.4.4 Objektif Elemen Merentas Kurikulum (EMK) – Keusahawanan

Terdapat lima objektif elemen keusahawanan yang perlu murid ikuti sepanjang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Berikut merupakan objektif:

1.
Mengamalkan
sikap
keusahawanan
5.
2. Mengamalkan
Mengamalkan
cara berfikir ke
nilai moral
arah
dan etika yang
keusahawanan
baik dalam
dalam situasi
konteks
yang diperlukan
keusahawanan

3.
4. Mengamalkan
Menghasilkan pengetahuan
produk dan kemahiran
berasaskan pengurusan
pengetahuan asas jual beli
serta kemahiran yang mudah
teknologi dan dalam aktiviti
vokasional; kehidupan
juga seharian yang
relevan

Rajah 3.4.4.1 Objektif Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

42
3.4.5 Fokus Elemen Keusahawanan

Lima elemen keusahawanan yang menjadi perkara utama yang diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran memberi penekanan dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang akan digunakan oleh
murid. Berikut merupakan fokus elemen keusahawanan:
EK 1: Mengamalkan sikap keusahawanan

Murid yang sentiasa diterapkan dengan sikap keusahawanan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran
akan memberi dorongan kepada murid untuk mengamalkan sikap keusahawan dalam kehidupan seharian serta
menjadi satu budaya. Sikap keusahawanan yang ingin diterapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
adalah seperti berikut:
Berani
Bertanggungjawab Peka kepada Daya
mengambil
kreativiti dan
terhadap keputusan peluang risiko yang
inovasi
dianggarkan

Keinginan Kesanggupan
kepada Berorientasikan belajar
Fleksibiliti
maklum balas masa depan daripada
segera kesilapan

Bertoleransi
Berkeupayaan Berorientasikan terhadap
Berdaya tahan
memimpin pencapaian ketentuan
yang tinggi

Daya Boleh
ketabahan membina
yang tinggi jaringan sosial

Rajah 3.4.5.1 Sikap Keusahawanan

Sikap keusahawanan yang pertama iaitu bertanggungjawab terhadap keputusan merujuk kepada
murid seharusnya mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap sebarang keputusan yang dibuat. Selain
daripada itu, bagi membolehkan murid mencapai matlamat yang ditetapkan murid juga diberi kebebasan untuk
mengawal sumber berkaitan dengan pembelajaran. Bertanggungjawab dalam setiap keputusan yang dibuat
menunjukkan murid mempunyai kekuatan dalaman diri yang kukuh. Sikap yang kedua iaitu peka kepada
peluang adalah murid perlu peka terhadap kemampuan diri sendiri, boleh melihat dan bijak mengambil
peluang. Peluang boleh wujud hasil daripada masalah yang timbul dari orang lain, perubahan teknologi, cita
rasa pengguna, cara hidup, perubahan sikap dan sumber alam yang belum diterokai serta wujud dalam pelbagai
bentuk yang lain juga. Sikap berani mengambil risiko yang dianggarkan iaitu murid perlu mempelajari cara
untuk mengurus risiko dan memastikan risiko yang diambil adalah munasabah dan setimpal dengna ganjaran
yang diterima.
Daya kreativiti dan inovasi pula merujuk kepada murid yang mempunyai minda yang kreatif
berkebolehan dalam menjana idea alternatif serta mampu menyelesaikan masalah secara logik akal yang
mampu meghasilkan idea dalam suatu bentuk inovasi. Inovatif merupakan kebolehan untuk memperbaiki dan
mengaplikasikan idea terhadap masalah. Fleksibiliti merujuk kepada murid yang mempunyai kebolehan dalam
menyesuaikan diri terhadap sebatrang perubahan yang berlaku dalam persekitaran. Seterusnya adalah,
keinginan kepada maklum balas segera, iaitu murid yang memiliki keinginan yang tinggi dengna
menggunakan pengetahuan yang ada untuk memperbaiki prestasi mereka. Hal ini menunjukkan sikap murid
berusaha untuk memperbaiki kesilapan masa lalu. Sikap berorientasikan masa depan pula, murid diberikan
43
pendedahan kepada corak perniagaan masa depan. Dengan ini akan membantu murid berkeinginan yang tinggi
terhadap bidang perniagaan.
Sikap keusahawanan seterusnya ialah, kesanggupan belajar daripada kesilapan iaitu kesanggupan
murid dalam menghadapi kegagalan yang juga merupakan dorongan bagi mencapai kejayaan. Kegagalan yang
dihadapi merupakan suatu pengajaran dan berusaha untuk tidak mengulanginya kembali. Sikap keusahawanan
yang seterusnya ialah berkeupayaan memimpin, murid mempunyai pengalaman untuk memimpin, memiliki
pengetahuan tentang teknologi dan persekitarannya.
Selain daripada itu, sikap berorientasikan pencapaian juga tidak kurang pentingnya iaitu murid perlu
mengetahui objektif dan matlamat yang hendak dicapai. Objektif dan matlamat yang telah ditetapkan
merupakan satu dorangan menggerakkan murid ke arah pencapaian. Murid juga perlu ada mempunyai sikap
berdaya tahan iaitu berani untuk menghadapi cabaran dan halangan dalam menjayakan sesuatu projek yang
dilaksanakan. Serta mempunyai kekuatan dari segi mental, fizikal, dan emosi yang tinggi bagi menghadapi
masalah dengan tabah sehingga berjaya. Seterusnya, bertoleransi terhadap ketidaktentuan yang tinggi di mana
murid tetap membuat tugasan yang diberikan walaupun tidak mendapat maklumat yang tetap atau menghadapi
perubahan yang tidak dijangka. Bertolak ansur dengan situasi yang tidak terduga dan menghadapinya dengan
tenang. Daya ketabahan yang tinggi iaitu melaksanakan pelbagai aktiviti dengan mempunyai semangat yang
tinggi serta murid juga harus mampu menghadapi cabaran untuk menjamin kejayaan atas usaha yang
dilakukan. Sikap yang terakhir ialah, boleh membina jaringan sosial iaitu murid boleh menggunakan jaringan
sosial untuk menjalin hubungan kerjasama bagi tujuan mendapatkan maklumat dan perkongsian sumber.
EK 2: Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan
Setiap murid perlu mempunyai pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif. Perkara ini penting agar
dapat membantu murid untuk meneroka peluang yang wujud dalam persekitaran, dengan ini mereka boleh
memperoleh kejayaan dan mampu bertahan diatas usaha yang mereka lakukan. Berikut merupakan sembilan
langkah utama cara berfikir ke arah keusahawanan:

