Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

58.

Tulis berita tentang satu rompakan yang berlaku di sebuah kedai runcit.

KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER – Satu rompakan telah berlaku di sebuah

kedai runcit di Jalan Handal, Taman Seri Maju. Rompakan tersebut telah

dilakukan oleh dua lelaki dalam lingkungan umur 30-an pada petang semalam.

Menurut pemilik kedai runcit itu, rompakan itu berlaku ketika dia sedang

melayan seorang pelanggannya. Mereka terkejut apabila didatangi oleh dua

lelaki itu yang bersenjatakan sebilah parang dan kapak. Perompak-perompak itu

berjaya merampas wang hasil jualan hari itu bernilai hampir RM500. Pemilik

kedai runcit itu pada mulanya enggan menyerahkan wang tersebut tetapi setelah

perompak memberi amaran akan mencederakan pelangganya, dia terpaksa

menyerahkan wang tersebut.

Kejadian yang berlaku dalam masa 10 minit itu merupakan kejadian pertama

yang menimpa kedai runcit tersebut. Pihak polis yang datang membuat siasatan

kemudian mengesahkan bahawa dua lelaki dalam lingkungan umur 30-an

sedang diburu oleh pihak polis. Kedua-dua perompak tersebut dipercayai masih

lagi bersembunyi di kawasan berhampiran kerana semua kawasan keluar dari

kawasan itu sudah dikawal oleh pihak polis.

Pihak  polis  meminta  bantuan  orang  ramai  untuk  menghubungi  pihak  polis jika

mereka ternampak dua lelaki yang mencurigakan di kawasan mereka dengan

segera.

You might also like