Amalan
memerhatikan menilai idea secara
kritis dalam melaksanakan idea dalam
persekitaran dengan bentuk produk teknologi
sengaja dan konteks;
abstrak atau konkrit
bertujuan;
menambahbaik idea
menganalisis yang dipilih menyesuaikan idea baru
pemerhatian secara (inovasi); dengan keperluan
kritis dan kreatif; masyarakat dan persekitaran
memilih idea dan;
terbaik
menghasilkan idea daripada
dari pemerhatian; banyak idea; meneruskan peningkatan
kualiti idea.

Rajah 3.4.5.2 Sembilan Langkah Berfikir ke Arah Keusahawanan

EK 3: Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalam aktiviti
kehidupan seharian yang relevan

Pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli akan lebih mudah dikuasai oleh murid sekiranya
sentiasa didedahkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seharian. Dengan adanya sikap dan cara
berfikir ke arah keusahawanan murid dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual
beli dengan mudah dalam kehidupan seharian. Berikut merupakan proses yang terlibat dalam pengetahuan
dan kemahiran pengurusan asas jual beli;

44
Melaksanakan
projek
Merancang mengikut Menilai
sesuatu projek langkah- Memantau pelaksanaan
dengan teliti langkah yang projek dan; projek
telah
disediakan

Rajah 3.4.5.3 Proses Pengetahuan dan Kemahiran Asas Jual Beli

EK 4: Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta kemahiran teknologi dan vokasional

Bagi murid yang telah mahir dalam sesuatu teknik dalam pembelajarannya, murid mampu untuk
mereka cipta dan menghasilkan produk yang berdaya saing mengikut kreativiti dengan berasaskan
pengetahuan serta kemahiran dalam teknologi dan vokasional. Dengan adanya asas pengetahuan dan
kemahiran teknologi dan vokasional boleh digunakan untuk:

Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta


teknologi dan vokasional

Menghasilkan produk yang sama dengan menggunakan


teknologi yang berlainan

Menghasilkan produk dengan menggunakan sumber


yang pelbagai, sumber alternatif mahupun sumber kitar
semula

Rajah 3.4.5.4 Asas Pengetahuan dan Kemahiran Teknologi dan Vokasional

EK 5: Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan

Amalan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan dapat membentuk murid yang
mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap masyarakat. Penerapan nilai moral dan etika dalam diri murid
dapat dijadikan panduan dalam membina modal insan yang baik. Dengan adanya nilai moral dan etika yang
baik dapat membentuk sebuah warganegara yang mempunyai integriti yang tinggi, semangat patriotik yang
tinggi dan tidak mementingkan diri sendiri. Terdapat lima prinsip amalan nilai moral dan etika yang baik
dalam konteks keusahawanan iaitu:

45
Prinsip
Tanggungjawab
Sosial

Prinsip Prinsip
Ketelusan Keadilan

Prinsip Prinsip Hak


Autonomi Manusia

Rajah 3.4.5.5 Lima Prinsip Amalan Nilai Moral dan Etika Keusahawanan

Prinsip Tanggungjawab Sosial


Sebarang bentuk perniagaan yang dijalankan tidak seharusnya mendatangkan kemudaratan kepada manusia
dan juga alam sekitar. Kesejahteraan masyarakat dan persekitaran perlulah diambil kira terutamanya dari
aspek fizikal dan juga emosi individu. Sumber dan kuasa yang diperoleh juga perlu digunakan sebaiknya dan
tidak disalah gunakan sehingga boleh mendatangkan kemusnahan dan kemudaratan.

Prinsip Keadilan
Perniagaan yang dijalankan juga perlulah perniagaan yang adil, tidak berlakunya penindasan mahupun pilih
kasih.

Prinsip Hak Manusia


Setiap manusia mempunyai hak masing-masing, oleh itu penting untuk mengamalkan sikap menghormati hak
bagi setiap manusia. Menghormati hak orang lain iaitu tidak melakukkan sebarang perbuatan mendiskriminasi
dan tidak menghalang hal orang lain.

Prinsip Autonomi
Perniagaan tidak boleh menafikan hak memilih individu. Menghormati cara hidup orang lain dan sudah
semestinya manusia mempunyai banyak ragam dan pelbagai karenah oleh itu penting untuk menghargai
kepelbagaian manusia.

Prinsip Ketelusan
Perniagaan yang benar dan tidak mengelirukan. Mengekalkan rekod perniagaan yang tepat dan tidak
mengelirukan masyarakat serta menyatakan perkara yang benar berkaitan perniagaan.

3.4.6 PENDEKATAN PENERAPAN ELEMEN KEUSAHAWANAN

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam menerapkan elemen
keusahawanan ialah pendekatan penyebatian, pendekatan pengintegrasian dan pendekatan pengaplikasian.

46
Pendekatan Penyebatian

Pendekatan
Pengintegrasian

Pendekatan
Pengaplikasian

Rajah 3.4.6.1 Pendekatan Penerapan Elemen Keusahawanan

Pendekatan Penyebatian
Bagi aktiviti pengajaran yang mempunyai elemen-elemen keusahawanan secara jelas pada hari tersebut, guru
boleh menggunakan pendekatan penyebatian. Penerapan elemen keusahawanan boleh dimulakan dari
peringkat awal lagi iatu dalam set induksi, langkah 1, langkah 2 dan seterusnya sehingga guru merumuskan
semua aktiviti pembelajaran yang berlaku pada hari tersebut. Rujuk lampiran F1.

Pendekatan Pengintegrasian
Pendekatan pengintegrasian ini boleh digunakan oleh guru seandainya aktiviti yang dijalankan tidak
membincangkan dengan jelas elemen keusahawanan dalam mana-mana topik sekalipun. Walau
bagaimanapun, guru boleh miminta murid memberikan pandangan bagi situasi yang berkaitan dengan elemen
keusahawanan melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang pada hari tersebut. Rujuk lampiran F2.

Pendekatan Pengaplikasian
Guru juga boleh menggunakan pendekatan pengaplikasian dalam menerapkan elemen keusahawanan dalam
diri murid. Proses pengajaran dan pembelajaran telah dirancang oleh guru. Objektif pembelajaran yang telah
tercapai pada hari tersebut perlu diaplikasikan hasil pembelajaranya dengan elemen keusahawanan yang
berkaitan. Pendekatan pengaplikasian ini boleh dilakukan degan menghubung kait perkara yang telah
dipelajari pada hari tersebut dengan situasi keusahawanan yang sebenar. Rujuk lampiran F3.

47
4.0 ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN

4.1 Pelan Tindakan Keusahawanan Instistusi Pendidikan Tinggi (PTK-IPT) 2021-2023

Berdasarkan perkembangan terkini di negara ini, beberapa isu dan cabaran yang berpotensi membantutkan
usaha melahirkan graduan dengan pemikiran keusahawanan pada masa depan telah dikenal pasti. Isu dan
cabaran ini merupakan hasil perbincangan yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan seperti pelajar,
pensyarah, alumni, agensi kerajaan, syarikat swasta dan usahawan. Isu dan cabaran berkenaan adalah seperti
berikut:

i. Bakat Terpelajar Dipacu Nilai


✓ Melahirkan bakat atau graduan terpelajar yang berteraskan nilai yang lengkap serba serbi dengan
etika, nilai keusahawanan dan kemahiran insaniah supaya para graduan IPT serta usahawan pelajar
bersedia dari segi moral dan etika untuk menghadapi cabaran dunia sebenar.
ii. Kurikulum Keusahawanan
✓ Mengetengahkan dan menekankan penambahbaikan kurikulum kursus keusahawanan dengan
pengenalan komponen keusahawanan praktikal serta kursus minor keusahawanan di IPT.
iii. Pelajar
✓ Kurang minat pelajar dalam menceburi diri dalam kerjaya keusahawanan
✓ Kurang keyakinan dan pemahaman dalam bidang keusahawanan
iv. Pensyarah
✓ Pensyarah tidak terlatih dan kurang berminat dalam bidang keusahawanan.
✓ Tiada pengiktirafan yang sewajarnys dari pihak pengurusan universiti.
v. Fasiliti
✓ Kemudahan yang disediakan adalah terhad di dalam IPT.
✓ Tempat kurang strategik untuk menjalankan aktiviti keusahawanan.
vi. Tadbir Urus
✓ Tiada petunjuk yang jelas berkenaan agenda keusahawanan di kampus.
✓ Amalan keusahawanan di setiap IPT adalah berbeza, dan tiada entiti seragam yang
menguruskan program keusahawanan di setiap IPT.

48
✓ Tiada sistem pelaporan bersepadu menyukarkan pihak pengurusan untuk mengumpul data
komprehensif.
vii. Dana
✓ Kekurangan dana / modal yang kecil untuk pelajar IPT.
✓ Birokrasi dalam memperoleh dana untuk dilaburkan.
viii. Kolaborasi
✓ Menjalinkan hubungan baik antara IPT dan pemain industry supaya pemain industri dapat
memberikan pandangan berguna dan sokongan kepada pihak IPT untuk menambah baik
agenda keusahawanan di institusi masing-masing.
ix. Revolusi Industri Keempat (4IR), Teknologi Pengganggu dan Analisis Data
✓ IPT perlu menggabungkan pendekatan terkini seperti automasi, robotik, internet benda dan
media sosial dalam mendidik usahawan masa depan untuk memastikan penggunaan kaedah
terkini dan bersesuaian.
x. Volatiliti , Ketidakpastian, Kerumitan dan Kekaburan (VUCA)
✓ Isu sosial dan ekonomi seperti jurang pendapatan isi rumah yang semakin melebar antara
kumpulan T20 dan B40, peningkatan kadar inflasi, norma baharu, dan landskap perniagaan
yang dinamik membawa peluang baharu dan meningkatkan kepentingan sektor keusahawanan.
xi. 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG-17)
✓ PTK-IPT 2021-2025 perlu menggabungkan matlamat SDG-17 dalam menambah baik program
pendidikan graduan dan usahawan siswazah serta menjadikan Malaysia sebuah negara yang
lebih baik secara keseluruhan.

4.2 Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu ( EIE )

Pendidikan keusahawanan bersepadu (EIE) merupakan laluan untuk meningkatkan pengetahuan,


pemikiran, sikap dan tingkah laku untuk mencapai keusahawanan. Terdapat beberapa isu yang dan cabaran
bagi menghadapi penyebaran dalam keusahawanan seperti :

4.2.1 Pengembangan Minda


Masih kurang di kalangan pelajar IPT mengembangkan minda mereka ke arah keusahawanan
walaupun budaya tersebut sudah diterapkan. Mereka masih mempunyai perasaan takut akan kegagalan
menyebabkan mereka tidak berjaya. Bukan itu saja, mereka juga tidak mempunyai sokongan dan galakan
daripada keluarga, rakan-rakan dan masyarakat luar sehingga segala aktiviti ataupun impian dalam
keusahawanan terbatas. Pengembangan minda sangat penting untuk membangunkan sikap positif terhadap
risiko, inovasi serta keberanian mengambil peluang. Selain itu, menurut kajian Norain Mohd Asri, Mhd
Suhaimi dan Md Daud Ismail (2019), kebanyakannya para graduan masih mengharapkan kerja yang
memerlukan mereka mendapat gaji tetap setiap bulan, sehingga mereka berpendapat bahawa bidang
keusahawanan tidak menjanjikan pendapatan tetap dan ianya merupakan satu bidang yang berisiko tinggi.
Oleh itu, cara untuk mengatasi isu ini adalah pihak universiti perlulah memberi pendedahan sebanyak mungkin
mengenai keusahawanan seperti memberi pendedahan perniagaan sebenar agar mereka dapat merasakan
pengalaman dalam perniagaan. Selain itu sokongan dan kerjasama pihak industri dengan melalui program,
perkongsian pengalaman dan sebagainya.

4.2.2 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan kandungan kurikulum


Pengajaran dan pembelajaran tradisional yang sangat berbeza pada masa ini tidak lagi menekankan
dinamisme, sekali gus mengurangkan motivasi proses pembelajaran. Generasi yang baru memerlukan
kurikulum keusahawanan yang inovatif bagi memenuhi keperluan mereka dalam penggunaan platform digital
seperti yang dimahukan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (2019), bahawa pelajar perlu digalakkan
dengan penggunaan teknologi agar dapat melahirkan usahawan yang lebih kompetitif. Tambahan pula
platform digital merupakan peluang yang besar dalam meningkatkan aktiviti dan organisasi keusahawanan,
Rippa & Secundo (2019). Namun tetapi tidak semua pensyarah menggunakan platform tersebut serta banyak
49
tenaga pengajar yang kekurangan pengetahuan dalam bidang digital. Bukan itu saja, kandungan kurikulum
keusahawanan kini juga masih di peringkat asas kerana jangka masa yang singkat menjadikan projek
keusahawanan kurang memberi impak kepada pelajar. Jadi, pelajar hanya mampu mengembangkan kemahiran
tetapi kurang berkemampuan untuk merancang strategi secara kognitif, menghadapi masalah dan sebagainya.
Hal ini jelas dinyatakan dalam kajian Akmal Sabarudin et al. (2022), antara faktor isu dan cabaran dalam
keusahawanan adalah kekangan masa yang terhad menyebabkan pelajar kurang pendedahan dan tidak
berpeluang untuk merasai perniagaan yang sebenar. Oleh itu, bagi mengatasi isu ini, pihak universiti ataupun
tenaga pengajar perlu mempunyai ilmu dalam kemahiran teknologi serta mendedahkan dan menekankan
pembelajaran dengan menggunakan teknologi kerana medium tersebut mampu meningkatkan ekonomi negara
sekali gus meningkatkan penglibatan anak muda dalam bidang keusahawanan. Selain itu, pihak universiti
mahupun sekolah boleh meletakkan bidang keusahawanan dalam aktiviti luar kelas seperti membuat kelab
atau kokurikulum keusahawanan bagi meningkatkan keberkesanan kurikulum pengajaran keusahawanan. Hal
ini jelas dibuktikan dalam kajian Cui et.al (2019) bahawa aktiviti kurikulum tambahan mampu memberi kesan
positif terhadap set minda keusahawanan serta kepekaan mereka terhadap peluang yang perlu diambil. Jadi,
model pengajaran dan pembelajaran yang teratur dan kandungan serta teknik pengajaran yang sesuai sangat
penting bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

4.3 Elemen Merentas Kurikulum - EMK

Pengetahuan
terhadap ilmu
keusahawanan masih Murid kurang berminat
di peringkat yang menjadikan
rendah keusahawanan sebagai
suatu kerjaya

Rajah 4.3.1 Isu dan Cabaran EMK

4.3.1 Pengetahuan terhadap ilmu keusahawanan masih di peringkat yang rendah


Pendidikan keusahawanan adalah amat penting untuk diterapkan dalam diri setiap murid. Oleh itu
guru seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dan luas berkenanan keusahawanan agar
murid di bawah bimbingan guru tersebut memahami dan mahir akan apa itu keusahawanan dan kepentinganya.
Di dalam kajian yang dilakukan (Nur Shahida Shamsul Alias dan Mohd Isa Hamzah, 2022) menyatakan
bahawa amalan pengajaran yang menerapkan EMK secara tidak langsung menggalakkan guru belajar dan
menguasai pelbagai kemahiran yang bukan dalam bidang kemahiran guru itu sahaja. Guru yang memiliki
tahap pengetahuan yang rendah dalam keusahawanan adalah disebabkan oleh, guru tersebut tidak diberikan
peluang sebaiknya, untuk mempelajari pendidikan keusahawanan secara formal. Oleh yang sedemikian, guru
yang tidak pernah melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan ini, tidak mempunyai pengalaman masa lalu
untuk dijadikan pengalaman serta pengajaran tentang keusahawanan pada masa kini. Namun tidak semua guru
yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang keusahawanan itu sendiri, ilmu keusahawan yang mereka
memiliki berada pada tahap yang belum mencukupi untuk menandingi perubahan yang berlaku dalam sistem
pendidikan yang sering berubah-ubah saban tahun. Sebagai guru juga perlu untuk meneroka ilmu yang baharu
yang tidak hanya menumpukan kepada satu bidang pengajaran yang diajari sahaja malah bidang keusahawan
juga patut diambil kira dalam proses mencari ilmu baharu agar dapat memenuhi keperluan negara pada masa
akan datang.

4.3.2 Murid kurang berminat menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya


Ilmu keusahawanan yang dipelajari oleh murid di sekolah sedikit sebanyak membantu murid
mencungkil bakat dan memberi galakkan kepada murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan
50
yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Di dalam kajian yang dilakukan (Kalaivany Mageswaran dan Norasmah
Othman, 2022) menyatakan bahawa ciri keusahawanan murid ini perlu diterapkan melalui pendidikan. Hal
ini kerana, dengan adanya aktiviti keusahawanan yang memberi peluang untuk menjalankan aktiviti
perniagaan secara kecil-kecilan di peringkat sekolah dapat memupuk minat murid terhadap bidang
keusahawanan yang berupaya membentuk sifat keusahawanan dalam diri murid. Guru memainkan peranan
yang sangat besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas, guru yang berjaya
menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan dan bersungguh-sungguh semasa
proses pengajaran, pasti akan dapat menarik minat murid untuk menjadikan keusahawanan sebagai satu
kerjaya. Selain itu, bagi memperkukuhkan lagi dorongan dan sokongan terhadap murid agar mereka yakin dan
percaya bahawa keusahawanan dapat dijadikan satu kerjaya adalah dengan penglibatan agensi kerajaan yang
yang berkaitan dengan keusahawanan bersama dengan pihak sekolah. Antara agensi kerajaan yang membantu
usahawan adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) dan
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Dengan adanya penglibatan dari agensi-agensi tersebut
bersama dengan pihak sekolah seperti mengadakan ceramah pada Hari Keusahawanan di peringkat sekolah
khususnya, dapat memberikan gambaran awal kepada murid berkaitan keusahawanan dan pendedahan yang
sebegini juga membantu murid memperoleh ilmu tambahan berkaitan dengan keusahawanan.

5.0 CADANGAN PEMERKASAAN PELAKSANAAN

5.1 Mewajibkan Penubuhan Kelab Usahawan Muda di Peringkat Sekolah

Di peringkat Universiti, Kelab Usahawan ataupun program-program yang berkaitan dengan


keusahawanan memang acap kali kita dengarkan. Namun tidak pada peringkat sekolah. Kelab Usahawan ini
perlulah dimartabatkan dan bergiat aktif. Hal ini kerana, terdapat banyak kelebihan penubuhan Kelab
Usahawan muda ini. Antaranya ialah, dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar dengan dunia
keusahawanan, membina daya niaga di kalangan pelajar dan mencungkil bakat pelajar-pelajar yang memiliki
minat dan kebolehan dalam bidang keusahawanan.
Dalam pada itu, melalui kelab usahawan muda, pelbagai aktiviti yang boleh diadakan bagi
menerapkan para pelajar dengan pendidikan usahawan ini. Contohnya, bagi mewujudkan kebun mini
disekolah di mana para pelajar boleh menanam sayur-sayuran dan buah-buahan dan hasilnya nanti boleh
dijual. Selain itu, membuka gerai jualan semasa program sekolah sebagai contoh semasa Hari Sukan Sekolah.
Pada masa yang sama, pertandingan gerai paling laku boleh diadakan. Hal ini demikian adalah untuk
meningkatkan semangat dan motivasi pelajar dalam mencari alternatif untuk mempromosikan jualan mereka.
Di samping itu, dengan bekerjasama dengan agensi-agensi luar untuk menjalankan seminar, bengkel, ceramah
dan program yang berkaitan dengan bidang keusahawanan. Dengan adanya aktiviti-aktiviti ini, pelajar yang
berkemampuan untuk mencipta kerjaya dan bukannya pencari pekerjaan dapat dilahirkan.

5.2 Guru Memainkan Peranan yang Penting dalam Penerapan Ciri Keusahawanan Melalui Pendidikan
Keusahawanan di Sekolah

Para guru perlulah memainkan peranan yang sepenuhnya dalam menyampaikan pendidikan
keusahawanan di sekolah seperti semasa mengajar mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi dan subjek
Perniagaan. Guru perlulah berusaha untuk menguasai kemahiran yang diperlukan agar dapat menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Mereka juga perlu sentiasa berusaha melengkapkan diri
dengan perubahan dan keperluan semasa. Guru juga haruslah mempunyai semangat ataupun passion terhadap
pembelajaran murid dan mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar. Selain itu, guru juga
perlu mengetahui kaedah pengajaran terbaik agar penyampaian ilmu dapat dilaksanakan secara berkesan. Oleh
itu, para guru beruslah berusaha dengan cara mengikuti bengkel, ceramah atau membuat kajian tindakan bagi
meningkatkan keberkesanan penerapan ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan pelajar.

51
5.3 Mengadakan Program Latihan Keusahawanan kepada Siswazah

Program sebegini perlu dipupuk lebih awal semasa peringkat universiti, malah lebih baik jika
bermula sejak dari peringkat sekolah menengah lagi. Bidang keusahawanan merupakan suatu bidang yang
sangat luas. Antara aspek yang berkait rapat dengan keusahawanan ialah motivasi, perancangan strategik,
penghasilan produk atau perkhidmatan, jaminan kualiti, promosi, pemasaran, hubungan pelanggan serta
perundangan. Para pelajar harus disedarkan hakikat terdapat kebarangkalian yang tinggi tidak dapat bekerja
selaras dengan kelulusan selepas bergelar siswazah. Oleh itu, kesedaran tentang bidang keusahawanan adalah
alternatif terbaik untuk meneruskan kehidupan pada ketika itu.
Selain itu, pelajar perlu meneroka platform digital dan didedahkan kepada laman e-dagang atau pasar
raya digital serta cara mengambil peluang memasarkan produk di dalamnya. Aktiviti kourikulum, terutama
yang membabitkan kelab dan persatuan boleh disusun dengan memasukkan elemen keusahawanan. Sebagai
contoh, kelab memasak sekolah boleh mmpromosikan dan menjual masakan mereka seperti burger, nasi
lemak, dan air balang semasa majlis-majlis sekolah seperti semasa sekolah mengadakan perjumpaan PIBG.
Dengan adanya Langkah-langkah sedemikian, ianya mampu mempromosikan kemahiran serta bakat mereka.

52
6.0 RUJUKAN

Anuar, Aida & Sahid, Sheerad. (2020). Kerangka Konseptual Set Minda Keusahawanan, Inspirasi
Keusahawanan dan Faktor Kognitif.

Asri, N. M., Ahmad, M. S., & Ismail, M. D. (2019). Kecenderungan Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar
Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 22(1).

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2011. Buku Panduan Elemen Keusahawanan. Ulang cetak. Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
https://jpnperak.moe.gov.my/muatturun/category/18-kbat?download=31:buku-panduan-elemen-
keusahawanan

Cui, J., Sun, J. & Bell, R. 2019. The impact of entrepreneurship education on the entrepreneurial mindset of
college students in china: the mediating role of inspiration and the role of educational attributes.
International Journal of Management Education

Dasar Keusahawanan Nasional 2030. 2019. Kementerian Pembangunan Usahawan, Putrajaya.


https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2019/08/Dasar-Keusahawanan-Nasional-DKN-
2030_x.pdf

Hasan, S. M., Khan, E. A., & Nabi, M. N. U. (2017). Entrepreneutrial education at university level and
entrepreneurship development. Education + Training, 59(7/8), 888-906. https://doi.org/10.1108/ET-
01-2016-0020.

Jabatan Pendidikan Tinggi. 2020. Buku Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu. Entrepreneurship
Integrated Education (EIE). https://jpt.mohe.gov.my/portal/index.php/ms/penerbitan/130-panduan-
pendidikan-keusahawanan-bersepadu-entrepreneurship-integrated-education-guide

Kalaivany Mageswaran & Norasmah Othman. 2022. Minat guru perniagaan dan ciri keusahawanan murid
jurusan perniagaan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) Volume 7, Issue
5 (2022):01– 17.

Network for Teaching Entrepreneurship. 2021. Entrepreneurial mindset.


https://www.nfte.com/entrepreneurial-mindset/ [21 May 2023].

Nur Shahida Shamsul Alias & Mohd Isa Hamzah. 2022. Kesan elemen merentas kurikulum terhadap amalan
pengajaran guru Pendidikan Islam sekolah rendah. International Journal of Advanced Research in
Islamic Studies and Education (ARISE) Volume 2, Issue 1 (March,2022):01 – 27.

Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (PTK-IPT) 2021-2025. Cetakan Pertama, 2020.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Putrajaya.
https://www.mohe.gov.my/hebahan/kenyataan-media/pelan-tindakan-keusahawanan-ipt-2021-2025-
naratif-baharu-program-pembangunan-keusahawanan-di-ipt

Pusat Sumber Kajian Kecemerlangan Melayu. 2019. Usahawan vs peniaga.


https://pspkkm.um.edu.my/usahawan-vs-peniaga [3 Mei 2023].

Rabiatul Adawiyah Wahid. 2013. Tajuk 4 usahawan. https://www.scribd.com/doc/161262868/Tajuk-4-


Usahawanan-docx-New-2 [4 Mei 2023].

53
Rettig, T. (2017). BeliefSystem: What they are and how they affect you. (Mindset). Retrieved May 20, 2023,
from Intercultural Mindset website: https// medium.com/intercultural-mindset/belief-system-what-
they-are-and-how-they-affect-you-1cd87aa775ff

Rippa, P. & Secundo, G. (2019). Digital academic entrepreneurship: The potential of digital technologies on
academic entrepreneurship. Technological Forecasting and Social Change 146, 900–911.
doi:10.1016/j.techfore.2018.07.013

Sabarudin, A., Lokman, N. H., Jantan, N. S., Zainurdin, N. A., Abd Halim, A., & Khoiry, M. A. (2022).
Tinjauan Keberkesanan Program Keusahawanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap
Kebolehpasaran Graduan Menurut Perspektif Alumni UKM. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), 7(2), e001272. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i2.1272

Sabah Creative Economy and Innovation Centre [SCENIC]. 2021. Sejarah dan konsep keusahawanan di
Malaysia.https://scenic.my/sejarah-dan-konsep-keusahawanan-di-
malaysia/#:~:text=Keusahawanan%20adalah%20perbuatan%20yang%20mewujudkan,dan%20menin
gkatkannya%20untuk%20menjana%20keuntungan [3 Mei 2023].

Tingey, L., Larzelere-Hinton, F., Goklish, N., Ingalls, A., Craft, T., Sprengeler, F., …Barlow, A. (2016).
Entrepreneurship education: A strength-based approach to substance use and suicide prevention for
American Indian adolescents. American Indian and Alaska Native Mental Health Research, 23(3),
248-270. https;//doi.org/10.5820/aian.2303.2016.248

54
7.0 LAMPIRAN

7.1 Lampiran Dasar Keusahawaan Naional (DKN 2030)


Lampiran C1 : Tujuh (7) elemen utama dalam Ekosistem Keusahawanan

7.2 Lampiran Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (PTK-IPT) 2021-2025
Lampiran P1: Program Bitara Keusahawanan

55
Sumber: Ilustrasi Penulis

Lampiran P2: Kisah Kejayaan

Sumber : Ilustrasi Penulis

7.3 Lampiran Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu (EIE)

Lampiran E1 – Petunjuk Prestasi Utama ( Sumber dari Buku Panduan Pendidikan Keusahawanan
Bersepadu,2020 – Halaman 30 )

56
Lampiran E2 – Amalan Pendidikan Keusahawanan ( Sumber dari Buku Panduan Pendidikan
Keusahawanan Bersepadu,2020 – Halaman 32 )

Lampiran E3 – Isu dan Cabaran Pendidikan Keusahawanan Bersepadu (EIE)

57
Lampiran E3 – Teras Kemahiran Keusahawanan ( Sumber dari Buku Panduan Pendidikan
Keusahawanan Bersepadu,2020 – Halaman 47 )

Lampiran E4 – Sistem Sokongan Dalaman ( Sumber dari Buku Panduan Pendidikan


Keusahawanan Bersepadu – Halaman 52 )

Lampiran E5 – Struktur Tadbir Urus Keusahawanan ( Sumber dari Buku Panduan Pendidikan
Keusahawanan Bersepadu,2020 – Halaman 90 ) 58
Lampiran E6 – Sasaran Keusahawanan ( Sumber dari Buku Panduan Pendidikan Keusahawanan
Bersepadu,2020 – Halaman 91 )

59
7.4 Lampiran Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Lampiran F1 – Pendekatan Penyebatian (Sumber dari Buku Panduan Elemen Keusahawanan –


Halaman 19)

PENYEBATIAN
RANCANGAN ELEMEN
PENGAJARAN KEUSAHAWANAN

INDUKSI

LANGKAH 1 Penerapan
LANGKAH2 … bermula dari awal
LANGKAH AKHIR hingga ke akhir P&P

PENUTUP

Lampiran F2 – Pendekatan Pengintergrasian (Sumber dari Buku Panduan Elemen Keusahawanan- Halaman
20)

PENGINTEGRASIAN
ELEMEN
RANCANGAN
PENGAJARAN KEUSAHAWANAN

INDUKSI

Integrasi di
LANGKAH 1 mana-mana
LANGKAH2… langkah
LANGKAH pengajaran/
AKHIR perkembangan
P&P

PENUTUP

60
Lampiran F3 – Pendekatan Pengaplikasian (Sumber dari Buku Panduan Elemen Keusahawanan- Halaman
20)

PENGAPLIKASIAN
RANCANGAN
PENGAJARAN

INDUKSI

LANGKAH 1
LANGKAH 2…
LANGKAH ELEMEN
KEUSAHAWANAN
AKHIR

Aplikasi di akhir
pengajaran /
PENUTUP perkembangan
P&P

7.5 Gambar Perbincangan Kumpulan

61
62
7.6 Pautan ke Slaid Ulasan Dokumen Pendidikan Keusahawanan di Malaysia Kumpulan 6

https://youtu.be/CSERxH7mcwg

63

You might also like